♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #66

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, October 30, 2012

2nd cake from MK's

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Menyambut ulang tahun bersama family itu sudah wajib. Seperti tahun-tahun yang lepas, asalkan hari kelahiran je, mesti I akan ambil cuti. Samada bercuti di luar kawasan, ataupun bercuti di dalam kawasan. Tahun ini, memilih untuk tidak kemana-mana, dan lebihkan waktu bersama keluarga. Sayangnya keluarga ini.

Sehari sebelum jatuhnya hari ini, I ada call Mama. Seperti biasa, meminta Mama untuk masakkan makanan kegemaran. Yes, Mama akan buatkan walaupun beliau mengaduh penat. Itu la Mamakan. Sanggup lakukan apa sahaja.

Bila bergurau dengan Mama, "Mana kek?". Terus Mama jawab "Pandai buat kek kan, buat la sendiri". Glup, sentap gegurl dengan kata-kata itu. Namun, sungguh dalam hati, tidak la mengharapkan apa-apa. Melainkan bersyukur kerana masih berkesempatan untuk menjalani detik-detik kehidupan sehingga kini. Amin.

Sehingga ke petang, dikala hujan lebat, kepulangan adik lelaki, Lye bersama dua pan pizza, dapat menghidu drama yang disembunyikan oleh MK's. Terus, Mama memanaskan kuah laksa, di ikuti dengan hidangan yang lain-lain. Mengambil langkah buat tak tahu. Let them surprise me. Eceh.

Taraaaaaaaaaaa. Tangisan dalam hati yang tak mungkin orang lain dengar. Tersentuh jiwa ini.


Tengok lilin dah tahu umur I kan. Ye, I sudah pun masuk ke alam 31tahun. Masa sangat berlalu dengan pantasnya.


The sweet brother I had ever. Thank you for everything. I love you.

Dalam keadaan gelap terang gelap terang dek kerana peti DB terbakar. Upacara memotong kek berlangsung dengan jayanya. Macam Halloween pun ye. Cuma tak de costumes. Heheee

Bubbye!!!

Monolog: Bersyukur dengan apa yang ada.

Happy Birthday to me ♪♬

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Memilih untuk tidak menyambut ulang tahun kelahiran tahun ini. Alhamdulillah, kali ini diperkenankan :D.

Bersyukur kepada yang Esa, diberi kesempatan untuk melalui detik-detik kehidupan sehingga ke hari ini. Bersyukur juga, dikurniakan Mama dan Ayah yang sentiasa berada disisi. Juga dikurniakan adik-adik yang macho dan gagah. Jauh dimata dekat dihati. Menikmati erti kesyukuran dengan lebih bermakna. I love MK's.

Tak lupa juga, terima kasih kepada yang Esa, dipinjamkan sahabat-sahabat yang sangat cute miut. Kegilaan mereka, buat diri ini rasa berharga. Ketawa bersama menangis bersama. Mohon pada yang Esa, diberkati silaturrahim ini.

Subuh-subuh dikejutkan dengan sepotong kek. Alaaaaalaaaaa sweetnya housemate I ni. Tak nampak pulak kek ni dalam peti ais, sebelum masuk tidur malam tadi. Bijak eh sorok kek. Tauceh laaa!

I'm so touched when I received this text...

"Hey my lovely sis, here I want to wish a happy birthday for you. Wish you may a better life from a past. Ignore all the bad things that's come to you and make a happy life. I love you and respect you in all of my life. Sorry for my bad english, just wanna say that I love you so much !!! U are the great sister in my life !! Muahhh. Enjoy ur birthday :)! Lil brother Ezzy"

Monolog: Today is my birthday! :D

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 29, 2012

I wish to have something...

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

I can...


I can...


I can...


I can...


(", 

Monolog: Gedik!!

Resepi: Rendang Ayam Hijau

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Resepi Rendang Ayam Hijau

Bahan-Bahan
·                     1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
·                     250 ml santan
·                     2 sudu besar kerisik
·                     Garam dan gula secukup rasa
·                     2 keping asam gelugor
·                     2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
·                     1/2 cwn minyak utk menumis
·                     sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
·                     4 batang serai-hiris halus
·                     1 inci halia
·                     1 inci kunyit hidup
·                     1 inci lengkuas
·                     30 biji cili padi hijau
·                     4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
·                     10 biji bawang merah
·                     1 labu bawang besar-Yatie tambah
·                     5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
1.                   Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
2.                   Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
3.                   Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
4.                   Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
5.                   Sedia untuk dihidangkan.

