♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, October 31, 2009

30tH SupRisE @ BalaKonG

No comments:
Pukul 9 lebih aku, Dato' Ej, Niece Baby, Nephew Jersidd, n Uncle bergerak dari PJS ke Balakong. Ada makan2 kat sana. Wah rezeki aku tak pernah nak tolak rezeki itu. Dalam kereta Niece N Uncle dok tapau KFC tok Jia. Jadinya sepanjang perjalanan bau KFC itu menusuk kedalam hidung, dan membuatkan kami di dalam kereta lapar (",)

Sampai disana dalam pukul 10+malam. Masing2 dok bercerita dulu. Sambil dok hidang makanan. Dan makan time.....(",) Di ikuti dengan Snap Snap Snap...


 Gambar lauk tak sempat nak snap. So pix sesudah sahaja (",) dari kiri Jia, Gugurlz, Achik dan Paan. Yang baju biru itu adalah Uncle (",)


 Dari belakang Paan, Nephew, Finy dan kat depan tu Uncle (",)

 
 Nephew n Untie a.k.a Datin Hahaha


Kesengalan melanda mereka ini, Uncle, Jia, Finy

Dan tiba2... Blackout... Nah... Keluar la...


"Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...Happy Birthday To Sis Noryn, Happy Birthday To You"


Wish lagi...(",) tetap menjadi rahsia apa yang aku wish kan.


Hehehe... Kiri dari belakang  Uncle, Gugulz, Emon, dan Finy.
Depan dari kiri Niece, Paan, Jia, Finy dan Aku.


Ini la rupa kek aku malam itu (",) Terima kasih semua...


Dato' yang seakan blur malam tu. Kenapa eh...

Jom layan pix pada malam kejadian...(",)



Pantang nampak camera kan... Ready sentiasa..

Sesi suap menyuap lak...(",)



Kehadiran kamu semua buat aku bahagia...

P/S Aku sayang kamu semua (",)

Friday, October 30, 2009

29th SupRisE FroM MaMa

No comments:
Aku balik kerja petang. Semalam da janji dengan Ezzy adik aku minta hantar dia ke rumah kawan dia kat Rawang. Sudahnya tak jadi. Takpe la aku tak kesah pun, lagi pun aku mana tau sangat jalan kat Rawang nuh. Sudahnya dia minta aku hantar dia pergi kolej pasal nak amik paper assigment aku pun pasrah je la. Lagi pun nak hujan pun kan. Apa lak salah kalau aku teman dia pergi. Lepas tu plan nak pergi karaoke. Da janji dengan dia pun.

Janji dengan Ej pukul 8.00malam. Tunggu punya tunggu pukul 8.30malam baru sampai. Hampeh tol. Sabar2 tak baik marah2kan (",). Sudahnya sampai kat Kolej Ezzy dalam 8.45malam. Jadinya plan mana nak pergi melalak. Sudahnya, Ej dapat phone call. Kena patah balik rumah Mama, pasal Ej da janji dengan diorang nak hantar barang. Barang apa aku pun tak pasti. Yang pasti aku marah sebab da sampai town nak patah balik rumah Mama. Hish menyusahkan je rasanya. Mahu tak mahu aku patah balik la ke rumah.

Sampai aje aku kat rumah Mama, aku buka pintu dan rupa2nya....


Ha...Pakatan antara mereka, sapa lagi kalau bukan Mama, Ezzy, Dato' Ej, Niece Baby dan Nephew Jersidd. Huh... Dari marah membuak2 tadi, terus tak jadi marah. Ej dok gelak2kan aku. Ceh


Aku sure juga ini memang idea Niece Baby sorang ni. Hish tak abis2 dengan suprisenyer. Cukup2 la tu (",)


Ini la rupa kek aku malam itu. Macam tau je aku suka bab2 buah ni...


