السلام عليکم
Mandrem...?
Astaghfirullah-al'azim ... Mengucap panjang Yy bila Yy terkenangkan isu ini. Bulan2 puasa ni, ada ke yang nak buat kerja2 kotor tu..? Bukankah di saat dan ketika umat Islam berpuasa ni, syaitan dan iblis sedang digari ketat2..? Percayakah kita berlakunya keadaan itu di bulan yang mulia ini...? Secara peribadi, ditanya pada Yy, Yy tidak percaya. Walaupun iman di dada ini tak kuat mana [masih merasakan diri ini jahil], Subhanallah.
Rasulullah SAW bersabda :
“Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.”
Tapi, bila isu mandrem ni, dibangkitkan dalam bulan Ramadhan, haishhh Yy jadi la pelik. Bukan pula Yy nak kata diri Yy ni perfect [masih juga berbalik pada diri sendiri], tapi tidak terfikirkah dengan apa yang berlaku? Janggal tak rasanya perkara2 ini berlaku pada bulan yang mulia ini...? Yy percaya, kalau ditanya pada siapapun, pastinya akan terjawab benda yang sama.
Bukan pula, Yy bertindak alim atau menidakkan apa yang telah berlaku, atau mungkin tidak berlaku. Sebagai umat Islam, biar jahil mana sekalipun, kenapa tidak kita berfikir atau terfikir dengan akal fikiran yang telah diberikan Allah SWT, secara logic atau dengan kata lain, tidak mudah percaya dengan benda2 karut ni? Kenapa kita tidak terfikir akan apa yang berlaku sebenarnya adalah tindakan refleks yang bercampur emosi berlaku gara2 terlalu banyak memendam rasa, atau dengan kata lain, tidak dapat menerima hakikat dengan apa yang berlaku.
Pesan Yy :-
Jangan biarkan kejahilan manusia yang terlalu mengikut emosi terus membiarkan diri dipandu hasad dengki dan dendam kesumat. Telah ditakdirkan, hati dan perasaan manusia tak boleh nak duga. Adakalanya jika terlalu mengagungkan dunia, mungkin inilah hasilnya. Ingatlah, Cinta sesama manusia adalah satu pinjaman, tapi Cinta daripada Allah adalah yang sejati yang tiada tolak bandingnya. Jadi kenapa kita sesama manusia perlu melakukan dosa tersebut dan membenarkan diri dilaknat Alah SWT? Tergamak kah kita sebagai hamba Allah, menidakkan qada' dan qadar Allah dan membenarkan diri mempercayai syaitan dan iblis yang ternyata telah berjanji akn menyesatkan anak adam hingga ke akhir zaman..??? Nauzubillah min zalik, semoga Allah ampunkan dosa mereka2 ini.
Yy tidak mahu berhujah panjang, bak kata Nabil "Lu pikir la sendiri.." ^_^
Cinta itu indah, penuh dengan kasih sayang dan pemahaman, jangan terlalu buta.
P/s Berhati2 di jalan raya ^_^
nauzubillah.....ate...deme xde otak ke...? heeeeee
ReplyDelete