Resepi adalah hasil peng-googelan dari blog yatiememories.blogspot.com. Thank's sebab sudi share resepi. Inilah hasil dari air tangan I. Heheee


Monolog: I memang suka memasak lately ni ;)

Sunday, October 28, 2012

DND my Weekend!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Monolog: 2days to go!

Saturday, October 27, 2012

Mulut oh Mulut

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Manusia kini, nyata dan realiti.



Mulut tempayan boleh ditutup. Mulut manusia memang tak boleh tutup. Apatah lagi bila seseorang itu mahu berubah dan mengubah kehidupan dari yang kurang baik ke arah yang lebih baik. Lagi-lagi bila kehidupan kini tidak ada kaitan lagi dengan manusia-manusia sebelumnya. 

Tak kurang juga, dengan sikap tindas menindas, dan melarikan diri dari perkara yang sepatutnya diselesaikan. Diam adalah cara yang paling terbaik untuk berhadapan dengan manusia-manusia ini. Balas kembali serangan? Tak perlu, kerana kehidupan ini senantiasa berputar. Sekarang mungkin mereka bahagia dengan kehidupan sekarang, akan datang belum tentu kebahagian itu milik abadi. 

Yakin dengan diri sendiri benar, tidak perlu rasa takut dengan cerita, ugutan malah segala ancaman yang cuba dihamburkan, itu sudah cukup. Percaya atau tidak percaya manusia sekeliling dengan perubahan yang dilakukan, itu terbuka kepada tahap pemikiran masing-masing. Hidup ini mendewasakan, bukan merendahkan akal dan fikiran.

Peringatan juga untuk diri sendiri. Moga hidup ini dirahmati.

Monolog: 3days to go!

Menu Raya!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Back to work selepas bercuti selama sehari. Ye, sehari je dah cukup la. Tak kemana pun. Nak balik kampung, Ninda dan Tokda takde kat kampung. Masih ditanah suci. Lagipun Ayah ada tugas yang perlu diselesaikan di sini. Buat sanak saudara dikampung tu, Selamat Hari Raya!

Tahun ni, tahun I nak asah skill yang memang dah lama terpendam dilubuk hati. Lebih kepada berdikari, lebih kepada cubaan sendiri. Nak mengharapkan orang lakukan untuk kita, tidak berkubu langsung dalam hati. Pun kalau yang ada nak offer, I lebih suka menolak dengan baik, dan harap penolakan itu diterima positif.

Yehaaa!

Intro yang cenderung kepada perubahan diri. Eceh! Sangat bersemangat oke. Aidiladha disambut dengan cara bersederhana. Tidak pulang seawalnya ke rumah keluarga yang hanya mengambil masa selama 15minit. Malah malam raya, masih berada dirumah berasingan dan lakukan experiment kepada skill sendiri. Apakah ia? Teruskan bacaan ye.

Memilih Aidiladha sebagai hari pencubaan untuk memasak juadah raya. Ye, ianya benar. Tidak berbohong atau pun menjadi seorang yang propa.


Taraaaaa memilih Rendang Ayam Masak Hijau sebagai menu utama. Jarang sekali keluarga MK's masak rendang hijau. Tapi kali ini, I sajikan rendang ayam hijau untuk mereka.  Boleh ke, I pikat selera MK's? Walaupun ianya hijau, tapi percayalah tidak pedas langsung. Sengaja memilih untuk tidak pedas. Tapi, rendang yang marbles dan terangkat bila masuk dalam mulut adalah rendang yang pedas. Kan kan. Lain kali, I akan buat pedas-pedas.


Sambil masak rendang, sambil itu la membancuh bahan-bahan nak buat kek. Dah terror buat kek marble, maka kek marble aje la yang I bancuh. Walau sebenarnya, jauh disudut hati nak buat kek yang lain. Tak mengapa, kek tersebut boleh tunggu. Heheee.


Tak lengkap menu, tanpa ketupat dan nasi impit. Pun I meroyan nak buat sendiri juga. Kalau lemang diizinkan, I nak juga merasa buat lemang. Nah! Kan dah over sangat disitu. Heheheee

Sekian sahaja, cerita raya I.

