♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, August 31, 2010

Bersama Komuter ke Seremban ~ Dugaan betol!

No comments:
السلام عليکم
Setelah hampir 10 tahun Yy tinggalkan sekolah, sedari usia 19tahun dan sekarang usia Yy sudah menjangkau tettt [korang kira la sendiri], Yy macam perak [sebut betul2] je bila naik komuter. Penuh kesungguhan Yy nak pi makan laksa nun jauh kat Seremban. Sanggup meredahi hujan yang lebat tau. Semangat bila nak naik komuter. Bukan apa, saja biarkan Baby Yy tu berehat. Sian dia, penat berjalan. Kan Baby kan. Hehhe

Mesin Tiket Komuter

Tetiba jadi kalut, bila tengok mesin tiket komuter sudah berubah. Lorh, kalut kejap. Tarik nafas lepas, tarik lepas. Gegegeeeerrrrrr sejuk, al-maklum la hujan lebat sangat. Setelah mengodek2 mesin tiket tersebut, tambang perjalanan sehala ke Seremban adalah serendah Rm6.50. Murah ke mahal tu? Bagi Yy okay je la. Tak mahal mana pun. Mahal eh..? Entahla, Yy bukan selalu naik public transport ni. Biasa jalan2 selalu dengan Baby je, ahaks. Lupa diri je bunyi kan.

Dalam perjalanan dari Petaling ke KL SentralYy terpaksa berdiri. Ye la time2 Public Holiday ni, mana2 public transport sure2 akan penuh. Lagi2 nak raya ni, orang2 yang dah dapat durian runtuh, bonus, gaji pakat pi shoping ramei2 time cuti. Cuma yang senasib macam Yy yang belum bergaji ni, memang la tak berpusu2. Heheh, jadi sepanjang dalam train tu, macam2 gelagat yang ada. Bau2an pun bercampur2. Wahaaa. Owh ya, Yy berada di Koc Wanita.

Koc Wanita.

Jadi pusing kiri dan kanan, semuanya wanita. Hehehee. Ada juga pengguna tegar yakni lelaki yang langsung tak endahkan koc ini. Malu sendiri la, bila kena halau. Pritttttt priittttttt bunyi wisel En. Polis soh kuar. Lalalala sian dia. Sapa soh degilkan.

Turun di KL Sentral untuk penukaran train ke Seremban. Wahhhh lain sungguh KL Sentral la ni. Masyaallah ramainya umat. Yy mula rimas, tapi buat tak tau je. Laksa punya pasal ku redah jua.

Yy pilih train yang datang untuk kali yang kedua. Train pertama Yy lepaskan, kerana tiada ruang kasih sayang untuk disumbatkan diri Yy yang gebu ni. Maklum aje la dah pukul 5.00petang, jadi semua pun nak balik cepat untuk berbuka. Yy tetap relaks, kerana sampai nanti makanan dah sedia ada. Ye tak.

Pun begitu, train yang kedua pun penuhYy terpaksa berdiri lagi sampai ke hentian Serdang. Baru Yy berpeluang duduk. Lama tak Yy berdiri. Hahah ada la dalam 20min kot. Dapat je duduk, Yy terus tutup muka dengan sweater dan zzzzzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzz.

Tau2 kena kejut, dah sampai. Nasib baik hentian Seremban merupakan stesen yang terakhir. Kalau kat tengah2, tak ke Yy terlajak sudah. Lagi gawat hakhakk. Diluar stesen komuter, Yarter sedia menunggu.

Mak Tiah We Olls dah sampai.

P/s Nyummy nyummy

TQ Boss ~ IKEA ~ SEREMBAN

No comments:
السلام عليکم
Alhamdulillah bersyukur sangat2 Yy kerja pagi je hari ni. TQ boss. Sayang bangat. Hakhak. Jom IKEA yeahh

~sob sob ~

Tak dapat nak pergi IKEA parking takde, dah la jalan jem pulak tu. ~ Potential break up song berkumandang ~ handphone Yy berbunyi da...

