♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, June 30, 2010

Mama ~ Mama ~

No comments:
السلام عليکم

Alhamdulillah, hari ni hari ke-3 YY puasa. Hehhee target sampai bulan Ramadhan nanti, tercapai tak agaknya. Huhuuu Insyaallah boleh kan. Tiba2 sms masuk (",)

Mama : Ok
Me : Ha? Apa yang ok ma?
Mama : Ma tak hantar apa2 pun, puasa ke..? Nak makan apa hari ni?
Me : Alhamdulillah puasa, masak apa hari ni?
Mama : Tempoyak ikan patin eh..
Me : Alamak, tempoyak..? Hurm den tak makan tempoyak ma hehehee..
Mama : Ye la, pergi la makan roti canai kat sebelah..
Me : Aduh sedihnya, nak makaroni goreng boleh..?
(terus mama senyap apa la petandanya tuh waaaaaaaaaaaa)

Nampak gaya memang betul la kot YY berbuka dengan roti canai kat sebelah wihuuu..

P/s Dugaan 

Monday, June 28, 2010

CONTEST: SENYUMAN MENAWAN

4 comments:

السلام عليکم
Time untuk jengah2 page orang. Jeng jeng jeng, ada contest la.. Hikhikk.. So, boring2 ni, saya telah melapangkan diri untuk buat N3 ni. Hikhik contest yang di anjurkan oleh Gyena 

Syarat2 penyertaan:
  1. Be my follower.
  2. Penyertaan dari blogger lelaki & wanita di alu-alukan...tak kesah!!!
  3. Letakkan banner di atas dalam post contest korang and link it directly to my blog and letakkan juga di side bar ye...*utk copy right click mcm biasa saja then save image*
  4. Make a post about this contest.Explain la sikit psal contest ni.
  5. Upload gambar "SENYUMAN MENAWAN" korang yang korang paling suke and korang rasa cantik. Edit ke x...Sume tu terpulang pada creativity masing2.
  6. Cerita kan kenapa korang suke gamba tu. Make it interesting ok?
  7. Tag (2) dua orang kawan blogger korang.And make sure org yang di tag tu tahu yeee...Boleh la spread the words sikit kan about this contest.
  8. Leave your link below.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
30 JULY 2010


That's ALL...Korang dah boleh menang hadiah...!!!!
___________________________________________________________________________________________________________


Berikut jawapan saya pada syarat2 tadi (",)

  1. Dah lama saya follow tuan tanah ni
  2. Saya WANITA tulen
  3. Sudah letak, cari2..
  4. Merasakan senyuman saya manis, jadi saya join contest ni
  5. Gambar di atas taruhan saya
  6. Saya rasa senyuman saya sangat cantek hikhik
  7. Tag untuk Chenta dan Nabilah
  8. Sudah saya tinggalkan...

P/S mari beramai2

Lagi Cerita Bola..

No comments:
السلام عليکم

Sebenarnya sejak kebelakangan ni, banyak benda yang saya fikirkan dan saya mahu lakukan. Saya mahu beli itu, saya mahu tukar ini, saya mahu cari itu. Mungkin keserabutan dalam kepala yang datang sejak kebelakangan ni, membuatkan saya mahu lakukan sesuatu pada sesuatu. Alamak apa ni. Hikhikkk biar menjadi tanda tanya tentang apa yang saya mahu lakukan. Kalau dah jadi semuanya, akan saya share dengan kalian semua. Semalam, saya pergi berjalan2 bersama teman2 saya. Saja dah lama tak jalan2. Lagipun, macam yang saya cakap tadi, saya mahu lakukan sesuatu pada sesuatu., jadi kena buat survey untuk sesuatu itu la. Huhuuu

Okay, saya stop ceita pasal sesuatu itu terlebih dahulu. Masih musim bola kan, jadi saya nak cerita kisah bola malam tadi. Seperti N3 saya yang sebelum ini, saya bukanlah peminat bola yang tegar. Setakat terjebak2 tu ada la (mana taknya, tv kat rumah tu satu jew). Tapi kali ni, memang takde pilihan nak tengok cerita lain. Mana taknya, kalau pergi kedai makan, keseluruhan kedai yang ada dalam muka bumi ni, semuanya akan tayang bola. Lagi2 kalau keluar favorite team yang main. Siyhh jadi saya kena layan.

