♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, February 29, 2012

Big Portion from Uncle William

No comments:
السلام عليکم
Holla people,

Sambil melayan lagu2 Adele Live At The Royal Abert Hall 2011, tiba2 I terbayang makanan yang I makan semalam. Adakah I lapar waktu ini? Jawapannya, tidak lapar. Masih kenyang meratah ikan dan sayur goreng petang tadi. Burp... Alhamdulillah. 

Semalam, selepas waktu kerja, my best buddy ajak makan "burger yang dimasak". Pelikkan ayat tu? Membebel dalam hati, apa pulak burger yang dimasak ni. Semua burger pun memang dimasak apa sebelum makan. Ye, itu yang dia cakap. Tak caya, berikut adalah ayat2 yang dia cakap. I recall balik..

You: Wak, jom kuar makan. Saya teringin nak makan burger yang dimasak.
I: Burger yang dimasak? Semua burger pun memang masakkan?
You: Alaaa saya nak burger yang dimasak tu.
I: Burger tepi jalan pun burger yang dimasakkan. 
You: Alaaaa jom la saya belanja.
I: Okey (keluar aje perkataan belanja, I terus okey. boleh? Hahah)

Memula sampai, macam sesat aje. Sampai salah2 lorong la. Endup jumpa juga kedai yang dicari. Kedai ni memang takde signboard. Yang ado papan hijau yang macam kat sekolah tu. Sekarang masih ada kan kat sekolah papan hijau tu? Ada yang panggil papan hitam erk. Boleh la asalkan papan yang boleh menulis.

Sesampai hujan renyai2. Ngeh! Port kat kaki lima kedai je. Ada bumbung, takde la nak lari2 bila kena hujan. Dah duduk order makan la kan. Tanya menu, takde menu, tapi sebut aje apa yang nak dimakan. Semua pun ada. Sudahnya I oder Cabonara Cheese Meatball, dan my buddy makan burger masak dia.

Sila terliur dengan gambar rajah diatas. Nyummy 


Air penyegar badan, Soda apa entah. Tapi sedap!

Nak cuba? Kalau nak makan kat sini, pastikan perut U olls benar2 kosong dan lapar, yang tinggal diisi makanan aje. Sebab, seperti tajuk diatas, portion yang disediakan memang besar. Satu plate boleh share dua orang. Nak tahu lokasinya, like page ini untuk tahu lokasi.

Selamat mencuba!

4 tahun sekali

No comments:
السلام عليکم
Oh! Tahun 2012, February ada 29hari. Bermakna, tarikh ini tarikh yang ditunggu2 bagi mereka yang nak menyambut hari lahir. Empat tahun sekali kan tarikh ini ada? Jadi mesti bombastic kalau celebrate kan kaann.


Selamat tiup lilin pada yang tipu lilin hari ini. Jumpa lagi angka ini selepas empat tahun dibulan February.

Bye!

Wordless Wednesday #31

No comments:
السلام عليکم

Tuesday, February 28, 2012

Triple-X: Saman Selesai

2 comments:
السلام عليکم
Cerita pasal camping belum habis lagi ke? Hok aloh ingat da settle kan. Belum la, kan we olls kena kompaun. Baca sini kalau nak tau story. Jadi, memasing pakat nak buat buat rayuan dari amount yang sepatutnya dibayar. Ye la kesilapan pertama kot, jadi patut sangatla membuat rayuan.

Setelah penat memerah otak (tahniah buat mereka yang menyumbang idea untuk membuat surat rayuan ini) akhirnya salah seorang wakil dari kami sanggup turun ke Port Dickson untuk menyerahkan sendiri surat rayuan tersebut. Terima kasih kerana sanggup berkorban. Jasamu dikenang.

Bersyukur tak terhingga, dari dikenakan kompaun RM250 (seperti tertera diatas kertas surat saman tersebut) jumlah itu dapat dikurangkan menjadi RM150.

 Sampul surat untuk MPPD

Wang pos

Disebabkan komitmen masing2, wang pos sahajalah cara terbaik untuk membayar kompaun tersebut. Terima kasih Pos Malaysia sebab menjadi orang tengah untuk membayar kompaun ni. Heheee

Jadinya, RM150 itu telah dibahagi kepada 17orang. Sebulat suara telah bersetuju untuk menyumbangkan seorang RM10. Extra RM20 akan diberikan kepada runner yang running ke sana. Sebagai duit minyak dan tol. 

Lain kali, tak buat lagi. Insyaallah :)

Separuh Siap

No comments:
السلام عليکم
Semalam I ada meluahkan rasa hati I. Klik sini kalau nak tahu apa yang I tulis.

Hari ni, I dapat berita tentang rumah itu. Mesti U olls ingat I nak move rumahkan? Bukan I la, tapi untuk anak2 kucing I. Tersenyum gatal bila I tengok. I tak sangka kata2 sesaja yang I borakkan pada Ayah, Ayah tunaikan. Again, I'm so touched. 

Pandangan hadapan tingkat atas dan bawah

Pandangan hadapan tingkat bawah

Pandangan sisi, ada pintu.

Selepas Ayah bertungkus lumus menyediakan taman kecilnya, klik cerita tentang taman Ayah, ini adalah hasil kerja kedua dari Ayah dibahagian belakang rumah kami. Ada sekangkang kera bahagian belakang ni, boleh la selit sikit2 yang patut2. Jadi, cage yang I dah aim/order tu, I kuburkan aje. Sebab 'banglo' yang ini lebih besar dari yang I dah aim.

Macam kata2 salah seorang adik angkat I...

