♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, October 2, 2009

KIsaH aKu DaN meREka

Post aku sebelum ini, aku bercerita pasal sms aku dihalau oleh orang yang paling rapat dalam hidup aku. Kali ni aku nak share pertemuan antara aku, dia dan kawan2nya, yang lebih kurang dua minggu tak berjumpa dengan mereka. Ye la balik raya kan. Pertemuan ini adalah semata2 untuk menyelesaikan kekalutan antara aku dan Ej, yang tak ada angin dan ribut menjadi isu yang paling besar buat kawan2nya. Dan aku percaya isu itu juga yang sering kali di perkatakan tiap kali kawan2nya bertemu sesama sendiri. Selama ini aku anggap seperti adik beradik aku sendiri. Tapi aku silap pula, yang ku tatang yang ku sayang itu rupanya2 menyimpan rasa tak puas hati dengan perangai aku. Isu yang ditimbulkan mengenai sesorang kawan baru yang baru hadir dalam hidup aku yang kurang dari 3 bulan berkenalan.
Tak ku sangka sama sekali keakraban aku dan dia yang jauh dari mata, menimbulkan rasa curiga dihati mereka. Sedikit pun aku tak sangka, mereka menilai aku yang bukan2 dan terlalu jauh yang tak pernah terlintas difikiran. Pelik juga aku, apa jua yang aku lakukan, rupanya diperhatikan. Yang sebenarnya takde kena mengena dengan mereka. Apatah lagi untuk aku mencampuri urusan peribadi mereka, setiap kali mereka berantakan. Aku sebagai seorang kawan, tak suka melihat kemurungan, kesedihan, tiap kali mereka ditimpa masalah. Dan tak pernah aku terfikir juga, untuk aku menyakitkan hati Ej. Teramat pelik bagi diri aku, bila aku bermasalah dengan Ej, kawan2nya yang selalu aku panggil adik beradik itu, seakan suka dan gembira bila melihat kami berdua berpisah. Terlintas difikiran aku, adakah ini kawan? Aku yang berperangai moody tak pasal, jadi isu hangat rupanya. Hai apalah nasib aku yang dikurniakan perangai aku yang sering moody ini, ditimbulkan. Bawa lari handfone yang aku rasakan adalah satu2 perkara yang terlalu peribadi, menjadi isu hangat juga. Walhal semua tahu, dan Ej juga tahu aku penyimpan handfone paling hebat. Hebat ker? Aku ni kan perahsia orangnya. Amat2 perahsia. Minta maaf banyak2 pada kawan2 aku yang belum tahu hakikatnya aku ni perahsia. Kenapa berahsia, itu lagi baik. Aku yang mahu cari ketenangan diri, yang mahukan privacy jadi isu juga. Alahai, macamkan aku ni tak boleh nak bergerak seorang. Lagi2 aku ni da ada BABY so, orang2 fikir aku ni da mula lupa diri. Ya ALLAH apa lagi dugaan yang nak ko berikan pada aku? Tak cukup ke dugaan yang aku tangggung selama ini? Berdebat dan terus berdebat. Paling hebat, berdebat antara 7 mulut lawan 1 mulut. Mereka mahu aku bela diri, seandainya tanggapan mereka salah. Bagi aku luahan mereka pada malam ini, da cukup untuk aku nilaikan sapa mereka sebenarnya. Aku terus tersenyum dan terus tersenyum setiap kali bertukar suara sesama mereka. Aku pilih berdiam diri, lagi baik dari terus berkata2. Diam bukan bermaksud aku mengalah, tapi aku rasa itu lagi baik dari terus menegangkan keadaan. Malam ini nampak sungguh siapa lalang, sapa duri, sapa kawan, dan siapa lawan. Hati aku menangis, walau aku mengukir senyuman... (",)

4 comments:

  1. alahai sedih la bace entry ni. sabar2 yek. bwk2 g makan ketupat mane yang patut.

    ReplyDelete
  2. ketupat habis? alamak, ni yang sedih ni. nak nangis gak la...

    ReplyDelete

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs