♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, January 29, 2010

... Sigh

No comments:

Tik tok tik tok... Jam kat tangan dah pukul 8.41malamKalau korang tengok N3 sebelum ni, aku ada bercerita tentang Plan BBQ, yakni Plan A. Sampai ke hari ini, takde jawapan pada yang berkenaan. Ye mungkin sebelum ini, perkataan TIDAK JANJI, INSYALLAH, da menunjukkan keputusannya. Tapi, apalah salahnya, membazirkan waktu untuk seketika, bagitahu "Maaf tak dapat nak follow". Apa la pulak ruginya untuk mengconfirmkan (aku pun tak pasti la ayat ni ada atau tak, kalau takde aku minta maaf eh) bahawa memang tak dapat nak join. Bukan satu paksaan, tapi apalah salahnya, jangan bagi orang lain tertunggu2, berkira2, atau mungkin tercari2...? Sigh (-_-"). Mana pergi perasaan masing2 aku pun tak tahu la. Lupakan perkara itu, memang aku tengah kecik hati. Pada siapa... Pada siapa2 yang terasa akan hal ini. Tak terasa, lantak pi la. Malas nak pikir banyak.

Jadi, dengan hal yang last minit ini juga la, mana yang da tukar cuti, mana yang telah susun jadual aktivi, terpaksa plan benda yang lain. Iaitu, Plan B tapi nak kemana? Masing2 da pecah otak. Yang sana tanya aku, yang sini tanya juga, yang sinun lagi. Semua plan jadi kucar kacir. Aku paling tak suka keadaan ni. Nasib baik juga tak berhabis beli barang2 untuk Plan A yang terancang terlebih dahulu. Kalau tak membazirkan. Nasib badan kena macam ni. Frust... Memang aku frust... (-_-")

 Nak Plan apa ni...?

P/s Nak kata apa lagi... Cukup la

Thursday, January 28, 2010

Kecewa Aku Kerana KAMU..

11 comments:

Tewas lagi... Jatuh juga airmata ni... Setelah sekian lama menahan kecewa... Sakit lagi hati ini.... Bila sekali lagi terasa... Hancur rasa hati ini... Bila aku terkena... Kenapa... Mengapa... Aku biarkan sahaja... Benci dengan keadaan ini... Dalam kesedihan... Aku terima sajak... Sajak dari seseorang... Yang rapat dengan aku... Jom baca...

Butt3rfly ...
Jangan menangis
Jangan bazirkan air mata 
Dari mata cantikmu itu
Air mata bukan hanya untuk kesedihan

Tapi simpan juga untuk kegembiraan
 

Butt3rfly ...
Jangan menangis
Senyuman kamu sangat manis 
Hilai tawa kamu buat aku bahagia
Ketawa la kamu
Supaya aku gembira dan juga ketawa

Butterfly... 
Jangan menangis
Lihat disana
Masih ramai yang menyayangi

Lupakan sahaja
Kesilapan yang lalu jangan diulangi
Perkara yang sakit jangan diingati


Butt3rfly...
Jangan menangis
Aku... Mereka tetap sayang kamu
Hargai kamu sepertimana kamu 
Walau di mana saja berada

Butt3rfly...
Jangan menangis
Nanti bila kita jumpa
Aku nak buat kamu ketawa

 Akan aku cuba sepenuhnya

Butt3rfly... 
Jangan menangis
Gantikan tangisan itu dengan senyuman
Agar dapat mengubat rawan 


TERIMA KASIH ABIL 

P/s Aku kecewa dengan siapa...?

Wednesday, January 27, 2010

Project Aku...

8 comments:
Sambung cerita semalam...(",)

10.30 pagi ~ Dari PTSA, aku singgah ke Carefour, Subang Jaya. Cari barang2 yang takde kat PTSA tadi, ala groceries rumah la. Sekarang ni dah dok berdua, barang budget tok dua orang juga la. Jimat la sikitkan. Pusing punya pusing, dapat juga yang dicari. Sempat juga aku seludupkan diri beli Anjung Seri, dan Impiana (aku ni da jadi pengumpul magazine pulak... bercita2 nak li rak buku tau) hikhik.. Singgah makan dulu lapar... (",)

12.30  tengahari ~ Da kenyang, Alhamdulillah ada rezeki tok hari ini. Zassssss lik rumah dan susun2 barang yang dibeli tadi... (",)

2.00 petang ~ Katil memanggil2... Jom tido... ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz (",)