Ate : Woi makcik ko kat ne??
Yy : Aku kat IKEA, nak pusing2 tapi parking takde, dah la meredah jammed.
Ate : Woh, meh la mai Seremban Mak Tiah masak laksa.
Yy : Apa laksa???

~ perbincangan berlaku di antara Yy dan Ej~

Ate : Korang mai naik komuter, nanti malam aku hantar.
Yy : Wah comuter, super advance. Hahhahaa.

~ menyampuk ~

Ej : Okay aku pun dah lama tak naik komuter.

Sudahnya Yy tak dapat pergi Ikea. Waaaa. 

Seremban here i come hohoo

P/s Balik kampung oooo balik kampung

21st Day Ramadhan ~ Happy National Day Malaysia

No comments:
السلام عليکم

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

Alhamdulillah Malaysia sudah 53 tahun merdeka. Yy bertuah, berada di negara yang aman damai ni. Insyaallah aman damai itu masih milik kami rakyat Malaysia selamanya. 

Di kesempatan ini, Yy ingin mengucapkan, SELAMAT HARI MERDEKA kepada semua. Yy pasti ada yang masih tidur tu, yela dah tentu2 PUBLIC HOLIDAY, cuti kan. Yy juga yang kena kerja. Waaaaaa

P/s Shopping2 jom

Monday, August 30, 2010

20th Day Ramadhan ~ Masih segar di ingatan

No comments:
السلام عليکم
30 August,
Tarikh ini datang lagi, 
Tarikh kami kehilangannya,
4.30 petang,
Waktu ini datang lagi, 
Waktu yang mengubah keadaan kami sekeluarga,
Hujan rintik lagi,
Seperti menangisi saat kehilangannya,
Kisah itu datang lagi,
Kisah sedih kami sekeluarga,
Saat kesedihan mula menghilang,
Kisah itu makin terkenang2,
Saat jiwa mula tenang,
Makin terhiris rasa bersalah,
Atas kelalaian yang tak pernah terpadam,
Diri ini menangis lagi,
Saat ianya kembali datang,
Ya Allah,
Kekalkan kasih ku ini,
Terhadap Muhammad Zulhafis,
Untuk selamanya, 
Walau dia, adikku tiada lagi disisiku,
Nama itu tetap akan bersemadi diseluruh benakku,
Ku tahu, 
Syurga itu milik dia,
Ku tahu,
Dia bahagia disana,
Ku tahu,
Dia tenang di sisiMu,
Al-Fatihah


"Walaupun jauh kau tetap dihati, Muhammad Zulhafis, Gembira lah mu disana"

P/s Masih sayang

Perfume baru yea!

1 comment:
السلام عليکم
Yy suka bau wangi. Sangat suka dengan wangi2an. Apatah lagi haruman2 yang menyegarkan. Oleh itu Yy suka mengumpul minyak wangi @ perfume. Jadi, Yy dapat perfume dari kawan Yy yang jauh dimata tapi dekat dihati, jari dan telinga. Mekasih ya!

Eternity by Calvin Klein

Weeeeeee suka2. Mungkin Yy ni da hujung2 zaman la baru dapat haruman yang ini. Tak kesah la, janji Yy tambah koleksi. Lalalala. Again, Tanx.. I loikeeeee!

P/s Sotong Hitam..?

Bye Hilton.. Uhuk

No comments:
السلام عليکم
Ggggrrrrr sejuk lagi. Yy bersiap dari hotel terus ke tempat kerja. Mood pepagi ni swing2, dengan cara Yy dikejutkan bangun dari tidur, rasa macam lemas pulak. Hohoo maaf pada semua, mood memang tak berapa nak ada. Kerana, hari ni 30 August...

Pun begitu, Yy cuba untuk membahagiakan diri, dan buat kawan2 ketawa dengan lagak badut Yy. Malangnya, apa yang Yy rasa tidak dapat Yy sembunyikan lagi, bila ianya mula menguasai riak muka Yy

Sekali lagi Yy minta maaf

P/s Dik...

