♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, June 30, 2009

SeSUaTu yaNg tak PernaH aku TerfiKIR - II

2 comments:
Aku sambung cerita aku balik. Hujung2 bulan ni faham2 saja la banyak keje yang perlu aku settlekan.
  1. Mungkin aku mengenali dia hanya sekadar dari luaran. Itu aku tak amik port. Lagi2 kalau melibatkan peribadi. Sungguh aku tak berminat nak tahu. Masing2 ada cara pikiran dan tindakan sendiri. Persoalan yang sering bermain difikiran aku, yang tak pernah putus2 sejak aku mengetahui hal ini (hal remeh temeh memang aku tak suka nak fikir) kenapa perlu cerita hal yang takde kena mengena dengan orang lain? Terutama sekali bab aku dengan si jantan. Peh itu da lebih sangat2. Jauh sekali. Aku dengan "dunia" aku sekarang ni. Jadi aku rasa terutama sekali bab si jantan, tak perlu kot nak bercerita. Itu da terlalu peribadi. Terlalu sangat. Satu jawapan yang sentiasa ada dalam pikiran aku bila perkara ni terjadi, memang tak mustahil cerita aku bersepah dimana2, walaupun aku tak kenal sesiapa (yela aku ni memang takde kawan, "adik beradik" aku la kawan2 aku yang ada)... Kalau aku hilang adik beradik aku ni, aku memang takde siapa kecuali keluarga aku yang amat aku sanjung...
  2. Yang menjadi pelik sangat2, dia tahu adik aku baru nak rapat dengan seseorang. Ye memang sebagai sesorang yang mengenali satu sama lain, dan aku faham mungkin dia takut kawan dia dikecewakan oleh adik aku sendiri, hati masing2 hati manusia lain2. Tapi, tak kan sampai perkara yang tak penting lagi2 bab aku insan yang hina ni, dicerita? Ko risau pasal diorang berdua, ko cerita je la pasal diorang berdua. Kenapa mesti hal2 yang tak penting terutama aku ni, dicerita? Ya ALLAH, aku tak tahu nak kata macam mana da ni. Aku cukup kusut. Kusut giler...
  3. Aku memang tak suka nak amik tahu hal orang. Memang aku tak suka, tapi bila orang da mula nak amik tahu sangat hal aku, yang hidup sentiasa dirundung masalah, walaupun aku nampak macam happy, aku memang la tak suka. Aku menerima dia sebagai seseorang yang bernama kawan. Kawan ke kalau dia leh kata "terpaksa berkawan dengan aku". Kenapa mesti macam tu. Ya Allah boleh lak dikata terpaksa....?
  4. Pada mula aku memang susah nak terima. Susah sangat2. Tapi itu la mulut manusia. Aku tak leh tutup. Baik aku memang orang tak pernah nak nampak. Hati aku yang penuh dengan kasih sayang ni, memang susah orang nak nilai. Tapi apa yang aku boleh buat? Dari dulu aku memang tak suka keadaan ni... Keadaan ni pernah aku rasa. Bila orang yang kita percaya, mula menjaja cerita, tapi aku rasa tak perlu nak dijadikan sebagai satu cerita sebagai modal, bila da abis cerita betul kan?
Kesimpulan yang aku dapat, aku kenal siapa kawan dan sahabat sekarang ni. Sekurangyer2 orang boleh menilai siapa aku yang sebenarnya. Dan memperbetulkan sikap aku, yang mungkin aku tak perasaan. Pada yang bercerita, terima kasih aku ucapkan. Takde dendam dalam hati aku. Sungguh kerana aku bukan pendendam. Kita nilai sendiri dengan apa yang da terjadi sekarang. Tak perlu aku terangkan dengan lebih lanjut. Yang pasti aku kecewa dengan apa yang berlaku. Untuk mengenali seseorang yang bernama sahabat atau kawan bukan senang. 10 tahun kawan pun belum tentu kenal hati budi seseorang... Walaupun berbudi, membantu bila memerlukan, sanggup pinjamkan duit, sampai beratus2, alih2 apa yang dapat...? Rela putus kawan dari membayar nyer... Hm sudah2 la berpijak di bumi yang nyata.. Apa jua cerita, aku terima. Kerana memang itu perjalanan hidup aku yang da tertulis terlibih dahulu. Pesanku, WAT GOES AROUND COMES AROUND.... Tak perlu nak mengelabah, kalau memang silap tu, datang nyer dari diri sendiri terima hakikat itu. Kalau rasa ko bersalah ko jumpa aku. Tak perlu nak maki hamun anak orang, apa perasaan kalau diri sendiri dimaki hamun. Tak perlu nak main ugut2, tu cara budak2. Aku tak backup sapa2. Seriusly takde effect dalam hidup aku. I am alwiz been positive.. DAAAAAAAAAAAA

Monday, June 29, 2009

SesUatU YanG aKu Tak peRnah Terfikir...