Time potong kek...Wish2.. N smile...(apa yang ku doakan biar la aku simpan untuk aku sendiri, sorry bukan untuk di share, cuma minta yang baik2 sahaja)


 Dia keSayanganKu Farhan. Monyok je dia malam tu pasal da lewat sangat mengantuk dia. Cian dia.


Dia keSayanganKu Juga. Turut bersubahat dengan yang lain. Aku Sayang Dia..


Teraju utama. Mesti plan dia yang tak sudah2 ni. Dato' Ej wah. Tak sudah2 juga dengan plan dia yang tak abis2. Terima kasih kerana sentiasa mengembirakan aku.


 Dia MamaKu Jantung HatiKu..


Dan teruskan aktiviti bergambar dengan makanan yang ada...(",)

Settle plan yang pada mulanya di rancang bersama dengan adik aku diteruskan. Jadi kami beramai2 pergi kemana...? Karaoke la.

 Eh Mr. Jersidd selalu takde dalam pix kan. Pakcik Yart tak dapat nak join. Kesibukan dengan kerja2 yang ada. Maklum la orang penting dalam production. Ahaks


Alamak terjumpa lak kereta idaman apalagi Untie n Niece pun sibuk posing. Perhatikan betul2 kedudukan tangan kami. Kereta itu masih panas tau. Maksudnyer baru parking la tu..Hehehe


Menjadi idaman Dato' juga, jadi dia pun tumpang sekaki la...


Sambil menunggu giliran, da tepat pukul 12 tengah malam, jadi handfone aku tak sudah2 berbunyi. Saat ini, Pakcik sedang call dan nyanyikan aku lagu "Happy Birthday" buat aku. Banyak juga sms masuk dari dalam dan luar negeri.. Mekasih atas wish2 itu (",)


Untie n Niece yang sayangkan camera. Post2 lagi.


 Mereka yang sentiasa disisi. Aku sayang giler ngan korang. Sangat2 sayang. Terima kasih kerana masih menerima aku, walaupun diatas kesalahan aku yang tak disengajakan
 