"Sis buat sendiri la rumah anak tu murah dan berbaloi2". 

Thanks deq kata2 tu. Tapi I tak tiru U tau. Ini idea Ayah. Hehehe. Lepas dah siap, kelapan2 ekor kucing I akan berpindah disini. Makanya I kena sediakan kerusi malas untuk lepak kat belakang ni. Something brilliant in my mind. Kikiii. Terima kasih buat Ayah yang bersusah payah buat semua ni. Semuanya guna barang2 terpakai. I'm so touched Ayah. I LOVE YOU.

Congrats!

No comments:
السلام عليکم
Tahniah berjaya akhirnya!

Hah siapa pulak yang menang? Pertandingan apa?

Takde sesiapa pun yang bertanding, cuma I nak ucapkan tahniah pada salah seorang Bamz Angels yang telah lulus untuk mendapatkan sebijik kereta. Awesome!!! Tahniah tak sampai setahun pun join Bamz, dah dapat grab kereta. Satu perkembangan yang baik. I dulu pun dapat kereta selepas 3tahun bersama Bamz. Well, komitment sangat padat.


Thank's Google

No! No! Bukanla kenderaan yang I tepek tu menjadi pilihannya. Tidak pulak diberitahu jenis apa yang dia pilih. Kalaupun dia kasi tau, takde I nak kasi tahu jenis apa. Kepoh hal orang buat apa. Besar ke kecik ke asal mampu dan sanggup, bersyukur. Ya! I pun mengalami perkara yang sama sebelum grab Sexy Baby I tu. Dah tolak bahagi darab, sampai bila nak tunggu kan. Pejam mata je bayar bulan2. At least kalau I bergerak pun tidak la terkejar2 nak cari public transport. Bila dah ada kenderaan sendiri, lupa pulak macam mana nak naik public transport. Aiyo!!! 

Sekarang ni masih menunggu rezeki untuk medapatkan sebuah rumah. Tang ini, memang berat sikit, dan amik masa sikit. Walau target dari tahun lepas, bawa ke tahun ni. Tak dapat tahun ni, bawa la ke tahun2 depan sampai dapat. Insyaallah, dengan lebih usaha I akan dapat.

Oke! Jom makan.

KAMU

3 comments:
السلام عليکم


Untuk KAMU,
Biar apa dugaan yang datang,
TABAHLAH,
Kerana ketabahan itu pernah kau berikan untukku,

Untuk KAMU,
Biar apa juga halangan,
CEKALLAH,
Kerana kecekalan itu pernah kau hulurkan padaku,

Mungkin aku tak mengerti dilema yang KAMU hadapi,
Namun hati ini, tangan ini,
Tidak pernah putus mendoakan KAMU,

Agar KAMU ceria seperti aku,
Agar KAMU ketawa seperti aku,
Agar KAMU gembira seperti aku,
Agar KAMU berjalan yakin seperti aku,

Aku pernah jatuh,
KAMU hulurkn tangan berikan semangat untukku,
Aku pernah tersungkur,
KAMU hulurkan tangan memelukku,
Aku pernah jatuh,
KAMU berikan kata2 azimatmu,

Ketahuilah KAMU,
Aku sangat sayang KAMU,
Aku sayang kotak berwarna ini,
Aku sayang teramat sayang...

Aku nantikan celoteh manjamu,
Aku nantikan muncung comelmu berkata2,
Aku nantikan KAMU...

Bersabarlah, seseungguhnya dugaan yang datang meningkatkan KAMU ke satu level yang lebih tinggi dari orang lain. Kamu disayangi, oleh itu KAMU dipilih. KAMU dilindungi, kerana itu KAMU terpilih. Aku sentiasa disisi... LOVE



Terlalu Mencintaimu

No comments:
السلام عليکم
Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini
Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang
Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini
Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang




Pepagi² melayan lagu ni. Cari mood kerja. 

Sudah pi kerja! 

Monday, February 27, 2012

Tenaga diperlukan!!!!

No comments:
السلام عليکم

Thank's Google

Dari satu page ke satu page I jump. Mencari info. Otak penat apa yang I search entah apa². Mungkin da sampai masa nak tidur kot. Jom tidur. Esok kerja.

Nunite semuaaaaaaaa ;)

Berpindah.. Erk..

No comments:
السلام عليکم


Holla!

Fuhhh dua tiga hari ni, amat sibuk melayan diri sendiri, sehinggakan tak sempat nak menjengah atau menulis di ruangan belog I ni. Rindu tulisan I? Oh I'm so touched. That's way I love my silence readers so much. Wink!

Pagi² I dapat test dari my brother..

"Kat mana?"

Apa da dok tanya lokasi I, dah tentu²nya I kat tempat kerja. Lagi mahu tanya.

"Tempat kerja da mana lagi"

I jawap sejujurnya. Tetiba je text I pepagi ni mesti nak minta budget. Dah biasa dengan semua tu.

"Nak minta sikit, beli barang"

Faham² ajela kalau dia dah "minta" tu.

"Barang? Untuk apa?"

Soal jawap tu biasa la kan. Sebelum dapat imbuhannya. I memang begitu, sebelum nak beri kena tanya banyak.

My brother pun explain untuk apa dan apa. After dengar explanation tu, I rasa sayu sangat. Sobb sobb sobb. Tiba² rasa sebak dihati. Kenapa tiba², kenapa tak berbincang, kenapa sendiri². Waaaaa

Oke la U olls. Nak diluahkan terasa pahit sangat. Tahun ni, tahun diduga fizikal dan mental. Harap I dapat harungi dengan tenang.


