♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, July 31, 2012

Check list DONE

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Done your check list people? Great!! Awal2 dah siapkan. Bagus, tak yah la berpusu2 nak meredah shopping mall di hujung2 hari. Me? Belum lagi. Me, memang last minit punya shopping. 

Diam tak diam, dah seminggu lebih kita berpuasa. Dalam sibuk I siapkan order customer, sempat juga I meng-oder secara online. Support kawan2 yang berniaga dibulan Ramadhan ini. Jadi, oleh yang demikian, kenala I sediakan check list dalam secara tak langsung. Nanti dok main order sana sini, tetiba bugdet buzz. Nah! Berhutang pulakkan. Nak settlekan 'hutang' yang I tak buat pun mengambil masa dan akhirnya settle, ni pulak nak tambah hutang. Minta jauh la hutang piutang ni. Eh cerita apa ni sengal!

Oke la, selesai buat check list, maka dengan ini setop order online. Focus kepada benda lain pulak.

Bye!

Monolog: Berhati2

BAMZ :: Happy Ramadhan

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Belum terlewat untuk wishkan. Seminggu sebelum menyambut Ramadhan, dengan kerjasama BrandThis and the geng. Kena sebut and the geng, sebab ramai yang datang untuk photo shoot dan juga video shoot. Ngeee.


Tulang belakang Bamz, Siti, Me, Lynn dan Sue. Bersama dengan Puan Boss we olls. Heheh 

Sila abaikan muka selenga we olls. Hahaha LIKE FB KLINIK BAMZ HEALTHCARE tau.


Bye!

Monolog: Sihat sihat :D

Friday, July 27, 2012

Allahuakbar...

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Salam Jumaat semua. Alhamdulillah, sampai sudah ke Ramadhan yang ke-7.

Dalam takde kerja, aka waktu rehat ni, I terdekit untuk singgah kat satu blog ni dan membaca tulisan yang beliau tuliskan. Bukan untuk berlagak pandai, tapi apa salahnya share apa yang beliau tuliskan. Sama2 la kita beringat.

10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Dalam kitab Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah ada membahaskan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani ada menyatakan bahawa salah satu tanda kemunculan Imam Al Mahdi ialah datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)

Suara keras tersebut adalah suara malaikat dari langit yang bertujuan untuk memberi peringatan dan amaran kepada sekelian manusia tentang akan kemunculan Al Mahdi dan juga Dajjal Al Masih.Disebut bahawa seruan malaikat dari langit tersebut berkata :

Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”

Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di negara jiran yang lain mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.

Semoga peringatan tersebut dapat memberi satu iktibar dan keyakinan yang mendalam kepada sekelian umat muhammad saw dan juga untuk diri saya bahawa kita sebenarnya sudah semakin hampir ke penghujung akhir zaman dan semakin hampir  kita untuk bertemu dengan Allah swt. Berbanyaklah membuat amalan yang soleh dan tinggalkanlah segala amalan terkeji, sesungguhnya janji Allah itu benar, Syurga dan Neraka Allah itu benar, Perhitungan dan Pembalasan itu sesuatu yang pasti.
Allhualam.

More info, klik sini 15 Ramadhan Seruan Malaikat Dari Langit.

Monolog: Me tak perfect ;)

Pelangi Senja ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, July 26, 2012

PR12#1

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Apa daaa tajuk PR12 siap # (hashtag). Suka I la nak letak tajuk apapun. Okey meyh la I terangkan kenapa mesti digunakan tajuk sebegitu :p

'P' mewakili perkataan Project, manakala 'R' mewakili Raya. 12 pula mewakili tahun 2012. # (hashtag) pulak bermaksud siri. Faham tak? Faham? Oke bagusnya pembaca2 tegar ini. Lep much much cupcup. Fuhh

.:: Hasil pencarian Google ::.

Terujanya diri ini nak buat biskut raya sendiri tahun ini. Kalau tahun yang lepas, I dan rakan2 sibuk membanting tulang menyediakan kuih idaman masing2. Tahun ni tahun busy. Tahun nak membusykan diri dan seterusnya. Alhamdulillah bersyukur sangat permintaan product MK HOME COOK, tak putus2 dari hari pertama. Amin.

Selain dari biskut tart nenas, which is I so damn suka makan biskut tart, sehingga I dah jadi penjual biskut tart nenas. I juga sukakan biskut ini. Apa nama biskut ini u olls, ye pandai biskut sarang semut. So old school kan. Siapa tak tahu nama biskut ni memang rugi. Sila la belajar cara nak membuatnya macam I. Meyh tepek resepi dulu dan cuba lakukannya. Resepi digodam dari Kongsi Resepi.