Sunday, August 29, 2010

19th Day Ramadhan ~ Alamanda Putrajaya ~ TAR

No comments:
السلام عليکم
Grrrrr sejuknya, sapa la yang kuatkan aircond bilik hotel ni. Oh ya, Yy masih di Hilton. Esok pagi baru check out. Plan tok hari ni, berjalan2 ke Putrajaya. Seperti biasa, kalau mai Putrajaya ni, sentiasa la sesat. Pusing, pusing dan pusing baru dapat sampai ke destinasi. Saja je jalan2 ke sini, nak ke KL tentunya sesak dengan orang2 yang dah mula nak shopping sakan. Yy..? Yy takde la nak shopping sangat. Fulus lom masuk lagi la. Ahaks.

~ round round round round Putrajaya yeah ~

Ada bazar, so sependapat memasing untuk berbuka disini sahaja. Pusing2 kat bazar tu, dan cari port untuk habiskan makanan itu.

Seraaaaang hehhee

Hahah sangat syok sampai Yy kena saman kerana kesalahan parking.

Tak sampai 30minit surat ni sampai. Mencik r...!

Pusing lagi..

Keronsang buat Mama upah Yy dapat pilihkan barang orang lain. Tengkiu

Zassss sambung ke Jalan Tunku Abdul Rahman [TAR] pulak..

Syukur yang teramat sangat keadaan di Jalan TAR tidak sesak sepeti Danau kota semalam. Fuhh, jalan2 cari bahan. Cuma Yy tolong bantu yang lain memilih barang. Penat sudah, makan sambil jalan pun sudah, minum apatah lagi, waktu tok balik. Singgah Chow kit makan Laksa dulu. Nyummy...

Sahur nak makan apa wei...? Lalalala tapau siap2 kat Kampung Baru, dan makan kat bilik hotel la. 

Mata penat mata penat, keletihan yang teramat sangat. Yy orang pertama yang rebahkn diri di atas tilam. Nunite korang, terimalah dengkuran ku yang kuat nanti. ZZZZzzzzzzzzzzz

P/s Seronok tak..?

Penuh sesak ~ Steamboat aje

No comments:
السلام عليکم
Macam N3 Yy sebelum ini, Yy dan kawan2 nak merendek ke Danau Kota. Ya ampun, dari bulatan Pahang dah jammed giler. Macam mana pulak keadaannya kalau dah sampai Danau Kota. Nekad untuk teruskan sahaja perjalanan. Lahlahlah, jammed bukan kerana ramai yang nak pergi Danau, tetapi ada pembaik pulih jalan sedang dilakukan. Lahlahlah kenapa waktu2 begini mau dibaiki. Malam sikit la bang. Hikhik

Tapi jangan tertipu, itu sudah terbukti, memang ramai umat ketika di Danau. Pusing dekat 3 kali belum lagi dapat parking. Cehhh... Dan akhirnya kawasan perumahan menjadi tempat parking Baby ku.

Fuh ramai bukan

Oleh kerana seperti tiada ruang kasih sayang, we olls sepakat untuk pergi makan. Pesta makanan je rasa. Asal nampak makan, we olls berhenti. Asal berhenti je we olls makan. Hikhik. Makan steamboat yang bersepah2 kat Danau tu. Nyummy. Selesai makan, pergi Pandan Indah pula untuk bersahur.

P/s Ggggrrrr sejuk

Saturday, August 28, 2010

Hilton PJ here I come. Ahaks...

No comments:
السلام عليکم
Macam poyo je tajuk diatas, tapi apa yang buleh Yy kesahkan, ini tulisan YyYy punya suka la kan nak cerita apapun. Huhuuu al-kisah setelah habis kerja, zasss Yy ke Hilton PJ berjumpa kawan Yy disana. Yeaaa

Itu dia tempatnya

Takde la jauh mana pun dengan tempat kerja Yy, setakat 15 minit dah sampai. Sesampai je kat bilik, Yy merehatkan badan sebentar, al-maklum la baru balik kerja. Lagipun peluang ini harus Yy ambil, sementara menunggu yang lain2 bersiap. Yy bukan keseorangan disini tapi Yy berlima. Lalalaa kejap lagi nak merendek pergi Danau Kota. Sure sesak giler.