Thank's Google

Jumpa lagi tataaa

Lunch Date

No comments:
السلام عليکم
Holla!

Bersiaran secara langsung di Putrajaya. Cewah.

Disini kerana dijemput oleh tuan rumah. Lunch treat dari tuan rumah. Mekasih, murah rezeki hendaknya. Menu utama kari kepala ikan. Ada juga menu lain, tapi I lebih tertarik dengan kari itu. Sungguh menyelerakan. Oh nyummy. Walaupun I tak makan ikan yang dimasak bersama kari itu, I tetap makan.

Thank's Google

Kelewatan sampai ke rumah tuan rumah. Maaf, tidak disengajakan. Kalau lapar, makan dulu, jangan tunggu I. Dah datang rumah orang, takkan la I nak lenggang² kangkong. Jadi, I decide bawa ayam golek, untuk tuan rumah. Makan sama² rebut², pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat. Hah! Bestkan makan berebut.

Sorry la eh, takde gambar plak. Kari ikan tu menarik perhatian, sampai lupa nak snap. Kikiii

Lepas makan, cuaca pun suam². Apalagi bestkan tidur. Pun tidur la dengan diiringi hujan yang menyejukkan badan yang sudah full. Tak baik untuk badan, bila da makan tidur. Tapi itu la yang berlaku. Tak dapat nak elak. Puffff zzzz

I terjaga dari lena bila I dengar suara GF menyanyi riang. Adele! Oh, mereka sedang tengok Grammy Awards yang entah berapa kali ulang tu. Adele I love you :D.

Masing² pakat nak layan astro first pulak. Kira punya kira, Sumpahan Kum Kum jadi pilihan. Nah! Lawan jerit ko. Lagi² I yang bersuara nyaring ni. Aduh! Yang terkaber² cun tu jangan cakap la kan. Kaber ngan bantal la kan. Hehe. Sama² takut oke. I pun takut gak :p

Bersurai bila sudah sampai waktu. Sekali lagi terima kasih tuan rumah. Lain kali ajak mai lagi, murah rejeki tau.

Oke mata sudah mengantuk tidoq dulu naaaa. Sok kerjaaaaa

Bye! Emuuuah

Sunday, February 26, 2012

Lunch Date! Yeay

No comments:
السلام عليکم
Today is Sunday! Hureyy

Seronokkan cuti, ya saaaaangaaaat asyik. I pun asyik bangat bila dapat tidur lelama, sampai bangun bila matahari dah terpacak. Aiyak, plan nak jogging, bertukar jogging diatas tilam. Puffff daddy!

Phone I dari tadi dok ping ping pong. Mesti ada aktiviti riadah hari ini. Dah bangun pun nak tengahari, riadahnya mesti la membawa ke petang dan seterusnya malam. Hureey!

Oke la mahu mandi duluk. Nanti lambat kena trettt trettt trettt.


Thank's Google

Selamat berhujung minggu.

Saturday, February 25, 2012

Berjuang!

No comments:
السلام عليکم
Holla,

Selesai makan dirumah Mak (mak angkat), I tak tunggu lama untuk berjuang dengan satu misi. Sanak sedara yang sedang berkumpul dek kerana terjadinya insiden yang tak diingini, I tak hiraukan. Bagi I misi ini sangat penting. Untuk membuktikan sesuatu. YES! YAKIN DIRI.

Kata orang alang² menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan. Alang² susah, biar lama² jadi senang. Begitu juga dengan misi yang I nak buat ni. Berbekalkan doa dan harapan yang tinggi menggunung, moga² Allah mempekenankan permintaan hambanya yang kerdil ni. Tidak mahu dikatakan hanya pandai bercakap, kali ni, I akan buktikan yang I mampu berjaya. YES! PASTI BOLEH.

Siapa tidak mahu berjayakan, semua pun mahu. Siapa pula yang tak mahu mengubah kehidupankan, semua pun nak. Tak terkecuali diri I ini.

Dengan lafaz Bismillah, I menjejakkan kaki ke kaunter pendaftaran. Apa jadi seterusnya? Nantikan cerita seterusnya. Weeee


Thank's Google

Jangan sibuk la tengah berbincang ni. Bye!

Kenapa Perhubungan Boleh Putus?

No comments:
السلام عليکم

Kenapa Perhubungan Boleh Putus?? Kerana kadang2 kita sama-sama berpikir...

"Ah... mungkin dia tengah sibuk..."

Akhirnya tak jadi telefon. Terkadang, kita berpikir takut mengganggu. Lama-kelamaan, jadi lupa. Akhirnya muncul pemikiran...

Kenapa aku je yang kena call dia?

Kalau sudah begini, cinta kasih dalam persahabatan sudah berkurang. Akhirnya tidak ada lagi hubungan, semuanya jadi lupa. Komunikasi sangatlah penting dalam hubungan dengan teman,pasangan,keluarga, mahupun TUHAN..

Biar kita selalu dekat dengan semua.

Tegur aku jika aku mulai sombong.. Tegur aku jika aku mulai angkuh..
Tegur aku jika aku mulai salah..

Kerana aku masih sangat perlukan teman seperti kamu Hari ini, esok dan selamanya.

Hargailah sahabat anda selagi dia masih ada. Mungkin dia pernah berjasa pada anda. Tapi jangan kerana kesilapan yang beliau lakukan, anda sisih sahabat anda. Maaf memaafi antara 1 sama lain. Selagi ada masa.

Jika tiada jodoh, kita redha

Mesej dari khidmat masyarakat.

Bye!