Cerita raya uolls?

Monolog: Tenang ;)

Friday, October 26, 2012

Fantastic Baby ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aidiladha 1433/2012

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Semangat untuk bercuti sudah ada kan? Oh yes! Balik kampunggggg oooooo balik kampung~~~

Ibadah korban rancak dilakukan disana sini. Berekor-ekor lembu dan kambing sedang bersyahdu syahdan kerana dikorbankan. Niat untuk melakukan ibadah korban tahun ini, ditangguhkan.



Harap-harap, tahun hadapan dapat menunaikan ibadah korban. Insyaallah.

Monolog: 4days to go!

Thursday, October 25, 2012

Bila Mama main Android ;))

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cute!!! Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut I bila adik I beritahu Mama kepingin pakai Android.


Nampak tak reaksi terujanya Mama main tekan-tekan touch screen tu?? Cutekan?? Now I know, where is cute character come in from. Hehe.

Bila my brother suruh dia tekan-tekan touch screen tu, orang pertama yang menjadi testimonial Mama adalah myself. Nak tahu apa dia hantar?

"Salam, Akak bawakkan Mak ubat selsema"

Sebagai anak, sure I while respond text tersebut. Bila yang respond itu adalah my brother dan beliau explain yang text tesebut adalah tester dari Mama, I terus gelak besar. My Mom and her cute character. I love U Mom.

Tak sabar nak balik ke rumah esok!!! I miss my family so much.

Monolog: 4days to go! 

Promosi Hampir Tamat : SOULMATE PHOTOGRAPHY

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, October 24, 2012

Convocation Photo Packages : SOULMATE PHOTOGRAPHY

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Istimewa untuk para graduan yang baru atau bakal menamatkan pengajian. Kami di Soulmate Photography menyediakan Convocation Photo Packages untuk anda. Abadikan kenangan indah sewaktu di Uni secara perseorangan atau berkumpulan. Gambar-gambar yang diambil boleh dijadikan album atau frame. Boleh juga disimpan dalam bentuk DVD. 

Untuk keterangan lanjut, hubungi nombor yang tertera. Like Facebook SOULMATE PHOTOGRAPHY

Cepat jangan ketinggalan.

We See, We Speak, We Aware.

Wordless Wednesday #65

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Monday, October 22, 2012

NuffnangX? Apa tu???

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Ini untuk pencinta belog aje oke.


Satu lagi cara mudah untuk melihat belog kusam ini untuk semua my lovely followers. Ada takde, mesti ada. Kalau takde, jumlah RM yang terkumpul takkan naik ye dok. Sekali-sekala jengah duit tabung naik aje RM itu. Ehem, rezeki tersembunyi. Mekasih ye pembaca. ;).

Siapa yang dah daftarkan diri kat Nuffnang, mesti tau akan kehadiran NuffnangX ni. Buat blog, tapi belum daftar? Daftar la uolls. Dengan mendaftar, banyak benefit yang tersembunyi tanpa uolls sedar. Tau2 ada income masuk. Rezeki, siapa taukan?.

Berbalik pada tujuan I berceloteh pagi Isnin ni. NuffnangX? Apa tu???

NuffnangX adalah satu aplikasi baru, dimana uolls boleh buka belog kegemaran tanpa memberatkan belog yang uolls nak baca melalui telipon bimbit  uolls. Sama macam uolls download twitter or FB la. Uolls follow, uolls leh tau update. Tak follow, kena la follow baru leh tau update. Bezanya, NuffnangX ni, untuk pencinta belog. Yang best, I boleh reply semua komen dengan mudahnya menerusi telipon. Tak payah nak tunggu duduk depan laptop and reply. Cuma download je aplikasi ni kat telipon bimbit uolls. Free untuk Android dan Apple. Yang lelain kena bayor kot. Ok? Faham? Penjelasan yang simplekan?

Dengan kata lain, tak claim, takleh la nak promote belog uolls tu. Claim dulu.

Macam mana nak claim?


Ada account Nuffnang? Login la macam biasa. Ala macam mana uolls mak check RM yang terkumpul. Login oke.Dah login? Scroll la kat bawah tu. Ada nampak NuffnangX. Klik la kat situ.



