♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, February 18, 2014

Kata-Kata: Sombongkah aku, ATAU kau belum kenali aku

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku lihat cermin
Berkata aku sendiri
Adakah benar aku sombong?

Kau kata kau kenal aku
Kau kata kau memahami perwatakanku
Kau kata kau sudah masak dengan perangai aku
Kau kata kau sudah mendalami caraku

Apa buktinya
Jika kau gemar ber-konklusi sendiri
Apa makanya
Jika kau gemar perlekehkan kata-kataku
Apa ertinya
Jika kau gemar bertanya dan menjawap sendiri soalan yang kau ajukan padaku

Kau mahu aku jadi apa
Kalau segala kataku kau henyak

Tidakkah engkau tahu
Sikap mu itu buat aku jemu
Tidakkah engkau tahu
Aku lelah nak layan karenahmu

Sampai masa
Aku berhenti
Berhenti disini

Monolog: Berhenti bila sidah sampai masa 

Monday, February 17, 2014

FOTD: Teh Halia Special, Titiwangsa

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Holla people!!!

Sejak dua menjak tiga menjak ni, tajuk-tajuk entry aku mesti ada ":" kata kunci dihadapan. Bertujuan untuk lebih memudahkan kau orang memahami dan seterusnya membaca isi kandungan dengan lebih tepat. Tidak la teraba-raba atau terkeruk-keruk kepala nak mengaitkan tajuk dan isi penulisan aku. Kalau tajuknya lain, isi ceritanya pulak takde kaitan, kan itu melecehkan. Senangkan?? Orang Malaysia, semua nak yang senang-senang aje. Eheee.

Mari cerita pasal makan!

Siapa suka makan??? Giler kau tak suka makan. Hidup di negara yang super mewah makanan ni, kalau tak suka makan tu memang aku boleh kategorikan sebagai separuh kehidupannya tak sempurna. Itu tak makan ini tak makan. Haish rugi tau tak??! Okey aku faham kalau tak makan sebab diet. Sangat klishe alasan tu.

Terang-terang nak kurus sampai tak makan itu sudah salah. Diet kena makan, tapi kuantiti makanan kena berpada-pada. Diet juga tak marah, kalau sesekali kita berikan waktu cuti untuk menikmati makanan yang berlebih kuantiti dalam satu-satu masa tertentu. Banyak makan, banyak juga senaman yang kena buat. Badan sendiri, adjust sendiri la kan. Tapi jangan terlalu over diet! Ini tidak, term sayangkan makanan, sampai kau makan semua yang ada endup jadi gemok kau complain. Better kau buat senaman sepatutnya dan hentikan tabiat yang mungkin akan memudaratkan diri kau. Time to think for better life.
Back to story. Sepetang di kedai special.


Apa macam gambar diatas? Menarik tertarik?? Ahaaaa di kota metropolitan yang super gah ini, jarang-jarang sekali kita jumpa kedai yang tersorok begini. Siapa sangka, yang tersorok inilah memberikan kau satu nikmat pembasah tekak dan kenyang perut suka hati yang terbaik. Kadang-kadang, yang terbaik tu bukan hanya datang dari ladang, tepi jalan pun boleh dapat juga. Ehek.


Fuwaaaaaah! Sexy betul nasi lemak ni. Sangat comel. Less then 5suap, dah selesai masuk dalam perut. Nasi lemak yang dikukus, sambal yang tidak pedas, tidak juga masam, dan sedang elok terhias bersama dengan telo dadar yang dipotong kecil, ikan bilis dan kacang. Cuba sebungkus, tak cukup. Tambah lagi satu bungkus tak cukup, tambah satu bungkus lagi. Okey tiga bungkus sudah cukup. Esok boleh buat extra workout. Sungguh tak tipu memang sedap. Ehek.


Menggoda betul air ni kan. Specialnya kat sini, adalah teh halia. Pertama kali mencuba, tersentuhnya lidah aku dengan air ini, dan seterusnya mengalir membasahkan tekak aku, menghasilkan satu rasa yang wow! Sangat mabolous. Lihat saja, tak habis satu cawan, tamak tambah lagi satu cawan. Kena tau kenapa tambah lagi satu cawan sebelum habisnya satu cawan. Tujuannnyan, nak kasi air tu cepat sejuk. Minum teh halia ais macam tak kena je. Kena la panas/suam baru la terangkat. Lagipun cuaca panas maaaa. Masuk tekak, berpeluh dibuatnya. Yang pasti lepas kau minum badan kau rasa ringan. Dah nama pun halia. Kalau kau terkentut tu, itu satu bonus dan lagi bagus. Kasi angin kau keluar dari badan. Eheeek.