5.00 petang ~ Bangun tido. Rasa macam da lama na tido... Bangun dan bersiap sedia. Hikhik... (",)

7.30 malam ~ Project bermula... (",)

9.00 malam ~ Project selesai dan hasilnya... Tadaaaaa (",)

  • DAGING SALAI MASAK LEMAK
  • KACANG BUNCIS TUMIS
  • PEKASAM
  • SAMBAL BELACAN
  • AYAM GORENG 
  • TEMPE GORENG
    9.30 malam - 10.00 malam ~ Menanti kedatangan tetamu2 yang di jemput... (",)
     
    YART ~ EBAL ~ SUE

    BABY ~ JAI ~ ARY 

    10.30 malam ~ Makan time... (",)

    11.30 malam ~ Alhamdulillah licin semuanya. Masing2 menahan perut kowt. Kikikii... Kelihatan masing2 mencari dinding untuk bersandar. Kekenyangan... Sambil makan buah epal. Anak aku, Ebal, sibuk dengan karom (betul ke ejaan aku nih) Tak puas ati dia, bila kalah harhar... (",)

    12.30 tengahmalam - Bersurai... Terima kasih kerana datang... (",) 

    P/s Harap2 murah rezeki kan... Insyaallah amin... (",)

    Tuesday, January 26, 2010

    Facebook like Button

    No comments:
    السلام عليکم
    Jenuh gak r bagi yang lemmmmmmmbab macam Yy ni kan. 

    Tak payah nak bebel banyak2. Nah ikut step oke..

    1- Dashboard > Layout / Design  > Edit HTML > Download Full Template 
    ~ tujuan download, supaya kalau error ada backup dan U olls tak nanges hentak2 kaki.

    2 - Tick pada Expand Widget Templates
    ~ kena la tick, kalau tak sampai bila pun tak jumpa

    3 - Cari kod 
    ~ Ctrl + F untuk senang, kalau tak sure mata U Olls juling air

    4 - Masukkan kod di bawah selepas kod 
    ~ Cari kod kat FB U Olls explore la sendiri. Contoh

    5- Preview dulu, atau save terus pun boleh. So dah siap... 


    Monday, January 25, 2010

    PTSA... (",)

    2 comments:
    Semalam, hari cuti aku. Kalau ikut nafsu, aku nak tidur sampai ke tengahari. Biasa la kan kes balas dendam ni. Tapi minggu ni, aku bangun awal. Kenapa, nak menunaikan hajat Dato' yang nak sangat makan roti bomm kat Pasar Tani, Shah Alam (PTSA). Alang2 dah kesana, aku pun fikir nak memasak. Semangat aku nak memasak da sampai. Masak apa eh... (",) 

    Seperti biasa, parking da tentu2 penuh. Ye la hujung minggu kan. Mana yang nak li barang2 masak tu, turun la awal. Yang nak breakfast pun ada gak, takut lak makanan habis. Aku pusing dekat 3 kali dok cari parking. Alhamdulillah, dapat juga parking yang tak jauh dari pasar. Malas nak jalan jauh2 kejap lagi tentu2 matahari panas keluar. 

    Aku ni memang ada masalah dengan matahari, tak leh lama2 sangat dengan matahari, kerana akan mengundang sakit. Bukan mengada2 ye, aku memang tak leh lama dengan matahari. Kalau tak aku pengsan, aku akan sakit kepalamigraine dan bawa ke . Bila da migraine, semua jadi uncontrol. Nak control balik mengambil masa yang agak lama. Pasal aku kena tidur, sekurang2nya 5 jam. Ratu tido kan. Tapi kan pernah satu hari, aku dok tenung matahari dekat 15min. Pasal matahari tu cantik sangat2. Sudahnye, aku tido kat tempat kerja seperti yang aku cakap tadi. 5 jam tau... Boleh macam tu... (",) 

    Perkara yang pertama yang perlu aku buat bila da melangkah masuk ke kawasan pasar ni, cari barang masak dulu. Takut nanti kehabisan, kempunan pulak orang yang teringin nak makan. Da jumpa pusing lagi cari barang2 yang lain. Da habis pusing, da berpeluh, nak cari makan pulak. Aku takde la beli barang banyak2, kerana aku tak suka simpan stock banyak2. Bukan ringan sangat pun tangan ni nak memasak. Hikhik.. Kalau rasa nak ke dapur baru la aku cari barang. 

     Sedang aku dok berjalan di tengah orang ramai ni, aku agak terkedu dengan beberapa insiden.