Hapuskan dendam, Bersihkan hati

No comments:
السلام عليکم


Thank's Google

Terima kasih.

Selamat Malam

Friday, February 24, 2012

Cinta Terlarang

No comments:
السلام عليکم

Holla,

Back to my love story. Today I nak share story cinta lagi. Seronokkan dengar cerita cinta orang lain. Hahahaaa

Cerita kali ni cerita cinta I yang menyedihkan. Tajuk pun dah sedih. I mula terasa nak merembes air mata dalam hati ni mengenangkan cinta yang terlarang ni.


Thank's Google

Mengapa cinta ini terlarang, saat ku yakini kau lah milikku <---- kasi intro

I mula kenali si dia disebuah majlis keramaian. I mula menjeling2 jauh dan si dia turut menjeling dari jauh. Tak keruan dibuatnya saat mata bertentang mata. Saat itu, I mula menyibukkan diri dengan keadaan, kerana tidak mahu melihatkan perasaan yang mula menyerang. Nampak juga si dia pun tak keruan mundar mandir. Dari khabar yang I dengari, si dia telah pun berpunya.  Robek hati bila mengetahuinya, tapi disembunyikan tanpa pengetahuan sesiapa.

Perasaan itu kian menebal, namun ku tahan jebat <--- saja kasi selingan tak terlalu sedih. Entah macam mana, telephone I berbunyi...

Dia: Hai..
Me: Hai? Siapa?
Dia: Dia (nama dirahsiakan atas sebab menjaga hubungan orang)
Me: GLUP
Dia: Jom, I belanja makan.
Me: Okey.

Pertemuan pertama empat mata di sebuah restoran di Shah Alam. Saat tu, gugup tak terkata. Entah kenapa, I yang bermulut becok tiba2 jadi kelu dan kaku. Mungkin belum kenal lagi kot. Jadi warm-up dulu. Beberapa jam berbual, tiba waktu untuk pulang. Rasa sangat malas untuk melepaskan saat2 yang dirasakan manis. Lagi manis dari gula tau. Ayat kena gempak, baru feel hehe. Teruskan bacaan yerp. Yang geli geleman, boleh tinggalkan blog ini. Mekasih :D

Sejak dari pertemuan itu, bermula la bunga2 cinta dari FB, berchat, berYM dan bertemu. Eh macam lagu Be Mine pulak. Klik sini kalau nak dengar lagu tersebut. Diam tak diam, perkenalan yang singkat membuahkan rasa rindu, rasa sayang dan rasa cinta. Bulan ke bulan tahun ke tahun, makin kuat rasa rindu. Ajaibnya cinta pandang pertama ni kan. Sehari tak berhubung antara satu sama lain, tak lengkap kehidupan. Sehari tak berceloteh cerita sesama sendiri, macam tak tahu perkembangan. Sehari tak bertanyakan makan minum, macam tak makan sehari. Begitulah ajaibnya cinta pandang pertama <--- saja nak kasi repeat banyak kali.

Sepanjang perkenalan, kami jarang bertemu. Lebih kepada berbual dia FB (chatting), sms dan juga call. Istimewanya dia dimata I, dia tidak mewah, tapi berhati ikhlas. Dia yang berjaya mencuri hati I. Dia yang berjaya mencuit hati I dengan lawak bodohnya. Yang berjaya membuat I tertawa, takkala kesedihan. Dia yang berada disisi I saat I memerlukan. Dia yang sentiasa memberi semangat diatas kekecewaan I. Dia yang menghulurkan tangan saat I jatuh terduduk. Sehingga kini, tangan itu masih terbuka untuk I. I tahu...

Tapi I, I berada dalam situasi yang complicted. I tak tahu nak buat apa. Mengakui I menyukai dia, membuatkan I melukakan hati orang lain. Hati siapa yang I lukakan?! Hati mereka yang tak mahu menerima kenyataan. Yang tak mahu melihat I bahagia dengan apa yang I buat. Akhirnya, I biarkan sahaja rasa ini, dan membuatkan I menjauhkan diri dengannya. Maafkan I...

Okey I pergi cuci muka.. Aduh sedih

Tatta

Thursday, February 23, 2012

I dream THIS!!!!

No comments:
السلام عليکم



I dah ada CD (Compact Disk) Adele ni, tapi I nak live at The Royal Albert Hall jugak. I bukan pengumpul cd yang tegar, tapi I nak jugak!!!

Tak kira. Harap ada lagi beratur di pasaran. Ke hot selling dan I kempunan? Oh tidak!!!!

TERBAIK!!! Itu kamu...

No comments:
السلام عليکم

Thank's Google

TERBAIK dan itu  KAMU, KAMU, KAMU, KAMU, KAMU, dan KAMU


Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puas ku, mengiringi semua tawa dan tangisan mu,
Anggun wajahmu, pelita yg terang
_kamu.html 
Hatiku mahu mu
Rupa mu
Masih masih masih masih...

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu

Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya...

Itu Kamu

I lebih suka U fahamkan kata2 I di sudut yang positive

No comments:
السلام عليکم
Selamat petang semua.

Tercari2 cerita I tak? Maaf la pada yang tercari2, I tak sempat nak buat auto-publish. Kekeriangan idea pun iye. Kesuntukan masa pun iye. Kepenatan pun iye jugak, penat dari bercamping tak sudah lagi. Iye, sengal2 badan makin terasa. Sakit2 badan I ni.