Macam-macam ada kat sini. Yang panas, yang sejuk. Ada bihun, mee, kuih, pulut, nasi lemak. Base pada minum/makan petang la. Kalau jenis macam aku orang kampung ni, kalau terhidang makanan macam ini, aku lah orang yang paling happy. Cuma kalau duduk kat sini, sedikit panas dan aku memang confirm yang datang sini berpeluh. Tapi jangan risau. Kawasan ni berangin. Dekat dengan tasik kot. Mmmmmm jauh sikit kooooot dari tasik. Erk hampir sedikit dengan jalan raya koooot, tapi masih tetap umph! Kira suasananya masih terasa nyaman. Sangat layan kepala sambil memerhati orang makan dan bisik-bisik mengumpat. Ehek.

Kat mana ni?

Teh Halia Titiwangsa

Lorong Titiwangsa 5 (Jalan Pahang)Kuala LumpurKuala Lumpur


Pastinya, akan datang lagi!

Bye!

Monolog: Yang hot itu panas. Yang panas itu cair hahahaaaa

















Saturday, February 15, 2014

Love The Nature: Saga Hills, Cheras 03-02-2014

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

CNY holiday Part2...

Semakin kita maju, semakin kita lupa akan kepentingan menjaga alam semulajadi. Semulajadi yang tidak perlu kita susah payah untuk membentuknya. Hanya perlu untuk kekalkan/menjaga dengan sebaiknya. Yang terjadi dan terbentuk seawalnya sebelum kita bukakan mata. Kalau pun kita mampu membina/menghasilkan satu hutan yang indah, ianya akan mengambil masa yang amat lama. Belum tentu berpuluh-puluh tahun kehidupan, terhasilnya hutan/bukit/gunung yang indah.

Semakin maju, semakin kita lupa untuk kekalkan kehijauan yang memberikan banyak makna dalam setiap inci kehidupan kita.

Sayangi sebelum terlewat...


Petikan yang aku petik dari facebook aku. 

Dah baca entry yang lepas-lepas? Bagooos! Cerita aku banyak bab-bab hutan la kan. Jangan jemu, teruskan aje membacanya.

Dah settle Broga Hills, aku terus shoot ke Cheras. Kali ni aku nak naik Saga Hills pulak. Amboinya dalam sehari naik dua bukit kau. Mampu? Mampu la deh, kalau memang kau tak rush untuk hal-hal yang lain. Kalau memang kau free dan takde temu janji dengan sesiapa. Kalau pun memang hati kau lebih tertarik untuk aktiviti outdoor dari yang lain-lain. Yang penting, selagi kau ada stamina yang kuat untuk mengharungi, bukan takat satu bukit, berbukit-bukit pun kau boleh. Itu pun ketinggian bukit tu bukan la macam tinggi gunung ye kan. Kena ambil kira juga tu. Kalau tak mahu kau tidur berhari-hari dalam hutan tu. Kau mahu??? Aku mahu!!!


Berbeza dengan Broga Hills. Mula-mula kau masuk ke dalam Saga Hills ni, kau kena mendaki kurang lebih setinggi 10tingkat apartment. Nah bagi aku yang memang dah masuk training hampir 4bulan, tiada masalah bagi aku untuk naik keatas. Tetapi, tercungap-cungap itu masih disitu la deh. Jangan la nak jadi super women sangat sampai tak terasa kesemputan tu. Lagi-lagi bila kau dah stop dari mengambil nicotine secara drastic, surely jantung kau akan lembik sedikit, tapi mampu untuk memperolehi stamina yang cukup. Pokok dan daunnya, diri kau sendiri yang nak mengubah dan melawan keadaan.


Di Saga Hills, sepanjang perjalanan aku akan jumpa Apek yang dalam lingkungan 50-70 tahun masih active dan yang penting usia mereka bukannya penghalang untuk mereka menerokai bukit yang berada dikawasan perumahan mereka ini. Sedari dulu, aku memang kagum dengan bangsa cina ni yang rata-ratanya akan mementingkan kesihatan. Tidak kira la dimana sekali aku beriadah, bangsa cina yang menopoli kawasan riadah tu. Dapat aku lihat, persen (%) bangsa yang ada kat sini diantara melayu india dan cina. Sangat jauh berbeza. Mana pergi bangsa yang lain? Sibuk shopping barangkali.


