Hari ni 1st day berpuasa. Pukul 8.00 pagi aku da bangun. Pagi2 rumah aku agak riuh bila Farhan, keluar di luar pengetahuan kami. Mama dok bising soh cari dia. Farhan ini, diketegorikan sebagai manusia tegar+begar. Degil sangat2. Yang penting tak serik2 walau dibelasah macam mana sekali pun. Huh kulit biawak kot, sampai takde perasaan.
Kalau tidak aku kerja hari ni, tapi aku minta tukar cuti. Ye la 1st day puasa agak sayu la juga nak buka puasa sorang2 kat klinik kan. Nasib baik la ada JESSICA yang sudi tukar offday dengan aku. Tanx JC lain kali U ada hal leh tukar cuti dengan I k...(",)
Aku bangun sahur pagi tadi dalam pukul 4.30 pagi. Biasanya aku tak bangun sahur. Tapi tengok perut juga la. Melihat muka2 adik aku yang mengatuk menjamah makanan, membuatkan aku rasa sayu. Kerana aku masih lagi ada mereka di sekeliling aku. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi kami kesempatan lagi untuk bersahur bersama2. Menu bersahur ala kadar je, Sambal Udang, Sayur, dan Ikan Goreng. Dan airnya, air Kopi (itu pasal aku bangun awal2 ni, kopi punya pasal)
Lepas habis bersahur, biasa la amik oksigen. Tengah2 hari tak leh nak dapat oksigen kan. Dan sambil bergayut dan bergayut sampai pukul 6.00 pagi... Mata da rabak... Aku tidur.
Dalam kepala aku sekarang ni, mana nak pergi ek. Untuk menghabiskan waktu yang ada ni...?
P/S Selamat Berpuasa Sayang...
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^