Biskut Sarang Semut.

Bahan-bahan

  • 250g butter
  • 100g gula halus
  • 350g tepung gandum (diayak)
  • 100g tepung jagung (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sude teh esen vanilla
  • Chocolate rice/manis untuk hiasan
  • Paper cup 

>hasue tambahkan pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul kembang butter dan gula
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata, tambahkan pewarna
  3. Masukkan tepung dan gaul rata
  4. Perutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
  5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dengan suhu 180'c sampai masak (anggaran 15minit)
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
Terujanya tak sabar nak buat. Insyaallah.

Monolog: Seronoknyaaa

Nadira pilih siapa? Dejavu di Kinabalu

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sayang2 semua apa khabar? Dah lama tak tanya khabarkan... Harap sihat2 la ye. Insyaallah Amin.

Siapa penonton tegar Dejavu di Kinabalu? Eh eh nanti dulu, jangan terkinja2. Relax.. Mari jerit sesama, I juga penonton tegar. Argggh arghh Bazli.. Arghhh arghhh Ammar. Oke setop. Sangat over. Ingat bulan puasa ni. Astagfirullahalazim..

Entry lepas, Dejavu di Kinabalu I ada bercerita berapa berangannya I dapar partner macam Ammar atau pun Bazli. Awww suwiiitnya. Diam tak diam, dah nak sampai penghujung cerita ni. 


#08 Tiz Zaqyah - Dejavu Di Kinabalu
.:: Credit Rotikaya ::.

Pada penonton tegar, mesti akan nampak undi sms kat bawah skrin tv u olls. Ya, u olls la penentu ending cerita romantis penuh syahdu ini. U olls boleh undi siapa yang akan jadi pilihan Nadira.

Mula2 I tertanya2 juga, apa kes main undi2 plak ni. Rupa2nya pihak produksi telah menyediakan 2 ending yang berbeza. Kalau Ammar pilihan hati mejoriti penonton, maka cerita Ammar la yang keluar. Begitu juga sebaliknya kalau Bazli jadi pilihan hati, cerita Bazli la keluar sebagai endingnya.

Cara mengundi taip DejavuA untuk Ammar, DejavuB untuk Bazli dan hantar ke 33399. Undian bermula dari 16/07/2012 jam 8malam sehingga 26/7/2012 8malam. Setiap sms akan dikenakan caj 50sen. Keputusan akan diketahu pada 02/08/2012. Info, budiey.com.

Jadi u olls, pilih siapa? Undi jangan tak undi.

Monolog: Berangan

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #52

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, July 24, 2012

The Product

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Promosi Raya!

Hari tu I ada cerita yang I nak up gambar productkan. Baca sini,  Branding is out!!Nah sekarang I tepek gambar kat sini. Gambar nampak macam blur, sebabnya dalam plastic. Hehehe.

Alhamdulillah sambutan yang sangat memberansangkan. Sampel yang tersedia pun dah abis semuanya. Tetapi jangan risau, pada siapa yang nak merasa, boleh disediakan sampel tersebut. Harap2 ianya tersebar dan terus tersebar luas. 



Memperkenalkan dari kiri, Rempeyek Dall, Tart Nenas, dan Rempeyek Ikan Bilis. Yes, resepi jawa. Hehe


Rempeyek Ikan Bilis 500gm/100++keping = RM20.00


Rempeyek Kacang Dall 500gm/100++keping = RM20.00


Kuih Tart Nenas 50biji = RM 25.00

Tarikh tutup untuk order 12/8/2012. Cepat cepat. Kalau tak silap I, product ini dah sampai ke seberang. Amin..

Monolog: AMIN

Monday, July 23, 2012

The Orange!!!

1 comment:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Orange is ready!!! Yeahaaaaa

Lepas ni nak buat apa?

Eh ada apa dengan orange? Ngeeee

Jenguk lain kali k.

Monolog: Mood kerja takde

Aktiviti Malam Hari

No comments:
Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Dipagi yang suam2 kuku dan menyamankan ni, memang boleh atau penyebab jadi malas. Apa tu, monday blues. Blues la sangat. Hari2 pun blues aje. Alasan malas nak pergi kerja. Atau sengaja nak amik mc. Atau dateline tak siap. Atau gaduh dengan bos blablablabla. Eh banyaknya atau. Buek!

Nak cerita pasal hal semalam...