P/s Shopping Shopping

18th Day Ramadhan ~ Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah

No comments:
السلام عليکم

Menu untuk berbuka puasa Yy hari ini


Selamat Berbuka

P/s Hehhee

Happy 1 Year Baby

No comments:
السلام عليکم

Alhamdulillah, Baby Yy dah genap setahun. Bersyukur kerana tiada masalah yang datang setakat hari ini. Ini lah hasil dari titik peluh Yy selama ni.

My Baby masa kat Lumut bulan 6 yang lepas

P/s (",)

Friday, August 27, 2010

17th Day Ramadhan ~ Berbuka Reramai Memang Sedap

1 comment:
السلام عليکم

Date: 27 August 2010
Time: 1800 - 2000
Venue: Lembah Subang

Alhamdulillah rezeki datang. Syukur syukur syukur. Amin. Jemputan berbuka puasa oleh salah seorang kawan Yy, Ima dan Abang. SDF pun dijemput sama, jadi plan sesama untuk pergi ke tuan punya rumah. Hehehe. Kebetulan hari ni, hari Jumaat, cuti umum bagi  negeri Selangor ~ Nuzul Quran [tempat kerja Yy sempadan je], jadi jalan agak lengang. Sia2 Yy keluar awal untuk elak jammed. Boleh lupa plak jalan lengang sampai leh main kejar2. Hohooooo

Melangkah masuk ke tuan punya rumah, semerbak bau wangi masakan yang telah disediakan. Menu2 yang disediakan, amat menyelerakan. Pehhh, tangkap leleh dibuatnya tak kala Yy dok type2 ni. Mana tidaknya, masakan kampung, yang memang menjadi menu favorite Yy

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi, Udang Goreng Kunyit, Ikan Goreng, Ulam2 nyummmy

Bukan tu aje, ada lagi, Sayur Kobis Goreng, Koktel [buatan Abg SDF] air Oren, dan juga Teh OYy makan penuh dengan berseleranya. Sangat2 seronok bila makan reramai ni. Mulut Yy tak terhenti berkata2, dan mungkin tetamu yang lain, akan cakap "Tebiat apa budak ni tak reti duduk diam". Tapi itu la Yy, kenal ke tak kenal ke, belasah je. Kadang2 pemalu sangat2 lalalalaa.

Abadikan kenangan selepas majlis

SDF dan Jejai...

Seterusnya, SDF bersambung makan Cekodok comel kat rumah Yy pulak. Lallaa

P/s Happy n Best 

Sunday, August 22, 2010

12th Day Ramadhan ~ LAKSA n NASI AYAM

No comments:
السلام عليکم
Tarikh : 22 August 2010
Waktu : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Pangsapuri Damai [low cost apartment jerk]
Aktiviti : Perang Dapur

Walalaaa... Secara ringkasnya, Yy bercadang untuk berbuka puasa bersama dengan jantung hati Yy. Siapa lagi kalau bukan Family Yy. Weeee

Jadi, Yy dan teman2 Yy telah sepakat untuk melakukan kerja amal. Hakhak.. Takde la, Yy teringin nak makan Nasi Ayam. Tapi bukannya yang siap beli tapi yang di masak sendiri. Mekasih yang tak terhingga buat Ej, Yart, n Cda yang sanggup susah payah berperang didapur. Akhirnya berkat dari resepi ni, terhasilnya Nasi Ayam kami.

Yy copy je gambar dari resepi tuh, dah lapar sangat tak menyempat2 terus makan. Kahkahkah

Bergedel Daging, air tangan Cda.. Comel2 Bergedel Daging yang Cda gentel. To Cda, sis nak resepi nak cuba buat lak tau. [gambar copy lagi]

Laksa MAMA yang tiada tolak bandingnya.. Wahhh nyummmy [gambar pun copy gak] lalalala

KFC yang dibawa oleh adik kesayangan Yy, Ezzy... [gambar copycat tau]

Kuih Bijan MAMA buat, habis dimakan oleh mereka hohooo [gambar copycat]

Puding Jagung Mama, habis juga [copy lagi]

Sudahnya, perut memasing mendak. Apapun, sangat riuh berbuka puasa bersama2.

