♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, July 20, 2009

DiSebaliK KeSibukAn

No comments:
Sebenarnya, aku nak cerita sikit disebalik kesibukan aku dan sanak saudara aku masa kenduri kat kampung hari Sabtu yang lepas. Bukan ada apa pun. Dalam kesibukan orang lain dok hidang makanan, memandangkn orang2 surau dah nak sampai, aku tak tahu plak macam mana aku boleh menjadi BABY SITTER malam tu. Hahaaa, korang jangan ingat aku mengelak tau. Langsung takde niat aku untuk mengelakkan diri dari buat kerja. Ok la baby yang aku maksudkan adalah DANISHA, anak Bik Mie, yang juga merupakan saudara aku. Lama betul aku tak balik kampung, da ramai rupanya saudara baru aku. Yang best, semuanya masih kecil. Harharhar... Terasa ketuaan aku ni tau. Walaupun kami bersaudara. Wajah2 DANISHA yang tak biasa dengan camera.. Heheee nak soh dia jadi model la... Hahaaa
Percaya atau tak, bila nampak je flash, dia pandang camera. Ready2 konon aku nak snap pic dia... Ceh mula la perasan budak ni. Sehinggakan aku dan adik aku Ezzy geram sangat dengan dia. Dan Ej yang memang suka budak2. Huh.. Tapi kan dia comel sangat2 aku geram... Nak tau tak, aku ni berapa suka nak melayan budak2. Tapi DANISHA berjaya mencuit hati aku untuk terus layan dia. Lagi2 dia da mula menunjukkan reaksi. Reaksi untuk suka bergambar, macam aku. Suatu hari nanti dia pasti akan giler camera macam aku. Harharhar. Huh comel sangat2 la budak ni... Sekian lama menanti, akhirnya DANISHA mula tersenyum. Aduh... Sungguh comel budak ni tau. Aku sayang kamu sayang. Geram.. Wajah2 malas DANISHA. Alahai, ada pulak bersuara "kawin cepat2, cepat dapat anak". Ish, takde kena mengena langsung dalam cerita ini tau. DANISHA... Hm bijak budak ni tau... Kesian aku tengok dia golek2, aku letakkan dia dalam kerusi roda ni. Tengah orang berdoa kat depan, dia leh tekan lak button yang ada. Tau2 muzik Do Re Mi kuar. Alamak, mana la aku tau ada bunyi. Aduh2. Gara2 DANISHA aku kena jeling. Jeling2 manja dari ahli keluarga aku yang penuh bermakna tau. Aku mampu tersengih macam kerang busuk. Takpe kerana aku sayangkan DANISHA, aku rela kena marah tau... Heheheee DAAAAAAA

PeRkenAlaN yAnG Tak DIsenGAjaKan

No comments:
Selamat morning reader's kesayangan aku. Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah untuk membaca setiap N3 aku... Kali ni, aku nak share cerita tentang seseorang yang baru aku kenali. Cerita ini masih fresh. Hahahaaa...(",) Aku kenal dia dari FB. Apa itu FB, pandai2 la cari ye. Heheheee. Actually perkenalan ni tak disengajakan. Kerana dia merupakan kawan pada salah seorang kawan aku juga. Senang cerita, mereka berdua rapat sehinggakan kawan2 dia, pun dia add as a frendz. Pepatah melayu pun ada mengatakan, BERKAWAN BIAR BERIBU, BERKASIH BIAR LA SATU. Jadi, dari add yang tak disengajakan, menjalinkan satu ikatan persahabatan. Haaaa...Salam perkenalan...(",) Mengenalinya, baru seminggu bagaikan da lama sangat kami kenal. Mungkin dek kerana aku ni cepat mesra, jadi segalanya bagaikan sekelip mata je. Lagi2 sikapnya yang terbuka dalam setiap hal, membuatkan aku amat senang sekali bila berbual dengannyer. Walaupun belum pernah bertemu empat mata, ada kalanya, serasi itu ada. Tapi aku tak boleh menjanjikan apa2. Kerana sikap manusia itu sentiasa berubah. Awal perkenalan segalanya indah bukan, bila da lama2 kenal, sedikit demi sedikit pekung didada akan terbongkar. Lagi2 aku ni, mudah merasa sesuatu perkara, walaupun perkara itu belum pun terjadi... Diam2 aku, aku memerhati...(",) Oh ya, dia yang aku ceritakan berasal dari S'pore. Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku kenal orang yang bukan dari M'sia. Ye la aku ni kan, orang kampung. Tak ramai kawan2... Siapa kawan aku sekarang boleh dikira dengan jari. Kalau tak cukup jari tu, baru la dikatakan ramai kawan kan... Hm mungkin wajah aku yang agak sombong ini (tapi sungguh, aku tak sombong tau), agak sukar bagi aku untuk berkawan. Aku mengharapkan orang menegur aku terlebih dahulu, kerana aku memang berat untuk memulakan... Harap maklum ye (",) Ok la itu sahaja... DAAAAAAAAAA P/S Terima kasih kerana memilih aku sebagai kawan...