Kesibukan tahap minimun, belum maksimum. Baru minimun, hari2 pun sudah menidur lewat. Kalau tak, jarum jam dah tunjuk pukul 11malam, mata minta dipejamkan aje. Tengok bantal dan tilam mengolek seksi, tak sabar2 ajak dating. Lately ni, segalanya dikorbankan. Semangat gitu!

Letih2 buat kerja, bila tengok semua dah terbongkang, I sorang je belum menidur. Selagi tak settle memang tak leh nak kasi tinggal. Kala itu, miow2 la menjadi penenaman. Yang dalam kandang dok lompat atas bawah bila dengar suara I. Eh korang ni tak tidur lagi ke. Cuma yang ada kat dalam seekor dua aje la. Asal tak mengusik kerja I, I okey aje.

Settle kerja, hati pun lega. Masa untuk beradu. For the first time, I tidur with one of my kucing. Nah ko, campur aduk bahasa melayu dan english. Pukul 3pagi pun masih berdandan Mimeco ni. Mana taknya, I mandi dia pun nak mandi. Jadi lepas mandi bersiap sendiri la.



Okey, now focus dengan kerja. Nak meng-adjust jadual bulan depan. Huhuu

Bye!

Monolog:.....

Sunday, July 22, 2012

Branding is out!!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Terima kasih buat my lovely brother, yang sanggup melayan karenah kakaknya ini. Akhirnya kita sekeluarga ada branding sendiri. Ya, KITA.  I LOVE YOU AND I LOVE MY FAMILY TOO.

Siapa kata angan2 Si Jenin tak jadi nyata. Nah ini buktinya.

Walaupun terdapat banyak persaingan untuk bertapak di dunia perniagaan ini, berkat dari kesungguhan Insyaallah akan dapat membuahkan hasil. I percaya, rezeki bergantung kepada usaha dan keberkatan dari Illahi. Insyaallah segalanya datang dengan lancar.

Sokongan rakan2 yang jauh mahupun yang terdekat amat2 I hargai. Setiap kata2 yang membina, ataupun meretakkan hati yang kecil ini, bukan penghalang untuk I teruskan step pertama ini. Bertapa kerasnya hati. Pengalaman banyak mengajar erti kegagalan.

Secara tak langsung I rasa bersyukur, masih sempat untuk pelajari resepi warisan keluarga.

Stop disini dahulu, nanti2 I up product yang ada yerp.

Doaku "Ya Allah, permudahkan segala urusanku"

Monolog: Pelan pelan kayuh. :D

Friday, July 20, 2012

Doa berpuasa

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Masih ingat doa untuk berpuasa? Pada yang ingat, Alhamdulillah. Pada yang lupa, meyh I ingatkan balik.

Rasanya, rata² ingat niat puasa untuk hari²kan. Yang sebulan, jarang² orang buat. Mari la sama² mengingati. I pun tak berapa ingat niat sebulan tu.

Malam ni dah start terawih. Jom kitee.

Monolog: Seronok

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Esok Puasa!

1 comment:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Semalam dah keluar pengumuman bermulanya puasa. Confirm, 1Ramadhan jatuh pada hari esok. Ya Ramadhan, tersangatla rindunya.

Jadi, kepada yang mengenali I, jauh atau pun dekat, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya.

Maaf Zahir Batin.

Jom kerja!

Bye!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Boyfriend ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Thursday, July 19, 2012

Happy belated Birthday Lynn

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Kek ni, I belikan untuk Lynn semalam. Siapa Lynn? Mak buyung kat tempat kerja I. Hehehe rakan sekerja la. Buyung tak buyung sangat la, belum besar lagi perut dia. Dah besar nanti, I tepek kat belog I ni k. Disebabkan masa I beli semalam, ramai patient jadi tak sempat nak potong kek ni. Lagipun I qada' puasa semalam. Jadi qada' potong kek hari ni. 

Walaupun tak cukup korum, tetap simpan untuk geng2 yang lain.

Oh! Sedapnyaaaa kek buah2an ni. Jom makan nooomnooom.

Bye!

Monolog: Ramadhan 

Drama Ameera dah habis

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Beremosi selama dua hari lepas. Terjerit jerit lepas satu satu klimaks yang keluar dalam pra ending Ameera selasa yang lepas.


Bertambah emosi bila ending jadi macam tu. Ziela mati ditembak pleh Farouk, Amir juga mati di tangan Farouk. Cuma lain kawasan sahaja.


Cuma tak faham, beberapa slot. Tapi, penulis skrip da tulis begitu, begitu la yerk.