P/s Rumah sapa lak lepas ni hehehee

Saturday, August 21, 2010

Selamat Berbuka

No comments:
السلام عليکم
Mari berbuka dengan

Grilled Chicken Burger (GCB)

Selamat berbuka semua

P/s Baca bismillah okay =)

Nak ini Nak ini...!

No comments:
السلام عليکم
Yy nak cari room devider

Yang macam ni tapi 4 (empat) pintu

atau

Yang macam ni tapi 4 (empat) pintu jugak

Hehhee nak pi cari la ni.

P/s Dah shopping?

11th Day Ramadhan ~ Wangi Wangi

No comments:
السلام عليکم
Pagi2 buta, Yy dah cari haruman yang menyegarkan. Rasa dah tak sanggup dah dengan bau hapak yang ada kat dalam bilik, tempat Yy selalu berimaginasi ni. Cewahh ayat tak boleh blah berimaginasi konon. Yy sila sedar diri kiri kanan, tu menantinya kertas2 yang perlu diselesaiakn dengan segera. Yerp baik, berpijak dibumi nyata, tapi sebentar ye, Yy nak habiskan menulis. Hikhik

Ikhsan dari Mr/Mrs Google

Setelah di spray disetiap tempat yang dirasakan perlu, mmmmmmmm wangi bilik ni dibuatnya. Hikhik, tiada lagi bau hapak.

Sekian nak sambung kijew

P/s Selamat berpuasa =D

Thursday, August 19, 2010

9th Day Ramadhan ~ LAKSA...! Nyummmy

No comments:
السلام عليکم
Alhamdulillah dah sampai ke Ramadhan yang ke 9 kalau tidak salah pengiraan la yerp. Takat ni juga, Yy belum lagi "membocorkannya". Insyaallah penuh kot. Harap2 la yerp. Hehhee

Ringkas dan padat, Yy hari ni balik awal. Jadinya ada jemputan berbuka sesama. Yeaaaaaaaaaaa suka2 makan free off sure Yy suka. Duit pun tak keluar. Hakhakkk... 

Suka sebab apa tau.. Sebab makanan kegemaran Yy ada.. Lalalalaa

Top 1 : Laksa

Top 2 : Chicken Wing

Top 3 : Kentang Sumbat

Top 4 : Air Mata Kucing 
Top 5 : Popia Basah

Wah meriah... Hikhik

P/s Alhamdulillah rezeki

Wednesday, August 18, 2010

Teman Baru =D

No comments:
السلام عليکم
Alhamdulillah syukur, dapat Rezeki tertabur di bulan Ramadhan

Al-kisahnya, baru kejap tadi, Yy buat runner <--- macam despatch daaa, untuk cari barang yang sekian lama dipesan oleh Boss kesayangan Yy. Well, Yy kurang pasti kenapa tidak dicarinya sendiri. Takpe, bab2 mengular time kerja ni, Yy sangat2 suka... ^_^

Apa la yang Yy runnerkan tu eh...?

Celcom Broadband untuk keterangan lanjut tekan sini

Ya, Yy dok runner menatang ni untuk Boss Yy. Dengan susah payah Yy draw duit Yy terlebih dahulu <--- tidak mengapa claim on the spot. Pusing2 jalan2 makan angin, sambil melihat pemandangan yang indah, wah mengular time kerja memang best kan. Lagi2 bulan puasa ni, terasa la lemau kalau asyik duduk je atas kerusi. Nah, bila dapat keluar seronoknya...

Dah puas pusing2, Yy pun hantar la benda ni terus ke pangkuan Boss Yy. Sesampainya, Yy nampak pack yang sama berada diatas meja. 