Dah buka? Klik la Claim your blog.


Dah klik, klik pulak 'Claim your blog now'


Dah klik, uolls letak la nama blog korang.


Kemudian, tekan la claim.


Ikut aje apa yang dia kata, kemudian akan kuar satu kod.


Copy kod, dan tepek la kat mana-mana blog uolls.

Kemudiannya, buka Dashboard--->Layout--->Add Gadget--->HTML/JavaScript---> Tepek la kod tadi.

Siap! Jangan lupa save. Dah daftar, jangan lupa cari belog I. U follow I, I follow U.

Muah!

Monolog: 8days to go!

Friday, October 19, 2012

Ratu di Hatiku ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday #64

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, October 16, 2012

Karipap Sardin!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lately ni, I suka naaa makan karipap. Entah kenapa, asal pagi je, mesti cari karipap. Karipap, karipap dan karipap. Kalau tak dapat karipap, macam rasa tak sempurna hidup. Eh boleh gitu? Mengada-ngada betul nafsu mengada-ngada sekarangkan. Oh tak mengapa, asalkan tidak membebankan orang lain.

Karipap pun selective. Mesti dapatkan karipap sardin. Kalau beli karipap, mesti interview akak jual kuih tu. "Ni karipap apa kak?" Kalau jawapannya lain dari sardin, ini pulak yang I cakap "Akak memang tak jual karipap sardin ke? Jual la mesti saya beli hari-hari". Boleh kan buat macam tu. I kan customer. Bila tak dapat, mula kempunan. Poyo!

Oleh yang demikian, bila dah suka dan benda tu susah nak dapat, I cari pendekatan untuk diri iaitu try and error. Mula la nak buat sendiri. Mula la cari itu, cari ini. Mula la nak mencabar diri. Mula laaaa segala-galanya. Siap sms Mama macam mana nak buat. Oh damn! Anak dara tak reti buat kuih. Sedangkan Mamanya, pakar segala kuih. Oke, tengah malu menyorok kejap. Zasssss

Cak! Sudah keluar dari tempat sembunyian. Muahahaaa. Jom buat karipap sardin versi resipi I.

Bahan-Bahan 
-Doh-
Tepung gandum
Minyak
Air

-Inti-
1 tin besar sardin
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Serbuk perasa - garam, gula

Cara-cara.
Panaskan minyak di atas kuali. Sediakan tepung gandum didalam bekas untuk menguli. Bila minyak dah panas, tutupkan api. Ambil dua senduk minyak, dan curahkan ke dalam tepung gandum tadi. Agak-agak dah sejuk, gaulkan keduanya. Campurkan sedikit air, sehingga sebati. Doh karipap dah siap.

Untuk inti, tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Selesai menumbuk, tumis bahan tersebut sehingga naik bau. Masukkan air sardin dan sedikit serbuk perasa. Tunggu sehingga mendidih. Sementara itu, isi ikan sardin dilenyek-lenyek. Selesai meleyek, masukkan isi ikan sardin ke dalam kuali. Siap.


Bila dah siap, boleh la mengentel. Nah, proses mengentel sedang berlaku.


Untuk pertama kalinya mengentel. Terasa teruja dengan hasil tangan sendiri.


Jom makan! Explore banyak lagi masakan. Wanita sangat. Bueeek

Bye

Monolog: 14 days to go!

