♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, May 31, 2013

SDF: Festival Belia Putrajaya 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

25-Mei-2013

Mood bercuti masih ada, jadi mari la kita berjalan-jalan.


Nak tengok KJ dari jarak dekat punya pasal, aku dengan sanggupnya nak merayap kat Festival Belia Putrajaya ni. Tapi dekat tak berapa nak dekat la juga, bila hujan renyai-renyai menganggu aku yang nak melepok depan stage. Siapa yang tak kenal KJ ni kan, Menteri Belia dan Sukan yang baru. Boleh tahan smart gak la KJ ni. Ye kan??? Terima kasih kerana korang sudi mengangguk-angguk setuju.


Sementara menunggu yang lain datang, sempat juga la nak bergambar bersama. Mengharapkan bila jumpa mereka yang lain nanti bergambar lagi. Keadaan cuaca yang tak mengizinkan dengan diikuti lelah dan penat berjalan, semuanya terlupa. 

Bye!

Monolog: True happiness is to enjoy the present, without anxious dependent upon the future ;)

Pesta Buku SACC 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

24-Mei-2013


Dahulunya pesta buku ni berkampung di PWTC. Aku tak sempat nak terjah. Bila dah dekat dengan rumah aku, dan kebetulan aku cuti, aku terjah la ke sini.


Melangkah masuk je kekawasan pameran ni, tempat pertama yang aku terjah adalah Kedai Fixi. Oh well sejak dua menjak ni aku sangat teruja dengan penulisan dari Fixi. Makanya aku akan pastikan yang aku tak mist setiap koleksi keluaran mereka. Setakat ini aku dah ada hampir 10buku fixi. Nah!


Hasil tangkapan yang aku dapat sepanjang disana. Aku bukan jenis yang akan pusing habis kalau pergi mana-mana pameran. Cukup aku tau mana port, barang apa nak beli, aku grab dan aku blah. Kalau ikut nafsu semua benda yang ada kat situ aku beli. Well, kawal la nafsu dari makan roti dihujung bulan ye. Haha

Bye!

Monolog: Setakat ni, aku suka tulisan Shaz Johar hehe

30Mei2013 = 23years

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

"On your Birthday I want to say that I'm thankful to God for letting me have such a caring brother in my life! May you get the best of everything in life. There's nothing in this wolrd that can compere to have the love of my dearest brother. Have a happy and fun-filled Birthday! I love u Ezzy ;)


Antara dua hobi yang memang disukai, drum dan camera. 


Aku harap dia suka. Itu aje yang termampu. Mama siap masak rendang ayam, pulut kuning, dan apam untuk dihantar ke masjid, untuk majlis doa selamat untuknya. Moga-moga segala urusan beliau diberkati. Amin.

Bye!

Monolog: Red velvet coklat memang sedap ;)

Puan Boss Birthday :: Paradise Island Cake

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hollaaaa! Apa khabar sekalian? Moga-moga semuanya okey dan sihat-sihat sentiasa. Tak sihat pergila dapatkan rawatan dengan segera. Jangan di biarkan melarat sakit itu. Nanti diri sendiri juga yang susah. Susah nak bergerak, susah nak cari rezeki.

13Mei2013 genap 50tahun usia Puan Boss aku. Bila sebut soal birthday, aku yang mengenali dan sentiasa berurusan dengan owner B'Jewel Cuppies, menempah kek yang lain dari kedai kek yang sedia ada. Creativity owner B'Jewel Cuppies ni tak dapat dinafikan. Sentiasa berada ditahap kepuasan hati-an aku ni. Maka dengan itu, terima kasih daun keladi, lain kali aku mesti tempah lagi.

Lihat la reaksi Puan Boss aku dihari kejadian.

video

Million thanks buat Kak Rose. Moga-moga kita akan terus berurusan lagi. Insyaallah amin.



Happy Birthday Puan Boss, 50years :: 18years with 32years experience. I love u ;)

Bye!