    Insiden yang pertama 
     Seorang Ibu, menghulurkan Rm1 kepada anaknya, yang aku anggarkan anak itu berusia 8tahun.

    Ibu ~ Nah amik ni (dengan muka yang agak garang)
    Anak ~ Nak beli apa  
    Ibu ~ Bagi orang tu (sambil menunjukkan pengemis yang ada dibelakangnya)
    Anak ~ Siapa? (tanya si anak blur2)
    Ibu ~ Hish yang belakang tu, pengemis tu (seakan marah, sambil menunjuk sekali lagi pengemis dibelakangnya, tanpa melihat langsung pengemis itu) 

    Biasa la kan, kalau kat mana2 pasar, memang bersepah pengemis yang dok mengemis. Siapa pun dia, dia tak upaya macam kita yang sempurna ni. Cuma aku agak terkedu dengan cara si Ibu. Wahai Ibu, dengan cara itu, pemberian itu ikhlas ke...? Pada pendapat aku, kalau tak ikhlas, jangan bagi. Si pengemis tu pun bukannya paksa orang yang ada disitu menghulurkan sesuatu. Hish...

    Insiden yang kedua
    Aku berjalan lagi, aku dengar suara orang mengaji. Aku fikirkan, salah seorang peniaga kat situ, pasang CD mengaji. Alangkah tersentuh hati, sebenarnya bukannya bunyi CD tetapi seorang pengemis buta sedang bertahfiz. Aku tersenyum, tapi senyum aku tak lama, kerana aku tersentak dengan satu kelakuan

    Tak jauh dari pengemis buta itu, kelihatan seorang anak kecil, yang aku anggarkan berusia 7tahun. Si kecil itu, seakan mengajuk2 cara penyampaian si buta. Mama yang berdiri disebelah anak kecik itu, tertawa melihat aksi si kecil. Ya Allah, Mama... Kenapa tak ditegur anak itu. Aku memerhati gelagat si kecil. Mahu sahaja aku menegur, tapi siapa aku nak tegur anak orangkan. Kang tak pasal2 dihempuk dengan sayur2 yang ada. Aku hanya mampu memerhati si kecil, tanpa kelip. Mungkin si kecil perasan kelakuannya diperhati, terus berhenti dan menyorok dibelakang Mamanya. Aku hanya mampu tersenyum, dan mengelengkkan kepala... (",)

     Insiden yang ketiga
    Aku berjalan lagi, dan terserempak dengan seorang Uncle. Gila ranggi Uncle tu. Dengan baju takde lengan, bertopi, bercermin mata hitam. Berpimpin tangan dengan si isteri. Wow romantic gila. Aku rasa la umur Uncle tu dalam 56++. Yang best dia pegang wiper. Dalam hati, umur bukan penghalang kalau memang ada minat... (",)

    Da dapat apa yang dicari, sekarang nak pergi Carefour...

    To b continue... 

    P/s Hari minggu yang Indah

    Saturday, January 23, 2010

    Perasan ke Tak...

    2 comments:

    Perasan tak....
    Kadang2 apa yang kita buat itu menyentuh perasaan orang lain...

    Perasan tak...
    Setiap kelakuan kita diperhati...

    Perasan tak...
    Apa yang kita lakukan selalu jadi persoalan...

    Perasan tak...
    Yang kita ni selalu lakukan kesilapan...

    Perasan tak...
    Siapa orang disekeliling kita...

    Perasan tak...
    Siapa je disisi kita...

    Perasan tak...
    Bila kita diperlukan...

    Perasan tak...
    Siapa yang benar2 sayang kita...

    Perasan tak...
    Niat seseorang tentang kita...

    Perasan tak...
    Kesungguhan seseorang dalam hidup kita...

    Perasan tak...
    Siapa kawan...

    Perasan tak...
    Siapa lawan...

    Perasan2kan tentang semua itu. Jalan leka sangat dengan apa yang ada...

    P/S Setiap kejadian ada sebab...

    Farid... Awak da tua r....

    No comments:

    Hari ni, 23 January 2010...
    Hari lahir BEEJAY a.k.a FARID RAMLY...

    Ni la budaknye...
    Moga panjang umur eh...
    Sudah 29 tahun...
    Bila nak makan nasi minyak...?
    Heheee

    P/S Jangan lupa aku...

    Thursday, January 21, 2010

    Takziah

    3 comments:
    Aku terima SMS, jam menunjukkan pukul 02:02:49pm...