Sunday, July 19, 2009

BaLiK KampUng

No comments:
Jumaat lepas. pagi2 lagi aku dapat sms dari adik kesayangan aku. Ayat2 seterusnya, lebih kurang apa yang dia send. Aku da lupa ayat2 bodek dia tu. Panjang sangat...

Ezzy :- Sis, aku nak lik kampung, lepas sembahyang Jumaat. Mak suruh balik ada kenduri arwah.. (aku dapat je sms ni aku da tau niat dia)
Aku :- So? Kenapa dengan aku lak...? (aku purak2 buat tak tahu niat dia itu)
Ezzy :- Macam biasa la. Takkan balik saja... (kan aku da kata)
Aku :- Nanti datang la klinik. Tapi aku takde aku past kat Sue, pasal aku keje kat Bukit Jalil. (da memang sentiasa aku stanby)
Ezzy :- Sis tak balik ke? Mak soh ko balik la. (aku da tau niat dia seterusnya)
Aku :- Nak aku balik, nape tak bagitahu aku awal2. Mana leh last minit gini. (betul apa)
Ezzy :- Sebenarnya, da lama plan. Cuma mak da bagitahu aku, soh bagitahu ko. Aku lupa. (ai, takkan da lupa no aku atleast da canggih sekarang ni, sms je la)
Aku :- Hmmmm macam mana aku nak buat. (tetiba pala aku berdenyut)
Ezzy :- Ninda da tanya pasal ko. Tu pasal aku soh ko balik.
Aku :- (Alamak ada yang da bertanyakan aku yang da lama tak balik ni pulak) Ye la tengok la nanti macam mana aku bincang dengan Jessy. Nanti jangan lupa amik k

Itula cerita aku pagi Jumaat lepas. Lepas je aku abis sms dengan adik aku tu, kepala aku terus berdenyut. Apa lagi migraine da aku. Perkara biasa bila tengah2 bulan gini. Berbintang2 kepala aku memikirkan. Huh... Takpe la sebahagian dari tanggungjawab aku kan. Takleh nak mengeluh... Ada hikmahnyer, Amin. Sampai je klinik, terus aku discuss dengan Jessy, minta dia gantikan aku esok. Yela esok dia punya offday, jadinya aku nak dia ganti aku. Kerana aku nak apply cuti (alamak abis cuti raya yang aku simpan... Heheheee). Bersyukur sangat2 bila Jessy kata dia tak kemana. Yes! Boleh aku balik kampung. Lagi2 tengah kusut kepala ni. YeaYea balik kampung..

