♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, February 28, 2015

Birthday: D3 Singapore PART2

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

PART2...

Trip itinerary: 30th October 2014 = DAY2
|| Walk and exploring MRT from end to end 
|| Lunch Banana Leaf $4 
|| Coffee $15 
|| The Garden by the bay FREE 
|| Flower Conservatory+Cloud Conservatory $28 
|| Walk at Marina Barrage 
|| OCBC Sky Way $5 
|| Light Show FREE 
|| Italian food river side $100

Morning Singapuraaaah

Kalau semalam, aku pusing bandar Singapore ni menaiki kaki, bas, MRT dan teksi (dah pancit dah tu pasal naik teksi, nasib baik tak tertidur), hari ini aku sambung lagi perjalanan aku dengan menggunakan public transport lagi. Kereta biar dia dok plot parking tu diam-diam.

Kredit Google.

Oh ya, kalau bawa kereta kan, korang kena beli parking tiket tau, dimana parking tiket tu korang leh dapatkan dekat mana-mana 7E berdekatan. Kau koyakkan timing, date, tahun kau kat tiket tu pehtu kau letak je la kat dashboard. Pastikan timing kau tu betul. Kalau tak pandai-pandai lah cari kat mana kereta kau berada. Jangan pulak koyak sampai 24jam, office hour aje dikenakan charge. System tiket parking ni dah ada kat Malaysia, kat Penang dah buat, Shah Alam pun ada, kat Melaka pun ada. Agak old fashion, tapi untuk jangka masa yang lama, pada aku system tiket ni tidak membazir dan menjimatkan. Tak payah nak bergantung dengan mesin syiling yang nak kena buat maintenance. Kan kan... Pehtu, rata-rata parking plot kat sini memang ada tanda parking. Yang takde tanda tu, jangan memandai yaaai nak parking. Tau tau dapat surat cinta dari seberang. Hihiii


Hari ni nak pusing dari end ke end MRT tu. Sesambil boleh cari makan dan cofeeee. Yes!


Okeis kita selfie sementara menunggu kedatangan MRT. Nampak aku pakai sandal tu kan. Semalam aku pakai kasut biasa tetapi disebabkan aku berjalan ke pelusuk jalanan kat sana sini, dan kasut itu telah memakan kaki ku. Cis bedebah. Tidak tahan lasak rupanya kasut itu. Jadi, aku sarankan kalau nak berjalan sana sini or dimana-mana sekalipun, sport shoes adalah yang tebaik!


Disebabkan kena berdiri dan MRT penuh (yelaaa time orang pergi kerja kot) maka kena berdiri dan aku pun melayan keindahan alam yang panas dan tetiba hujan. Sedang elok la tu hujan turun, sejuk sikit muka bumi ini. Amiiin.


Waktu makan tengahari... Jalan punya jalan punya jalan, satu kedai ni penuh dengan orang siap berbaris panjang dari dalam kedai sampai luar kedai. Aku pun jenguk-jenguk kedai. Ohhh banana leaf rupanya, mesti sedapkan sampai beratur kat luar kedai. Apa lagi sapedek chaaaaa hahhaa. Nak juga aku rasa makan banana leaf kat sini. Sungguh memang marvellous!!! Hanya $4. Murah kan?


Cerita kedai kopi hei cerita kedai kopi... Dah kena kari kita cari kopiiiiiii

Si tegar coffee macam aku ni (sehari tak kena coffee macamkan lupa mandi rasanya hekhek) mesti mengiler macam aku ni. Next road to road area sini memang melambak giler coffee cafe. Siap boleh run business yang sama sebelah menyebelah. Tabik spring roll toik toik tau. Tak mahu peningkan kepala untuk pilih yang mana, adalah lebih baik buat research terlebih dahulu. Kat sini aku sediakan link untuk korang pilih, kedai mana yang korang nak terjah. Klik Cafe Hopping Singapore. Aku pilih Jewel Cafe and Bar yang terletak di Ragoon Road.


Coffee latte di memang up!!!! Mesti terai. Dua cup hanya $15. Arghhh bungkus boleh?? Dalam banyak-banyak aku pilih Jewel Cafe and Bar. Kenapa Jewel Cafe??? Tak ada specific kenapa nak melepak kat sini. Cuma lebih kepada keterujaan aku dengan dekorasi cafe ini sendiri. Sedari luar, nama Jewel itu sendiri nampak solid. Lagi dengan element yang ada kat dalam kedai ni buat lagi fresh. Tambahan permainan warna yang aku rasa nampak cosy dikala malam buat suasana kedai lebih romantik. Tapi, aku jejak diwaktu siang, feeling romantic tu tidak berapa nak hade la kan. Hahhaaa.