  1. Kenapa Polis yang standby sebelum serangan dibuat ada la dalam 5orang, yang mengejar Farouk hanya 2orang. Pastu main kejar2. Bila Farouk datang balik ke tembak tebusan, mana Polis yang lain tak standby? Komen I : Sepatutnya ada la yang standby kat kawasan tebusan tu kaan..
  2. Bila Polis escort Amir balik rumah, kenapa tak ada yang standby kat kawasan rumah Amir juga. Dah tentu2 Farouk terlepas, mesti Farouk akan datang kat rumah Amir. Komen I: At least ada Polis stanby.
  3. Cinta sejati milik siapa? Ziela atau Amir? Sebab dua2 mati. Komen I: Mungkin sepatutnya yang mati mak mertua Ameera. Hehee
Tang Pak berahim nak tikam Farouk tu best. Takut2 berani. Gangster konon. Hehee


Part ni memang sedih. Oh noooo (I dah start crying oke! ) sobb soob


Kalau la I ada seorang suami yang seperti ini, yang menghargai seorang isteri yang tidak dapat melahirkan zuriat, walaupun si isteri merestui andai si suami kahwin lain. Restu mungkin dari mulut tidak dari hati, tapi itu la pengorbanan...

Waaaa nak nangis. Sudah sudah. Bye

Monolog: Emosi 

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday #51

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, July 17, 2012

Juara MasterChef Selebriti Malaysia

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Selepas berbuka puasa semalam, dengan hidangan kampung yang disediakan. Perut pun mula la kekeyangan macam ular. Bila dah kenyang tak best la terus tidurkan. Masa dan waktu ini diambil untuk tengok tv.

Walaupun ikuti rancangan ini, on and off, tapi berkesempatan pula untuk melihat episod yang terakhir. Ngeeeee.

Seperti yang terduga, Dato' Fazley menjadi Juara MasterChef Celebriti Malaysia.

Tahniah buat beliau, dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM 57, 500 untuk Yayasan Jantung Negara.

Pilihan destinasi untuk tahun depan...

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Diulangi destinasi pilihan untuk tahun depan. Yang pastinya, cuti tahunan untuk tahun ini dibekukan. Bukan sebab dah habis cuti okey. Ada lagi sebelas hari yang disimpan untuk kegunaaan emergency. Hehehe. Raya? Raya I kena kerja sebab, salah seorang Angels Bamz ni cuti kawen. Ngeeeeeeee

.:: Hasil pencarian Google ::.

.:: Hasil pencarian Google ::.

Jika diizinkan Allah, I nak pergi Kundasang, Sabah. Ini gara2 Dejavu Di Kinabalu. Nak rasa kesejukan alam semulajadi kat sana. Yang tak melibatkan banyak aktiviti, tapi lebih kepada menikmati keindahan alam. Pemandangan gunung ganang yang menenangkan. Fuhhh nyaman terasa. Kali ini lebih berani, berani tak nak naik ke puncak Kinabalu tu. Hahaha

.:: Hasil pencarian Google :.

Jika diizinkan Allah, ingin sekali melakukan aktiviti snorkelling. Nak jumpa Nemo. Sebelum ini, pergi snorkelling di Sabah, kali ini destinasi pilihan, di dalam Malaysia sahaja. Pulau Tioman. Siapa dah pergi pasti nak pergi lagi kan. Kalau pergi kali ini, akan pastikan I ambil cuti panjang. Dan berharap saat nak pergi tu, takde yang cuti bersalin. Well, colleague I semuanya sudah pun berkahwin. Jadi faham aje la kaaan.

Cukup la berangan ke dua tempat, untuk entry kali ini. Esok lusa atau bila2 up lagi destinasi pilihan. Heheh

Oke bye!

Monolog: Seronoknya kalau dapat pergi kaaaan.

8 Jam

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita 14july2012.

Selepas pergi spa, terus zasss tengok movie. Akriviti sendiri.

Disebabkan I ni memang fanatic dengan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, harus la pergi ke panggung untuk melihat aksi mereka di pawagam berdekatan. Oh laaaaaaaa sooooo romantisnya mereka di dalam cerita itu. Kalau real? Eh sepadan kan mereka kalau mereka bercinta di alam realiti. Yes! 200% setuju.

.:: Hasil pencarian Google ::.

.:: Hasil pencarian Google ::.

