♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, November 30, 2010

Mana yang TERBAIK

No comments:
السلام عليکم
Sejak la ada kucing ni, macam2 da Yy search apa yang terbaik untuk kucing. Mulai dari pemakanannya, tempat tidurnya, nak menjaganya. Ngeh! Kucing yang belum di beri nama itu, masih kecil dan masih di dalam jagaan Mama. Masih juga mengumpul kekuatan untuk memegang kucing tersebut dari kena cakar. Fobia dowh! Dah besar sikit, akan Yy transfer kucing tersebut ke teratak Yy. Itu pun alau la di beri keizinan untuk lakukan sedemikian. 

Korang2 yang dah ada kucing tu, meh la share dgn Yy apa yang terbaik yeah..

Gudnite...

P/s Sleepy

1st dari Mama ^_^

2 comments:
السلام عليکم
Macam lambat je masa berjalan. Tengok jam ditangan.. :D

Koleksi Jam yang ke-5 

Flash back zaman kanak2 Yy

Hadiah pertama yang Yy dapat dari keluarga Mama ialah jam tangan [bukan gambar diatas]. Merengek2 Yy nak jam tangan. But ada lak deal tine tu. Kena lulus Matematik. Bersungguh2 dengan kusyuknya Yy mentelaah. Buat2 pekak telinga bila geng2 ajak main 'cap ping'. Jam punya pasal tau. At last, dapat juga score. Keputusannya berapa..? Tak hingat bila dah dapat jam, lupa segala. Leh gitu...? 

Bila Mama ajak Yy pergi kedai jam, Yy bersiap dalam masa 5min. Teruja giler ko. Masa tu adik2 Yy kecik2 lagi yeah. Masa tu umur Yy 11tahun. So adik2 yang sekarang ni, ada yang wujud ada yang tak la yeah. 

Masa tu Alba top ooo. Giler ko bentak2 nak Alba. Ahaks, Mama melayan je la karenah Yy ni. Anak pompuan sorang beb. Ikutkan aje le. Diberi kebebasan untuk melilih, antara jam jarum dengan nombor. Belum habis fikir, Mama dah bersuara 

"Ambil yang no, senang nak tengok"

Tetiba Ayah lak menyampuk 

"Amik yang jarum, cepat belajar"

Apa da, tadi kebebasan memilih, tapi ni bertekak pulak. Ekceli, Yy dah memang aim jam jarumYy sangat2 teruja dengan jam yang ada jarum. Ye la classmate suma pakai jam nombor2 [digital la wei]. Tapi Yy berlagak, tak mahu ada nombor2. Dah besar katanya. Bentak2 nak yang jarum.  Ngeh!

Dapat je jam, tak tunggu lama, terus pakai. Bau kedai tangan Yy.

"Pakai sebelah kiri" Kata Mama

"Belah kiri" Kata Ayah

"Kenapa, kiri bukan kanan..?" Kata Yy

Kata Mama, "Menulis tangan kanankan..? Jadi masa periksa takdela letak pencil kalau nak tengok jam"

Dan sekarang Yy tukarkan jam tangan Yy ke sebelah kanan, menulis dan tengok jam. Pelik pulak rasanya. Takde pulak Yy letak pen untuk tengok jam. Uh.. Mama tipu yeah... Hehehe

Korang..? Pakai jam tangan kanan ke kiri..? 

P/s Ikut selesa la yeah.. 

Bersukan!

No comments:
السلام عليکم
Sekian lama la Yy terasa nak bersukan. Nak buat itu la ini la. Seringkali la tak kesampaian. Jogging tiap2 minggu pun belum boleh membuatkan Yy berpuas hati dengan berat badan Yy. Kejap turun, kejap tu naik. Tepuk dahi sentiasa dibuatnya T_T

Dok bising2 ngan Dr B, Dr B bantai senyum, terus dia lak pi timbang badan dia. Nah! Dia juga stress bila berat dia da naik. Heheheh Ampun ya Boss bukannya I soh U pi naik penimbang tu. Kan da da stress sendiri. Ye, Yy dan Dr B  macam adik beradik. Tetap Boss yang terbaik antara yang baik. Kata Dr BYy tak cukup exercise. Kena lebih excercise *_*

Jadi, kena ada jadual baru. Walau tak reti main, tetap nak main juga.