1 comment:
Aku betul2 tak sangka apa yang aku dengar melalui seseorang. Sungguh aku tak sangka aku boleh dilabel seperti itu. Ya Allah apa agaknyer salah aku pada hamba Allah ni. Sikit niat dihati, tak terfikir untuk mengaibkan dia, sesama kawan sendiri. Perlu kah aku dilakukan macam tu. Sedangkan aku cukup hormat dia, sama juga dengan kawan2 lain. Atau mungkin da nasib aku... Mesti tertanya2 kan kenapa dengan aku. Meh aku cerita cikit... Aku mengenali dia, melalui kawan aku sendiri. Perkenalan yang tak disengajakan. Boleh dikatakan, aku agak rapat dengan dia, jadi kawan2 yang lain, mengatakan aku kawan baik dia. Tapi jauh disudut hati aku ni, aku melayan dia, sama seperti aku melayan orang lain. Ramai yang menasihati aku, supaya berhati2 dengan dia. Aku tak pilih kawan. As long orang tu ok dengan aku, aku juga akan ok dengan dia. Tapi bila aku dapat tahu cerita2 yang kurang enak untuk aku dengar, aku agak kecewa. Sakit ati tak payah nak cakap la.... Yang paling sedih, cerita2 yang kurang enak tu, aku dengar dari orang yang baru aku kenal kurang dari 2 minnggu. Soalannyer, kenapa perlu cerita hal aku yang buruk2? Mana cerita yang baik tentang aku? Apa aku ni buruk sentiasa ker...?
  1. Aku dikatakan cuba mahu melihat kejatuhan orang...? Aku terangkan kat sini, sikit niat pun takde dalam hati nak lihat orang lain apatah lagi "adik beradik" aku jatuh. Da tentunyer2 aku nak lihat orang lain berjaya, dan aku boleh tumpang gembira. Lagi la kalau yang berjaya tu "adik" aku sendiri. Kalau la statement yang dikeluarkan itu, dari mulut dia, dia la yang nak lihat "adik" aku tu jatuh. Tapi bukan aku. Kalau pun statement tu keluar dari mulut aku, satu2nyer perkara yang boleh membuatkan aku berkata macam tu, adalah kerana aku marah. Marah pada hal dalam rumah yang melibatkan "adik beradik" aku sendiri. Ingin aku nyatakan disini, "adik beradik" aku adalah mereka yang sentiasa berada disisi aku, disaat susah dan senang. Nilaikan sendiri sapa, tak perlu aku nyatakan orangnyer..
  2. Aku dikatakan hipokrit...? Ya, aku memang hipokrit, tapi betempat. Atas alasan apa aku leh dikatakan hipokrit? Masing2 ada pendapat sendiri. Dan aku percaya, semua ada sikap tu. Antara sedar atau tidak, balik tengok cermin dan tanya pada diri sendiri. Bukan tunding jari pada orang lain...
  3. Aku dikatakan cuba meniru orang lain...? Masing2 ada hak sendiri. Selagi ada duit, dan duit itu dari titik peluh sendiri, aku berhak untuk beli apa saja yang aku mampu. Aku tak minta duit dia. Sikit pun tak kot...
  4. Aku dikatakan berhati busuk...? Aku tergelak bila dia leh kata aku macam tu. Sapa yang berhati busuk sekarang ni....
Aku betul2 kecewa sangat dengan apa yang aku dengar... Aku ada keje, kisah ni akan bersambung... DAAAAAAAAAA

Friday, June 26, 2009

SuaTu Masa Dahulu

3 comments:

Dalam keadaan aku yang emo hari ni, aku terbaca lak pesanan dari adik kesayangan aku EZZY...(tanx pet mengingatkan aku) Yang aku terima disaat aku betul2 down. Secara tak sengaja, air mata aku mengalir. Pesan adik aku...

assalammualikum akk, napew akk niyh.. akk nyer mslh ni dari dulu pz perhati..

xsalah kak.. kiter nk tol2 hadap prob tuh… tp jgn ar layan sgt…

akk ader life life akk sendiri.. xder saper leyh kawal akk…

mslh skunk yg pz tgk.. akk sllu amik mslh org,campurkan mslh akk… pastu akk serabot…

pasal family… kiter xharap kan aper2 kak… kiter leyh hidup mcm ni.. dah beser…

xsenang pon xpe… asl jgn terlampau susah..