Disebabkan kawasan ini berdekatan dengan kawasan perumahan, dapat aku lihat mungkin mereka mengadakan komuti sesama mereka untuk menjaga khazanah yang tidak ternilai ini. Terbahagi kepada 6 section, setiap satu section memperolehi kawasan rehat dan rawat yang sudah tersedia rapi. Pun begitu, walaupun mereka menyediakan kawasan kecil untuk senaman yang seakan-akan gymnasium, dimana mereka menggunakan kayu sebagai bahan angkat berat (dumbbell), tetap aku rasa kawasan ini tak sepatutnya menjadi seperti ini. Pada pendapat aku, khazanah semulajadi ini tidak perlu diubah menjadi seperti gymnasium yang ada diluar/bandar. Ya, mungkin bezanya didalam hutan ni lebih fresh berbanding dalam gym yang bersuasanakan retro/disco dan ber-aircond. Tetapi, tidak kah mereka terfikir, terbukanya kawasan yang kecil ini menjadi satu kawasan yang besar, telah merosakkan satu-satunya yang mungkin menjadi satu kawasan yang jauh lebih menarik sebelum ianya diubah. Bagi aku, semulajadi seharusnya dikekalkan.


Bila sebut bukit/gunung/hutan berbezanya kawasan pendalaman yang belum diterokai manusia secara rawaknya adalah deria. Bermula dari deria mata, telinga, dan seterusnya bau menimbulkan nikmat yang tidak akan diperoleh dimana-mana kedai perfume. Kalau sudah nikmat itu hilang hanya kerana rakusnya manusia untuk memperoleh 'kebaikan' kononnya dengan mengubah struktur yang ada, aku percaya 10tahun akan datang, tiada lagi bau-bauan yang menarik bila masuk ke Saga Hills ni. Macam pengalaman aku, masuk section yang ketiga, baru aku jumpa bau yang memang aku mahu setiap kali aku masuk ke dalam hutan. Kenapa bau itu muncul ketika berada di section tiga???? Sedih! Sedih betul aku.


Tak jauh sebenarnya satu section ke satu section. Kurang lebih bezanya 30min-45min. Mengikut gaya dan langkah yang dibawa. Aku yang sudah injurt dari awal sebelum naik ke Saga yang aku peroleh kesakitan dari Broga Hills, sememangnya akan melenggang-lenggang kangkung bila masuk ke dalam ni. Berbekalkan air 1.5L dalam back park aku tu, cukup la untuk mengisi dahaga. Kalau jenis yang cepat lapar tu, bawa la energy bar/chew untuk diratah. Tapi ingat jangan pulak disemakkan kawasan yang indah ini dengan membuang sampah makanan tu. Tak berbaloi tau.


Dan aku pasti akan kembali ke sini sekali lagi.

Terima kasih Allah dengan kesempatan ini.

Bye!

Monolog: Kau perlu tahu apa yang kau mahu 

Kata-Kata:Perempuan AKU

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku perempuannya yang malu-malu
Aku perempuannya yang sipu-sipu
Aku perempuannya yang segan silu

Aku perempuan?

Perempuan aku sendiri berdiri
Perempuan aku menyanyi dihati
Perempuan aku girang menyepi

Perempuan itu??
Aku kah itu??
Nah keliru perempuan mahu pun aku
Jangan lupa mana datangmu
Perempuan dan aku adalah satu
Satu jasad
Satu nyawa
Satu kehidupan

Lari kemana perempuan aku
Mana kau berdiri bayang mengekori
Penat kau berlari terhenti disitu
Apa kau cari perempuan aku
Rabalah kau selagi kau mahu

Aku kah?
Perempuan kah?

Natijahnya bukan disitu henti nafas
Nafas terakhir tidak terbias
Lena terkubur kaku terjulur
Nanti diapit di kanan dan kiri

Monolog: ......

Wednesday, February 5, 2014

Love The Nature: Broga Hills, Semenyih 03-02-2014

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla!!!

CNY holiday Part1... Yeay

Is totally different from my research. I was imaging this place with their tall grass. I am so excited to touch/feel them when I walk into the hill. BUT BUT BUT what I'm seen is not like what I imaging. I'm looking for TALL GRASSES up to my hip. Yes, the grasses still there, but not much. Why? Why? Why? And why this place is so dusty... ?