Dah 2 orang ajak Yy pi main badminton. Maksudnya, mereka2 amat prihatin dengan Yy. Jadinya, kena cekalkan hati ni untuk lebih bersukan

Kenapa orang lain rajin, yy ni malas sangat.. Hurm!

P/s *_*

Bekalan hari ini..! Cukup

No comments:
السلام عليکم
Selamat meredah panas, pada yang baru nak pi lunch. Selamat menikmati aircond yang sejuk setelah berpanas dek redah panas tadi. Selamat menjalani ibadah solat pada yang belum pergi. Selamat lelapkan mata, pada yang mahu refreshkan diri. Selamat.. Berapa banyak Selamat da.. Yy doakan kalian Selamat sejahtera hendaknya. Yeehaaa

Disebabkan kerja sengsorang, susah sikit nak keluar jengah jiran2 sebelah. So, awal2 Yy dah tapau makan dari rumah.

Morning break ^_^

Lunch break ^_^

Tea break ^_^

With...


Sekian.. *_*

P/s Cepatnya masa berlalu.. 

Monday, November 29, 2010

Kanser Servik

No comments:
السلام عليکم
Adakah anda sebahagian yang menghadapinya...?


Apakah itu kanser servik?
• Kanser pangkal rahim. 
o Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
• Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
• Ia boleh terbahagi kepada :
o Peringkat awal �� Berlaku di sekitar servik
o Peringkat lewat �� Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant' �� seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
• Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
• Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
• 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

More info, U olls leh klik kat sini

Nah ianya benar.. Dan Yy sudah berhadapan dengan 20 orang patient yang menghadapi kanser servik ni dari pelbagai stage. Mungkin antara kita sedar atau tidak, kita antara yang memiliki. Jadi, Yy nak ingatkan diri sendiri dan juga penyakit ini. Free2 klik sana link yang dah Yy kasi tu.

Hurmm 

P/s Sayang bangat!

"U cina ka...?"

No comments:
السلام عليکم
Tiiiiittt bunyi pintu klinik dibuka...

Penuh ayu Yy [berkat dari sengih sorang2 waktu bersiap nak pergi kerja tadi] menyambut kehadiran patient yang datang. Terkebil2 si patient menunjuk2 ke arah Consultation Room. Terus...

"U cina ka...?" Glup... Baru Yy nak say Good Morning pada patient yang sorang ni. 

"Tak saya melayu" Tersipu2 dan penuh sopan santun Yy menjawap kata2 patient berkenaan.

"Doctor ale..? Itu ali saye ade mari sini cuci luke" penuh kesabaran Yy mendengar sebiji2 ayat cina bukit ni. 

"Ada kasi kad klinik ya.." Sengih kambeng Yy melayan patient ni.

Patient da masuk Consultation roomYy terus tengok cermin. U olls macam sini sangat ke muka Yy ni. 


Muka jawa ada la kan.. Hahahaa

Ni yang buat Yy nak masuk kelas bahasa cina ni.. Dr B.. Bila class tu nak proceed..? ^_^

P/s Hehehee

Steak Punya PASAL!

2 comments:
السلام عليکم
Selamat Malam..

Baru selesai dinner bersama SDF. Masing2 baru melangkah keluar dari teratak buruk Yy ni. Mekasih atas kesudian yang tak terhingga, yang datang dari Putrajaya, Kayu Ara dan juga Shah Alam. Dah lama tak dinner sesama. Meriah rasanya. Bruup.. Masih kenyang dengan sentuhan ajaib Chef yang memasak 4jenis masakan dalam 2 jam. Bruppp Alhamdulillah. Kalau Yy yang masak sure la drag sampai 4jam untuk menyiapkan ke empat2 jenis masakan tuh. Bertapa selownya Yy ketika didapur. Tetamu dah pun pulang, tapi Yy tak dapat nak tidur lagi. Kepala Yy masih lagi weng. Ini semua gara2...


Menyelerakan tak U olls.. Ya Allah terliur2 Yy takkala mengedit gambar ini. Nak di pendekkan cerita, semalam Yy pergi Carrefour, Subang Jaya untuk membeli sedikit groceries. Dah jalan2 sure laparkan..? Nah ini yang Yy makan. Beef Steak!! 