    "My dad meninggal"
    Innalillahiwainnalillahhirojiun, terdiam aku seketika, Al-Fatihah aku sedekahkan buat arwah. Walaupun aku belum sempat mengenali arwah, cerita tentangnye sedikit sebanyak aku ketaui. Buntu aku seketika, tak tahu kerana apa. Aku simpati pada keluarga pengirim SMS tersebut, tapi bila mengenangkan satu perkara, aku biarkan SMS yang seterusnye masuk bertalu2. Aku juga biarkan dia menuduhku yang bukan2. Aku bukan kejam, aku bukan takde hati. Tapi biarla kalau dia nak kata apapun tentang aku. Aku malas nak fikir da. Cukup la apa yang berlaku, aku tak mahu fikirkan lagi. Sudahnya aku juga yang salah, aku malas nak fikir.

    TO WHOM IT MAY CONCERN, 
    Salam takziah dari aku. Aku simpati atas apa yang terjadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Mungkin kau rasa kau tak bersalah pada aku, tapi biarlah aku maafkan segala kesilapan kau pada aku. Fahamkan ayat ini, cukup2 la dengan apa yang berlaku, aku da tak sanggup nak menghadapinya lagi.
      
    P/S Yang pergi tetap pergi kan, kita yang hidup ni, kena teruskan... Al-Fatihah

    Jadi ker...?

    2 comments:
    Di awal pagi yang indah...

    Aku : " Dik, ** ada plan tak...?" (Sambil berdoa dalam hati...)
    Sue : So far takde plan. Nape?
    Aku : Tukar cuti dengan akak nak..?
    Sue: Heheheh takat ni takde plan la...
    Aku : Kalau kau takde akak ada...
    Sue : Hehhehe
    Aku : Jadi confirm k, tukar cuti...

    Apa plan aku...? Sana sini kawan2 aku sibuk nak bercuti. Tapi bagi aku, buat masa ni tak terfikir nak pergi jauh2. Cukup la yang dekat2 je. Plannyer adalah...

    So far yang mengconfirmkan diri tak ramai. Tapi takpe la, mungkin yang lain takde rezeki nak join. Actually da banyak kali pospone. Aku harap sangat kali ni, takde la pospone lagi. Aku cuma teringin nak tengok...

    Bestkan...? Biar tenang sikit otak aku ni yang sejak kebelakangan ni memang sibuk dengan paper2 yang ada... (-_-") Bila nak habis aku pun tahu... Tak sabar rasanya.  

    P/S Confirmkan kedatangan anda awal2... Senang budget (",)

    Wednesday, January 20, 2010

    Umi.... (",)

    2 comments:
    Awal pagi klinik aku ni da terdengar teriakan budak menangis. Tangisan salah seorang patient kat klinik aku ni (tempat kerja aku daaa...) Aku yang sedang mengular kat bilik belakang, (aku malas nak buat kerja arini) seakan dapat mengagak suara siapa itu. Bila Dr. Nishkah bagitahu kat ibu budak kecik itu "Kena bagi gas ye, supaya dia senang nak bernafas" Aku yang kat bilik terletaknya machine nebulizer (korang tau tak apa benda tu). Sedikit info. Biasanya, machine ni digunakan untuk orang yang sesak nafas especially penghidap asthma. Siapa yang punya asthma? Ha tu... ramai yang mengaku dalam hati (",) pernah pakaikan machine ni (",). Tapi tak semestinya yang ada asthma je yang leh pakai benda ni. Untuk budak2 kecil, yang tak pandai nak kuarkan kahak, pun leh pakai benda ni juga. Mencairkan kahak dan juga melonggarkan dada yang sedang mengecut kerana kurang oksigen.

    Sambung balik, macam yang aku cakap tadi, aku seakan kenal empunya teriakan tadi. Memang telah ku jangkakan budak kecik itu adalah LUT UKAIL. Budak ni memang comel la sangat2. Kalau aku ada pix dia, aku letak la dalam n3 aku yang seterusnye. Yang membuatkan aku mahu menulis tentang LUT UKAIL ni adalah Uminye. Umi LUT UKAIL ni tak boleh tengok LUT menangis, Umi dia pun akan turut menangis. Bila aku mula tekan suiz nebulizer, LUT UKAIL menangis dengan semahu2nye... (",)