Part ni nampak sweeet sangat. Sakit2 ada orang suapkan bubur ngan ayam goreng. Sampai I rasa nak beli bubur, dan beli ayam goreng. Beli lagi mudah dari buatkan. Hahaha. Super hebat alasanya. Itu perkara biasa kalau nak mudah dan cepat. Ngeeee


Siapa belum tengok pergi la tengok.

Monolog: Saya pencinta filem melayu. 

Sunday, July 15, 2012

Cantik :: Serikandi Spa.

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita semalam.

14July2012.

Seharian duduk dirumah, membantu Mama menyediakan tempahan makanan. Sesambil tu manja2 dengan kesayangan I yang sembilan ekor dibelakang rumah. Dah tak terjaga dah mereka2 itu, kecuali seekor kucing yang memang rapat dengan I. Shiro nama diberi. Sekarang menanti kelahiran anak Greany, yang mengandung diusia 9bulan. Ohemgeeee. Oh lupa, akhirnya, I dapat kucing berwarna oren! Terima Kasih pada Farhan, yang memberikan anak kucing terbiar itu untuk dijaga. Suka sukaaaa.

Petangnya pula, dah set appointment seminggu yang lepas, untuk terjah ke Spa kawan I yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Oke! Jom Spa.



Set appointment untuk urutan spa, body scrub dan mandi wap. Ngeee. Nak cuba, sila contact no yang tertera.

Terasa segar selepas treatment. Akan datang lagi. Nak cuba urut traditional pulak. Insyaallah.

Monolog: Apa saja untuk kepuasan diri sendiri hehe.

Cantik :: Tabita starter pack. Ohemgeee

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kalau sebelum ini, I ada share I dah product muka pilihan I. Klik di link2 yang berkenaan untuk tau apa product itu Cantik :: Selepas Hampir 3bulan ;))Cantik :: Berhabis untuk cantik ;))Cantik :: 6bulan bersama Tabita :). Sekarang di war-warkan, Tabita Skincare Zura, sudah ada starter pack. Mari2 cuba. Promote ni.


Starter Pack Tabita : Cleanser 25ml, Toner 25ml, Day Cream 6gm, Night Cream 6gm

Pastikan anda cantik dihari lebaran hokey. Yang pastinya, harga lebih murah dari full set. Nama pun starter pack kan. Pengunaan dijangka selama 2minggu, bergantung kepada cara pemakaian individu. 

More info, Tabita Skincare Zura. I sudah, U olls bila lagi.

Bye!

Monolog: Bila cantik, kita nampak confident. Kalau gemuk, sila la exercises. 

Cantik :: VCO teman baru I ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Selain daripada amalan 5waktu sehari, amalan surah2, nak nampak sihat, bukan setakat dari luar aje. Dalaman pun perlu ada. Kan kaaaaan. 


Kali ni, I nak share pulak  makanan tambahan untuk kesihatan dalaman I. Usia dah lebih 30 ni, kena la lebih extra jaga, dalaman dan juga luaran. Tidak la muka nampak kuram, pucat dan tak bermaya. Takde la muka macam jerangkong kan. 



Baru ,mencuba untuk satu minggu, kesannya amat ketara. Mahukan bukti?? Nanti dulu. Kasi I complete set ini untuk satu bulan. Baru I tepek muka berseri I. Eh berseri ke :p

Nak order, di Facebook beliau Norish Catalyst atau ke blog beliau Catalyst Beauty & Health Care Online Shop.

Oke bye!!

Monolog: Saya sukaaaaaaa :p

Friday, July 13, 2012

Resepi :: Cream Puff

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Semalam I dok cerita bertapa mengidamnya I nak masak  masakan ala2 kampung gitu kan. Bebila I ada peluang memasak masakan tersebut, off sure I share resepi. Sekali I tepek gambar. Nak copy2 gambar dari Google macam tak real pulak. Tak best tak selesa. Sebelum orang cop takde originality, baik sedar diri. Oke sekarang memang sedar diri. Hek.

So sekarang tengah takde kerja, dok terjah2 resepi kuih. Tiba2 ter-stop kat resepi Cream Puff. Erk! Nak terai boleh? Persoalannya, jadi tak? Takpe kite share dulu. Hehe.

.:: Hasil pencarian Google ::.

Resepi Cream Puff

Bahan-bahan untuk 10biji
100ml air
45g butter (suhu nilik, potong 1cm)
60g tepung gandum (diayak)
2biji telur (100gm)

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 200c. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Aggaran diameternya ialah 5cm.
  7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25minit. Kalau nak nampak perang, biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Bila nak buat? Tunggu oven baru hahaha.