Thank's Google

Nah! Tiba2 la I bercakap pasal positive. Sebab I merasa perkara negative telah berlaku disebabkan oleh perkara2 yang buat I berfikiran negative. Faham dok ayat ni? Faham? Bagus! Oi negative pi jauh2. Kerana itu la I dok tepek quote kat atas. I harap, I dikelilingi orleh mereka2 yang positive. Tapi somehow I rasa masih ada yang negative. Open up your mind please, and I said to myself too.

Oke nak mandi bau achem r.. Sat lagi sambung celoteh! Bye


Ping Ping none stop n out

No comments:
السلام عليکم
Sedari awal pagi fone I dok ping ping pong . Berbunyi sakan sampai bos I cakap..

"Tak apa, you buat kerja you, I buat kerja I"

Alamak! Boss in the mood okey la pulak. Thank's Boss.


Thank's Google

Wednesday, February 22, 2012

Triple X Story :: Diperhati!!!

1 comment:
السلام عليکم

Chak!

Kesinambungan kisah ini dan kisah ini. Picit kalau mahu tau kisah apa.

Ini adalah kejadian yang berlaku, sewaktu group pertama, kedua dan ketiga nak menyiapkan makanan. Tanpa sedar, the group telah dicop sebagai vandalism. Kenapa?

Dibahagian Pantai Port Dickson, bukan semua tempat dibolehkan untuk aktiviti bakar membakar. Tu pun I baru tahu setelah, I and the group dilayangkan surat ini.


Untuk pertama kalinya I datang Port Dickson, I dapat surat ini. Sedih, memang sedih. Keseronokan yang diharapkan terus jadi kekesalan yang tidak dapat dihuraikan. Walaupun tanpa sedar, terlepas pandang, dan dengan kata lain, tidak tahu. Tidak ada kemaafan yang diharapkan melainkan, kedua2 pegawai MPPD memberi sekeping surat ini. Perhatikan amount yang patut dibayar. Hmmm kenapa?


Kerana aktiviti diatas, I and the gang telah disaman oleh MPPD. Sesungguhnya, I and the gang tidak tahu bahawasanya, kawasan perkhemahan we olls tu tidak boleh melakukan sebarang aktiviti pembakaran. Seperti yang we olls kena, we olls meletakkan arang dan membuat pembakaran diatas pasir pantai. ITU TIDAK BOLEH. Mahu berdalih bagai, tidak ada kemaafan kerana we olls diperhati. Bukan tiada tempat pembakar, tapi, tempat pembakar ada bersama I, group yang keempat. Ada sedikit rasa ralat, dimana sepatutnya tempat pembakar itu dibawa bersama group kedua. Benda nak jadi, jadikan pengajaran sahaja. 


Iye, diperhati tanpa sedar okey. Jadi, segala aktiviti yang berlaku, terang2 la Pegawai MPPD boleh nampak dan tahu. Ouch! Malukan. Kalau nak diikutkan, ada satu lagi saman nak dikeluarkan oleh dua Pegawai MPPD yang melakukan rondaan jam 3pagi. Mengapa?



We olls sekali lagi dilabelkan sebagai vandalism. Kerana menggunakan batu2 pejalan kaki sebagai pelapik bekas pembakar we olls. Ouch! Kenapa Pegawai MPPD nak cari pasal dengan we olls ni. Hari sebelumnya kan dah kena, takkan nak kena lagi. Berkat dari kelantangan dan keberanian "Penyelia Terjun" we olls, kata sepakat sudah diambil, dengan sepantas kilatnya we olls menyusun batu2 yang dikatakan. Walau hakikatnya, batu2 itu  terdahulunya berada ditempat lain. Atas dasar malas nak banyak bunyi, we olls susun la. Terima kasih atas kerjasama. Kalau tidak, we olls kena bayar RM500. Double dari sebelumnya.

Apapun pada yang nak berkhemah dan berkelah. Berhati2 la.

Bye

Triple-X Camping :: X'treme, X'citement, X'perience Part Two

No comments:
السلام عليکم
Holla, M back

Sudah baca yang pertama? Kalau belum baca, sila picit yang ini. Adat bercamping la kan. Mesti ada yang berjaga waktu malam, menjaga barang2. Plan pada mulanya nak berjoging sekitar pantai, dan melakukan senaman poco2. Tetapi, disebabkan kehadiran hujan yang tidak dijangkan, dan tidak tersedianya plan B, semuanya punah.

I tidur pun cuma 3jam. Tak biasa tidur dalam khemah kot. Tu yang dok terjaga2. Bangun2 dah pukul 7.45pagi. I dok kejutkan mereka2 yang sedang lena tidur, tapi tiada sahutan, makanya belum bangun la kan. Atau mungkin diorang da bangun dan dah bersiap mandi. I pun tak perasan keadaan itu. Jadi, I tak tunggu lama, I plan nak tumpang masak nasi kat rumah kakak ipar kawan I. Terus focus pada tugasan I.

Selesai je I masak nasi, I drive back to the beach. Terperanjat I tengok dengan keadaan yang ada. Apa boleh I cakap? Itu bukan dalam plan. Kalaupun, I lari sekejap semata2 nak masak nasi for lunch, dan masing2 dengan aktiviti sendiri, itu patut la. Takkan la nak tunggu I kan. Tapi, kalau masing2 dah bersiap seperti mau pulang? Apa I nak komen. Itu bukan dalam plan pulang berasingan. Zipp mulut.


Bila dah zip mulut, all the chef yang ditugaskan untuk masak lunch, kena la masak. Alhamdulillah, sedap hehe


Owh! Menariknya... Lapar la pulak. Terliur kan.... Me toooo haha. Selesai makan, group yang pertama dan ketiga mahu pulang. Jadi tinggal la group yang kedua dan keempat. 