Nak di pendekkan cerita (tapi macam panjang je hihii), game malam tadi, antara


Seperti yang saya maklumkan tadi, saya bukan peminat bola yang tegar. Jadi, sewaktu di meja makan, di sebelah kiri saya, Ej, penyokong kuat England, dan di sebelah kanan saya Yart penyokong kuat German. Di hadapan saya pula, adik angkat kesayangan saya, Cda, sama seperti saya tidak menyokong mana2. Hehehe jadi  saya dan adik, lebih suka menjadi lalang. Wahh dah lama tak keluar perkataan ni. Sangat seronok melayan karenah mereka berdua, pada malam tadi. Sorang terkinja2 dok happy bila score, sorang lagi mula muncung. Hakahak, jadi saya yang lalang ni, meriuhkan suasana je la. Kesudahannya, German 4 - England 1 (",)

P/s Hari ni saya berpuasa

Puasa

No comments:
السلام عليکم
Chak... Morning penjengah2 blog YY (yenyen), eh ada ke penjengah harian..? Ada atau tidak, kurang la pasti kan, tapi YY boleh nampak dari trafic YY kat bawah tu. Mmm ada la beberapa hikhik. Ya, seperti yang dilihat, blog YY ni bukan la cantik seperti blog blogger2 yang lain. Tapi, YY cuba juga untuk lakukan yang tercantek. Ewahhh usaha tangga kejayaan okay YY (",)


Pejam celik, pejam celik, hari ni sudah 15 Rejab 1431. Beberapa bulan lagi masuk la Ramadhan. Untuk pengetahuan, hari ni YY puasa, untuk mengantikan puasa tahun lepas. Biasa la, nama pun perempuan mesti ada yang tertinggal. Kalau dapat FULL, satu bonus (",). Korang2 dah ganti ker..? Sudah..? Bagus alhamdulillah. Pada yang belum mari la bersama2 ganti puasa. 

P/s Target nak puasa sampai Ramadhan hehhee

Thursday, June 24, 2010

Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Official MTV)

1 comment:
السلام عليکم

Melayan lagu ni, sambil makan rojak buah..

     


P/s Menyentuh emosi saya

Wednesday, June 23, 2010

Wahhhh

1 comment:
السلام عليکم

Saat2 ngah serabut ni, saya teringin benar nak cari ketenangan...

Pulau (",)

Shopping (",)

Bloging (",)

Malangnya takde mood nak berbelong. Dari tadi dok jengah2 page orang lain..

P/s Sabar je la kan

Monday, June 21, 2010

Dan Bila Esok SOFAZ (lirik)

1 comment:
السلام عليکم

Sangat layan lagu ni... 





P/s Saja2 takde kerja

Mamam...

No comments:
السلام عليکم

Yihuuuu, semalam, saya dapat jemputan makan2 oleh seorang teman saya. Dah dijemput, jadinya berkesempatan pulak nak menghadirkan diri. Hikhik... Kemana la tuh...

Waroeng Penyet The Curve (",)

Agak kelewatan dari waktu yang telah di tetapkan, kerana organizer minta belikan "Kek", bukan "Fish cake" (wahahaa, kepekakan datang lak time tu). Jadi, tunggu2, pusing2, tu yang lewat tiba. Maaf, pada yang menunggu kedatangan kami (Me, Ej, Yart, Nort, Cda) itu. 

Makan2 semperna apa ni...? Moh tengok gambar yang telah saya sediakan k

 
 Hari jadi sapa ni...? Teka2... Kira2 (",)

 Antara yang hadir... (",)

Empunya majlis, Baby... (",)

Selesai... (",)

Selamat Hari Jadi Baby, Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki Amin.

P/s Nak makan rojak lah..

Taraaaaaaaaaaa :D

4 comments:
السلام عليکم

Semalam, seawal jam 8.00 pagi, saya dah bangun dari tidur. Walaupun hakikatnya, semalam hari cuti saya. Kenapa bangun awal sangat ni (hehehheehhhee), saya ada mission yang perlu saya jalankan. Yihuuu mission apa tu.. (--')

Saya rasa, saya cukup bengang dengan keadaan rambut saya yang kembang dan rosak itu. Jadi, setelah berkira2 sekian lama (bukan senang untuk buat keputusan begini rupa), saya nekad untuk potong pendek. Mungkin ada yang tak tahu rambut saya yang dulu.. Mari, kita lihat (--')

(melihat gambar ini, saya rindu rambut lama saya pulak)

Jadi, saya telah nekad untuk potong rambut saya sependek ini (--')
(terasa ringan sekali)

Saya tidak merasa menyesal bila potong rambut ni, tapi bakal menyesal kalau saya tidak memotong rambut kerana :- 
  • Rambut saya dah rosak,
  • Rambut saya dah merajuk,
  • Rambut saya dah kejang,
  • Dah sampai masa untuk saya potong :D
Sekian

P/s Comey dok.. ?