People who came here, definitely not a "nature lover". If yes, they just come for release their stress with photography skill and citcat with friends. When talk about nature lover, we should know how to take care of nature. They just in "love" with the picture/fun rather to fall in love/care the natural nature. Among of them, showing bad ATTITUDE, which is they can slide not walking down from hill wearing non proper shoes. Go down, like having marathon in the hill. When they do that, what will happen to the hill/land? What happen to other people? Don't care/think about other people safety. 

Yes, I'm a sensitive person. Yes, I still new in hiking/climbing. Before that, I been train my self to do/think logicically. With my logic thinker, we are perfect/special human who given brain, we can think good or bad, not misused the brain and behave like an animal who don't have brain. Why must we spoil the nature given by Allah without he ask any prices to used it freely??? Why don't we care/love the nature, like we care/love our own self?

Think before its late.


Vaaaaahvaaaaah aku ber-bubbling omputih dipermulaan. Oh ya terkadang terasa terlebih haibat dari biasa. Petikan yang aku petik dari album facebook aku sendiri. Nak follow? Boleh la follow facebook ni ha. Klik aje, free-free aku add. Tak free memang tak approved sampai ke sudah. Cepat atau lambat terbergantung pada kesibukan aku. 

Dahulunya, sebelum aku active hiking/climbing ni, aku tersangat la teruja nak naik Broga Hills ni. Aku yang terlewat lebih dari orang-orang lain yang dah selesai panjat dan tak nak panjat lagi dah bukit tu agaknya setelah bermengah-an naik turun bukit ni. Dan pada aku, pengalaman pertamanya naik ke Bukit Broga ini, cukup la ini yang terakhir. Mengapa? Teruskan bacaan untuk mengetahui sebabnya.


Aku sampai puncak yang ke-3 kurang lebih pukul 7.45am. Broga Hills ada 3puncak. Aku yang rasa masih boleh untuk sampai puncak yang ketiga, teruskan perjalanan sampai ke hujungnya. Puncaknya pun bukanlah tinggi-tinggi sangat. Berpuas hati bila dapat port yang baeeeek punya. Indah ciptaan Allah ni. Puas rasa dihati bila dah sampai atas bukit ni. Itu perasaan di awal pagi ye. Bersyukur dapat port yang boleh dikatakan awesome. Masa ni pun tak ramai orang-orang di atas bukit. Tetapi makin siang, makin ramai yang termengah-mengah penat dan kepanasan eheee.


Dikejauhan disebelah kanan terlihat pemandangan yang merobek hati kecil aku ni. Bukit-bukit kecil ini diratah sikit demi sedikit. Persoalannya, kenapa mesti diratah bukit-bukit untuk tujuan pembangunan??? Kenapa kenapa kenapa?


Tadi aku bebel pasal rumput-rumput yang tak tinggi kan? Memang tak tinggi pun. Ni pun rasa tinggi sebab aku duduk ketika ambil angle ni. Mana hilangnya rumput-rumput tinggi dan meng-hijau yang aku research sebelum-sebelum ni??? Mana pergi?? Mana pergi??? Aku dah berangan nak gomol-gomol rumput-rumput panjang tu tau. Serius!!! Aku frust.


Kan aku dah cakap, rumput-rumput disana tak panjang dah. Yang panjang sekarang ni akal aku. Aku nak pergi Gunung yang kat sebelah tu. Ye! Itu Gunung Tok Wan. Aku rasa bau-bau hutan kat sana tu lagi fresh dari bau habuk-habuk dekat Broga ni. 

Kenapa rumput-rumput dah tak ada?


Melihat pada struktur tanah yang aku snap ni. Apa yang terlintas difikiran kau orang? Fikir macam mana boleh jadi macam ni selain dari musim kemarau. 

Nah! Meh aku cerita kenapa boleh jadi macam ni. Setiap bukit/gunung mesti ada laluan khas. Dan aku percaya, laluan ini sebelum-sebelum kehadiran beribu-ribu manusia kesini, laluan ni kecil je, takde la sampai besar macam ni. Aku juga percaya, jalan ni masih punya rumput yang cantik kalau kena gaya dan caya orang-orang yang datang ke sini. Tapi kalau yang jalan naik dan turun macam turun gelongsor, memang la haus tanah ni. Sama juga macam mana kalau kita pakai kasut, tapi jalan jenis mengeset. Kau orang tahu tak jalan mengeset tu macam mana. Tau kan, kita orang kampung sure tahu punya heheheee. Tak tahu juga pergi la Google.