Dek kerana Cik Amy dengan Cik Sham datang bertandang kerumah malam tadi, (adik2 datang dari jauh, takkan taknak layankan) jadinya terjebak sampai la pukul 4.30 pagi baru tido. Oleh kerana nak balik kampung, aku bangun awal pagi tau. Pukul 8.30 pagi, aku da bersemangat nak balik kampung. Memandangkan mata aku masih mengantuk, tapi dek kerana nak jumpa nindaku, aku gagahkan juga. Bila aku fikir balik, last aku lik kampung masa raya. Fuh lamanya.... Jam kat dinding pukul 11.30 pagi, memandangkan da nak masuk tengahari, so pergi isikan perut dulu kat Gasing Indah... Nyum2 makan2.... Settle je makan dalam pukul 1.30 petang gerak ke kampung. Balik kampung, OOOOO Balik kampung. Hehehe macam balik raya lak Ahaks.

On the way ke kampung aku bantai tido dalam keta. Ej drive sorang2 melayan perasaan dia. Ahaks, sori la... Bangun awal sangat, jadinya da makan kenyang2 tido ler.. Heheheee. Kalu tak silap aku, pukul 4.30 petang, da sampai kat Sungai Besar. Singgah jap, li buah tok dibawa ke kampung. Itu je yang termampu rasanya... Balik pun emergency.... Sampai kat kampung, sebahagian sanak saudara da ada. Uish rindu giler...Soalan pertama bila aku bersalaman dengan sanak saudaraku. Eh da gemok kau ni. Aduh... Malu la.. Gemok sangat ke aku ni. Tak la gemok kan cuma berisi sikit. Aku menyedapkan hati aku sendiri lalalaaaa.. Tak sah kalau tak ditanya soalan cepu mas. BILA NAK BAWA CALON SUAMI BALIK. Aduh, aku cuma leh kata, belum sampai seru la... Mula la, semua orang nak kenen kan aku orang tu dan orang ni. Alamak.... Ok habis da cerita aku. Jom layan gambar2 k...


Mak aku dan adiknyer Bik Mie, Sibuk dok hidang makanan. Yang kat belakang tu Ej, hanya melihat. Woi tolong la sekali. Huh..


Jangan ingat aku tak membantu k... :)


Ninda kesayanganku, tengah dodoi cicit dia.... Comel kan dia. Macam aku juga wahahaaa....


Ini dia... Periuh rumah. Adik aku dan juga saudara mara aku. Kalau nak tahu, sedara2 aku banyak yang bawah umur tau. Jadi tiap kali balik kampung, aku memang takde kawan. Mati kutu beb...


Antara tetamu yang hadir malam tu.

Lepas settle je kenduri, aku pun balik KL....

P/S Ada cerita lagi.. Tunggu sambungan k. Aku ada keje nak buat ni..

DAAAAAAAAAA

Friday, July 17, 2009

PeRasan Kadang2 GiLer Kan...

No comments:
Hehehe...Morning u all... Aku takde nak cerita apa pun. Cuma tu la tajuk kat atas tu. Aku teringin nak share ngan korang2 suma yang sudi buang masa, curi tulang dari wat keje semata2 nak membaca apa yang aku tulis... Teruskan membaca ok...

Ok la aku nak tanya, korang percaya tak...

Pada cinta pandang pertama...
Hehe... Percaya tak? Bila korang pergi mana2 la, terserempak/terlanggar/terpandang mamat/minah yang berjaya mengusik jiwa dan naluri korang tu. Dada korang tiba2 rasa berdebar. Berdebar ke...Ke tak? Ke seperti melayang2 perasaan tu bila terpandang lirikan mata dia. Huh... Menusuk hidung aku ni. Adik aku dok spray minyak wangi dia. Satu bilik ni da bau perfume urban dia. Aduh sakit tol hidung aku. Eh tu cerita lain. Maafkan saya penghuni gua. Kalau korang tanya aku... Aku percaya. Kerana kekasih aku yang pertama (Huh terkenang semasa dulu...), bertahan selama 3tahun dek kerana cinta pandang pertama. Tapi jodoh tak panjang, so putus jua akhirnya lalala. Aduh teringat lak kenangan lama... Sedih la... Tukar2 kes kawan aku pun sama gak. Jumpa baru pertama kali ni, da giler meroyan sangat2. Huh aku tengok pun naik sakit hati. Rasa nak sepak2 je budak tu. Heheheee jangan marah tau pada yang terasa... Lalalaaa. Mungkin dah jodoh dia, menjadi juga mereka berdua tu. Harap2 lama la ek. Amin... Dan kes kawan baik aku gak, cinta pandang pertama gak. Alhamdulillah da jodoh agknyer, kawin la. Sekarang da anak dua. Alamak tersentuh emosi aku ni yang belum kawin2 lagi. Aku bila lagi ek... Hm.. Belum sampai seru. Sapa nak apply, borang banyak lagi ni. Email aku k... Huhuuu