Sunday, June 20, 2010

Ayahandaku, Selamat Hari Bapa

1 comment:
السلام عليکم
M
Mungkin terlewat untuk saya ucapkan

Selamat Hari Bapa buat ayahanda kesayangan saya
Mohammad Kodari Kusainy

(ramai yang kata rupa saya macam ayah saya, serupa ker..?)

Tak lupa buat semua kenalan saya, kawan2 saya, pakcik2 saya, abang2 angkat saya, adik2 saya yang telah bergelar bapa. Selamat hari bapa saya ucapkan. Pada yang telah kehilangan bapa, saya sedekahkan Al-Fatihah buat kalian. Saat ini, mungkin telah ditakdirkan ayah kalian pergi awal, saya mungkin bakal menerima kedaan yang sama. Saat dan ketika ini, saya hanya mampu berdoa dan berharapnya, ayah saya dipanjangkan umur. Saat itu, saya belum ready untuk menempuhnya. Insyaallah.

P/s Syukur

Saturday, June 19, 2010

Stress ~

No comments:
السلام عليکم


Sedikit stress bila bangun dari tidur pagi ni. KENAPA...

Rambut giler kembang semangkuk

Muka naik jerawat sana sini

Badan dah naik

Arggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh, kenapa badanku terlalu sensetif ni........... Uhukkk pagi2 buat aku nak nanges.....


Terus saya layan lagu ni 



* Walau sebenarnya, takde kena mengena dengan situasi saya pagi ni (--')


P/s Ku dah lakukan apa yang patut, tapi tetap macam tu.. Uhuk

Friday, June 18, 2010

Susu ~

5 comments:
السلام عليکم 

Happy Friday... 

Terasa cepat benar masa berlalu, seperti semalam baru hari Isnin, tup tap tup tap Jumaat dah datang. Terasa juga masa semakin lama semakin cemburu dengan kita. Wihuuuu... Jadi, kerana terlalu cepat masa berlalu, secara automatik, semakin bertambah la usia. Wahahahaaa apa ada hal dengan usia ye dak ~cuba menyedapkan hati saya sebenarnya, wink~  

Sebenarnya, saya kelewatan datang kerja hari ni. Huhuuuu, giler lena saya tidur. Untuk pengetahuan semua, saya ni memang ada masalah tidur. Tidur saya sentiasa tak lena ~ bukan sebab mengigau ~, walaupun teman2 saya selalu kata "asal letak kepala confirm tidur". Ye betul, kalau saya penat sangat sure2, segala bunyi2an pun keluar ~ ye, saya tidur berdengkur wahaaaa ~ Dek kerana susah nak tidur, tiap2 malam saya amalkan minum susu

Kenapa saya perlu minum susu :-  

Untuk tidur yang lena ~ sehingga terlajak bangun kikikiii ~  
Untuk menjaga kulit ~ ye, kulit saya amat sensetif ~  
Untuk kesihatan ~ insyaallah ~  
Untuk cantik ~ dah tentu2nya ~ 

 Jadi, saya memilih susu ini sebagai pilihan saya ~



Sekian

P/s Mahu melawat kawasan (",)

Ring ring ring

No comments:
السلام عليکم


~ Aduh ~ Hish ~ Adeh ~ Alamak ~ 


Perkataan yang mampu saya keluarkan bila TT (colleague saya memanggil saya) ~
"Kak, ada call dari ********" 
Seperti dapat mengagak dari siapa, ye panggilan dari salah satu panel klinik saya (nama terpaksa saya rahsiakan). Mahu atau tak mahu, panggilan itu saya jawab. Seperti dapat merasakan apa yang mahu diperkatakan ~
"Kenapa u, la bla bla bla bla bla bla" ~ si pemanggil dok membebel ~
Saya hanya mampu kata ~ 
"I'm sorry, so sorry, i understand" ~ adeh la, parah hati nak menjawab ~