Mana I? Sekali lagi bertindak sebagai photographer.

Selesai mengemas, menghangkut, singgah ke rumah kawan I untuk bershower. Melekit badan I seharian tak mandi. Untungla pada yang mandi banyak2 kali. Pufff.

Dah kesana kemari, perut pun lapar. Terus ke Teluk Kemang, cari laksa. Dah lapar sangat, gambar pun lupa snap. Masa tu my Nikey tak bersama dengan I. Dipegang oleh orang lain. Dah penat semuanya pun lupa. 


SDF and the gang. Insyaallah akan repeat lagi aktiviti seperti ini.

Bersurai..

Baby Kitten

No comments:
السلام عليکم


Bertambah lagi kitten, dan bertambah la kegembiraan I. Bila bertambah kegembiraan, makin bertambah la kemesraan. Alhamdulillah bersyukur pada yang Esa, diberikan satu nikmat kegembiraan yang tak terhingga. Jatuh cinta dengan kucing, binatang kesayangan Rasulullah SAW. Ya, sekarang sudah ada 8 ekor kucing, yang kesemuanya gegurl (betina).

Balik kerja, penat2 bila melayan karenah mereka2, hilang rasa penat. Pengubat duka gitu. Insyaallah akan menjaga mereka selagi termampu. Hehhe

Bye!

Taman Kecil Ayah

No comments:
السلام عليکم

Cantik tak?

Buat sendiri tau. Itu kebolehan yang Ayah ada. Dalam tak ada kerja, dia cari kerja untuk buat taman kecil ini. Bersungguh2 Ayah menjaganya. Ada ikan tak dalam kolam tu? Ada, masih kecil. Bila ikan tu dah besar, I akan update.

Bangga bila melihat hasil kerja Ayah. Secara tak langsung, I tau macam mana kerja Ayah.

Okey, itu sahaja nak cerita. Apa pula hobi Mama?

Triple-X Camping :: X'treme, X'citement, X'perience Part One

2 comments:
السلام عليکم
Holla..!

Entry yang lepas, I dah siap2 buat auto-publish untuk my belog ni. Entry2 itu adalah intro untuk aktiviti camping ni la. Rujuk entry Toing dan In the mood of ;). Hah! Ya, I plan weekend activity dengan my lovely SDF dan kengkawan. Awesome! Alhamdulillah menjadi, walau here and there macam ada yang takde kerjasama. Well, human kan ada masa memang tak amik port walau sebenarnya, port yang dia tak amik tu kena amik juga. Faham ke? I assume U olls faham. Hehehe.

Group pertama sampai seawal 5petang. Group kedua, sampai dalam pukul 7petang. Group ketiga pula, dalam pukul 8malam. Group yang terakhir adalah group I, sampai dalam pukul 11malam. Biasa la, masing2 ada kerja, dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebelum bercuti pendek. Jadinya, plan berkonvoi tu, tak dapat nak diteruskan. Apapun, terima kasih atas kerjasama masing2.


Taraaaaaaaaa khemah2 we olls, ada yang besar, ada kecil. Tak kesah la besar atau kecil, janji ada tempat untuk berteduh. Ada 5buah semuanya. 


Yeah! My lovely SDF in the beach. Hahha. Masing2 ada tugas masing2. Ngeh2.


Our food, prepared by the team. Semua pun tolong bakar kot. Ada ke yang tak tolong bakar? Ngeh2..



FWB and the gang. First time bergabung untuk short vacation ni. Giler sengal masing2. Awesome. Time ni, masing2 sedang bersiap sedia untuk game. Mana I? I ditugaskan untuk menangkap gambar masing2. Tukar profession jadi photographer. 

Tengah seronok2, angin mai dengan kuatnya. Masing2 kelam kabut pegang khemah masing2. Ada yang membantu, ada juga yang tak membantu. Macam mana tu? Kesal I melihatnya. Haishhh nak kata apa, time2 macam ni la kita kenal mana lawan, mana kawan. 

Sengaja kasi besar gambar, takde la susah2 U olls nak tengok kan2 :D

Setakat ini dulu. Nantikan entry seterusnya. Bye!

Wordless Wednesday #30

1 comment:
السلام عليکم

Tuesday, February 21, 2012

Si kuku Merah!

1 comment:
السلام عليکم
Selamat hari Selasa..

Haish la, I ni tengah meragam menahan marah. Marahkan diri yang telepas pandang. Jom ilangkan stress..

 

Merah sudah kuku I... 

Monday, February 20, 2012

Tunggu Dulu

No comments:
السلام عليکم


Thanks Google

Nantikan entry seterusnya. Bye!

Bila I perlukan U..

No comments:
السلام عليکم

Selamat hari Isnin semuaaaaa...

Kalau hari Isnin mesti malaskan? Selalu sangat malas dan Isnin tu bersatu. Haishhh. Aiiip tak baik malas2. Cari la rezeki dengan penuh semangat. Macam I, walau sakit2 badan, I gagahkan juga untuk datang kerja. Well, begini la cara mencari rezeki...

Disebabkan akitivi lasak semalam, segala urat dan otot2 mula mengejang. Dah berkurun tak buat aktiviti sekali ko. Nah! Cerita tentang aktiviti itu akan I buat kemudian, kerana memerlukan idea yang lebih untuk mengarang. Cewaaaah


Disebabkan itu juga, I tak teragak2 nak bermesra dengan pain plaster ni. Sekali dah letak.. Fuhh sejukkkk. Kalau dah tepek benda ni, tak payah nak cari pain killer dah. Insyaallah akan lega segala sengal2 tu. Boleh didapati di farmasi berdekatan ye.