Oke bye!!

Monolog: Sesuatu sangat :p

Budi Setahun Segunung Intan¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, July 12, 2012

Mengidam!!! Serius mengidam!!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Mengidam! Sangat mengidam!

Yeee benar, sangat mengidam untuk memasak masakan sendiri. Tersangat2 nak. Dah lama tak memasak. Duduk dengan keluarga bukan tak boleh masak ye dak? Boleh memang boleh, tapi setiap kali I masak, masakan I tak kena dengan tekak diorang (sentap kite). Mungkin ada yang akan kata 'alasan je tu'. Tapi benar, kalau I masak, takde siapa pun sentuh. Masakan Mama tetap yang terbaik! Supep.

Tadi sebelum pergi kerja, belajar dengan Mama cara nak masak Ayam Kurma. Okeh, akan I practickan nanti. Nanti tu bila? Bila2 pada yang sudi nak makan masakan I. Ngeee

.:: Hasil pencarian Google ::.

Menarikkan?? Yang menarik lagi, I dapat resepi tambahan yang menyebabkan masakan Mama tak putus2 menerima tempahan masakan. Heeheee I love U Mama.

Bukan I setakat mengidam nak memasak Ayam Kurma, segala masakan yang pernah I buat. Ikan Bilis Tomyam, Daging Salai Masak Lemak, Sup Ayam blaaablaaablaaa. Nak buat nak buat!!!!

Okey Bye!

Monolog: Sekejap je bulan July. Ngeee

Wednesday, July 11, 2012

Aduan Rakyat

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Pelik, tapi benar...

I ada order barang secara online dengan seorang kakak ni yang duduk kat Putrajaya. Kalau difikirkan memang dekat sangat la dari tempat I bekerja. Dah nama pun barang online, cod (cash on delivery) hanya kawasan terdekat aje la. Maka, khidmat courier diperlukan. Pilihan utama, bab2 courier ni sudah pasti Pos Malaysia.

Selama pen'deal'an I dengan kakak tu, kakak tu bersetuju untuk mengepos barang itu terlebih dahulu, tanpa minta bayaran awal. What a nice ladykan. Janji, I puas hati dengan barang yang bakal I test nanti. But I tetap juga bankin duit beliau keesokan harinya. Orang meniaga, kena faham kot. Okey la kan. Barang dihantar pada 05 July 2012. I siap ada tracking number.

Ikutkan, kalau pakai Pos Malaysia, atau Pos Laju ni, keesokan harinya dah dapat. Tapi kes I ni sangat unik. Setiap kali I check tracking number online, barang itu telah ke kawasan berikut...


I siap call Pos Malaysia 09 July 2012 untuk tahu apa masalahnya. Report dah pun buat. Secara peribadinya, kalau pun tak tahu mana alamat yang I bagi tu, nombor talipon kan I dah bagi. Apa salahnya call? Tak salah kot. Ni nak tunggu I buat report baru nak take acction. Susah la kan. Lagi yang memelikkan, selama ni kalau sesiapa hantar parcel sekalipun kat alamat yang I bagi, sure2 sampai. Jadi apa masalahnya sekarang. Sekarang nak salahkan siapa? System?? Takde GPS?? Or takde kemudahan khidmat pelanggan?? Huhuu


Buat report pun amik masa 1hari. I bukan apa, I taknak susahkan hati kakak yang sedang menuggu masa nak bersalin. Susah hati dia, parcel dia tak sampai2. I pulak dalam keadaan serba salah, sampai ke tak sampai ke kena kasi tahu kepada mengirimkan. Dah tu pulak, I customer baru dia. Sebelum ni takde masalah pun. Jadi, salah siapa? Ngeee

Sesuatu yang Pos Malaysia kena lakukan. Upgrade please ;)

Sekian aduan rakyat.

Monolog: Asal sakit hati je nak makan hehe

Vintage :: The Actors

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sambungan dari kisah Vintage :: Coming Up!Vintage :: Miracle TouchedVintage :: Galaxy Note Cake.

SDF kalau outing memang berjam2. Mata dah rabak pun ditahan2 sehingga jam 3pagi. Apapun sangat enjoy ini malam. Ini malam kiteee yang punya. Ngeeee. Bby Gyena, Happy Born Day!!! I love u!

Nak I up gambar, terlalu banyak 500++ takkan la nak tepek semuanya disinikan. Terlalu havoc untuk di show off. Hanya selected gambar je yang boleh I tepekkan disini.