Hari dah nak petang, namun cuaca panas terik bahang. Marilah kita duduk kat tempat sejuk dan berekon. Sempat lagi nak selfie king kong ni dalam MRT. Hai si gemok *wave


Satu satunya aku rasakan idea yang bernas. Singapore semua orang tahu tiada hutan. Dan mereka mencipta hutan buatan sendiri. Buktinya, dengan adanya Gardens by the Bay ni. Jalan je kat sini, sana sini orang dah sibuk jogging dan berbasikal. Erk.. Kehidupan disini sangat healthy! Mereka memupuk minda kita, yang sekarang ni mengalami perubahan global dan panas, dan kehidupan yang sihat. Dimana, kita memang memerlukan udara, pokok, tanah, angin dan hujan untuk melembapkan setiap isi bumi ini supaya tak panas. Bertapa pentingnya, flora dan fauna ini untuk kehidupan seharian. Untuk terus bernafas dan mengirup udara yang segar, nyaman dan tidak berapa panas. Memupuk minat untuk menyayangi alam sekitar dan alam semulajadi. Teknologi bergabung dengan kepentingan sejagat.  Itu bagus! aku yakin, Malaysia boleh buat juga kan. Mmmm


Dah berpanas, sampai peluh jantan keluar, marilah masuk ke Flower Dome. Segala macam bunga ada kat sini.


Cloud Forest. Salute. Peliharalah hutan kita, jangan la ditarah demi mengejar pembangunan. Oh Malaysiaku. Datang ke Singapore, jangan lupa singgah sini, Flower Dome dan Cloud Forest. Masa aku datang tidak untuk masuk kedua-dua tempat ni hanya $28 seorang. Puas hati dan jangan risau panas, dalam ni sejuk!


Tak lepas peluang untuk ke Marina Barrage. Apa aku nak cakap kat sini, speechless. Kalau lah aku tahu begini keadaan petang di Singapore, aku memang pakai sport shoes dan join jogging and walk beramai-ramai. Atau aku boleh sewa basikal dan kayuh dengan aman. Mmmm


Sebelum balik. Marilah ke night show di OCBC Sky Way. Tak ada apa disini, cuma music performance bergabung dengan lampu lampu. Dan, pada yang tak gayat, boleh la naik sky way tu. Hanya $5, sedang aku nak bergambar kat atas ni, bateri camera pun habis. Apa pun tak boleh dan aku pun cepat-cepat jalan sebab aku memang gayat. Argh minta nyawa. Lagipun hanya ada 5minit masa dibenarkan untuk melalui sky way ini. Dan, pada yang nak datang last show pukul 8malam. Lepas tu kaunter tutup.

Makan malam dan pulang! Exhausted!

To be continued...

XOXO

Friday, February 27, 2015

Love The Nature: 08112014 LOLO Newbie with HACAM

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Throwback....

Baru 16bulan. Baru bercinta cintun dengan alam. Baru nak explore pelusuk dunia. Baru nak melasakkan badan yang tak berapa nak lasak. Tapi sebelum sebelum ni, hanya follow kaki sendiri dengan guide Cikgu. Siapa nak tahu siapa Cikgu aku tu, pi la klik mana-mana post hiking aku sebelum ni. Aku malas nak cerita banyak kali.

Bila dapat peluang untuk join group hiking yang besar dan dikenali ramai, tak pula aku ni nak menolak. Kalau dijemput kemana-mana sekalipun, seandainya waktu itu aku free, aku bet muka aku memang akan ada. Tapi kalau tak ada tu memang aku tak free.

Ini cerita throwback. Disebabkan kekangan masa nak join mana-mana event, aku throwback kisah hiking aku yang tak tercerita. Nampak tak yang aku sebenarnya rindu perkara unik didalam sana yang tak boleh nampak diluaran sini. Yang tak terjangkau dek akal, sudah-sudah sampai puncak. Nah!!! Aku rindu! Gonna go soo. Soon baby soon (sambil menadah tangan dan berdoa). 

Copy paste from HACAM (Hiking And Camping Around Malaysia) group. Follow la group HACAM kalau berminat. Nanti abang kakak Admin yang baik dan tak lokek ilmu tu ada approved. Betul.... Tak kenal tak tahu, dah kenal aduiiii best gitu.