Cinta yang datang, hanya mendengar suara?
Jeng... Jeng... Jeng... Alamak macam mana tu ye. Aku rasa la, mungkin terpikat pada suara kot. Mana taknyer, kalau da suara giler lunak berkrim disukai ramai, walaupun demok macam mana sekali pun (itupun belum tukar picture dalam MMS tau) hati da giler cair macam butter kena larut dalam kuali panas. Eh malam2 gini makan roti bakar pun sedap kan, dengan telur setengah masak. Peh sehingga menjilat pinggan tau. Bingung... Itu cerita lain la. Sambung lik cerita tadi. Wah da tentu2nye ayat power la tu. Tu yang boleh jatuh hati. Bayangkan la, tak pernah jumpa ni. Tapi leh jatuh hati tu. Hohooo. Agaknye kalau da jumpa empunya suara, mesti tak mau jumpa da kan. Ye la kalau dapat yang sedap mata memandang, sejuk perut ibu mengandung takpe. Tapi kalau dapat yang jauh langit dengan bumi macam mana.. Wahahahaa. Tu la cinta tu memang buta kan. Sampaikan makan tak lalu tidur tak lena mandi tak basah. Sampai sanggup berhabis masa dan bil fon untuk dengar suara. Kadang2 keje pun tak terbuat asyik nak dengar sura dia ke. Wah... Giler dasyat... Tapi kan masuk akal tak perkara ni? Boleh ke kita percaya pada orang yang hanya kita kenal melalui telefon. Ish lagi2 la orang yang kita cinta itu, belum pernah bertemu, atau pun senang cite, dia bukan depan mata. Wah... Karut lagi mengarut kan...

Cinta cyber...Hm
Kes lebih kurang dengan kes kat atas. Cuma berbeza situasi. Tapi kawan aku bahagia tau sampai sekarang. Perkenalan yang bermula dari Myspace. Mula2 kenal macam anjing dengan kucing. Ada je yang tak kena nak balah berbalah. Sapa tahu satu hari, diorang kuar blind date, menjadi sampai ke jinjang pelamin. Tu ok la kan empunya diri yang nak jumpa masing2. Tapi macam mana lak muka orang lain, actually orang yang sebenarnya, orang lain. Hm... Ada tau. Zaman2 cyber macam ni, yang da canggih manggih ni. Apa2 pun leh jadi tau. Macam mana lak dengan ejen pencari jodoh. Ada kan... Leh caya ke semua tu. Bagi aku percaya atau pun tak, kalau da jodoh, tu tak kemana kan...

Cinta selepas berkawin
Alamak perkara ni amat la menakutkan bagi aku. Minta jauh kalau la aku berhadapan dengan kes ni. Ye la da penat sangat mencari, pakcik makcik dok kenen sana sini. Mana la tau tiba2 leh terima kan. Hmmm kalau la jumpa yang serasi takpe juga. Tapi kalau jumpa yang jauh sangat citarasa macam mana lak tu. Tak pasal2 lepas 48jam bercerai. Nauzubillah tak moh gitu. Tak mahu la sampai cerai berai kan.

Ok la, itu la je jumpa lgi k...