Lady of the night. Surprise yang memang dirancang. Berbeza dengan majlis2 yang I attend sebelum ini. Persediaan ini mengambil masa kira 3minggu. Sedikit pun tak dapat dikesan oleh Si Gadis :D.


Inilah artis yang terlibat. Yeah kami yang memang sudah 'masuk air'. Comelkan...


Jumpa lagi di event yang akan datang. 

Cerita ini belum habis. Tunggguu hahaha.

Bye!

Monolog: Manyak syok ooo. 

Wordless Wednesday #50

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lempang

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

I mimpi lempang orang U olls... Serius, I lempang. Siapa??


Dikejutkan dengan mimpi ngeri. Ngeri pada yang kena tangan I. Sakit2 tangan pada yang kasi tangan. Yang best, siap masuk ICU. Upps giler marah tahap maximun tu namanya. 

Walaupun hanya mimpi, kesannya I terasa sehingga kini. Adakah I bergusti dengan bantal2 dikeliling? Wallahualam, tak dapat nak di pastikan. Tapi kalau ada yang tidur disebelah, besar kemungkinan kena lempang free. Haha

Siapa mangsa kena lempang tu? Jawapannya, samar je rupanya. Nama pun mimpi. Lalalaa

Moral of the story: Sila basuh kaki sebelum tidur dan baca la doa. 

Sudah pergi kerja!!!

Monolog: Dah buat da semua tu, siap minta maaf lagi. Hurm

Tuesday, July 10, 2012

Family :: Pesta Bunga Putrajaya

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sepanjang minggu yang lepas, Mama dan Ayah ada menyuarakan keinginan mereka nak pergi ke Pesta Bunga di Putrajaya. Selama ni dok dengar orang bercerita je. Oke la pergi la ye. Adik2 pergi teman eh, kakak pergi kerja. :)

Seronok eh tengok bunga. Memang itu la kegemarannya. Nak letak kat rumah ke? Boleh, nanti I belikan ye Mama. Ngeeee



Terima kasih mewakili kakak dan abang.

I LOVE MY FAMILY.

Bye!

Monolog: Pedulik laaaaa :p

Vintage :: Galaxy Note Cake

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sambungan dari sini Vintage :: Coming Up! dan Vintage :: Miracle Touched.

.:: Credit to B'Jewel Cuppies ::.

Red Velvet Galaxy Note Cake. Awesome! Ko ade? Ke ko nak copycat? #eh...

Ada lagi, jengah aje la belog kusam I ni kalau rajin.

Bye!

Monolog: Kepoh der!!

Monday, July 9, 2012

Vintage :: Miracle Touched

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Cerita semalam. Sekarang baru ada mood nak menulis. Sambungan cerita ini, Vintage :: Coming Up!.


08July2012 - Sunday 
Hari yang dirancang datang juga. Hari ni penuh dengan kesibukan kesana dan kemari untuk menyediakan prop prop terakhir untuk satu majlis yang dirahsiakan. Yang paling penting hari terakhir 'shooting' selama seminggu semata2 kerana 'Vintage' ini. I terpaksa berlakon dan buat tak tahu tentang apa2 pun. Itu permainannya. Ditakdirkan pulak pada hari kejadian, I sedang bekerja. Jadi extra meter untuk zass kesana dan kemari. Maaf kepada meter #eh.

.:: 6kuntum roses, maknanya? ::.

Walaupun terkejar kesana dan kemari, bukan bermakna I seorang sahaja yang membolot semua kerja dengan rakusnya. NO! I bukan seorang yang tamak. Masing2 ada tugas yang telah diagih2kan, sewaktu perbentangkan dilakukan melalui perbincangan semeja, dan juga perbincangan dihujung jari. Fuhhh sesak nafas menulis. Oke, ayat sedikit skema, but pedulik la kan. Sambung, jadi inilah hasilnya, hasil tangan yang tak seberapa. Harapnya 'Mastermind' berpuas hati dengan 'Miracle Touched' ini. 

.:: Credit to Gyena Chobitz Armani ::.

Ada sambungan lagi. Harap bersabar. Weehu

Bye!

Monolog: Menunggu 'bahan' seterusnya. 

Vintage :: Coming Up!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


More stories to be shared. Stay tuned bebeh!

Happy Monday people! Jom buat kerja

Monolog: Pedih biji mataku


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 6, 2012

Di'tembak' tanpa sedar uhuk!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Sedang takde kerja, sambil terjah menerjah dari satu blog ke satu blog untuk mencari idea, terpikir pulak nak check saman. Ye la, bulan depan nak renew road tax, harusla amik tahu kot2 ada saman. Ada ke??