"36 Newbies plus some oldbies and a toddler made it to Lolo. It was a fun hike in a little bit of a drizzle, enough to cool us down but not enough to get us wet." Credit Photo MK

Descriptions yang dipost oleh orang kuat yang aku respect giler, yang sekaligus bertanggungjawab membawa kami ke sini. Aku tak tahu nak panggil apa, Abang ke, Encik ke Bro ke sebab waktu itu, aku jadi pemberat mulut sangat. Biasanya aku ni akan kecoh alam. Mungkin sebab aku pemalu dan blur bila berjumpa dan bergabung dengan mereka yang jauh lebih lasak dari aku. Orang kata belum warm up, atau belum panas lagi. Mula la aku ni nak merendah diri seboleh bolehnya. Tapi aku selalu dengar diorang panggil MK. Bila terdengar je terus aku ingat MK aku iaitu Ayah aku sendiri M.Kodari. Bro MK ni aku tak tahulah apa nama sebenarnya, jadi aku panggil Bro MK ajelah. Boleh tak??? Jangan marah tau. Kalau ada nama yang lebih proper dan sedap dipanggil leh kasi tau aku eh. Jangan maki jauh-jauh tak elok.

Walaupun dah berkali kali aku ke Gunung Nuang dan hanya sekali sampai ke puncaknya, tetap juga aku rasakan gunung ni memang kejam. Berlainan keadaan yang dahulunya aku pergi dengan keadaan sekeliling yang kering kontang habuk debu, dan kali ini lebih menghijau, sejuk dan menyegarkan. Aaaaah aman rasanya.

Berbekalkan air 3litter, kurma, epal dan kekacangan, cukup buat aku dan Cikgu untuk sampai ke Lolo, yang mengambil masa kurang lebih 3-4jam. Memang sedari dulu aku hike sebolehnya aku makan yang lite-lite. Berpantang makan juga beberapa minggu sebelum naik, lebihkan masa di park untuk training dan mantapkan stamina. Nak hike bukan main redah macam main sorok-sorok tau. Ini serius.

Bergabung dikalangan student (aku rasa la sebab molek dan gagah je mereka), tak juga ketinggalan yang sudah berkeluarga siap mengendong anak kecik naik bersama. Ada juga anak kecil yang sangat petah dan memeriahkan suasana. Tak boring dan tak meletihkan bila melayan. Cuma, kala ini aku naik dengan menggunakan kasut baru yang belum pernah naik mana-mana trek. Agak berbisa jejari kaki aku yang panjang, bila dimakan oleh kasut itu. Maka dengan rendah dirinya jadi yang turun paling last. Ergh! Memalukan rasanya. Pun begitu, dalam sakit aku berjaya menghabiskannya tanpa menyusahkan orang sekeliling. Aku tetap bangga walau pencapaian itu tak sempurna. Positive kaaaaan.

Sekian cerita throwback. Bila lagi la nak ke gunung ganang ni. Bak kata pepatah, tak lari gunung dikejar, tapi zaman sekarang ni, macam-macam boleh jadi. Harapnya teguh la disitu wahai gunung ganang.

Bye bye

XOXO

Wednesday, February 25, 2015

Birthday: D3 Singapore

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bila dah mula menulis aku akan terus menulis. Tapi semua kisah kita throwback ok. Kita Qada' cerita yang tak cerita. Aku share mana yang boleh dijadikan panduan. Insya Allah, yang baik darinya yang buruk itu diri aku sendiri.

Okey kita back to story.

Aku nak cerita pasal cerita birthday aku sendiri di tahun lepas. Kali ini, aku benar-benar berjaya membawa diri sendiri jauh dari orang sekeliling  dan explore negara orang. Bukan jauh mana pun Singapore aje. Kali ke dua aku ke sini yang dimana dahulunya aku pergi bersama kawan kawan aku. Waktu itu teruja nak masuk Universal Studio. Maka aku tak berkesempatan nak jalan dipelusuk negara Singapore tu. Kali ini, aku redah! Yehaaa

Baiklah aku tampal dan lekat descriptions album dari FB aku. Ngeh cerita dah lama tak berapa nak detail, tapi hanya mampu share experience sewaktu disana mengikut trip itinerary aku. Apa apapun, jangan lupa bawa pasport ok.

