Lama aku tak update blog aku ni. Aku sure2 ada yang mahu tahu perkembangan aku sekarang ni. Bahagia ke, derita ke, sengsara ke, atau sewaktu dengannya ke. Hehehehe. Apapun, hidup aku, jalan aku, biar aku je yang tahu dan tentukan. Semua takdir yang telah di tetapkan oleh yang maha Esa, aku terima dengan tangan dan hati yang terbuka. Mungkin ada rahmat di sebalik apa yang berlaku. Apa yang aku buat malam tadi ek. Untuk mengisi masa lapang yang ada, atau dengan kata lain, cuba melupakan perkara2 yang meyakitkan hati sejak kebelakangan ni, aku pergi tengok wayang. Ditemani oleh mereka yang masih sudi bersama aku. Sapa lagi kalau bukan Ej, Baby ngan Jai.
Baby, Aku dan Ej menghilangkan rasa boring.
Biar ikatan ini terus kekal (",)
Tiket kami...
Sinopsisnyer yer... (",)
Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..
Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan 'Papadom' sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda....
Perjalanan keluar dari panggung baru jumpa poster ni. Nak juga berhenti snap. Hehehe (",)
Hehehe paling best aku bantai tersentuh pulak di akhir2 cerita. Kenapa air mata aku leh nak terkeluar? Mereka2 yang bersama dengan aku yang tahu mengapa perkara itu berlaku hehehee. Wayang habis dalam pukul 2++pagi. Masing2 pun da mengantuk, terus balik. Tak singgah mana2 pun, walau hakikatnya perut aku minta di isi. Takpe ada waffer untuk dimakan (",)
P/S Berbanyak terima kasih pada yang masih sudi menasihatkan aku (",)
hye cik noryn... suda follow.... hehehe
ReplyDeletecik lily promote nmpk....
ReplyDeleteHUHUHUU
ReplyDelete