Yy: Eh, bila U beli?
Boss: Baru je, I baru balik dari Celcom.
Yy: Lorh, yang ni, I pun baru balik dari Celcom (sambil menunjukkan pack tersebut)
Boss: Takpe, yang ni U pakai. Bill under company.
Yy: U sure??
Boss: Yes.
Yy : Okay (hatiku gumbira)

Hah, itu la rezeki tertabur Yy, wang yang dah Yy keluarkan tadi seperti yang Yy kata, dapat on the spot. Hehehe.. Alhamdulillah syukur. 

Inilah teman baru Yy

Boleh la Yy update sentiasa ahak ^_^

P/s Boss bonus..? =D

8th Day Ramadhan ~ Sayu

1 comment:
السلام عليکم
Sayu... Hati ini makin sayu.. Ewah permulaan yang baik hehehheee. Takde la baik mana pun. Kalau Yy da start menyanyi2 tu, adalah yang tak kena. Hakhak <--- gelak untuk meredakan kesayuan. Yy ada satu habit, dimana kalau Yy susah hati atau kusut ke, Yy akan nyanyi. Kalau tak caya, tanyalah teman2 dan kawan2 Yy tu. Hikhik <--- gelak lagi untuk tenangkan keadaan. Ye Yy rasa sangat2 sayu didalam hati saat dan ketika ini. Mana nak mulakan... 

Entah, itu yang Yy boleh kata. Perasaan ni bercampur2. Sedih, kalut, kusut, celaru, berkedut seribu macm baju kurung Yy yang dah lama tak bergosok dalam almari tu. Nak nangis, bulan2 puasa ni, tak elok menangis, tapi terkeluar juga la air mata tadi <--- cengengkan. Ala, bukan banyak pun sikit je, ada la satu kotak tisu abis. 

Kenapa...? Yy pun tak tahu kenapa, tapi Yy tak nak tunding jari kat sapa2. Sebaliknya, Yy akan salahkan diri Yy sendiri terlebih dahulu. Buat apa nak tunding jari sana sini kan. Tak baik, baik salahkan diri sendiri dulu, walaupun bukan salah diri sendiri <--- apa ni

Kesimpulan, Yy cukup belajar dari kesilapan dulu. Minta di teguhkan iman dan juga pendirian

Sayu sangat bila tengok muka DIA kat Facebook


Uhhh...

P/s Tak buat lagi =(

Monday, August 16, 2010

6th Day Ramadhan ~ Mandrem

1 comment:
السلام عليکم
Mandrem...?

Astaghfirullah-al'azim ... Mengucap panjang Yy bila Yy terkenangkan isu ini. Bulan2 puasa ni, ada ke yang nak buat kerja2 kotor tu..? Bukankah di saat dan ketika umat Islam berpuasa ni, syaitan dan iblis sedang digari ketat2..? Percayakah kita berlakunya keadaan itu di bulan yang mulia ini...? Secara peribadi, ditanya pada YyYy tidak percaya. Walaupun iman di dada ini tak kuat mana [masih merasakan diri ini jahil], Subhanallah.

Rasulullah SAW bersabda :
“Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.”

Tapi, bila isu mandrem ni, dibangkitkan dalam bulan Ramadhan, haishhh Yy jadi la pelik. Bukan pula Yy nak kata diri Yy ni perfect [masih juga berbalik pada diri sendiri], tapi tidak terfikirkah dengan apa yang berlaku? Janggal tak rasanya perkara2 ini berlaku pada bulan yang mulia ini...? Yy percaya, kalau ditanya pada siapapun, pastinya akan terjawab benda yang sama. 