    Aku "Amboi sedap suara ni... Jom kita pergi karaoke..." Lut, memandang aku dengan tangisan yang makin kuat. Aku "Minta maaf sayang sekejap aje, nak baikkan" Lut, makin kuat tangisan dia. Sedikit sebanyak, sayu hati aku (aku emo sikit pagi ni). Tetiba aku dengar tangisan si Umi pulak. Teresak2 bila tengok si anak menangis sekuat yang mahu. Aku "Tengok Lut, Umi pun nangis juga. Tak mau nangis la eh. Kang Akak nangis lagi la. Macam mana...?". Aku hanya mahu menenangkan hati Umi Lut yang sedang bersedih itu. Mungkin rasa sayang dan simpati pada si anak yang masih kecil, yang tak tahu apa2 lagi. Meronta2 Lut minta dilepaskan. Makin sayu aku tengok si Umi yang mula mengesatkan air mata itu. Aku ni da la mood tak berapa nak best pagi ni, datang pulak kes ni, buat aku nak melalak juga (tapi takde la sampai guling2)

    Sayu hati aku Umi Lut menangis. Tetiba aku teringat kat Mama. Rindu pulak. Cepat2 aku capai fone dan call Mama...

    P/S Selagi ada kesempatan, PULANGLA... (",)

    ...Aku yang Punya...?

    3 comments:
     Pagi2 aku da menerjah blog orang sana sini. Tup2 aku jumpa yang ni. Aku pun apa lagi nak sibuk juga... Ups (",) Mana la tau rezeki aku ke... Huahahahahaaaa



    Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

    2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MDM 2010;

    3) Letakkan banner di atas di dalam entry dan di sidebar, link kan ke entry ini

    4) Mestilah dan wajib jadi follower blog ini (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

    5) Tarikh tutup adalah 10 Februari 2010, jam 1.00 am);


    6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat......

    7) 2 cabutan seterusnya akan dilakukan pada 21hb Januari 2010, jam 11.59 malam dan akan diumumkan pada 22hb Januari 2010. dan akan diposkan pada 23hb januari 2010.

    8) 6 cabutan seterusnya akan dibuat selepas 10 FEBRUARI 2010.



    P/S Bismillahhirrahmanirrahim... Fuh... Minta2 kena kat aku.. Heheheh (",)

    Monday, January 18, 2010

    Kisahnyer...

    2 comments:
    Yeah... Betul kata orang penantian itu satu penyiksaan kan. Setelah sekian lama mengidam, akhirnya tercapai juga hajat aku. Alhamdulillah aku bersyukur pada yang maha Esa, kerana diberi kesempatan, sementara aku masih bernyawa untuk menjejaki salah satu kawasan yang indah ini. Aku bersyukur kerana aku masih punya peluang ini. Amin... (",)

    Seawal jam 5.00 pagi, aku da bangun dari tidur. Memandangkan perjalanan agak jauh, jadinya aku suruh mereka tidur kat rumah aku. Walaupun rumah aku kecik, masih boleh memuatkan mereka yang hampir 10 orang ini. Senang bagi aku untuk gerak sama2 supaya tak terlewat. Maklum sahaja la naik bas. Jadinya tak leh nak lewat2kan. Kalau terlepas bas, ha kan rugi duit tu. Seorang demi seorang aku kejutkan. Bilik air cuma 1, jadinya memang beratur panjang untuk sampai giliran(-_-"). Maaf kawan2 ini yang termampu ubtuk aku tinggal buat masa ni. Nak tunggu banglo aku lama lagi. (bila la banglo aku ni nak siapkan. hehehehee)... (",)

    Jam da menunjukkan jam 7.00pagi. Semuanya da bersiap sedia untuk ke destinasi yang ditujui. Aku la orang yang paling happy kerana aku memang da lama sangat mahu kesana. Walaupun aku tahu, ada dikalangan kawan2 aku ni da pergi, aku tetap juga rasa bersyukur kerana meraka sudi menemani aku. Aku sayang korang mekasih eh teman aku. Moh sama2 kita release tension... (",)

    Jam 8.00 pagi, da sampai kat Pudu Raya, terus mencari bas Transnasional yang akan membawa aku serta mereka2 ini. Kemana...? Rahsia lagi. Memang sengaja aku pilih dan mencadangkan untuk menaiki bas. Supaya dapat merasakan feel perjalanan ni. Ada yang mencadangkan supaya naik flight je, menjimatkan masa dan juga senang, namun majoriti menyebelahi bas. Jadinya bas Transnasional ini, bertanggungjawab untuk membawa kami semua ke destinasi impian ni... (",)