DAAAAAAAAAAAAAAAA

Tuesday, July 14, 2009

SepErti yAng aku Janjikan

No comments:
Aku da tunaikan apa yang aku janjikan...
Hehehheeee... Berapa kali tiup lilin Cik Amy...? Tu aje... Takde cerita. Plan malam ni nak masak. Da lama tak masak... Nak masak apa ye... DAAAAAAAAAAAAAAAA

Monday, July 13, 2009

Naili's PlaCe

No comments:
Happy Monday everybody....Wah... Walaupun asthma datang menyerang kehidupan aku sekarang, yang pernah singgah dalam kehidupanku ketika suatu zaman kanak2 ku dahulu, yang da bertahun2 hilang, datang balik tanpa aku undang, aku tetap ceria pagi2 ni. Uish... Sekali datang menyerang da macam hujung nafas kehidupan da. Huh... Sesak nafas aku dibuatnyer untuk mengarang ayat diatas. Baik la reader's kesayangan aku yang sudi membazirkan waktu untuk membaca setiap karangan yang ada dalam list2 aku ni, aku nak story pasal aktiviti aku pada malam minggu yang lepas.... Jom hayati bait2 cerita seterusnyer. Wahahaa
Balik je kerja, aku terus siap2. Ready2 tok satu celebration yang aku buat, sehari sebelum majlis. Ha... Semuanya last minit tau... Jam kat dinding da pukul 10.30 malam. Aku masih lagi bersiap. Tengah siap2 KROL n SHAM baru nak gerak dari Sunway menuju ke Sentul. Dalam hati ni da marah sangat2 pasal booking pukul 11.30malam. Kalau tak, tempat yang aku booking tu kang kena duduk dek orang lak. Sempat ke nak sampai sana aku sendiri kurang yakin. Ye la hari sabtu malam minggu KL kan macam sardin dalam tin. Sana sini da tentu2 jem gile. Lagi2 SHAM yang aku kenali, memang suka mengikut jalan yang mengarut2. Elok2 tempat tu dekat. G jalan yang jauh2. Da tu pulak, aku kena lak amik si AMY kat Subang. Lagi aku angin. Aku soh turun kat Pyramid je senang nak g amik n terus jalan, tapi nak ke Subang la pulak... Sabo je la aku menjadi seorang yang beriman... Takpe2 dugaan tu.... Moh layan pic. Tak banyak yang leh aku story pasal bising. Jiran aku wat renovation kat sebelah.... Jom

Ni la tempatnyer....

Ni la kek untuk AMY yang hampir cair.... Dugaan banyak sangat... Sorry aku janji aku ganti yang baru ok...

Wajah befday girl...

Semoga panjang umur ya...
 
Kami adik beradik yang nakal punya idea...

Sentiasa ada....
 
Kesayanganku... Da lama tak jumpa diorang ni...
 
Dan wajah2 yang sudi meramaikan majlis yang cukup sempoi malam tu...
 
Friendship never ending ok... Settle makan, habiskan tenaga dan duit kat danau kota. Takde apa yang aku leh beli pasal kedai hampir tutup. Da lewat sangat aku kesana. Ok la... DAAAAAAAAAA

Thursday, July 9, 2009

SaYang Mak...