Monday, October 15, 2012

Drama: Adam dan Hawa

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.

~~~ Oh Adam... Cair laaaaa.

Nak tengok lebih, tonton la Adam dan Hawa di Astro Ria. Me takde Astro dirumah, makanya, I hanya tonton secara online. Boleh tonton secara online di www.dailymotion.com. Search la Adam dan Hawa. Senangkan.

Kalau sesuatu drama tu takde lagu tema tak sah kan. Gandingan mantap, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz. Meremang segala bulu-bulu yang ada. Layankan lagu ini. Sobbb sobbb


Monolog: 15days to go!

Saturday, October 13, 2012

Jari Jemariku Sakit T_T

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Jari jari ku sakit semua, kerja bekerja hari hari.. Lalallalalallaaaa <---- nyanyi dengan penuh girangnya!

Poyo giler tajuk diatas. Hari-hari cuci baju dengan menggunakan jemari runcing halus gebu I ni. Oh bajet hots je kata jemari I halus. Harus la memuji diri sendiri. Tapi kan, orang tetua kata, kalau jari dan tangan kasar, menandakan yang sesorang itu sangat rajin buat kerja rumah. Maka dengan ini, I rasa sangat bangga dikategorikan sebagai bakal menantu yang disayangi. Eh menantu? :p


Boleh tak buat house warming nanti, nak request mesin basuh sebiji. Siapa yang sudi, sila la sedekah. Kahkahkah. Cop, jangan la cop I ni tak mampu, tapi anggap la sahaja perkara biasa bila masuk rumah baru. Kebiasaannya, kalau orang masuk rumah baru dan buat house warming, bukan takat datang makan je kan. Datang sekali dengan package barang keperluan rumah. Sorang bawa mesin basuh, sorang bawa tv, seorang bawa kerusi. Eceh, boleh kaaaan.

Orang tak pernah buat, apa kata I buat. Sayang ketat2!

Bye!

Monolog: 17days to go!

Friday, October 12, 2012

Hypoglycemia. Bila ko rasa gigil!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Badan I mengigil!!! Punca? Kenali puncanya.


Hypoglycemia is a condition that occurs when your blood sugar (glucose) is too low.
Blood sugar below 70 mg/dL is considered low. Blood sugars at this level can harm you.

Causes

Hypoglycemia occurs when:
  • Your body's sugar (glucose) is used up too quickly
  • Glucose is released into the bloodstream too slowly
  • Too much insulin is released into the bloodstream
Insulin is a hormone that reduces blood sugar. It is produced by the pancreas in response to increased glucose levels in the blood.
Hypoglycemia is relatively common in persons with diabetes. If you have diabetes and are taking any of the following diabetes medications, you have a risk for low blood sugar:
  • Chlorpropamide (Diabinese), tolazamide (Tolinase), acetohexamide (Dymelor), glipizide (Glucotrol), or tolbutamide (Orinase)
  • Glyburide (Micronase), glimepiride (Amaryl), repaglinide (Prandin), nateglinide (Starlix), and mitiglinide) -- the risk with these drugs is lower, but still possible
  • Insulin
If you have diabetes, low blood sugars may occur when:
  • You take too much insulin or diabetes medicine
  • You don't eat enough food
  • You suddenly increase your exercise without increasing the amount of food you eat
Relative hypoglycemia is a fairly common condition in which a newborn's blood sugar is low. Babies born to mothers with diabetes may have severe hypoglycemia.
Idiopathic hypoglycemia is hypoglycemia that occurs without a known cause. People with this type of hypoglycemia do not have diabetes.
Hypoglycemia may also be caused by:
  • Ingestion of alcohol
  • Insulinoma - a tumor in the pancreas that produces too much insulin
  • Liver disease

Symptoms

Symptoms you may have when your blood sugar gets too low include:
  • Cold sweats
  • Convulsions
  • Double vision or blurry vision
  • Fast or pounding heartbeat
  • General discomfort, uneasiness, or ill feeling (malaise)
  • Headache
  • Hunger
  • Irritability (possible aggression)
  • Nervousness
  • Shaking or trembling
  • Sleeping difficulty
  • Tingling or numbness of the skin
  • Tiredness or weakness
  • Unclear thinking
Sometimes your blood sugar may be too low, even if you do not have symptoms. If your blood sugar gets too low, you may:
  • Faint
  • Have a seizure
  • Go into a coma
Other symptoms that may occur with this disease:
  • Decreased alertness
  • Different size pupils
  • Dizziness
  • Hallucinations
  • Memory loss
  • Muscle pain
  • Paleness

Exams and Tests

Home monitoring of blood sugar will show readings lower than 70 mg/dL.
Serum glucose test will be low.

Treatment

Treatment depends on the cause.