Sesudahnya, Yy mendapat migraine yang hebat sehinggakan Yy loya. Biasanya, kalau makan ubat da oke. Ni tidak loya makin menjadi2. [selesai waktu kerja] Takkala memandu, membebel sorang2 "Jap lagi sampai.. Sikit lagi.." Sudahnya, sesampai je di parking  ... Uweeeek! Eeeeeyak! Kalau tak sure Yy da terbuek dalam kereta. Sapa susah...? Yy juga yang susah.

Baru la Yy perasan, sejak Raya KorbanYy terlalu berselera dengan daging. Sup Daging, Daging goreng kunyit, Daging masak halia, Steak je da berapa kali makan. Nah!!! Makan sampai tak ingat dunia. Mana tak migraine. Kan.. Sakit sendiri.. Paham muka ko Yy...! Habis ko colestrol tinggi sudah... T_T

Pada yang selalu migraine, jangan makan daging banyak2 k, mau putus urat dikepala kang <---- bercakap untuk diri sendiri sebenarnya.

Gudnite... 

P/s Sayang Kamu

Sunday, November 28, 2010

Bila TERPAKSA memilih

2 comments:
السلام عليکم
Uish.. Confius.. Yang mana satu niyh..!

Iphone...

Blackberry torch

Rambang mata dibuatnya.. Hehehe

P/s Lapar

Kerja.. ^_^

No comments:
السلام عليکم
Selamat hari Ahad. Minggu ni skip dari jogging. Kenapa..? Yy kena kerja. Mengantikan junior Yy yang mengambil cuti. Kalau tidak, Yy dah selamat sampai kat Melaka @ Cameron Highland T_T

Well dah lama tak kerja hari Ahad, lagi2 bergabung tenaga dengan Dr B. Patient tak henti2 dok call cari dia. Hari2 minggu ni la ramai patient. Base on appointment la kan. Lain rasanya berkerja dengan Dr B ni, agresif giler tubuh badan ini dibuatnya. Best tetap best. Tapi kalau ada yag tak best berlaku, apa lagi jumping la *_*

Okey dah ada patient.. Chow!

P/s Have a good day 

Saturday, November 27, 2010

Semoga cepat sembuh Mama ^_^

No comments:
السلام عليکم
Hujan turun dengan lebatnya petang ini. Aiseh mewakili hati yang sedang remuk redam. Propa lebey. 

Hujan dah redha sikit, mahu pergi melawat orang sakit.

Siapa yang sakit..?

Mama sapa niyh ^_^ [diambil tanpa kebenaran ~ minta maaf]

Dikhabarkan, Mama sudah selamat menjalani pembedahan thyroid. Syukur Alhamdulillah, pembedahan itu berlangsung dengan jayanya tanpa kehilangan suara. Itu kata2 yang terkeluar dari mulut Mama takkala di interview oleh kami [Me, Yart, Ej] Amin.. Amin.. Amin... Berkat doa anak2 Mama semuanya berjalan dengan lancar, katanya lagi. So sweet Mama ni. Macam anaknya juga. ^_^

P/s Belur++

Cerita apa yang best...?

No comments:
السلام عليکم
Nak tengok wayang, tapi cerita best...?


==
atau
==


==
atau
==


Yang mana satu...?

P/s ^_^

Baby in Wad ^_^

No comments:
السلام عليکم
Tidur Yy tak lena. Ceh! Hati di landa risau bila baby Yy sakit. Oh my Gucci Flora. Baru ku paham perasaan seseorang yang mempunyai kenderaan sendiri. Mmmm tekanan gak kan... 

Kaki [tayar] di buka -_-'

Break pad yang haus patutla berdondang sayang baby Yy -_-'

Secara keseluruhan expenses untuk baby hari ini adalah sebanyak Rm55.00 sahaja. Barang yang Yy beli sendiri yang berharga Rm45.00, dan upah Rm10.00. Berbaloi2 rasanya ^_^

P/s Miss U badly!

Friday, November 26, 2010

Jadi jugak!

2 comments:
السلام عليکم
Saja nak promote lebih, tapi N3 ntah apa2. Hee. Dalam Yy dok diam2 kat bilik belakang [tengah merehatkan otak yeah, bukan nak relax2 aje] sambil2 blogwalking, tangan ni mula gatal. Dalam gatal2 tu terhasil la plak. Sungguh bangga rasanya. 