No comments:
Minggu ni minggu aku lik umah mak. Dua tiga ari lepas, aku tak berkesempatan untuk berjumpa dengan mak.
Hari Isnin aku lik keje agak lewat. Dengan badan tak sihat, banyak lak keje nak dibuat, selain menyinggah ke kedai burger adik aku. Tolong dia la konon. Tapi tolong tengok. Hahahhaaa. Sori bro tolong tengok je, kerana emosi aku agak terganggu.
Selasa lak badan aku masih sengal2. Dengan selsema tak kering2 lagi. Ubat da berdozen aku makan sembuhnyer tak juga. Injection pun da amik, tetap sama gak takde perubahan.
Rabu aku lik pun dekat pukul 10 malam. Ingat dapat la aku bermanja2 + berborak dengan mak. Meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku ni kat mak. Pun tak dapat gak, pasal ada yang datang bertandang kat rumah aku ni. Kalau korang nak tahu, rumah mak ni selalu jadi pot meeting untuk suri2 rumah yang takde kerja. Meeting pasal jiran tu jiran ni... Biasala kan dah nama pun takde kerja kan. Tu je la kerja diorang. Bagus juga, mak aku tak rasa sunyi. Tapi kalau selalu datang pun bosan gak kan. Macam aku ni ha, jarang jumpa mak, sekali sekala lik nak gak borak2. Tapi tak berpeluang langsung. Sudahnya aku bantai tido awal. Ye la badan pun tak berapa nak sedapkan, so tido adalah perkara yang paling baik. Setuju tak....
Tapi ari ni ari khamis, aku dapat berjumpa ngan mak, malangnyer tangisan kesedihan yang keluar. Tak mampu aku nak berkata2 apatah lagi meluahkan apa yang terpendam. Teresak2 aku menangis, sambil ditenangkan oleh adik aku ezzy... Huh cengengnye aku ni kan. Aku pun tak tahu kenapa aku sekarang mudah untuk menangis. Mungkin aku terpandang sesuatu yang menjadi kenangan...? Heh kenangan tetap ada. Sampai bila2 tak leh nak buang kan. Apatah lagi kenangan itu selalu ada didepan mata. Makin mak usap2 kepala aku, bertanyakan kenapa, makin laju air mata aku ni jatuh. Habis basah kain mak aku dengan air mata. Saat tu nasihat yang mampu mak bagi, dek kerana aku tak juga cerita dengan dia....
"SEMBAHYANG, JANGAN IKUTKAN PERASAAN. MINTA DIKUATKAN IMAN. JAUHKAN SEGALA DUGAAN. MINTA DIPERMUDAHKAN URUSAN. MINTA JODOH YANG BAIK2. KERJA KUAT2 KALAU TAK SEMBAHYANG TAK GUNA JUGA. BUKAN LEH BAWA MATI. PASRAH DENGAN APA YANG TERJADI. BUKA LEMBARAN BARU. ADA MASALAH CERITA, NI TAK PENDAM2 SAMPAI MAKAN DIRI. KENAPA NI. BAGITAHU MAK"
Aduh terharunyer. Makin laju air mata aku bila mak ulang 2,3 kali perkara yang sama. Aku bertanya juga dalam hati. Kenapa aku tak leh nak luahkan apa yang terbuku dalam hati ni. Nape aku tak mampu nak meluahkan apa yang tersirat dalam benak jiwa aku ni. Ntah la. Payah untuk aku share dengan sapa2. Yang mengetahui apa yang terbuku dalam hati ni, hanya yang MAHA ESA.
Apapun, aku tetap bersyukur kerana aku masih ada mak yang masih disisi walaupun masa aku lebih banyak untuk kawan2 dari keluarga aku sendiri. Walaupun jarang berjumpa, mak tetap setia disaat aku susah dan senang. Aku sayang mak sangat2. Aku tak dapat nak bayangkan, kalau mak dah takde. Kekuatan aku selama ni adalah kerana mak. Mak banyak susah payah membesarkan aku. Mak yang banyak berkorban untuk aku. Mak segalanya buat aku. Aku sayang sangat2 mak. Ya ALLAH panjang kan la usia bondaku. Aku belum bersedia kehilangannyer... Amin...
DAAAAAAAAAAAA

Tuesday, July 7, 2009

AkU...

2 comments:
Kecewa... Aku bila di tinggalkan,
Sedih hatiku... Bila teringatkan,
Pilu hatiku... Bila terkenangkan, Pasrah... Aku dalam ketentuan, Apa dayaku... Seorang insan, Yang hina lagi kerdil di sisinya, Yang Maha Esa, Apa dayaku... Menolak takdirnya, Mungkin sudah tersurat, Jodoh aku bukan dengannya, Pabila bertemu sentiasa berbalah, Ada sahaja menjadi ungkitan, Bagai hilang rasa keserasian, Apatah lagi kepercayaan, Apa salahku... Sehingga aku dihina, Mana silapku... Menjadi cercaannyer, Apa dosaku... Dan aku terus buta menyanyangi dirinya, Adil ke... Perkara ini berlaku dalam hidup ku, Adil ke... Pada aku yang sentiasa menunggu, Sungguh... Aku akui aku mengharapkannya, Sungguh... Aku mengaku aku menyintainya, Sungguh... Aku tak sanggup kehilangannya, Tetapi, Itu perasaanku suatu ketika dahulu, Sekarang, Perasaan itu lenyap dek kelalaian, Kelalaiannya menjaga aku, Aku, Mungkin juga lalai terhadapnya, Hurm... Kenapa perlu teringatkan hal2 yang da berlalu, Mengapa kenangan itu datang satu persatu, Ya ALLAH, Ku akui semangatku hilang tanpanya, Aku perlukan pertunjukmu, Aku perlukan kekuatan dalam hidupku, Hanya padamu aku meminta, Supaya hidupku tenang sentiasa, Pintaku Ya ALLAH, Bukakan la pintu hatinya, Supaya menjadi insan yang berguna, Padaku juga ku memohon, Kuatkan la iman ku.. AMIN...

