Semalam, aku balik kerja agak lewat. Kalau tak silap aku, dekat 12 tengah malam baru aku balik. Kenapa yea, aku bukan nak berlagak bagus. Tapi bila melihat stor ubat yang bersepah cara susunnyer, membuatkan aku rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Lagipun da memang kerja aku, walau sepatutnya ada orang lain yang bereskan, bila da kena tendang, pending lagi dan aku juga nak kena settlekan (-_-').
Sampai rumah, Dato' da tunggu aku untuk makan malam. Sian dia menunggu aku. Aku soh dia makan dulu tak mahu. Nak makan dengan aku katanya. Tengah2 makan... Dengan senyuman bermakna dari mukanya yang dah lama aku tak nampak lahir dari bibir kecilnya itu...
Dato' : Tadi saya dapat sms.
Aku: Sms? Sms apa...?
Dato: (",)
Aku : Senyum pulak. Lain macam je awak ni...?
Dato' : ****...
Aku : Owh... Kenapa...?
Dato' : Dia nak amik raket dia, tapi dia nak ambil kat kedai (",)
Aku : Bagi je la barang dia kan. Awak sendiri cakap itu barang kesayangan dia.
Dato' : (",)
Aku : Muka awak ceria... Awak rindu diorang kan. Atau mungkin dia nak amik kat kedai sebab nak makan sekali kowt. Diorang pun rindu masakan awak kowt. Diorang datang layan baik2 yea. Yang dah lepas, lepas la..
Dato' : Memang saya akui saya rindu diorang.
Aku: (",)
Dato' : Kalau diorang datang cara baik, saya akan ok dengan diorang. Tapi kalau diorang datang ambil raket dan pergi, saya tak leh nak buat apa. Kalau saya je yang beria2, diorang takde apa. Buat apa kan.
Aku : Mengalah tak salahkan. Hal lama...
Aku tengok matanya berair. Mungkin sebak didada tak terluah. Aku biarkan saja dia dengan perasaan dia sendiri. Mengenali dia, dia tak suka nak bercerita dengan sesiapa. Melainkan da penuh dalam dada tu, baru la nak bersuara. Aku juga tahu, hidup dia sunyi tanpa mereka, walau dia tak mahu mengakuinya.
P/S Bukan minta simpati sesiapa, kadang2 apa dalam hati mungkin tak terluah dengan kata2...(",)
i miss them also..but nothing to say dear!!
ReplyDelete(",)
ReplyDelete