Oke! I ada kerja nak buat. C ya!

Sunday, February 19, 2012

In the mood of ;)

No comments:
السلام عليکم

Friday, February 17, 2012

Toing!

No comments:
السلام عليکم

Alang2 dah prepare barang tok kerja, I prepare juga hal personal, dan I juga prepare bab aktiviti untuk hujung minggu. Awesome! Tak sabar la wei!

Oh sibuk lagi hari ini. Baru bulan February dah sibuk. Dah lama tak handle aktiviti. Last handle pun mmm mmm mmm bertahun2 yang lepas. La ni, I macam lupa je nak prepare apa dan apa.

Jumpa lagi..

INSOMIA :: I HATE YOU ::

No comments:
السلام عليکم
Thank's Google
Insomnia is trouble falling asleep or staying asleep through the night.

Selamat hari Jumaat U olls. So color full  today eh.. Macam I juga, warna terang I pakai hari ni.

Awatnya I tepek gambar diatas tu. Hah! Tu la masalah I sekarang ni. Susah na nak tidur. Kalau tertidur pun, 2jam terbangun dan lelap dan terbangun dan terlelap. Eh apa kes!!!

Geram juga kalau bila otak da penat, badan dah letih bila nak tidur, tak boleh nak tidur! Ayooooo. Nak kat I berubah cara pemakanan tidak la pulak. Nak kata I stop taking all my vitamins pun tidak. Jadi apa la puncanya? Ada masalah? I rasa tak ada masalah, semua pun okay dan masih dalam kawalan. Amin.

Kurang exercise mungkin. Kena workout lebih kot! Baik laaa

Bye!


Thursday, February 16, 2012

Tak keruan

No comments:
السلام عليکم

Kadangkala
Susah nak ungkapkan apa yang terpendam
Kadangkala
Susah untuk meluahkan apa yang terbuku
Kadangkala
Sukar menyatakan kenyataan
Kadangkala
Berat untuk menerima hakikat

Bumi ini berputar
Seperti akal yang ligat berfungsi
Laut terus bergelora
Seperti nafas yang dihela panjang
Jiwa ini sayu
Seperti malam yang tidak berbintang

Kekiri aku resah
Kekanan aku rebah
Kekiri aku salah
Kekanan aku hilang arah

Mengapa semua ini?
Mengapa semua ini?

Apa lagi tidur la! Selamat malam... T_T

Pelangi Cinta

No comments:
السلام عليکم
Cak!

Back to my messy blog. Kekekkeeeee

Now tengah rest. Sambil rest, I boleh la menonton cerita yang I ter-mist. Sesambil I siapkan document yang perlu I summit ke accountant, sambil tu juga la melayan nescafe. Wah! Hebat sesambil2 betul.

Selepas tamatnya cerita Gemersik Kalbu, I mesti pastikan diri I ni, ter-update dengan Pelangi Kasih. Wah! Bukan sebab Johan Ashaari, tetapi sebab Beto Kusyairy!!! Oh melt awwww awwww


Okey bye!

Too busy!!!!

No comments:
السلام عليکم

Thank's Google
Holla!

Dah mamam? Sudah kenyang la tu, alhamdulillah.

Today I super busy. Busy menyusun kotak2 medicine yang baru sampai. I juga busy blog walking. Dah lama tak jengah dan sayang2 blog2 yang I suka singgah. Yes! I adalah silent reader. Hehehe. Sambil2 menyusun ni, mata pun sambil2 berehat tengok blog orang. Sambil tu juga busy dengar mp3. Best kan! Semua boleh buat dalam satu mas. Okay la tu terapi yang bagus bukan? Ya! Terapi mengular namanya hehe.

Sesambil tu juga, I busy menjadualkan aktiviti hujung minggu I. Yes! Again it's a self treatment. Hureyyyy

Okay2. Jumpa lagi k. Pada yang rindu nak baca cerita I kena tunggu. Banyak auto-publish yang dah I sediakan.

Tatataaa muah2

Cinta Dewasa... Cinta Ter-lama..

No comments:
السلام عليکم

Kita berpisah bukan direncana, bukanlah kehendak kitaaaa <--- nyanyi okey. Kali ni, I nak cerita pulak tentang cinte terlama I. Ada soksek soksek yang kata "takde modal la tu nak buka pekung sendiri". Bukan bukak pekung, tetapi share cerita cinta I dengan sebenarnya. Bukan tokok tambah okey. Well, I tak berminat nak bermulut longkang ni.. Opsss


Selepas I kecewa dengan mamat pantai timur, I jatuh hati dengan jiran sekampung. Nah! Buka pintu rumah I, nampak la pintu belakang dia. Tak percaya? Percayalahhh, tak tahu macam mana leh tersangkut dengan dia ni. Ya, cinta itu buta. Yang pasti, segala2nya bermula dari satu panggilan telephone.

Boy: Nak minta tolong boleh.
Girl: Tolong apa?
Boy: Nak mc, patutnya balik UiTM hari ni, tapi terbangun lewat.
Girl: Tak boleh la, kena jumpa doctor.
Boy: Alaaaaaa boleh la (serious time ni, suara dia menggedik merayu)
Girl: Boleh, tapi kena jadi partner aku dulu (yes! I yang offer dia, nampak desperatekan main2 je la)
Boy: Boleh laaaaaa
Jadi, dapat la dia mc tu. Ya, I minta kat boss I untuk cousin I kononnya. Dan I lupa sebenarnya pasal partner tu, sampai la esoknya dia jumpa I dan bertanyakan tentang itu. Eh, dia serius ke? I rasa I main2 aje. I pun explain la keadaan tu, yang I hanya bergurau. Seminggu lepas itu, dia bertanya lagi dan katanya dia serious. Me? Cuba la apa salahnya.