Bukan pula, Yy bertindak alim atau menidakkan apa yang telah berlaku, atau mungkin tidak berlaku. Sebagai umat Islam, biar jahil mana sekalipun, kenapa tidak kita berfikir atau terfikir dengan akal fikiran yang telah diberikan Allah SWT, secara logic atau dengan kata lain, tidak mudah percaya dengan benda2 karut ni? Kenapa kita tidak terfikir akan apa yang berlaku sebenarnya adalah tindakan refleks yang bercampur emosi berlaku gara2 terlalu banyak memendam rasa, atau dengan kata lain, tidak dapat menerima hakikat dengan apa yang berlaku

Pesan Yy :- 

 Jangan biarkan kejahilan manusia yang terlalu mengikut emosi terus membiarkan diri dipandu hasad dengki dan dendam kesumat. Telah ditakdirkan, hati dan perasaan manusia tak boleh nak duga. Adakalanya jika terlalu mengagungkan dunia, mungkin inilah hasilnya. Ingatlah, Cinta sesama manusia adalah satu pinjaman, tapi Cinta daripada Allah adalah yang sejati yang tiada tolak bandingnya. Jadi kenapa kita sesama manusia perlu melakukan dosa tersebut dan membenarkan diri dilaknat Alah SWT? Tergamak kah kita sebagai hamba Allah, menidakkan qada' dan qadar Allah dan membenarkan diri mempercayai syaitan dan iblis yang ternyata telah berjanji akn menyesatkan anak adam hingga ke akhir zaman..??? Nauzubillah min zalik, semoga Allah ampunkan dosa mereka2 ini. 

Yy tidak mahu berhujah panjang, bak kata Nabil "Lu pikir la sendiri.." ^_^

Cinta itu indah, penuh dengan kasih sayang dan pemahaman, jangan terlalu buta.

P/s Berhati2 di jalan raya ^_^

Sunday, August 15, 2010

5th Day Ramadhan ~ Masak

1 comment:
السلام عليکم
Selamat hari Ahad

Pagi2 Yy da bangun pergi pasar. Niat dihati nak masak untuk berbuka. Hehehehe apa rasanyakan bila memasak tak dapat rasa. Yy teringin juga nak berbuka dengan masakan sendiri. Yy tengok orang lain okay je masak time puasa. Jadi apalah salah kalau Yy pun masak time berbuka kan2. Orang lain boleh buat Yy tentu2 boleh juga. Tiada yang mustahil =D

Daging Salai Masak Lemak Cili Api


Nak juga Yy share cara Yy masak Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni. Yy tak pernah nak belajar kat sapa2, walaupun dengan Mama. Yy main hentam keromok je. Mari kita lihat =D

Bahan2 untuk memasak 

500gm daging yang disalai <--- dihiris nipis
Cili api (ikut rasa nak pedas mana la) <--- dikisar
10 biji bawang merah <--- dikisar
5 biji bawang putih <--- dikisar
1 inci Halia <--- dikisar
1 inci Kunyit Hidup <--- dikisar
Ubi Kentang (ikut suka berapa biji) <--- dipotong empat
Sedikit Pucuk Ubi (tak letak pun tak apa)
Daun Kunyit 
3 batang serai 
1 biji kelapa = 2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
Garam

Cara2

Masukkan santan cair bahan2 yang dikisar, ubi kentang, daun kunyit, dan serai.
Masak hingga mendidih.
Masukkan daging salai.
Kemudian, tambahkan santan pekat dan garam secukup rasa
Masukkan pucuk ubi. 
Kacau hingga sebati. Sedia dihidangkan

Siap.. Satu Bungkus Yy hantar rumah Mama, satu bungkus lagi Yy hantar kat rumah Mak Aji. Mama boleh tak caya Yy yang masak. Sob.. Sob...

P/s Selamat mencuba 

Saturday, August 14, 2010

4th Day Ramadhan ~ Asam Pedas Melaka

No comments:
السلام عليکم
Entah mengapakah, hatiku bergetaran ahaks, bulan2 puasa ni Yy asyik nak menyanyi je lah. Segaja hiburkan hati yang tak lara sangat ni. Happy2 kan diri yang sedang2 happy. Entah mengapa saat dan ketika ini, mata Yy terbayangkan asam pedas melaka, yang pernah Yy rasa sewaktu Yy pergi bercuti awal tahun lepas. Hihihi haiippp bulan2 puasa leh fikir2 plak pasal makan. Astaghfirullah-al'azim istighfar panjang Yy. Lama lagi waktu berbuka ni, dah fikir pasal makan.

