Yeah... Betul kata orang penantian itu satu penyiksaan kan. Setelah sekian lama mengidam, akhirnya tercapai juga hajat aku. Alhamdulillah aku bersyukur pada yang maha Esa, kerana diberi kesempatan, sementara aku masih bernyawa untuk menjejaki salah satu kawasan yang indah ini. Aku bersyukur kerana aku masih punya peluang ini. Amin... (",)
Seawal jam 5.00 pagi, aku da bangun dari tidur. Memandangkan perjalanan agak jauh, jadinya aku suruh mereka tidur kat rumah aku. Walaupun rumah aku kecik, masih boleh memuatkan mereka yang hampir 10 orang ini. Senang bagi aku untuk gerak sama2 supaya tak terlewat. Maklum sahaja la naik bas. Jadinya tak leh nak lewat2kan. Kalau terlepas bas, ha kan rugi duit tu. Seorang demi seorang aku kejutkan. Bilik air cuma 1, jadinya memang beratur panjang untuk sampai giliran(-_-"). Maaf kawan2 ini yang termampu ubtuk aku tinggal buat masa ni. Nak tunggu banglo aku lama lagi. (bila la banglo aku ni nak siapkan. hehehehee)... (",)
Seawal jam 5.00 pagi, aku da bangun dari tidur. Memandangkan perjalanan agak jauh, jadinya aku suruh mereka tidur kat rumah aku. Walaupun rumah aku kecik, masih boleh memuatkan mereka yang hampir 10 orang ini. Senang bagi aku untuk gerak sama2 supaya tak terlewat. Maklum sahaja la naik bas. Jadinya tak leh nak lewat2kan. Kalau terlepas bas, ha kan rugi duit tu. Seorang demi seorang aku kejutkan. Bilik air cuma 1, jadinya memang beratur panjang untuk sampai giliran(-_-"). Maaf kawan2 ini yang termampu ubtuk aku tinggal buat masa ni. Nak tunggu banglo aku lama lagi. (bila la banglo aku ni nak siapkan. hehehehee)... (",)
Jam da menunjukkan jam 7.00pagi. Semuanya da bersiap sedia untuk ke destinasi yang ditujui. Aku la orang yang paling happy kerana aku memang da lama sangat mahu kesana. Walaupun aku tahu, ada dikalangan kawan2 aku ni da pergi, aku tetap juga rasa bersyukur kerana meraka sudi menemani aku. Aku sayang korang mekasih eh teman aku. Moh sama2 kita release tension... (",)
Jam 8.00 pagi, da sampai kat Pudu Raya, terus mencari bas Transnasional yang akan membawa aku serta mereka2 ini. Kemana...? Rahsia lagi. Memang sengaja aku pilih dan mencadangkan untuk menaiki bas. Supaya dapat merasakan feel perjalanan ni. Ada yang mencadangkan supaya naik flight je, menjimatkan masa dan juga senang, namun majoriti menyebelahi bas. Jadinya bas Transnasional ini, bertanggungjawab untuk membawa kami semua ke destinasi impian ni... (",)
Lebih kurang jam 9.00pagi, bas pun mula bergerak. Dalam perjalanan, awal perjalanan, masing2 aku tengok segar bugar. Mana yang dok berjiran bercerita sesama sendiri. Mana yang jauh dari kawan2, melayan perasaan sendiri. Aku mengagak je la kan aku pun tak nampak apa yang jadi pada diorang kat depan. Pasal aku pun da menatok. Ups sori... Kata ratu tido, jadinya aku tido je la. ZZZZZzzzzzZZZ. Mana taknyer perjalanan yang mengambil masa dalam 8jam. Huh lama tu. Kira la pukul berapa nak sampai. Mau kematu buntut. Ups... (",)
Dipendekkan cerita, setelah berjam2 dalam bas, sampai juga kami di perhentian ini. Hentian apa? Rahsia. Nanti dulu tau. Jadinya, mana yang nak terkencing, pergi la kencing. Mana yang lapar, pergi la makan. Walaupun dalam perjalanan tadi, bas berhenti dua tiga kali juga. Buang tetap buang isi tetap isi. Ahaks.... Maklum la ada yang tak leh simpan kencing lama2 jadinya kesempatan yang ada, tetap mereka gunakan. Takut nanti ada yang pengsan. Lagi parah... (",)
Sampai pun da lewat petang, terus ke jeti tok li tiket. Haha da agak kat mana tak? Aku tak mau bagitahu tempatnyer lagi. Baca story aku sampai abis k. Dah beli tiket, naik feri. Pemandangan yang indah. Lagi2 waktu petang macam ni. Memang santek (",). Semua ambil peluang bergambar termasuk la aku. Bila da sampai di seberang laut, tanpa menunggu lebih lama, mencari kereta sewa untuk membawa kami semua ke resort yang telah dibooking lebih awal lagi. Hahhaaa... Time nak check in, masing2 macam perak jap. Maklum la mana yang da sampai akan cerita itu ini. Macam aku ni terpegun la jap. Hehehee... (",)
Masing2 da dapat kunci...? Bagus... So jom cari bilik masing2. Hehehee... Aku tengok muka sorang2 da layu. Aku pun tak terkecuali. Kata ratu tido kan. Kikikii... Sampai bilik, aku orang pertama merebahkan diri aku kat atas katil. Fuh.... Lega giler. Dalam kepala hotak ni, da pikir nak kemana lepas ni. Hik2... Sambil berfikir2 aku pun bergolek sana sini. Mana yang sebilik dengan aku ambik kesempatan untuk mandi. Melekit kata diorang. Aku masih lagi berguling2 atas katil. Sampai aku terlena... (",)
Tiba2... "Awak bangun, da pukul berapa ni..." Aku pun terjaga dari tido. Bila aku terjaga, aku terpinga2 jap. Eh bukan ke tadi aku kat resort...? Kenapa aku kat rumah lagi ni...? Aku pandang sekeliling. Memang rumah aku. Aku tersenyum seorang diri. Aku terus masuk bilik mandi. Aku masih tersengih waktu mandi tau. Aku ketawa sendiri bila mengingatkan kejadian yang berlaku sebentar tadi... Hahahaha... (",)
Korang nak tahu aku kemana. LANGKAWI. Punya la aku teringin nak pergi Langkawi, sampai termimpi2 aku. Lawak2.... Hihiii... Mimpi da sampai ni, realnyer bila lak nak sampai eh... (",)
P/S Huish kena plan nih... Sapa nak bawa aku ni... (",)
aku kira...aku telah ditinggalkan...kot la..selama gua sakit masuk spital..korang bersuka ria meninggalkan aku ke pulau...rupanya kamu mimpi ya mcik....
ReplyDelete..ceh!! btw...gud story... :)
nnt kita g la langkawi for real...
wahahahhaaaaaa
ReplyDelete