Tahun pertama, tahun perkenalan walaupun berjiran. Dia pun study lagi kat Uitm Melaka. Sejak menjadi partner I, seminggu sekali atau 2minggu sekali dia akan balik KL. Dia kata dia rindu, walau hari2 dia pemegang setiap public phone semata2 nak kol I. Ya la, masa tu belum pakai telephone bimbit. Bila dah balik KL, jarang pulang berdating. Kalau keluar pun setakat makan dan balik. Belum pernah nak jejak taman bunga bersama2. Kedua2nya bukan kaki taman bunga. Sorry ya. Walupun sekentut je jarak rumah I dengan dia, bila balik je mesti bergayut kat telephone. Sampaikan pernah bil telephone mencecah 1K. Ingat lagi tak boy?

Tahun kedua, tahun cabaran. Masih dikategorikan sebagai remaja. Dan, masih macam2 la benda yang jadi. Membawa ke tahun ketiga, empat dan kelima. Sambunag putus, sambung putus dah jadi makanan. I mula give up dan bawa diri. Cerita sebenar yang berlaku hanya I dan boy je yang tahu. Kan boy? Tak perlu nak cerita kat orangkan? 

Kata2 Hikmat!!

No comments:
السلام عليکم
Biar tak cerdik tapi tak bodoh dalam buat keputusan..
Biar tak pandai tapi mahu belajar dari kesilapan lama..
Biar tak tahu tapi bijak dalam mengambil peluang..
Biar rendah diri tapi tak jahil dalam kehidupan..
Biarpun keras hati tapi tahu apa itu cinta..
Cinta hadir dengan sendiri tapi ia boleh pergi bila cinta itu tak dijaga dengan bersungguh..
Tiada makna erti cinta kalau tiada maksud keikhlasan dan sefahaman antara dua dunia...

Best tak? Best kan.. Hmmmm
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 15, 2012

Cinta Dewasa... Cinta Pantai Timur

2 comments:
السلام عليکم

Kisah cinta lagi? Takde entry lain. Ha! Bagi yang dok sumpah seranah tak sudah tu, takpe "Aku maafkan kamu". Ini tulisan I, jadi suka hati I nak menulis apa sahaja. Tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati. Kalau rasa tak berminat jangan teruskan bacaaan ye. I ada sebab kenapa I entry I penuh dengan kisah cinta. Bulan February kan dikatakan bulan cinta, so entry pun semuanya sebab cinta. Tapi bukan bermaksud I meraikan hari cinta tersebut <---- sendiri faham hari apa yang I maksudkan.

Thank's Google

Jatuh cinta dengan orang jauh. Nun jauh dari pantai timur. Mula2 hubungan yang tiada restu keluarga. Keluarga tak suka. Bukan tak suka apa, tapi kampung dia jauh. Susah katanya. Itu di awal perhubungan I dengan mamat pantai timur. Lama kelamaan I cuba yakinkan family, dan mereka merestui.

Berhubungan dengan seseorang yang tidak mempunyai kerja tetap amat memayahkan. I bukan complain, tapi agak sukar untuk jalani hidup apatah lagi ke peringkat seterusnya. Tapi, mamat ni bagus, berniaga sendiri. Burger, itu je la yang mampu. Alhamdulillah rezeki juga la kan.

Mungkin dah rezeki, mamat ni dapat kerja sebagai technician. Memang itu pun kemahiran dia. Jalani la kehidupan macam orang2 yang lain, berdating bersemes, bercalling2. Dengan mamat ni la I belajar bawa kereta tanpa lesen. Tetap sabar dengan I yang suka menjahanamkan kereta, walau dah dua kali I dok cium kereta dia dengan kereta dengan orang lain. Time tu musim ber-daddy mummy. Mamat ni panggil I daddy, dan dia panggil I mummy. Yes, we are planning to next step.

3tahun bersama, sudahnya punah. Bila masing2 sudah berubah hati.

I harap dia bahagia dengan pilihannya.

Daaaaaaaaaaaa

Wordless Wednesday #29

No comments:
السلام عليکم



Tuesday, February 14, 2012

NO V-day BUT is Shen B'day!

2 comments:
السلام عليکم
Holla! I'm back.. 

A friend is someone who understands your past, believe in your future, and accepts you just the way you are

Sekali lagi entry pasal bebeday Shen. Sebelum ni dah ada entry ni, (klik sini) the girl who celebrating her b'day on v-day. Tak takk no noooo I tak sambut v-day, but sambut b'day. Kekekeee. Disebabkan memasing lapar selepas melawat kawan di Sunway Medical Centre, we olls SDF and gang straight cari pakcik Kepci ni. And automatically blessing Shen for her b'day for second time. Are you happy girl? YES! You deserve to be happy. I love you.  

The girls who's brighten up my day

Bila dah berjumpa, habis riuh restoran pakcik Kepci ni dibuatnya. Bila toleh kiri kanan, macam kat oversea. Semuanya foreigner, we olls je local. Kikiii, merasa gak la suasana oversea ye dok. Nak sampai oversea dengan nyatanya, nanti! I akan sampai. Insyaallah suatu hari nanti kalau panjang umur.  

Sok sek sok sek sok sek.... Ting! Masa dah tamat. Bersurai, esok kerja lorh.
Related Posts with Thumbnails