Orang kata, kalau kita suka makan sesuatu, kita kena pandai masak. Malangnya, Yy tak reti nak masak asam pedas, walaupun Yy dah tanya Mama banyak kali, tetap Yy rasa macam tak reti. Atau dengan kata lain, tak yakin. Jadi Yy telah mengoogle cara2 nak masak asam pedas. Insyaallah Yy akan cuba ^_^

Ikhsan dari My Resepi.com

Bahan-bahan ( 1 family... )
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)

Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-
@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis. 
Masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air. 
Biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
Masukkan garam dan gula, biar hingga masak. 
Hidangkan.

Wahhh sangat mudah walau Yy rasa macam renyah. Heheheh, nak tau renyah tak renyah kena cuba la kan.

P/s Nyummy =D

Friday, August 13, 2010

3rd Day Ramadhan ~ Pink

No comments:
السلام عليکم
Dengan ini, dimaklumkan baju raya Yy sekeluarga berwarna Pink. Hakhak.. Takde idea nak menulis la ni. Baru 3 hari puasa, da fikir baju raya. Ala, bukan Yy seorang aje la dok sibuk fikir baju raya, tu yang tu yang tu semua pun dah siap2 ready dengan plan2 yang tersendiri. Kan2, biasa la, kena tempah awal mana best pakai baju dah siap ye dok =D

Gambar hiasan

Sebelum puasa pun, mukabuku Yy penuh dengan tag2 hamper dan juga kueh mueh. Wow, so business eh korang. Yy belum terfikir sampai ketahap tu lagi, tapi mungkin buleh membantu melakukan apa saja yang korang jual tu. But, Yy kena rasa dulu laa, menepati citarasa atau pun tidak. Kalau kena dengan tekak Yy,  Yy grap tanpa banyak soal. Tapi kalau tidak menepati ciri2 yang boleh menggugat anak tekak Yy, minta maaf la yerp. Ku biarkan begitu saja. Weee

Okay time to work. C ya!

P/s Buka apa eh petang ni

Thursday, August 12, 2010

2nd Day Ramadhan ~ Lemau

No comments:
السلام عليکم
Hari ni agak lemau, satu kerja pun Yy tak buat. Asal tengok Princess (laptop) je Yy nak tidur. Asal tido je Yy tengok Princess.. Hmmm puasa2 ni badan sakit2 buat Yy tak bersemangat nak buat kerja. Yang Yy tahu Yy nak tidur. Tidur lama2 pun pening kepala. Terasa juga kadang2 ternganga2 mulut Yy dibuatnya. Alamak...

Okay, tak sihat ni kan, takde la byk celoteh yg buleh Yy celotehkan.

Doakan Kesihatan Yy okay =D

P/s : Puasa penuh tau

Wednesday, August 11, 2010

1st Day Ramadhan ~ Puasa

No comments:
السلام عليکم


Morning bloggers, Selamat berpuasa semua... Puasa tak.. Ehem ehem.. Mesti lah puasa kan. Kalau tak dapat nak puasa tu, okay Yy sedia maklum la kenapa. Tapi kalau sengaja.. Nananaaaaa tak baik2, kalau boleh puasa, puasa la kan.

Bangun sahur tak?? Yy bangun sahur 3kali, 12am 3.30am last 4.30am. Wahahaaa sungguh sampai 3 kali Yy tala daging masak rendang buatan Mama Yy yang tersayang. 

Plan tok hari ni nak berbuka bersama keluarga, tapi komitmen kerja buat Yy tak boleh nak berbuka dengan diorang. Jadi, Yy berbuka dengan Tt, teman sekerja Yy ni ha.. Menu..? Masih terlalu awal untuk difikirkan. 

Walau pun tak sihat, Yy cuba untuk berpuasa hari ini. =D

P/s Keep smiling.. 
Related Posts with Thumbnails