Kecoh pasal apa ni. Hahah Yy da ada fan box. Kalau orang singgah, korang suka, korang like aje. Kalau tak suka, tidak mengapa. Hehhee

P/s Over lak rasa!


Aku ni siapa..?

4 comments:
السلام عليکم
Mana nak Yy campakkan isi hati yang panas ni..? Dalam blog juga tempatnya. Fuhh sabar2.

Sudah la hati Yy terguris dek kejadian malam tadi, dimana baby Yy merengek2 sakit. Aduh la baby, sok Mummy bawa pergi klinik yeah. Terluka hati Mummy bila tau baby sakit. Berbulan2 Mummy tangguh, kali ni mummy tak tangguh lagi yeah. Mummy janji.

 My baby yang di ambil minggu lepas.. 

Stop disitu, Yy masuk kerja macam biasa. Doa2 semua Yy da baca. Semoga Yy lalui hari Jumaat ini dalam keadaan tenang. Malangnya, sekali lagi terguris. Ya Allah dugaanMu aku terima dengan tenang.

Persoalannya yang berlegar2 difikiran Yy tak kala mengetahuinya..

"Kenapa biarkan Yy duduk 8jam kat belakang [tempat kerja Yy yeah] semalam, tanpa diberitahu tau hal ini..? Siapa Yy dimata dia sebenarnya..? Bukan bermaksud apa2. Tapi kenapa mesti jadi macam ni. Kita ni satu tempat kerja dah macam satu keluarga... Adakah dia terasa dia dibuli...? Maaflah, Yy bukan jenis orang membuli. Apakah masalah dia dengan Yy sehingga macam takde komunikasi dalam keluarga ini..? Adakah Yy seorang yang tak boleh bertolak ansur..? Girl, im so sad.. 

P/s Apa la salah Yy pada dia.. 

Thursday, November 25, 2010

.... tanpa tajuk

No comments:
السلام عليکم
Dengan penuh semangat berkobar2 didada, Yy dengan bangganya berniat last minit nak pergi jumpa Mama. Dah lama tak borak2 dengan Mama. Alang2 da balik awal ni, boleh la borak dengan Mama lelama. Selalunya kalau Yy balik, mesti da lewat malam. Ye la abis kerja pun pukul berapa lak kan. Sure2 Mama dan tidur. 

Sedang Yy lenggang lenggong membawa ke lari2 ayamnak hujan okey, kalau tak lari basah la jawabnya ~ Yy terdengar bunyi Miowww miaau tanpa henti. Yy toleh disebelah kanan dan kiri Yy. Kot2 la ada kucing tersepit. Eh... terus Yy senyum kambing. Tapi lagi ayu dari kambing okey!

Tuceng r..

Biasanya, kucing2 di kawasan rumah Yy ni akan datang waktu lunch. Tapi yang dua ekor ni terkurung pulak. Selidik punya selidik, yang dua ekor ni Mama bela da. Yea.. "Mama kakak booking yang kecik itu okey. Walaupun Kakak penakut dengan kucing setelah kejadian bertahun2 dulu, kakak akan cuba jatuh cinta pada kucing. Tapi masih kecil lagi Mama jaga dulu yeah. Dah besar sikit kakak ambil." Bebelan kakak didalam hati.

Saat dan ketika Yy melangkah masuk rumah, masing2 kusyuk tengok TV ~ Cinta & Anugerah ~ rutin harian mereka. I love my Family...

P/s (",)

Saya tak perlukan kalian saat kalian susah! Mekasih

No comments:
السلام عليکم
Berani mati punya statement. Well, Yy sangat makan hati dengan perangai yang tak pupus2 ni. Yy ni bukan la di kategorikan sebagai angel. But selalu menjadi favorite orang2 yang ditimpa masalah. Bila ada masalah datang la mereka dalam hidup Yy ni. Tapi bila dok happy+bahagia dan adik beradik dengannya, mula la missing in action sorang sorang. Go girls, semoga Allah merahmati kalian semua.

Maaf la yeah, statement ini bukan untuk minta simpati. Bahawasanya, Yy baru tersedar siapa kawan dan siapa lawan. Gunting2 dalam kain pun Yy sudah kenal. Lahaii.. Cukup2 la mengunting yearp. Tak elox yo!