Hmmmm, macam mana saya nak luahkan apa perasaan saya sekarang ni. Malu..? Sakit hati..? Panas hati...? Entah la, cuma apa yang saya tau, saya tak suka kena bebel pagi. Cehhhhhh mood leh spoil bila pagi2 kena bebel. Tak percaya...? Pergi la tanya Mama saya. Sure2 saya akan tutup telinga bila enjin bebelan start (seperti kurang ajarkan, tapi itu yang saya lakukan) . Tak pun saya akan cakap~ 
"Mula dahhh, ye... Udah le... Ye... Udah le" ~ dengan harapan segera berhenti membebel ~ 

Semua orang tak suka kena bebelkan, ke ada yang suka dengar.. Huuuu

P/s Bukan tak terima bebelan, tapi jangan lakukan pagi2 (--')

Wednesday, June 16, 2010

~WANT 2000 VISITORS ?

3 comments:
السلام عليکم


Tengah mood swing2 ni, saya dok jengah2 page sana dan sini (well, time2 macam ni la saya minat nak baca, kasi cool diri sendiri la konon). Singgah punya singgah, tiba2 saya baca n3 ~WANT 2000 VISITORS ? Sat2 saya cuba bayangkan, dalam satu hari 2000 orang datang singgah blog saya. Wahahaa tergelak sendiri, leh ke sampai banyak tu. Mustahil bukan huhuu. Mungkin mustahil bukan juga kenyataan. Jeng jeng jeng (",)

Jadi, saya merasakan nak le mencuba nasib. Untung sabut timbul untung batu tengelam. Tak tahu la saya dapat sabut atau batu. Cuba2 try test, ngeh2. Kalau dilihat pada syarat2, takde la susah sangat cuma join contest dari tuan punya ladang :D Tupaikaran (yuhuuu i dah follow u nape tak follow i) wahahaha buleh gitu. Untuk makluman, otak saya sedang kusut, jadi saya main type apa yang terlintas dalam pala hotak. Segala keterlanjuran bahasa, harap di maafkan (kalau ada la yerk)

Nak join contest senang jerk :-

1) Make a fresh blog entry with "Want 2000 Visitors?" as the title
(buat satu entry "Want 2000 Visitors)

2) A link in your entry to tis announcement : http://tupaikaran.blogspot.com/
(link kan entry tuan punya ladang : http://tupaikaran.blogspot.com/)

3) Tell me why your blog need 2000 visitors
(beri sebab kenapa anda perlu 2000 pelawat)

4) Your blog must have a chatbox/shoutbox/cbox so visitors can leave you a massage
(blog anda mesti ada chatbox/shoutbox/cbox supaya pelawat2 boleh tinggalkan masej)

5) Reply to this announcement with your entry URL (at comment section below)
(balas announcement ni dengan meletakkan URL (bahagian komen)

Baikla, saya jelaskan kenapa saya perlu 2000 tersebut :D:D

1) Paling penting saya mahu naikkan earning saya la (cop2 klik nuffnang please)

2) Sekurang2nya, penjengah blog saya yang tak seberapa ini, makin bertambah (mungkin)

3) Leh dapat ramai kawan, atau idea, atau cerita, atau apa2 je (pengalaman baru)

4) Saya nak tambah story dalam blog saya (wahahahaa)

Sekian terima kasih

P/s Lega la sikit kemarahan dihati 

~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~

No comments:
السلام عليکم

Dah petang, (saat dan ketika ini, saya tengah panas hati), saya menyinggah (bertujuan untuk meredakan kemarahan) blog2 yang saya follow (yang saya tak follow pun saya singgah dan automatik dah follow :D). Sedang jengah2, terbehenti kat blog Gyena, dan ada tag untuk saya (tersenyum seketika). Eh, ada contest laaaaa. Contest apa la yerp. Contest yang telah disediakan oleh Ayu Rosly.  Moh tgk syarat2 dia... 