P/S Terima kasih atas segalanya

Thursday, October 29, 2009

UsaH TerlaLu MengOngkOng

No comments:
Sekadar share artikel dari Metro hari ini. SAYANG biarlah bertempat kerana agak keterlaluan jika anda menyusun atur segalanya hinggakan si dia bosan serta tidak selesa dengan bunyi deringan telefon anda. Apabila segalanya dipantau, dia mula berasa anda semakin menyekat pergerakannya. Itu baru bergelar kekasih, belum lagi terikat sebagai tunangan atau isteri mahupun suami. Saat itu, ke mana saja kaki melangkah si dia mungkin harus ‘melapor’ diri dan itu pastinya membosankan. Tidak mustahil jika hubungan yang baru terjalin boleh putus gara-gara sikap keterlaluan itu. Berikut sedikit petua yang mungkin boleh digunakan untuk mengelak diri daripada terlalu mengongkong si dia:
  • Menelefon si dia lebih daripada si dia menelefon anda Segala rancangan untuk keluar semuanya anda yang atur sedangkan selama menjalin hubungan, dia jarang mengaturkan pertemuan . Bahkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak anda keluar. Bukan itu saja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang keluar bersama, hanya anda yang mengeluarkan belanja. Jadi, tanyalah diri, apakah bentuk hubungan berkenaan?
  • Anda sering memberi si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberi hadiah biarpun pada hari ulang tahun kelahiran.
  • Apa saja yang diminta, anda pasti sedaya upaya mengadakannya meskipun sesetengah daripada permintaan itu di luar keupayaan. Demi cinta, anda sanggup menebalkan muka dengan teman atau keluarga meminjam wang untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.
  • Setiap kali keluar bersama, anda sentiasa membawanya ke tempat yang mahal dan mewah. Tujuannya supaya dia sentiasa gembira untuk keluar bersama. walaupun hakikatnya, anda bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian.
  • Terlalu memanjakan si dia biarpun sudah pasti dia melakukan kesalahan dan cuba bersikap curang tetapi anda hanya bersikap acuh tak acuh. Anda sanggup lakukan apa saja kerana enggan hubungan hancur tetapi wajarkah tindakan itu? Akibatnya:
  • Anda cepat berasa tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberikan apa yang selalu diberikan pada anda atau pemberiannya mulai berkurangan. Misalnya, pada awal percintaan, setiap hari dia menghadiahkan sekuntum bunga dan sekeping kad ucapan. Tetapi lama-kelamaan hanya sekuntum bunga tanpa kad ucapan. Bahkan, semakin lama si dia tidak pernah memberi anda apa-apa sehinggakan anda cepat berasa sedih dan menganggap dia tidak lagi menyayangi diri anda. Akhirnya, hubungan dengan dia ibarat retak menanti belah dan perselisihan boleh meletus hanya kerana perkara kecil. Anda pula, sudah menghimpun terlalu banyak perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil ‘pelaburan’ selama ini. Misalnya, anda sanggup berkorban duit gaji untuk membeli hadiah buatnya dan berharap si dia menghargai apa yang dilakukan untuk dirinya. Malah anda mungkin berharap dia akan melakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu untuk anda. Namun jika berlaku sebaliknya, anda pasti akan berasa sedih dan tersinggung, seterusnya hubungan tidak mampu bertahan lama.
  • Anda tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan. Pakaian sendiri tidak pernah bertukar ganti sedangkan untuk si dia, setiap minggu anda mengajaknya keluar membeli apa saja keperluannya. Akhirnya, pekerjaan, pelajaran atau apa saja yang anda lakukan terjejas. Tidak mungkin si dia mahu terus bersama anda andainya dia merasakan anda terlalu banyak kekurangan daripada dirinya. Lama-kelamaan dia hanya akan bersama anda apabila dia memerlukan pertolongan saja. Si dia mulai menjauhkan diri daripada anda dan memberikan alasan apabila anda ingin bertemu. Anda pula semakin beria-ia memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama. Namun tindakan itu hanya sia-sia kerana si dia tidak pernah menghargai apa yang anda lakukan. Tindakan sebaiknya:
  • Berhenti mengharap supaya perhubungan mampu bernafas kembali. Cara terbaik adalah elak daripada menghubunginya dan diamkan diri buat seketika. Sibukkan diri dengan kerja atau menolong keluarga untuk beberapa minggu. Jangan bimbang, anda tidak akan berasa kecewa. Apa yang penting, berikan ruang untuk perhubungan anda. Anda perlu selalu ceriakan diri tetapi sesekali, hubungi si dia cuma jangan berbual terlalu lama, memadai sekadar bertanya khabar.
  • Tindakan tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat apabila fikiran sudah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi semata-mata.
  • KiSah aKu & DiA

    No comments:
    Pabila mata bersua Debaran melanda
    Apa yang dirasa?
    Hati berdetikterasa pelik
    Mungkinkah berjumpa
    Di lain masa?
    Kian hari masa seperti berlari
    Pantas meninggalkan diri
    Termangu sendiri
    Manusia pentingkan diri sendiri
    Memerangkap aku tanpa peri
    Aku berjalan perlahan Segala perit ku tahan
    Kegembiraan yg ingin kutawan Mata itu kembali bertemu
    Hati mula keliru
    Kusimpan semua itu
    Untuk diriku dahulu
    Bergegup jantung dihati
    Apabila terlihat gambarnya
    Resah rasa dijiwa
    Bila terpandang wajahnya
    Menjerit rasa dihati
    Rasa ingin mendekati
    Bergelora rasa di kalbu
    Apabila dekat denganmu
    Rasa ingin menyentuhi
    Dan disentuhi
    Mengubat hati rindu
    Pabila resah kian memalu
    Setia ku menunggu...
    P/S (",)

    Wednesday, October 28, 2009

    AlaHai Dr B...