Stop membebel Yy Teringat kata2 seseorang [Yy copy kata2mu ini]

"Kekawan ni macam hi hi bye bye je.. I dun give a damn.. Buang masa je.. Sape je yang ade msaa I betul2 susah? Down? Siapa? Masa senang ramai la.. So biar la berkawan dalam jumlah yang sikit daripada ramai.. Tak pening kepala.."
Tersemat dijantung hati Yy kata2 itu. Buat apa fikir2 hal orang, ada orang fikir pasal kita! Pandang2 jeling2 la keliling anda!
P/s Keliling Yy tembok batu daaa

Touche..!

No comments:
السلام عليکم
Sesudah petang Yy baru boleh nak buat story dan terus BW blog kengkawan2 blog kawan2. Haiseh, dari pagi tadi, dalam keadaan kepala weng gagahkan diri tengok nombor2. Account tahunan mahu ditutup wei, banyak benda perlu disediakan. Lagi2 la Yy da dapat reminder satu persatu umat berkaitan dengan kerja2 Yy ni. Aiseh, apalah nasib menjadi perkerja contoh yang baik ini. Ngeh statement giler berlagak. Mestilah..

Sangat2 la teruja tak kala membaca komen dari n3 Yy yang ini


Redbloodsnow said...




Awak ayam ea. zie lak -->> TIKUSSSSS kooo..hahaha. Psstt, nama anda di sebut² di dlm entry zie yg ini -->> http://princessredbloodsnow.blogspot.com/2010/11/bila-silent-readers-memunculkan-diri.html :)

Disebabkan beliau sangat tegar dengan warna merah, jadi Yy kalerkan dengan warna merah. Nak buat box2 cantek macam belog beliau, kemudian2 la Yy belajo dengan beliau. Bulehkan tuan tanah. Oh la, sesusah je Redbloodsnow buat n3 ni. Hakhak, blog cikai Yy ni masuk dalam N3 dia tau. Wah terharu bagai! Terbang2 Yy dibuatnya. Hahahaa. Tak caya leh la tengok. Hakhak

P/s Wehuu 

Wednesday, November 24, 2010

Saya Ayam!

2 comments:
السلام عليکم
Yy da tak tahu nak buat apa kat kaunter depan ni. Upss, ari ni Yy dok depan. Menggantikan junior Yy yang ada hal PTPTN. Sampai sekarang lom masuk2 lagi. Sian dia, banyak nak kena buat gamaknya tu. So, dalam borink2 ni, Yy dok la check2 email Yy. Chak Yy dapat lak email tentang zodiak Yy untuk tahun depan. Kalau yang selalu ikut tu tau la apa yang Yy maksudkan. Yy takde la terlalu percaya dengan benda2 gini, hanya sekadar utk suka2 aje. Biasanya kita selalu baca dari western horoscope. Tapi kali ni, Yy nak share dari Chinese Astrology pulak. Jom tengok ..


The Rooster
The Rooster is always popular, extravagant and creative. They can be brutally honest and generally like being showered with attention. They are wonderfully loyal friends and also give advice freely – whether they are asked for it or not! Family means the world to the Rooster and they are one of the most loyal signs in the Chinese zodiac.

Forecast for 2011 
The Year of the Rabbit will be a much quieter year than 2010 for the Rooster. However, the Rooster will have to curb his natural exuberance and enthusiasm just a bit in 2011 and practice some patience and common sense. On the work front, it will be vital for the Rooster to work closely with his colleagues and practice his networking skills. This will stand to him during the months of March, April, November and December when unexpected developments happen . All the work he does now on the career front will pay dividends in 2012, the Chinese Year of the Dragon. The Rooster should also consider any opportunities he may have to study or for training. This would go extremely well for him and again benefit him greatly later on in the year. On the social and romantic side of life, this will be a much more settled and quiet year, which will be to many a Rooster’s liking. March, July and August look to be the most active on the social scene. A word of warning though – the Rooster must take care to temper his words with friends and not be too harsh. A quarrel or end of a close relationship could result. Financially, the Rooster may have a few home-related expenses this year with repairs, decorating and renovations. It would be wise to manage any project sensibly and shop around for the best deal; Chinese Rabbit years can be expensive for all signs. On the whole, 2011 looks like being a pleasurable and encouraging year for all Roosters.