Ye ada! Sakit pulak hati kite ni!

Bila tengok tarikh yang tertera, baru I teringat. Masa ni, I baru balik dari berjumpa Dr Handsome. Ada la perasaan sesorang di bawah flyover. Dengan alatan menembaknya. Tak terfikir la beliau nak 'tembak' I dengan Sexy Baby. Rupanya, memang ye beliau menembak! Awk niiii kejam tau. Waaa

Berhati² dijalan raya.

Check saman korang kat sini rilek.com.my.

Monolog: Laju ke aku bawa kereta??!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baru ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, July 4, 2012

Sphinx dari Kuching

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



"Aye, nak kucing Sphinx tak? Kucing Sphinx tu jenis yg takde bulu sangat tapi cantik"

Tersipu² sengal I bila ditanya begitu. Eh nak ke, tak nak ke. Kat rumah tu banyak miau2 dah. Separuh teruja pun ado. Ehek.

Jadi bila di keluarkan dari bekas, tersipu² I dengan Shinx ni. Mengidam miau orange, jadi I pilih la orange. Ada yang kata kuning. Tak kesah la. Janji I suka orange.

Comel kan Sphinx I? Jangan amik!!!

Mekasih Bby, ole² dari Kuching, Sarawak.

Monolog: Mencari..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Pengantin Baru.. Kepakkepungkepakkepung

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lambat sikit dok gebang kat belog, menantikan result hasil kerja adik I. Yezaaa SOULMATE PHOTOGRAPHY dilantik sebagai photographer yang terpilih. Hikhik. 

30 June 2012, berlangsungnya majlis sambut menantu abang kepada keluarga angkat I. Sebelum ni majlis bersanding pihak perempuan telah pun berlangsung di Perak. Sini ada ceritanya, klik aje Along Wedding. La ni, majlis bertandang la pulak, sebelah lelaki. Masih ingat tak u olls dengan entry Inai dijari Cik Adik. I berinai untuk keluarga ni la. Bukan berinai sebab I yang naik pelamin tau. No no noooo belum lagi. Seru belum sampai gitu. Tengok la 2, 3tahun lagi ke. Mana kita tahu kan. Ketentuan-Nya. Doa2kan la yang terbaik yerp. InsyaAllah.

What to say about this 'kenduri'? 

Kemeriahan yang lain daripada yang lain. Kalau 2tahun lepas, abang I kawin juga klik sini kalau nak tahu, Kawen Kawen Kawen, menggunakan khidmat catering. Tahun ni, sedara sepapat semua setuju nak buat sendiri. Yakni gotong royong masak atau orang jawa panggil rewang. Rewang oooh rewang. Rewang dari segi pelamin, door gift, sampai la ke lauk pauk. Pergh syok!! Seronok eh rewang2 ni. I tak pernah join pun rewang2 ni. Walaupun sedara sendiri ramai yang dah selamat bersanding. Dah beranak pinak pun. Tak berkesempatan nak merewang bersama. Biasanya datang makan, sebab kebayakannya suruh datang makan. Betul tak sedara mara. Hehehe.
...
...
...
...
...

Okey jom layan gambar. Malam berinai bertemakan warna biru. Mesti ada yang pelikkan. Belah lelaki ada malam berinai. Jawapannya, ADA. Kenapa ada malam berinai? Sebab inai pengantin tinggal separuh kuku. Jadi harusla penuhkan balik, dan secara tak langsung ada la majlis berinai. Okey. Puas hati tak dengan jawapan? Puas?? Okey terima kasih. HAHA.
Bila ada majlis berinai. Tepung menepung pun ada gak la kan. Jadi Cik Adik mengambil kesempatan nak menepung2 jugak la. Ngeee

Keesokan harinya, 01 July 2012 majlis bersanding pulak. Bertemakan kuning susu. Waktu kemuncak, I tak dapat nak fokus apa yang jadi kat pelamin. Dok 'terbang' sana sini, menyiapkan meja untuk makan beradab.
Eh pengapit, kenapa dua2 pandang tepi? Camera dihadapankan. Ada jodoh kot. Mungkin jodoh yang kedua ni. LOL. 

Nantikan cerita seterusnya.

Okey bye!

Monolog: Jangan Cik Adik lah sayang... Rindukan bulan... 

Wordless Wednesday #49

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Happiness HD wallpaper for Wide 16:10 Widescreen WHXGA WQXGA WUXGA WXGA ;
Related Posts with Thumbnails