    Lebih kurang jam 9.00pagi, bas pun mula bergerak. Dalam perjalanan, awal perjalanan, masing2 aku tengok segar bugar. Mana yang dok berjiran bercerita sesama sendiri. Mana yang jauh dari kawan2, melayan perasaan sendiri. Aku mengagak je la kan aku pun tak nampak apa yang jadi pada diorang kat depan. Pasal aku pun da menatok. Ups sori... Kata ratu tido, jadinya aku tido je la. ZZZZZzzzzzZZZ. Mana taknyer perjalanan yang mengambil masa dalam 8jam. Huh lama tu. Kira la pukul berapa nak sampai. Mau kematu buntut. Ups... (",)

     Dipendekkan cerita, setelah berjam2 dalam bas, sampai juga kami di perhentian ini. Hentian apa? Rahsia. Nanti dulu tau. Jadinya, mana yang nak terkencing, pergi la kencing. Mana yang lapar, pergi la makan. Walaupun dalam perjalanan tadi, bas berhenti dua tiga kali juga. Buang tetap buang isi tetap isi. Ahaks.... Maklum la ada yang tak leh simpan kencing lama2 jadinya kesempatan yang ada, tetap mereka gunakan. Takut nanti ada yang pengsan. Lagi parah... (",)

    Sampai pun da lewat petang, terus ke jeti tok li tiket. Haha da agak kat mana tak? Aku tak mau bagitahu tempatnyer lagi. Baca story aku sampai abis k. Dah beli tiket, naik feri. Pemandangan yang indah. Lagi2 waktu petang macam ni. Memang santek (",). Semua ambil peluang bergambar termasuk la aku. Bila da sampai di seberang laut, tanpa menunggu lebih lama, mencari kereta sewa untuk membawa kami semua ke resort yang telah dibooking lebih awal lagi. Hahhaaa... Time nak check in, masing2 macam perak jap. Maklum la mana yang da sampai akan cerita itu ini. Macam aku ni terpegun la jap. Hehehee... (",)


    Masing2 da dapat kunci...? Bagus... So jom cari bilik masing2. Hehehee... Aku tengok muka sorang2 da layu. Aku pun tak terkecuali. Kata ratu tido kan. Kikikii... Sampai bilik, aku orang pertama merebahkan diri aku kat atas katil. Fuh.... Lega giler. Dalam kepala hotak ni, da pikir nak kemana lepas ni. Hik2... Sambil berfikir2 aku pun bergolek sana sini. Mana yang sebilik dengan aku ambik kesempatan untuk mandi. Melekit kata diorang. Aku masih lagi berguling2 atas katil. Sampai aku terlena... (",)

    Tiba2... "Awak bangun, da pukul berapa ni..." Aku pun terjaga dari tido. Bila aku terjaga, aku terpinga2 jap. Eh bukan ke tadi aku kat resort...? Kenapa aku kat rumah lagi ni...? Aku pandang sekeliling. Memang rumah aku. Aku tersenyum seorang diri. Aku terus masuk bilik mandi. Aku masih tersengih waktu mandi tau. Aku ketawa sendiri bila mengingatkan kejadian yang berlaku sebentar tadi... Hahahaha... (",)

    Korang nak tahu aku kemana. LANGKAWI. Punya la aku teringin nak pergi Langkawi, sampai termimpi2 aku. Lawak2.... Hihiii... Mimpi da sampai ni, realnyer bila lak nak sampai eh... (",)

    P/S Huish kena plan nih... Sapa nak bawa aku ni... (",)


    Friday, January 15, 2010

    KaTa HaTi.... KaTa OraNg LaIn

    No comments:
    Kata Hati...
    "Aku terima dia dalam hidup aku..."
    Kata Orang Lain...
    " Dia terima kau ker...?"

    Kata Hati...
    "Aku ikhlas terima dia dalam hidup aku"
    Kata Orang Lain...
    "Ikhlas ke dia terima kau...?"

    Kata Hati...
    "Aku anggap dia kawan..."
    Kata Orang Lain...
    "Dia anggap kau kawan ker...?"

    Kata Hati...
    "Aku tak cari musuh..."
    Kata Orang Lain...
    "Dia buat kau macam nak musuh..."

    Kata Hati...
    "Niat aku baik..."
    Kata Orang Lain...
    "Baik ke niat dia terhadap kau...?"

    Kata Hati...
    "Dah dia memang macam tu. Sabar je la"
    Kata Orang Lain...
    "Sampai bila kau nak bersabar...?"