Interesting Rooster Facts:

Zodiac Stone: Citrine
Special Flower: Aster
Best Hours: 5-7 pm
Season: Autumn
Horoscope Colors: Orange, Green

Nak tahu korang punya klik kat sini tau..

Oke now nak cari makan

P/s 1+3 :p

Mangsa Vandalisme!

No comments:
السلام عليکم
Selamat pagi semua. Yy sudah breakfast. Kalian sudah..? Kalau belum pi makan yearp, jangan biarkan perut kalian kosong. Memandangkan Yy awal breakfast ari ni, jadi sistem penghadaman pun lancar jerk

Dan..


Erk... Siapa punya kerja la ni. Jenuh Yy nak menjirus pulak. Kot ye pun kasi la tau tuan kedai, yang menatang ni rosak. Tak minta ganti pun. Kasi tau sudah. Uhhhh!

P/s Cait!

Tuesday, November 23, 2010

Shoping On9

No comments:
السلام عليکم
Siapa suka shoping...? Angkat montot now! Ok ok.. Montot2 kalian amat la santek. Mekasih atas kerjasama anda. Apa la Yy dok tanya pasal shoping ni kan.. Jom Zassss


Yeah... JIPABAN. Apa la tu kan..? Klik sini kalau nak tahu. 

Apa lagi shoping banyak2.. Huhuuu

P/s Tunggu time nak balik (",)

Saya sudah.. Anda..?

No comments:
السلام عليکم
Semalam Yy dok buka Nuff.. Dan meregisterkan diri dengan Churp Churp


So, menunggu nak activate account, sampai lupa nak buka email. Baru la ni nak teringat nak activatekan. So now, Yy da ada Churp Churp.. Anda..? Kalau belum cepat2. Mana tau leh tambah tambah duit poket... 

P/s Aizat kata makan setiap 4 jam, sekarang da 4 jam ke belum.. Hehehhe 

Lapar! Macam mana nak diet!

No comments:
السلام عليکم
Lately ni, Yy asyik cepat je teras lapar. Uih la.. Kata personal trainer Yy..

"Asid dalam perut takde benda yang nak dimakan. Lemak da kurang. So elak gemuk, amik biskut kecik2 sebagai ganti."

Jadi...


Lunch untuk ari ini...

P/s Hehehee

Again PELUPA!

2 comments:
السلام عليکم
Sejak dua menjak tiga menjak ni [Nabil, Yy pinjam ayat yeah], Yy menjadi seorang yang tersangat la pelupa. Haiseh...

Sabtu yang lepas, bekerja selama 6 jam dari jam 9.00pg-3.00ptg Yy lupa nak lock kereta. Fuh...

Semalam bekerja, dari 9.00pagi-10.00malam sekali lagi Yy lupa nak lock kereta.

Apahal ni.. Jap nak tengok Yy da kunci kereta ke belom.

Da berbungkus2 kismis Yy makan, masih lupa macam mana.. 

P/s Aduhai!

SPM..

No comments:
السلام عليکم
SPM!!! Today is the day. All the best kepada adik2, yang mengenali Yy langsung atau tidak langsung. Ngeh! Yy support dari jauh, serta mendoakan korang2 walau kita tak kenal sesama sendiri. Tenang menghadapi ujian, dan harap2 apa yang korang study kuar pada hari ini. Yaw!

Teringat kisah Yy sewaktu nak ambil SPM beberapa tahun yang lepas. Asyik dengan cinta monyet, study bantai last minit. Hekhek. Pun begitu, tetap bersyukur dengan result yang ada. Cuma tak berkesempatan nak menyambung ke peringkat lebih tinggi, atas sebab2 tertentu. Sob.. Sob.. Sodih kalau Yy ingat balik. Sudah, tak payah nak over emo!

All the best pada yang amik SPM hari ni yeah!

P/s Sudah makan kah?

Monday, November 22, 2010

Gedik je rasa!

No comments:
السلام عليکم
Sudah tengahari, selamat lunch yeah korang2. Yy tak pi lunch, belum lapar lagi. Selepas menjelajah singgah2 blog orang, ada blog yang Yy dah follow, n ada Yy ikut baca tutorial yang ada. Seperti biasa, malas nak godek2 blog Yy ni. Mana yang Yy rasa mahu cuba, Yy sudah simpan linknya. Hehehe rajin2 Yy tukar n godek la blog Yy pulak. Yaw!