insyallah, aku abis blaja niyh.. aku akan ubah family kiter…

akk jgn nak serabot sgt.. rilex jerk.. kiter mkin hari mkin matang untuk berpikir…

wlau pon pz niyh adik akk… n akk ase pz xlayak untuk nasihat akk… pz mix maaf…

ingt r kak.. yang leyh pki dlm family kiter skunk.. cume aku dan kau..

pz hanyer leyh tolong dari aspek2 perhatikn family jerk wat maser skunk… mslh kjewangan… pz mix maaf sgt.. wat maser skunk mmg pz xleyh nak support aper2..

minx jaser baek akk jer lah..

tpi xyah lebih2.. sekadr mencukpi sudah.. kiter membesar ngn care mcm niyh kak… kalau nk ubah pon.. kne sepakat tol2.. tggu msing2 berkerjaya…

pz dah pk mase depan pz… pz nk anta mak ayah p aji ngn duit pz sendiri.. itu matlamat pz…

kalau orng tua kiter panjang umo.. moge2 lah…amin…

aku bnyk terpikir, kalau mk xder suatu hari nnti… mcm ner idop aku…

aku sedy kak… hurmm…. bkn lah minx… tpi setiap yang ader msti akan pergi.. itu lumrah…

pk lah kak.. selagi kiter ader yang cukup.. biarlah cukup.. xpaytah nak tamak untuk menambh2…

pasal kwn2 ko.. aku lamer nk ckp ngn ko.. aku xske ko cmpor ngn dak2 _______

aku minx maaf skli lagi kalau aku xlayak nk ckp bnder niyh.. tpi aku nk ckp gak…

baek ko dok umah balik… dah2 lah tuh ko abis kan maser ngn dok kart saner.. akan bertambah mslh ko…

sbb.. idop ko xaman kak.. tu puncer ko serabot… berdoalah.. aku mak abg sllu sokong akk…

kalau ader paper,, direct bg tau aku.. aku rase aku dah layak untuk dgr maslh sorang kakak yang aku sayang,hormati,cintai….

ingat kak.. family 1st. kerjaya 2nd kawan 3rd…

p/s : Sesuatu akan berlaku dik, nantikan sahaja...

AkU hAnya InsaN Biasa

No comments:
Aku wanita punya hati nurani Yang tak dapat dibohongi Pabila cinta tlah membutakan mata Dan membuat tuli telinga Apakah salah jika aku menyinta Apakah salah jika engkau ternyata Pilihan hati Belahan jiwaku ini Cintaku ini anugerah terindah Dari yang maha kuasa Cintaku padamu tak pernah berubah Meskipun kita berbeza Apakah salah jika aku menyinta Apakah salah jika engkau ternyata Pilihan hati Belahan jiwaku ini.. Aku wanita aku kaum hawa Yang memang rapuh hatinya Aku wanita aku punya cinta Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta Apakah salah jika engkau ternyata Pilihan hati Belahan jiwaku ini..

Lama aku tak menulis dalam blog aku ni. Permulaan aku hari ni agak emo sedikit. Kesibukan yang melanda membuatkan aku menyepikan diri. Wah ayat best kan. Huhuu.. Apa nak cerita ek, aku pun tak tahu nak cerita apa. Ha.... Yang penting mood aku hari ni, bukan macam biasa. Dengan sakit gigi aku yang tak sudah2 ni, membuatkan telinga aku pun turut terasa sakitnyer. Apa yang patut aku buat, untuk melegakan sakit gigi ni da pun aku buat. Tapi sakit tu masih lagi ada. Argh geramnyer.... Lagi membuatkan aku tak mood hari ini, adalah kerana aku sakit hati. Kenapa sakit hati, sebab hati aku disakiti (boleh ke macam tu). Menuduh aku menipu, seolah2 aku ni memang sentiasa menipu. Sakit tol hati bila orang tak percaya pada aku ni. Aku dikatakan cuba membodohkan diri dia. Lagi aku tak paham. Lagi2 cari salah aku. Macam kan aku ni memang tak pernah nak jaga hati dia. Ish, salah aku juga ke. Ramai yng menasihatkan aku supaya menasihati dia. Tapi layak ke aku ni nak menasihati dia yang lulusan U. Aku ni bukan bijak macam dia, sampai leh nasihat orang. Sampai kadang2 aku takde ayat untuk bercakap da. Macam dia da tak nampak salah sendiri. Kalau aku diam lagi aku salah, aku luah lagi rasa bersalah. Apa yang perlu aku buat? Aku pilih buat tak tahu je dalam hal ni. Tapi perlu tahu ada effect dalam hidup aku. Kalau aku bercerita banyak2 lagi aku rasa bertambah sakit. Baik aku buat tak tahu dan fokus pada hidup aku sendiri. DAAAAAAAAAAAAA

MJ dAlaM KenanGAn

1 comment:
Akhirnya, pergi jua lagenda pop dunia. Walaupun aku tak berapa amik tahu pasal MJ, tapi bila seharian setiap station radio pasang semua lagu2 dia best la pula...