Trip itinerary: 29th October = DAY1
|| Drove S'pore Autopass $30 
|| Check in The POD Boutique Capsule Hotel $88/nite 
|| Walk around with Spore transportation; MRT and BUS 3days tourist past $20+$10dep 
|| River Explorer $22 
|| Birthday Night One Raffles Place "1-Altitude" lucky is Ladies Night, drinks if freeeee hihii


Memandangkan aku masuk kesana menaiki kereta dan di fahamkan disana tidak la macam di Malaysia, menggunakan system electronic dan manual (berhenti bayar tunai, berhenti touch n go) dan Smart Tag, maka sebagai tourist, sebelum masuk ke Singapore, kena ada Autopass. Autopass ni akan register no kereta dan secara automatic mengaktifkan autopass dan boleh digunakan. Bila ko pusing-pusing Singapore, kereta kau akan diregister secara electronic di setiap tol mereka. Disana di panggil ERP (Electronic Road Pricing).

Dah dapat card, jangan pulak kau lupa pergi topup terlebih dahulu sebelum pi perabih duit. Sebab, segala urusan kadar bayaran penggunaan tol disana akan ditolak bila kau balik ke Semenanjung. Memandang aku plan untuk menggunakan public transport disana, maka aku hanya topup $30. Kalau Singaporian, setiap kereta ada special gadget sama seperti Smart Tag. Bila diorang jalan (naik kerta eh) bawah tol, tak payah berhenti, cuma perlu slowkan kereta dalam km tertentu, dan kadar bayaran akan ditolak melalui kad. Dah habis boleh topup. Yang best dan buat aku giler teruja, tak payah berhenti nak hulur duit atau hulur tangan untuk lepas dari plaza tol tu. Pendek cerita, kesesakan jalan raya tidak la seteruk kita disesetangah jalan plaza tol. Kagum disitu.


Terus check in dan jalan-jalan. Nanti aku cerita bab boutique capsule ni.

Terus ke MRT berdekatan untuk mendapatkan tourist pass. Nak tau info lebih lanjut layari laman sesawang thesingaporetouristpass untuk pemahaman.


Fail untuk mengambil gambar untuk koleksi sendiri dibahagian ini, maka aku ucapkan terima kasih pada Google untuk gambar ini. Kredit picture Google. Memandangkan aku berada disana 3hari, maka aku menggunakan kaedah ini untuk memudahkan segala urusan. Kau boleh gunakan kad ini sebanyak mana yang boleh sebabnya unlimited. Cuma memerlukan deposit dan bayar. Deposit tu akan dipulangkan bila kau pulangkan kad ni balik. Kena pulangkan okey. Tak baik bawa balik walaupun berniat untuk kenang kenangan, tetap hak orang tu tau. Boleh digunakan untuk menaiki bas, MRT, LRT untuk taxi, bayar cash ok. Silap aku hari tu, aku grab card putih. Jadi, aku rugi untuk benefit yang ada di kad merah. Pun begitu, nama pun experience kan. Lain kali boleh pusing lagi, Dekat je pun. Hahahhaa


Makan kat sini tak susah. Sebab aku tinggal pun dekat kawasan melayu dan senang giler la nak makan. Kau orang takkan kebulur disini. Aku jamin. Taraaaaa Nasi Padang yo!!!


Dah kenyang dah pusing-pusing naik bas, moh la kita tengok sunset, sambil mengexplore lebih tentang Singapore ni. River Explorer yang berharga $22 seorang ni, akan bawa kau dari hujung sungai ke hujung sungai. Nak faham? Okey gambar dibawah korang leh faham kot. Kredit picture Google.


Sambil layan keindahan bangunan yang cecantik, sambil tu kau berangan dengan angin waktu petang dan menunggu sunset, hamboooi bahagia je rasa. Aku rasa nak menidur tau bila naik. Sepanjang perjalanan, akan ada playback history bagi menceritakan tentang sejarah yang ada disini. Off sure banyak-banyak bangunan yang aku nak tengok depan mata adalah Marina Bay. Amboiiii gayatnya aku rasa. Tengok dari jauh ajelaaaah


Selesai disini, kita makan lagi! Kebulur tak perlu nak share plate kosong. Sebab plate kosong je yang aku snap hahaha.


Let's counting. Is my birthday. Yeay!!! Dari jauh bangunan ni dekat benar dihatiku, terus la aku beratur sebelum panjang. Ye la malam Halloween, dan rata-rata semua tempat akan full. Tapi, aku takde la nak sambut Halloween, aku nak sambut birthday sendiri. Kikiii


Happy Birthday!!!!

To be continued... Bye bye

XOXO
Related Posts with Thumbnails