If you have diabetes, check your blood sugar level whenever you have symptoms of low blood sugar. If your blood sugar is low (70 mg/dL), you need to treat yourself right away.
Eat something that has about 15 grams of carbohydrates. Examples are:
  • 3 glucose tablets
  • A 1/2 cup (4 ounces) fruit juice or regular, non-diet soda
  • 5 or 6 hard candies
  • 1 tablespoon sugar, plain or dissolved in water
  • 1 tablespoon honey or syrup
Wait about 15 minutes before eating any more. Be careful not to over-treat by eating too much. This can cause high blood sugar and weight gain.
Persons with severe hypoglycemia are treated with glucose injections or the hormone glucagon. Immediate treatment is needed to prevent serious complications or death.
Preventing low blood sugar is better than having to treat it. When you exercise, check your blood sugar levels. Make sure you have snacks with you if you take insulin or other medicines that lower your blood sugar.
Ask your doctor or nurse if you need a bedtime snack to prevent low blood sugar overnight. Protein snacks may be best. Do not drink alcohol without eating food. If you do drink, have only one or two drinks at the most.
Your doctor may tell you to change your diet so that you get more even amounts of glucose into your body throughout the day. You may be told to eat small, frequent meals with complex carbohydrates, fiber, and fat and to avoid simple sugars, alcohol, and fruit juice.
You should also eat meals at regular intervals, and balance extra exercise with extra food.
If hypoglycemia is caused by an insulinoma (insulin-secreting tumor), surgery to remove the tumor is the best treatment.

Possible Complications

Untreated, hypoglycemia from too much insulin can lead to loss of consciousness and coma. Severe hypoglycemia is a medical emergency that may result in seizures and permanent damage to the nervous system if not treated. Severe hypoglycemia that results in unconsciousness is also called insulin shock.
Learn to recognize the early warning signs of hypoglycemia and treat yourself quickly and appropriately.

When to Contact a Medical Professional

Go to the emergency room immediately or call a local emergency number (such as 911) if early signs of hypoglycemia do not improve after you've eaten a snack containing sugar.
Get immediate medical help if a person with diabetes or a history of hypoglycemia loses alertness or if you can't wake them up.

Prevention

If you have diabetes, make sure you follow your doctor's advice regarding diet, medications, and exercise.
If you have a history of hypoglycemia, you should keep a snack or drink containing sugar available at all times to take as soon as symptoms appear. If symptoms do not improve in 15 minutes, eat more food. A glucagon kit is available for those who have episodes of hypoglycemia that don't respond well to other types of treatment.


Oleh yang demikian, I just took one cube of sugar. Ohla! Mulut rasa sweet sangat. Perkara ini sering kali berlaku pada diri I. Dimana, I sangat kurang makan manis2, lebih kepada ala kadar. Family I kuat penyakit kencing manis, jadi I mencegah sebelum parah. Bila dah menggigil gini, kelam kabut la mencari gula. Maka dengan itu, I akan bekalkan satu bekas cube gula untuk I kunyah2. Hebat kunyah gegula. 


Pada yang ada kencing manis, tak payah gegatal nak jadi hero macam I. Miauuuu

Bye!

Monolog: ..........

Teman Penganti ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, October 11, 2012

Drama: Julia- If only I could turn back time ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


I minat dia. Dia yang I maksudkan adalah Nabila Huda atau nama manja Abil. I suka lakonan dia. Sangat-sangat suka dengan lakonan dia. Sangat-sangat geram tengok bibir dia. Walau tak seksi, bagi I, dia tetap seksi. Auummm.

Sedikit sinopsis tentang drama Julia ini.

Drama 28 episod ini mengisahkan cinta tragis di antara Julia dan Amir yag bermula semenjak di alam universiti. Kisah bermula apabila Amir (Fizo Omar) telah dikecewakan oleh gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) dan suratan itu telah menemukan hati Amir kepada Julia (Nabila Huda).

Amir dan Julia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Selepas tamat pengajian, mereka berdua kembali ke Malaysia dan Amir mula bekerja di Kuala Lumpur manakala Julia bekerja di Teluk Intan. Walaupun masing-masing telah bekerjaya namun Amir masih tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana mahu membalas jasa kedua orang tuanya dahulu dan memenuhi impiannya.

Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia tambahan pula kini Sofia muncul kembali dalam hidup Amir sebagai rakan sekerja. Setiap kali Julia mengajukan soalan perkahwinan kepada Amir pasti kekasihnya itu akan memberi pelbagai alasan. Bagi Julia, Sofia merupakan punca Amir menangguh perkahwinan mereka. Julia menganggap hubungannya dengan Amir tiada jodoh lantas dia mengkhianati hubungan 8 tahun bersama Amir dengan menerima Azwan (Azlee Khairi) sebagai suaminya.

Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan semenjak dari itu dia semakin menumpu kepada kerjayanya sahaja. Dalam pada yang sama, Sofia memulakan langkah untuk menawan semula hati Amir. Kehidupan Amir mula berubah. Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula membayar cinta seorang demi seorang untuk menjadi temannya.

Amir sering mendapat nota yang mempunyai kata-kata semangat dari seorang yang tidak dikenali. Tetapi lama-kelamaan Amir mendapati bahawa Nurain (Fouziah Gous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang menghantar nota-nota itu. Amir mula berkawan dengan Nurain. Sementara itu, Julia telah bercerai dengan Azwan. Mengapa Julia diceraikan? Adakah selepas bercerai, Julia akan kembali semula kepada Amir? Di antara Sofia, Julia dan Nurain, siapakah yang bakal menjadi penyeri hidup Amir? Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan drama bersiri JULIA di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang hanya di TV3!

Terlepas menonton? Klik aje, tonton.com.my. Jangan lupa register tau. Miauuu

Monolog: 18 days to go!

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday #63

1 comment:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Monday, October 8, 2012

Oat, memang berkesan

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Dahulunya, I tak percaya oat boleh menurunkan berat badan. Jadinya I sambil lewa je dengan nasihat Puan Boss. Tapi, bila rasa berat badan tak tertanggung, I mulakan diet dengan penuh serius. Ye, sedang serius lakukannya. ^^


Dengan 3sudu oat, dicampur dengan instant soup, I berjaya menahan perut tanpa memikirkan nasi. Yes, kalau boleh, I memang akan avoid diri ini dari makan nasi. Tapi, kalau sudah terhidang atau terbeli, jamah la juga walau sesudu dua. I juga avoid diri I dari makan daging merah. Atau segala daging yang ada. Juga, avoid diri makan seafood yang memang senantiasa menyelerekan. Mencuba untuk jadi seorang yang vegitarian. Lebihkan sayur dan juga buah-buahan. Yang paling penting, I disiplinkan diri tidak makan sebarang makanan yang berat selepas pukul 7.00malam. 

Tidak hanya bergantung pada oat semata, macam iklan kat Hotfm, Siti Nurhaliza ada kata "20minit cukup, parking jauh sikit dan berjalan". Nah! Kalau I tetiap pagi menolak kereta yang block Sexy baby I, ditambah pulak dengan I turun dan naik tangga dari tingkat 6 ke tingkat 11 <--- kalau ikut hati, dari ground floor nak naik tingkat 11. Sesekali, bangun awal dan jogging seawal 630pagi. Dibantu pula dengan suplement tambahan yang diambil seminggu 2kali, membuatkan I rasa sangat berkobar2 untuk menurunkan berat badan dengan serius.

Kesannya, selepas dua minggu, I berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg. Wow, satu tindakan positive, untuk diri sendiri. I suka!!!!

I sedang mencabar diri selama 3bulan. Insyaallah.

Monolog: 22days to go!

Friday, October 5, 2012

Gangnam Style ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, October 4, 2012

Selamat Jalan Ninda dan Atokda

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

02 October 2012


Entry yang lepas, I ada bercerita tentang Panggilan Haji :). Bertempat di Tabung Haji Kelana Jaya, sebahagian keluarga di pihak Mama berkumpul untuk menghantar Ninda dan Atokda yang akan mengerjakan haji. I yang sedang berkerja, dan ditakdirkan shift full hari ini, sudah gundah gulana. Berharap agak dapat menjenguk Ninda dan Atokda walaupun sekejap.

Berkat berdoa, dan berharap dapat pulang awal, dimakbulkan olehNya. Alhamdulillah, bersyukur yang tak terhingga. Dengan segeranya, minta bantuan rakan baik untuk dihantarkan ke Tabung Haji.

Gambar Atokda tidak sempat dirakam, kerana sedang bersiap sedia dengan ikhram. Moga-moga mereka berdua selamat, dan memperoleh haji yang mabrur. Insyaallah. 

Monolog: 26 days to go!

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday #62

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Monday, October 1, 2012

Hello October

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.


Monolog: 29days to go ;)
Related Posts with Thumbnails