Sunday, July 5, 2009

ColoUrfuLL Dinner @Le ChaTeaU de PuaH RestaUraNt

2 comments:
Mula2 sekali nak ucap terima kasih banyak2 buat BEFDAY GURL BABY, yang sudi invite aku dan kawan2, ke majlis makan malam sempena menyambut ulang tahun dia yang ke 27-tahun. Walaupun terjadinya sedikit salah faham antara kami, makan malam ni berlansung jugak dengan jayanya... Hehehee Alamak pet, tersebut pulak umur ko, takpe kan. Umur hanya angka k, jiwa tetap muda. Lalalalalalala... Janji pada mulanya, nak gerak dari rumah kol 11.30 malam. Tapi petunjuk jalan nak ke restaurant tu, lambat datang lak. Hehehee.. Sementara tu, kami dok layan cerita kat TV3, tajuk cerita "Kontrak Cinta". Best dowh cerita tu. Layankan je.... 
  
Ni la tempatnyer... LE CHATEAU DE PUAH RESTAURANT (tergeliat tak lidah membacanyer...?) Hehhehee...


Comel tak kek ni? Kek Jelly... First time cuba memang sedap.... Pet mana beli ek...? Lupa tanya la malam tu...


Wajah Befday Gurl.... Pet, kek yang keberapa ek? Bertuah badankan. Dapat sambut banyak kali... Special request, befday aku nanti pun nak banyak2 kali gak leh tak... Sapa nak sponsor, email aku tau.. Wahahahaaa



Yang menghadirkan diri.... Terima kasih sekali lagi menjemput kami. Lain kali jemput lagi tau... Bab makan2 ni aku suka. Suka sangat2...

Biasanyer, aku sediakan game untuk empunya befday. Tapi disebabkan bukan suprise, empunya befday wat game sendiri. Soalan2 agak mencabar minda aku dan kawan2. Soalan apa ek.... Aku tak leh cerita kat sini. Tut.... Rahsia kami tau... Siap ada hadiah dari empunya befday. Terima kasih sekali lagi. Akan aku simpan dan penuhi almari aku. Eh aku ada almari khas ke? Eh mana ada la. Akan datang aku beli dan simpan semua koleksi aku. Wahaha sengal aku da datang ni. Tolong....


Snap... Snap N Snap.... Hehehe aku suka

Actually ada banyak pic lagi. Cuma aku rasa pic tu da aku load dalam blog sebelum ni. Jadi aku fikir, takyah letak la. Sama je kan Pet...? Da nak balik, snap ramai2. Minta tolong anak tauke kedai amik kan...


Aku harap sangat kita akan terus bersama... Leh kan....


3 Ladies... Kami sekawan... Pose depan rumah baru kami... Akan datang la. Buat masa ni pose depan umah orang dulu. Leh tak berangan dulu...?

Wah sapa bawa keta ni... Hehee jangan perasan k. Ni keta empunya kedai. Leh sewa tak untuk 3 jam Encik???? Berangan, mana tau dapat yang betul kan...


Kami pun nak berangan gak.... Amin....
Berakhir sudah satu kisah dimalam yang indah....

DAAAAAAAAAAAAAAAAAA
Related Posts with Thumbnails