    Kata Hati...
    "Semua tu dugaan..."
    Kata Orang Lain...
    "Sampai bila kau nak tahan...?"

    Kata Hati...
    "Selagi aku mampu untuk bertahan..."
    Kata Orang Lain...
    "Terpulang..."

    Kadang2 kata hati ni buat kita mati. Kadang2 ikut kata orang lain pulak, binasa jadinya. Jadinya jalan mana kita nak pilih. KATA HATI ATAU KATA ORANG LAIN...? Segalanya terletak pada diri sendiri. Tak salah minta pendapat orang lain. Tapi jalan sekali2 tersalah pilih... Korang2 all the best...

    P/S Kita ada akal fikiran, jadinya pilih yang mana terbaik...

    NoRt.. Happy Befday

    No comments:

    Hari ni juga merupakan...
    Ulangtahun kelahiran adik angkat aku...
    Yang ke... tut...
    Hehehe...
    HAPPY BEFDAY NORTEN...

    P/S Apa nak buat eh

    UlangTahun Wak Ri dan Mak Pah

    No comments:
    Genap 29tahun...
    Usia perkahwinan kedua orang tuaku...
    Walau banyak dugaan yang mendatang...
    Mereka tetap bersatu...
    Alhamdulillah aku bersyukur pada Yang Esa...
    Kerana punya mereka dalam kehidupanku...
    Semoga panjang lagi jodoh AYAH dan MAMAku...
    Amin...


    P/S Aku sayang kalian

    Thursday, January 14, 2010

    GenG bLooger

    No comments:
    Bukan tiru...tapi ikut jejeak langkah Cik j3zz3lb3llg (",). Sejak dua tiga menjak ni aku rajin jengah blog orang sana sini, follow sana sini. Jadi rasanyer tiada kesalahann. Jadinyer aku telah mendaftarkan diri aku dalam...


    Senang jew. Ikuti arahan yang tertera...

     So apa lagi daftar la diri anda sekarang... (",)

    http://www.gengblogger.com/

    P/S Untung dapat ramai kawan kan... (",) 



    HaPPy BirtHday E-BaL

    No comments:
    Lepas habis kerja...
    Aku terus pergi jumpa ANAK aku...
    Hari BIRTHDAY dia...
    Yang ke 9 tahun...



    Jam da pukul 10.30malam...
    Kelewatan sudah...
    ANAK aku da call tanya MUMMY datang ke tak...
    Alahai... Sabar ye MUMMY ondaway (",)...
    Actually MUMMY tunggu MAMA...
    MAMA pergi cari hadiah...
    Apa yang MUMMY dan MAMA cari...



    MUMMY tak tahu la E-Bal suka ke tak...
    Tapi MUMMY dan MAMA harap...
    E-Bal suka...
    Pesan MUMMY...
    "STUDY ELOK2 TAK MAHU MAIN AJE. DAPAT NO 1, MUMMY TUNAIKAN JANJI MUMMY"
    Hehe... Insyaallah katanya (",)

    P/S E-Bal adalah anak kepada kawan baik aku, Sue... E-Bal aku anggap macam ANAK aku sendiri

    Wednesday, January 13, 2010

    AppoLO TtDi

    No comments:
    Aku dapat call dari Uncle...

    Uncle : Makcik sakit...uhuk (menangis)
    Aku : Eh nape ni...?
    Uncle : Sakit... (menangis lagi)
    Aku : Apasal ni...? Ko kenapa...? Asal ni...?
    Uncle : Nak shi shi susah... 
    Aku : Siapa ada kat rumah...? Nak pergi klinik? Aku abis kerja saat lagi. Leh tahan?
    Uncle : Tort (kereta dia) masuk wad. Aku patah kaki. Nak drive pun tak mampu. Tadi balik kerja tumpang Ema (housmate dia). Dalam keta tadi dah berpusing2 kat belakang.
    Aku : La nape tak terus ke hospital.
    Uncle : Diorang kuar li makan ni.
    Aku : Sat aku call Dato'. Aku tak leh nak berfikir da ni...

    Aku call Dato' nak bagitahu apa yang berlaku. 

    Aku : So macam mana?
    Dato : Jumpa kat parking, awak lambat lagi ker?
    Aku : Tengah closing ni...
    Dato : Ok

    Tak lama tu, aku dapat sms yang berbunyi...
    " Im admitted into wad. Diorang bagi drip. I guess tonite I sleep in the ward here at APPOLO TTDI "

    APPOLO....? Alamak celah mana tu. First time aku dengar nama Hospital ni. Aku tak familiar lansung. Tapi redah je la kan. Yang aku tau jajan APPOLO yang aku suka makan masa aku kecik2 dulu. Hehehe (",) Aku text Niece, bagitahu hal ni. 