Tergerak nak buka Encik/Puan Nuff yang sekian abad tak berbuka. Ngeh! Sekali buka, pendapatan Yy setakat ini adalah sebanyak Rm 4.64. Bersyukur daripada tak ade. Hehehee

Okeh sila buat kerja!

P/s Pi makan tau

Kayu Ara!

No comments:
السلام عليکم
Late lunch! Selesai makan tak tahu nak kemana. Sudahnya, saja nak melawat kengkawan. Asyik kengkawan datang umah nak jugak datang umah kengkawan pulak. Zasss terus pergi Kayu Ara, Damansara. Nak pergi shoping mooping pun, macam terkejar2 pasal sibuk nak tengok badminton! Again, sukan asia belum habiskan. Hurm

Sesampainya Yy terus sms tuan rumah 

"Kami berada di depan rumah kamu"

Tercengang2 kawan tu tengok kelibat kitorang. Dengan berbekalkan limau sepeket, kami lepak kat umah beliau. Sambil menantikan game hoki dan juga badminton habis, ini la kerja Yy...

Snap pic sendiri.. Eh somel la Yy...

Menganggu emosi Ej yang stress bila badminton kalah. Terserlah muka stress...

Menganggu bacaan Cda. Kalau tau bosan begini baik kita pergi jengjalan kan deq...

Menganggu santapan Yart yang sedang makan bubur. Yy kurang pasti kenapa perlu dia makan kat tangga...

Yeah!! Hampir 3 jam menunggu, akhirnya habis juga game untuk malam ni. Lapar laaa, jom makan..

P/s Sweet dream..

Sunday, November 21, 2010

Makcik Bakso!

No comments:
السلام عليکم
Petang2 ni apa nak buat yeah, kemas rumah sudah, tidur pun sudah apa nak buat..? Buat bodoh dan menghadap pwince ni tanpa jemu. Lalalla nasib juga Yy hangkut pwince ni balik rumah. Kalau tidak sure Yy mati kutu, pasal tak tahu nak buat apa. Nak tengok tv..?! Jangan harap la Yy dapat peluang nak pegang remote tu sorang2. Selagi sukan asia guangzhou belum habis, jangan harap la dapat tengok rancangan lain. Sangat pentingkan diri, hek Yy pun boleh pentingkan diri. Huh!

Oh kain di jemuran belum angkat. Zassss dengan pantasnya sebelum timbul bisikan syaitan mengatakan "nanti lah". Ngeh! Belum kering tak boleh nak angkat la plak. Cuci mata sat, tengok mamat's endon's yang ramai dibawah. Well umah Yy tingkat 5, jadi boleh la cuci mata apa yang adoo. Sedang mencuci mata, glup! Oh no.. Makcik!! Jerit Yy dalam hati. Ada apa yang Yy dok jeritkan dalam hati tu...?!

Bakso, menyelerakan..

Yy terlihat sesuatu yang buat Yy tertelan air liur berkali2. Story sikit, kat bawah umah Yy ni ada makcik jual bakso. Well, suatu ketika dahulu Yy pernah la mencuba. Tapi mungkin tekak Yy ni tak berapa nak terima bakso, jadi itu la 1st n last Yy makan. Tekak masing2, ada yang cerewet ada yang tak kan. Rasanya, macam makan sup biasa. Cuma bakso ni letak bebola daging yang dibuat sendiri. Cukup jelas...?! Kalau tak jelas, pergi try test bakso yeah..

Sambung cerita tadi, mata Yy tertumpu pada makcik bakso yang sedang mengutip mangkuk di atas meja. Terus beliau ke gerainya dan... Nak tahu apa yang dia buat..? Beliau mengutip semula sisa makanan yang ada dalam mangkuk bakso yang dikutip tadi, ke dalam bekas tersimpannya bebola daging beliau. Eeeee ya Allah ampunkan la dosa makcik ni yang nak mencari rezeki. But! Perlu ke menjual balik sisa orang yang dah makan...? Persoalannya, kenapa perlu kasi sisa orang lain untuk orang lain makan..? Uh!! Ya Allah ampunkan la dosa makcik ni...