Sewaktu aku datang kesini, aku yang memang berhati-hati turun kebawah, dan aku sangat-sangat berhati dengan kaki aku yang kurang sempurna ni. Bila aku berhati-hati orang lain pulak tidak sensitive dengan keadaan orang lain. Boleh pulak main lari-lari turun kebawah. Boleh pulak nak main kejar-kejar. Aku yang penuh dengan focus hati-hati supaya tak injurt, sudahnya dalam hati-hati tu juga aku injurt sedikit. Pun begitu aku mampu untuk meneruskan perjalanan ke bawah walaupun aku siap maki hamun budak-budak yang memang macam beruk. Oppps sorry, kasar bahasanya tapi itulah budaya yang ada masa turun bukit ni.


Selamat turun, aku kasi bukti cecahan aku kali ini. Nak aku snap sesubuh tadi tidak la pulak terang kan. Satu hari Gunung Tok Wan aku jejak. Eheeeek gelak nakal.

So! Itu aje lah cerita aku kat Broga Hills.


The mission is completed!!! Now aku nak ke bukit yang lain pulak.

Tunggu ceritanya.

Bye!

Monolog: Syok!!!

Saturday, February 1, 2014

CNY 2014 - Year of the Horse

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Let's sing the song!!!! Pi check kat youtube kalau tak tahu nyanyi. Hiks

Larilah…hai kudaku…Larilah…hai kudaku…
Larilah…hai kudaku…Larilah…ayuh lari…

Gerakkan keretaku
Kawanku tlah menunggu
Ayuh lari

Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari…ayuh kudaku lari
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari…ayuh kudaku lari

Camkanlah duriku
Rasa hatiku

Larilah…hai kudaku…Larilah…ayuh lari…
Larilah…hai kudaku…Larilah…ayuh lari…

Gerakkan keretaku
Kawanku tlah menunggu
Ayuh lari

Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari…ayuh kudaku lari
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari…ayuh kudaku lari

Camkanlah duriku
Rasa hatiku

(Lagu: Kudaku Lari Penyanyi: Sharifah Aini)

Sudah enjoy dengan lagu? Mari kita bercerita pulak.

Dah kenapa start-start penulisan ajak menyanyikan. Harus la ada kena mengenanya dengan cerita yang nak ditulis. Well, well well belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan...

"Gong Xi Fa Cai!! Wish you luck in the Year of Horse"

Haaaa kan tahun baru cina dah lepas. Tahun ini pulak tahun kuda. Sebab itulah aku mulakan penulisan dengan menyanyi lagu kuda. Bijak tak bijak tak. Yes! Aku memang bijak. Bijak cikit. Ahaaaa syok sendiri aku ni.

Seperti tahun-tahun yang lepas, Klinik Bamz Healthcare tempat aku bekerja akan mengadakan acara ini. Kiranya dalam jadual tahunan tu antara yang wajib kena buat la. Kalau tak buat tak lengkap rasanya perjalanan aktiviti tahunan kami. Oh ya, jangan lupa klik "LIKE" dekat facebook Klinik Bamz Healthcare ye untuk mendapatkan info-info dan sebarang pertanyaan. Visit our clinic website too Klinik Bamz

Bamz Angel in RED!!! Mohon ada 'ong' tahun ini heheee. Bamz Angel kurang satu orang, sebab sorang lagi bercuti. Harapnya tahun hadapan lengkaplah kami berempat. Termasuk Puan Boss, kami berlima la yang menerajui Klinik Bamz Healthcare. Tanpa sokongan dari patient/customer kami, kami tidak akan kekal sehingga hari ini. Dengan ini jutaan terima kasih atas sokongan anda. Macamkan sedang ambil anugerah pulak aku ni hehheee.


Memang ada 'ong' kalau singa yang datang menari pun berwarna merah. Amboi la. Amin amin amin moga-moga dipermudahkan segala urusan ditahun kuda ini.



Dung dung cheng dung dung cheng dung dung cheng. Aku pun tergedik-gedik la ikut joget sama dengan singa ni.


Muka happy Puan Boss. Nah! Dia pun pakai merah. Serasi bersama kami ni. Insya Allah, dengan izinnya dan semangat bekerjasama antara kami, kami kekal sehingga sampai tiba waktunya. Mohon diteguhkan tali ikatan yang kuat ini. Amin.

Lagi 'ong' bila dapat angpau. Taucheeee.


Oke! Itu aje cerita singa menari ditahun baru 2014. Tunggu cerita yang seterusnya.

Bye!

Monolog: Menari la la la lalalaaaaa
Related Posts with Thumbnails