    Terus naik tingkat 2, bilik D2. Sampai2 je, Uncle ngah baring. Sempat lagi aku snap pix dia (",)

     

    Kami pun mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan Uncle (",)



    Waktu melawat sampai pukul 11 malam je. Tapi drag sampai pukul 12.30malam. Kesimpulan Uncle kena tahan wad. Tunggu Surgeon datang. Surgeon tu datang dari mana pun aku kurang pasti. Tinggal la Uncle sorang diri. Hehehhe...

    P/S Lain kali makan SEAFOOD jangan sorang2 tau... (",)

    Monday, January 11, 2010

    LiRik LaGu UnTuk Minggu Ini - CiNta SemPUrNA

    2 comments:
    Aku manusia lemah…
    Selalu terjatuh...
    Berbeda aku darimu...
    Kau berdiri teguh...
    Aku serba tiada aku kekurangan..
    Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan..


    Sempurnya sifatmu...
    Tulusnya hatimu jujurnya niatmu tingginya kesabaran mu...
    Lepaskanlah diriku kerna aku tak mampu tuk menangung...
    Sebuah cinta sempurna darimu..
    Darimu…oh oh oh…


    Bukan aku tak pernah mengerti dirimu...
    Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku..
    Hilangkan rasa itu akhirkan semua..
    Dan bila kau sedar aku hilang dari kewujudan..


    P/S Sempurnakah kita... (",)

    Sunday, January 10, 2010

    ReCee....

    No comments:
    Malam minggu yang membosankan...
    Membuatkan aku mati kutu...

    Dato : Apa plan malam ni...?
    Aku : Takde plan pun...
    Dato : *** kita macam mana...?
    Aku : Macam tu la. Tengah cari date yang sesuai. Takut masing2 takde.
    Dato : Kata **...?
    Aku : Belum confirm lagi. Kena buat meeting...
    Dato : Tempat...?
    Aku : **** ******* kowt...
    Dato : Apa kata kita pergi recee...?
    Aku : Erm leh gak...
    Dato : Call Uncle teman saya drive.
    Aku : Biar betul awak ni.
    Dato : Kerja gila kita bermula...

    Aku pun call Uncle. Tak sihat rupanya orang tua tu. Hish2... "Uncle makan ubat ok..." Tapi dia nak ikut juga. Pendek cerita plan, terus bersiap2 dan terus la pergi **** *******. Bertolak dalam pukul 1.00pagi...

    Dato' drive, Uncle as a co-pilot. Aku...? Semua orang panggil aku RATU TIDO, jadi kesimpulan yang kita dapat, dalam perjalanan itu aku bantai tido jew... ZZZZZzzzzzzzzzz... Ups sorry eh... Aku penat... Celik2 je aku da sampai tempat yang dituju... Blur +++ baru bangun tido eh... Setelah melihat kawasan yang dirasa sesuai untuk aktiviti yang dirancang, jadi kami bertiga rasa, port ni da cantik. Jadi akan dibentangkan pada meeting yang akan datang. Sempat lagi snap... (-_-")



    Kebuluran... Sudahnyer singgah makan kat BANGI KOPITIAM. Tapi bukan kat Bangi tau, kat area2 sini je. Untuk pengetahuan waktu makan itu adalah dalam pukul 3.30pagi. Sih... Aku kerja esok pagi, tapi aku masih kat sini... (-_-"). Sempat lagi mensnap pix. (mensnap...? ada ke ayat ni)



    Lepas makan, sewaktu jalan ke kereta...

    Uncle : Meh la aku drive..
    Dato : Haaaa, tu yg aku tunggu tu. Aku tunggu ko offer diri...
    Uncle : Awat tak mintak.....


    Di mana aku... Aku bantai pandang diorang je. Pasal aku tak mahu drive. Hehehehe sudahnyer bertolak pulang dalam pukul 4.30pagi... Kali ni Uncle drive, Dato' as a co-pilot. Aku bantai tido lagi. Maaf pada pemandu dan co-pilot. Aku kerja sat lagi tau... (",)

    Sampai KL dekat  pukul 6.00pagi. Tak mau cakap banyak, tido terus... ZzzzZZZzzzz

    P/S Uish boleh bangun ke aku ni... (",)
    Related Posts with Thumbnails