(1) 
Click button "Follow" di sebelah utk menjadi Followers  
~: SUDAH :~

(2)
 Link blog "http://pinklolipops.blogspot.com/" di blog anda 
 ~: SUDAH :~

(3) 
Create new post "~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~" di blog anda dan berikan sebarang comment @ review tentang PINKLOLIPOPS.. sebarang comment positive @ negative pun saya tak kisah asalkan comment itu bernas 
 ~: SUDAH :~
Komen "Saya sukakan warna pink. Tengok tittle empunya blog pun dah tau memang crazy giler about sewing (tauke la ni), maknanya, seorang tukang jahit. Boleh la saya hantar baju2 saya untuk dijahit (sudi tak). Hah, boleh juga saya hantar uniform saya untuk dijahit (tak gitu). Huhuuu *pssst i loikeeeee ur butterfly (",)" 

(4)
 Tag 3org rakan anda dlm post tersebut utk join sekali free giveaway ini...(kalau nak tag lebih pun xpe,saya lagi suka ramai org join =D)
~: SUDAH :~  

(5) 
Sudah settel semua syarat di atas?? then lastly tinggalkan link blog anda di ruang "comment" post ini supaya senang saya rujuk 
 ~: SUDAH :~ 

Seandainya bertuah, barangan ini adalah ganjarannya *wink


*Pemenang akan dipilih secara random..jadi sesiapa sahaja ada peluang nak menang =)
*TARIKH TUTUP : 
4th JULY 2010 
*pemenang akan diumumkan pada 6th July 2010
(urusan pos akan ditanggung oleh saya =D)

P/s Mari beramai2 join (",)

Monday, June 14, 2010

2.30 am ~

1 comment:
السلام عليکم


Singah blog sana, cerita bola, singgah blog sini, pun cerita bola, singgah yang situ cerita bola.Jengah sana sini cerita bola. Huhuuu musim world cup ni, semuanya cerita bola. Bukan hanya di blog, muka buku saya pun, kebanyakan kawan2 saya cerita pasal bola. Lagi la masing2 dah create nama kat jersey negara dan no kesukaan diorang. Sehinggakan ada kekeliruan untuk saya bila nak baca update kawan2 yang lain (mungkin mata saya kena tambah power hehehe). "Bukan senang nak tunggu world cup datang setiap 4 tahun sekali tau" kata housemate saya. Saya bukan la seorang peminat bola yang tegar. Takat main chak2 bila tersiarnya siaran bola kat tv (habis tak tahu nak buat apa dah) yela nak berebut2 pun saya tak kuasa. Huhuuuhuu

Okay disebabkan musim bola, saya pun nak cerita la kisah teman saya ni yang sanggup kunci jam pukul "2.30 pagi", semata2 nak tengok bola. Al-maklum la, peminat setia la kononnya (jangan marah ye, pada yang berkenaan). Nak dijadikan cerita, malam tadi, saya tidur di ruang tamu bersama teman2 saya yang lain (macam sardin dalam tin daaaa). Sengaja nak tidur berhimpit2, bukan takde bilik. Mula2 layan cerita kat tv, lama2 saya layan mata dan zzzzzzzzzzzz (penat siang tadi kerja).

Terus terang tidur saya tak lena pada malam tu. Entah kenapa dan mengapa, saya asyik kena gigit dengan semut. Huh sejak bila lak rumah saya ni bersemut. Yang bestnya, bila saya tanya pada yang lain2, tidak pulak kena gigit, hanya saya je yang kena gigit dek kaum2 semut tersebut. "Mungkin badan sis ni manis agaknya" kata adik aku berseloroh. Takde maknanya manis, saya bukannya suka makan benda2 manis. Mungkin sudah nasib saya menjadi mangsa semut2 tersebut (pasrah sahaja). Dah la tak lena tido dek serangan itu, saya juga tak lena tido gara2, teman saya yang kunci jam tadi. Yang asyik masyuk menonoton perlawanan antara....
German vs Australia
Baru nak lena dari serangan semut2 tadi, saya yang sedang lena beradu (kalau dah tidur tak hingat apa2 dah, dengkur pun dengkur la), asyik terjaga dan terperanjat tiap kali "gol" pada perlawanan tersebut. Adeh la, sabar je la (kalau perasan N3 sebelum ni, datangnya world cup, memang menguji kesabaran saya). Memang saya perasan, dia ada tekup dengan bantal, namun tetap kedengaran suara beliau (tak mau sentap kalau baca yeah). Sudahnya, saya katup2 (tutup2) muka saya dengan bantal supaya tak dengar apa2 bunyi2an, akhirnya saya pun zzzzzzzzzzz (",)

Bangun pagi, saya dok bebel ngan teman saya tu (saya suka cakap direct). "Eh ye ke, sorry2, aku dah tutup muka aku ngan bantal". "Ye, walau tutup tetap bising tauu". Nasib baik dia say sorry, kalau tak, menanah telinga kena bebel ngan saya (hehehee) dan lagipun saya tak suka marah2 di waktu pagi. Rezeki tak masuk, kata orang tua. Berbaloi la teman saya bersengkang mata malam tadi, keputusan perlawanan, German (4) - Australia (0). Huhuuuu

P/s Bila world cup nak habis ni...

