Sekarang da pukul 2.55 pagi. Aku masih lagi belum tido. Kenapa aku tak tidur2 lagi walau hakikatnya aku ini dikenali dengan kaki tidur. Aku masih lagi bergayut dengan orang jauh dimata dekat dihati. Cewah. Sengih2 aku ni bila menaip tau tak. Berbunga2 je hati ni sukar nak diceritakan. Kalau kawan aku si Pu3 cepatnya rasa mengantuk selalu, tapi dia masih lagi boleh kawal mengantuknya, lagi2 kalau ada plan nak merayap. Macam aku pantang letak kepala, da sampai New York rasanya. Paling marah bila dah ada plan keluar ramai2 tu, aku bantai tidur sampai budak2 takut nak kejutkkan aku. Leh tak macam tu. Bila aku fikir2 balik, kenapa la diorang takut nak kejut aku eh.... Endup marah orang lain atas kesalahan diri sendiri. Heheheh
Saat ni, aku teringatkan arwah adik aku lemas, 7 tahun dulu. Arwah adik yang diberi nama Muhammad Zulhafiz. Kami sekeluarga, memanggilnya Hafiz. Kalau arwah masih ada, umur dia dah masuk 15 tahun. Satu2nya adik aku yang berbeza perangai dan rambut. Berambut kerinting seperti Ayah aku. Seorang yang mendengar kata, dan tak pernah melawan kata2 orang tua aku. Senang cerita Mama kata tersangat senang bela dia.
Masih teringat kisah itu, takkala aku senang enak dibuai mimpi, saat hujan lebat turun diwaktu tengahari. Aku tidur tengahari kerana aku kerja malam tau. Masa tu aku kerja kilang Motorola. Aku dengar Mama jerit kejutkan aku dari tidur. Kata Mama " Asyik tidur je bangun la adik jatuh sungai tu" Aku yang selalunya liat untuk bangun, terus leh bangun bila aku dengar Mama kata gitu dengan nada yang agak mencemaskan. Dengan hanya memakai singlet dan bersuar pendek, aku bangun dari tidur dan keluar.
Sebelum itu, aku sempat lagi tengok kat ruang tamu ada pinggan da juga separuh dari nasi yang masih berbaki, masih lagi berada dihadapan tv. Saat itu tv kat rumah Mama agak tinggi juga susunannya, dan pinggan itu berdekatan dengan tv tersebut. Bermaksud, arwah adik tengok tv dalam keadaan mendongak sambil makan. Aku terus keluar tanpa fikirkan apa2 yang buruk. Dalam hati hanya mampu berkata itu bukan adik aku.
Sampai dibenteng, aku mengucap panjang bila aku tengok air sungai yang amat deras. Benteng sungai dikerumungi dengan jiran2 aku yang mungkin da tau apa yang berlaku. Aku menjerit sekuat hati memanggil nama adik Hafiz. Sudahnya aku rebah, mungkin aku terperanjat. Ayah keluar berkerja, Lye yang pergi KL, Ezzy yang entah kemana. Aku jadi buntu dan menyebut satu nama Ayid. Saat itu hubungan aku dengan dia masih baru.
Diselidik, di periksa apa tujuan arwah pergi ke sungai itu yang telah menelan terlalu banyak nyawa. Rupanya, untuk mencari basikal yang hilang. Sebelum dia pergi sekolah waktu pagi, arwah tanya pada Mama, "Mana basikal ma?". Untuk pengetahuan, basikal dia baru dibeli oleh Ayah. Mama kata "Ada la kat situ, malam tadi tak kunci ke?" "Entah adik lupa, takpe la sebelum pergi m,engaji adik pergi cari kat kedai besi buruk." Masa itu kami sekelurga memanggil dia adik. Walaupun kami sudah ada Farhan saat itu, tapi mungkin jarak yang agak jauh, membuatkan nama adik itu masih terlekat pada arwah.
Dan itu la dia kejadian yang menimpa, arwah pergi merata2 kedai besi buruk untuk cari basikal yang hilang tu. Tapi tak jumpa. Aku sendiri tak tahu kenapa dia pergi ke saluran air longkang ke sungai itu. Fikirku, mungkin dia selalu main kat situ. Masakan dia tau jalan ke situ kalau dia belum pernah pergi kan. Aku menung sendiri, Ayah baru balik kerja, mengamuk marah2 Mama katanya tak pandai jaga anak. Aku hanya mampu menangis da berdiam diri. Kejadian itu menjadi kesan buat adik aku Ezzy yang memang rapat dengan arwah. Dia menyalahkan diri sendiri atas kejadian itu. Kurang pasti kenapa dia perlu meyalahkan diri dia. Bagi aku kejadian itu diluar dugaan kita.
Hari bersilih ganti, mencari dan terus mencari masih belum berjumpa dengan mayat arwah. Lepas 3 hari mencari, mayat yang dicari baru berjumpa. Bomba menjari di sepanjang sungai itu, masih tak jumpa. Sehinggakan kata orang kita buang apa yang di selalu pakai untuk mencarinya, saat itu kami buang tilam tempat arawah selalu tidur ke dalam sungai. Tuhan Maha Esa tilam yang dibaling tadi berpusing disatu tempat. Arwah tersangkut di situ. Tiada kesan luka, cuma sedikit calar dibahagian perut. Bawa ke hospital untuk di periksa. Mama tak mahu dibedah siasat. Sayu hati aku terkenangkan saat itu.
Ok nak balik Damai da....
P/S If love was a choice who would ever choose such exquisite pain.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^