Monday, June 22, 2009

SelAmaT HaRi BapA

2 comments:
Belum terlewat untuk aku megucapkan selamat hari bapa pada semua yang bergelar dan bakal bergelar bapa. Walaupun aku tak rapat dengan ayah, namun aku tetap hormati dia sebagai ketua keluarga. Walau ada kala memang kami sentiasa berbalah, tapi itu la lumrah dalam sesebuah keluarga. Apa pun aku tetap bersyukur kerana aku masih ada ayah...

Saturday, June 20, 2009

HapPy BeFdaY BiE

2 comments:
Malam tadi, aku pergi S7 (sapa yang tau pasti tau tempat ni). Sempena meyambut ulang tahun Baby yang ke 27-tahun. Ops, termention pulak umur ko Bie. Hahahaa... Sorii.... Umur hanya angka ok. Well, takde la grand mana pun. Ala kadar je. Plan nak kesana pun last minit. Sekaligus, kutip derma buat Jue (rakan seangkatan) yang baru kehilangan ayahandanyer yang tersayang. Al-Fatihah... Takziah buat Jue sekeluarga. Moh kita tengok apa jadi pada malam tu.

Ha... Masa ni, kitorang sibuk dok nyalakan lilin. Maklumla nama pun kedai makan, jadinya kami tak leh la suka2 ati soh owner tu tutup kipas semata2 tok kami. Jadinya, tangan2 masing2 dok menhadang lilin tu dari terpadam. Lalala... Yang penting saling membantu ok...
Perhatikan lilin itu. Hanya dua batang lilin je yang meyala. Bukan kerana ditiup oleh befday girl, tetapi ditiup oleh kipas yang sedang rancak perpusing. Huh dengki tol kipas ni tau.

Nyanyi sama2... Wahahaa... Ni la befday girl malam tu.
Inila rupa kek yang da dibuang lilin. Menanti untuk dipotong. Nyum2 Hehehe selamat da.... Amin Ok, Sesi suap meyuap lak... So sweet sepotong kek kongsi beramai2... Huh Didy mula berniat buruk... Hahhaaa.... Tiba2 da ada misai plak. Standard la kan. Mana leh lari...

Antara yang sudi menghadirkan diri pada malam tu...
Apa yang tak kena Bie...

Hehehe.. Satu2 nyer hadiah yang dapat pada malam tu. Aku punya nanti2 ye Bie...
Time ni, Befday girl sibuk mengira duit untuk disedekahkan pada Jue sekeluarga.

Ini bukan colection malam tu tau, tapi kami geledah wallet Paan. Takde kerja dok tengok wallet orang. Wahahaaa
Settle je, kami main pool... Tengok je la pic ek...

Huhuuu... Antara bakal2 wakil negara. Lalalaaa Sekian... DAAAAAAAAAAAAAA

Friday, June 19, 2009

OpEraTioN Day

No comments:
Semalam aku balik keja agak awal cikit. Pukul 4 petang aku da balik. Kemana aku pergi, aku pergi berjumpa dengan Dr. Thiruchelvam Dental Surgeon, kat Kelana Jaya. Appointment aku pukul 5.30 petang. Aku ada operation gigi la. Kerana bukan di dalam mood untuk bercerita, kerana menahan sakit (walaupun aku da makan pain killer lebih dari dose yg ditetapkan.. Hehehe aku kan budak nakal) layan pic je la ye.
Sebelum operation bermula... Lalalala pose dulu wajib tau... Masa ni muka aku da kebas separuh. Doc da letak cream kebas... Lalalala Setia menanti... Terima kasih... Sempat aku snap pic instrument ni. Prosedure nak start sekarang da pukul 5.40pm...
Ish doc tak sampai2 lagi... Da kebas sanagt da ni..
Doc da sampai la. Prosedure da nak start... Berdebar da ni..
Da settle... tengok la pipi aku... Membengkak tau... Muka menahan kebas.. Dua bius aku minta... Lalalala Prosedure abis dalam pukul 7.00 malam. Kerana, gigi aku degil. Susah nak dicabut. Orangnyer pun degil. Nak buat macam mana kan. Jadi, segalanyer pun degil la... Total bil Rm 800... Sebelah atas Rm 250, sebelah bawah Rm 550, keran susah nak bicabut mahal la sikit. Aku dapat mc dua hari. Macam nak gelak je bila Doc bagi aku mc. Macam kan aku leh mc je. Da tentu2 bos aku reject. Aku lebih kenal bos aku tau... SEKIAN DAAAAAAAAAAAAA
Related Posts with Thumbnails