Saturday, June 12, 2010

Ijab Dan Kabul ~

No comments:
السلام عليکم


Date : 12 June 2010
Time : 11.00 pagi
Venue : Masjid Darul Ehsan, Taman Medan

Alhamdulillah berpeluang menghadirkan diri di majlis pernikahan sahabat baik saya Rozaimah Abu Zahar dan suami Zamiri (kurang pasti apa bin nya, maafkan saya). Biarpun, wali (ayah Sue) gagal menyempurnakan tugas (mungkin sebab nervous) untuk langsungkan pernikahan, dan akhirnya bertukar dan diserahkan kepada jurunikah yang bertugas (saya gundah gulana saat itu huhuuu) tetap berakhir dengan sempurna. Sebak di dada saat "sah" disebut oleh saksi.


Yuk tengok gambar (",)


Posing depan masjid (",)


Satu2nya anak Mummy dan anak Mama (",)

Sebelum nikah (",)

Barang hantaran untuk lelaki (",)

Dari pihak lelaki (",)

"Aku terima nikahnya..." (",)


Saat yang amat memilukan buat saya (",)


Alhamdulillah selesai (",)


Sekali lagi, tahniah buat Sue dan Zamiri . Semoga bahagia hingga ke anak cucu, Insyaallah. 


P/s Jangan lupa Mummy ye Ibu (",)

Friday, June 11, 2010

Chat Box

No comments:
السلام عليکم

Pengumuman...

Para pembaca yang sudi singgah
Chat box saya dah bertukar
Terletak disebelah kanan anda 
>>>>>
Terima kasih pada Khai
 Yang telah menyediakan tutorial tersebut 
(maklum la saya ni slow)
Sekian

P/s Bakal tukar lagi (",)

Miss U...

1 comment:
السلام عليکم

Miss my Mama...
Miss my Ayah... 
Miss my Brother..
Miss my Soul...
Miss my Angel...
Miss my Baby...
Miss my Dear...
Miss my Babe...
This song for U... (",)
Thank U for everything...



P/s Sangat rindu

Sengal tul

4 comments:
 السلام عليکم
Cerita saya pagi ni,
  • Alhamdulillah bersyukur masih bernyawa (hah 8.15am, melompat dari katil) 
  • Gosok gigi, cuci muka, mandi dan tuttt (rutin harian)
  • Segelas air suam (wajib buat)
  • Turun tangga dari tingkat 5 je (excersice) 
  • Sampai kat 'baby' buat satu pusingan (pastikan 'baby' berada dalam keadaan ok)
  • Start enjin, dan zassss (kurang pasti berapa kelajuan)
  • Damn jammed (jalan ni tak pernah jem) ceh repair jalan pagi2 nih buat apa #*&^%$%^&
  • Punch card (ceh merah plak)
  • Balik ke 'baby' (lepas abis shopping kat 7e)
  • Start enjin, hah tak boleh start (apa kes lak pagi2)
  • Again, cubaan kedua. **** takleh start lagi (panik)
  • Cubaan ketiga **** apasal ni (mula nk marah)
Dr N : Sorry im late (",)
Me : Kereta I tak boleh start la (peluh2 dah)
Dr N : Hah...? 
Me : Ya, da banyak kali la I try (nak nangis rasa)
Dr N : Relax... 
Me : Aduhhhh 
Dr N : Lorh...
Me : Hahahhaaaa

Kenapa tiba2 we all gelak. Sengal pagi dah sampai la. Sejak bila lak saya parking kereta tak reti nak free gear. Tapi, itu yang berlaku pagi ni. Memang kereta takkan leh start kalau saya tak free gear. Adeh laaa

P/s Jangan cari gaduh waktu pagi :D

Nak Menjerit Rasa ~~~

No comments:
السلام عليکم

"Lagenda Budak Setan" 
Dah keluar panggung,
Best tak...?
Sama macam novel tak..?
Nak tengok sebab pernah baca novel ke..?
Pasal artisnya ka..?
Lalalaaa..
Yang pasti nak tengok,
Tapi bila..
Aku sangat2 sibuk dan penat,
Cari masa..?
Yerp perlu cari masa..
Hahahaa..



P/s Aku penat!!
Related Posts with Thumbnails