Jadi, menjadi habit Yy kalau setiap kali Yy habis makan, Yy akan pastikan kalau makanan itu tak habis, Yy akan lakukan sesuatu pada makanan tersebut supaya tak boleh di recycle balik. Bukan berniat nak menghina makanan, tapi perkara ini pasti akan berlaku, bila tauke kedai nak kaya cepat. Kesian pada orang lain yang mungkin akan termakan sisa makan kita. Korang nak ke makan sisa orang lain yang korang tak kenal...? Hurmmm

Bukan niat nak menjatuhkan, tapi sekadar peringatan... 

P/s Patutla, kedai makcik bakso tu tak putus2 dengan pelanggan... (",)

Sunday datang lagi!

No comments:
 السلام عليکم
Selamat berehat semua. Seperti hari2 minggu yang sebelumnya, Yy masih teruskan aktiviti mingguan Yy, iaitu jogging. Well, stamina dah ada, sayang kalau  stop begitu sahaja. Memangkan kesihatan Yy agak terganggu sedikit, jadi pusingan hari ini agak sedikit, tapi Yy tetap teruskan aktiviti ini. Tidak menjadikan tak sihat itu sebagai alasan Yy berhenti apa yang Yy da plan. Stop! Hari ni dapat 3 round aje. Cukup dari tak ada. Yes!

Selesai jogging.. Jom breakfast

  Jump Start 1 ~ Scrambled egg, fish fillet, chicken sausage, muffin, toast bread and butter. Served with hot coffee menjadi pilihan Yy. Heavy tak..? Yy rasa tak la heavy mana. Cukup alas perut. Takkan dah jogging bagai nak melantak kaw2.. Ahaks

Selesai makan..


Look at my baby.. Eeee kotornya! So bawa baby Yy pergi mandi. Hehehe

Sambil menaip, Yy tunggu Melodi start. Nak tau gosip2 artis. Ahaks. Eh da start chow dulu.

P/s Huhuu

Saturday, November 20, 2010

Curang!

No comments:
السلام عليکم
Uh! Tajuk yang seram. Tapi Yy terpanggil untuk bercerita.

Suatu ketika dahulu, Yy rasa amat berat hati kerana untuk berhadapan dengan satu perpisahan. Setelah bertahun2 hubungan, merangka impian agar terlaksa. Menempuh segala dugaan dan cabaran. Akhirnya Yy relakan perpisahan itu berlakuYy turut kata hati. Cukup kalau Yy kata, Yy tinggalkan dia dengan perasaan yang kosong. Tiada lagi cinta, tiada lagi kasih sayang, apatah lagi rasa hormat. Kenapa...?

Yy merasakan dia mula curang. Tetapi ianya hanya kata2 didalam hati. Kadangkala bisikan hati itu membina, dan kadangkala pula bisikan hati itu meruntuhkan. Yy biarkan perkara itu berlalu, kerana Yy tidak mahu untuk mengeruhkan keadaan. Adakah kata2 hati itu benar atau sebaliknya.

Tuhan itu maha kaya, setelah berpisah, akhirnya Yy dapat jawapan, kenapa akhirnya Yy meninggalkannya walau berat hati untuk melepaskannya. Selama ini, Yy menyalahkan diri Yy meninggalkannyaYy sangat2 berterima kasih pada mereka2 yang menghantar sms pada Yy, entah tak tahu apa tujuannya menceritakan kepada Yy perkara yang sebenar. Perkara telah berlalu, tak perlu di bangkitkan lagi rasanya. Yy yang tak mudah percaya pada orang dan terus bertanya pada dia.

Sah, dia mengakui kesilapan dan keterlanjuran yang berlaku. Oh Tuhan Yy sangat bersyukur perkara itu berlaku. Sekurang2nya langkah sumbang yang yy atur ini tidak salah. Dan sekurang2nya, Yy tidak curang. Alhamdulillah dibukakan mata dan hati, supaya tidak lagi tunjuk tanda setuju dengan kata2 yang terkeluar dari mulutnya. 

Akhirnya, perkara yang paling menyiksakan untuk Yy telan, dapat Yy terima dengan hati yang terbuka. Bukan mudah untuk padamkan nama itu. Yy akan cuba memadamkannya.

Sampai hati...

P/s The way i am.. 
Related Posts with Thumbnails