    1 comment:
    Semalam aku teman Dr B g Amcorp Mall. Hehehe ada la aku buat kat sana kan. Aku teman dia beli barang dan dia teman aku pergi barang. Dah settle membeli belah barang yang diinginkan, kami pergi makan. Mana kami makan, makan kat SECRET RECEIPE. Katanya mahu celebrate birthday aku in advance. Masa tengah makan tu... Dr B keluarkan kotak ni dari dalam beg dia. Aku tergamam tanpa kata. Dan Dr B berkata "Ini untuk kamu. Pakai dan simpan elok" Aku hanya mampu senyum. Nak menangis pun ada sebenarnya. Sungguh aku terharu sangat2.
    Ini la isi kandungan dalam kotak itu. Satu2nya benda yang aku idamkan dan aku mahukan sebenarnya. Ya Allah aku betul2 tak sangka. P/S U mean a lot in my life Dr B...

    Saturday, October 24, 2009

    SouLmaTe

    No comments:
    The morning sun that shine so bright Bringing joy and bringing delight It reminds I’m still alive to see you tonight And I’m always glad you’re still here by my side The morning breeze can hear my wish The afternoon wind can hear my prayer That you’re the one that I dearly miss From now until forever The evening sky are filled with stars The moon ray decorates the horizon of late You’re the one I love from afar The one I love..my hearty soulmate P/S Soulmate ku... (",)

    Thursday, October 22, 2009

    CloUdY WitH A ChanCe Of MeaTbAlLs

    No comments:
    Memandangkan emosi aku ni belum lagi stabil, walaupun luarannya aku seakan happy dan bahagia, aku cuba mencari kepuasan aku sendiri. Dimana aku berjinak2 menonton wayang walau sebenarnya aku bukan suka sangat tengok wayang. Aku cuba pupuk minat tengok wayang pulak. Mesti tak caya kan, aku sebenarnya bukan kaki wayang. Tapi itu la hakikatnya. Bercadang untuk tengok cerita lain, tapi cerita tu belum keluar, jadinya aku pilih untuk tengok cerita kartun hehehe.
    Sebelum masuk, perkara wajib yang perlu dibuat. Snap, snap and snap...
    Dalam panggung sebelum cerita bermula (",) Dan Ceritanya adalah "CloUdY WitH A ChanCe Of MeaTbAlLs"
    And the synopsis In 2009, Columbia Pictures' and Sony Pictures Animation's "Cloudy with a Chance of Meatballs" will be the most delicious event since macaroni met cheese. Inspired by the beloved children's book, the film focuses on a town where food falls from the sky like rain. Bill Hader will voice Flint Lockwood, a young inventor who dreams of creating something that will improve everyone's life. Anna Faris takes on the role of Sam Sparks, a weathergirl covering the phenomenon who hides her intelligence behind a perky exterior. James Caan plays Tim Lockwood, Flint's technophobic father. Andy Samberg plays Brent, the town bully who has plagued Flint since childhood. Bruce Campbell plays Mayor Shelbourne, who figures out that Flint's invention can put the town, and more importantly himself, on the map. Mr. T plays the by-the-rules town cop Earl Devereaux, and Tracy Morgan takes on the role of Earl's rule-breaking son, Cal. The timeless tale has been adapted from Ron and Judi Barrett's book, which illustrates a world where giant pancakes and pasta fall from the sky as a scientist tries to solve world hunger. However, things go terribly wrong when excess amounts of food overload cities and towns. Cerita abis dalm pukul 12.15am. Masih awal lagi, dan aku dan mereka memilih untuk pergi makan. Sebelum itu sempat gak snap2... Tengok je la reakasi2 aku dan mereka (",)
    Reaksi selepas keluar dari panggung (",) Tiba2 nampak benda ni, aku ngan baby jadi budak2 kejap, cute kan (",) Tak sah kan kalau tak amik pic tiket (",) Hehehe aku suka saat ini (",) Jai, Aku, Yart, Baby and Ej. P/S Terima kasih kerana masih setia di sisi (",)
    Related Posts with Thumbnails