Monolog: Salute dengan Puan Boss, 50 tahun tetap mantaine huhuuu

Just Give Me A Reason ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, May 29, 2013

Wordless Wednesday #96

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, May 24, 2013

Relakan jiwa ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday #95

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Monday, May 20, 2013

SDF: Universal Studio Singapore

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sabtu-11-May-2013

Trip bertujuan untuk syok-syok dan me-releas tension yang ada. Pun begitu, kawalan diri sendiri yang masih berkabung, tetap terjaga.

Okey, itu adalah mukadimah aku sebelum aku rancak menaip. Sememangnya aku akan mulakan tarian jari aku ni dengan bahasa-bahasa yang sangat straight to the point, sebab aku tak mahu disalah anggap. Tapi kalau masih ada yang tersalah anggap dengan tarian jari aku ni, aku minta maaf diawalnya. Aku tak perfect mana pun.


Here we are. For the first time jejak kaki ke kota Singapura. Maka keterujaan pun sangat-sangat teruja sampai tak terkata.


Wajah-wajah terujanya kami hahhaa. Muka masing-masing pun masih fresh. 


Bukti pembelian. Wehooo yes, nampak kat situ hanya ada enam tiket sahaja. SDF kan ada tujuh, komitment dengan keluarga yang seorang lagi tidak mengizinkan dirinya untuk turut serta. Tidak mengapa, lain kali ada rezeki pastinya akan datang lagi.

Kalau dah masuk ke dalam ni, dah tentunya tak tahu nak pilih yang mana. Kalau ikutkan nafsu nak aje cuba keseluruhan yang ada. Tapi, waktu mencemburui aku dan yang lain-lain. Makanya hanya empat tempat ini menjadi sasaran kami.

i) Revenge of the Mummy™ 


Pengalaman aku...

Ikut kata-kata orang yang beratur kat belakang aku, masing-masing rasa gerun. Ada yang patah balik tak sanggup nak hadap sebab takut. Tapi itu tak menggugat aku untuk patah balik. Dah penat-penat beratur panjang walaupun sejuk ber-aircon waktu beratur, tapi seram-seram sejuk itu ada. Tapi itu bukan penghalang. Ketakutan harus la dicabar. Dah macam iklan Fear Factor pulak. 

Aku kategorikan sebagai permainan yang menguji tahap kekentalan mental dan emosi. Kalau hati tak kental aku nasihatkan jangan naik. Boleh pengsan kalau iman tak kuat. Agaknya lah kan. Revenge of Mummy ni lebih kurang macam roller coaster, tapi dalam versi in-door dengar gambar-gambar yang gerun dan menakutkan yang boleh korang berimaginasi secara automatic. Layan klip kat bawah ni. 


Korang berani???? Aku dah atasi ketakutan aku. Takde la takut mana. Aku jerit kuat-kuat lagi ada, bukan takut tapi itu lah cara menjerit yang paling berkesan dan puas. Sebab jerit itu beramai-ramai. Huahahaaa 

ii)TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle 


Pengalaman aku...

Aku puas menjerit untuk kali kedua. Selama ni, dok admire dengan super hero transformer tu melalui movie-movie yang pernah aku tonton. Kali ni aku join dorang menyelamatkan dunia gitu. Sedikit gerun dengan 3D yang konon-kononya berada diparas ketinggian yang tak tercapai akal. Padahal, aku hanya berada dibawah, yang mungkin sama level dengan skrin. Ye, aku dengan ketinggian belum berada di level serasi bersama. Aku memang gayat. Dan aku takut pada ketinggian. Layan klip jom.


Aku rasa macam nak beratur lagi. Tapi mungkin beratur di hari, waktu dan tahun yang lain. Hehehe

iii) Madagascar: A Crate Adventure 





Pengalaman aku...

I like to move it move it. Siapa yang tak tahu lagu ni??? Siapa yang tak suka dengan mereka-mereka ni??? Alex, King Julien, Gloria, dan The Penguins Skipper, Kowalski, Rico, Private. Jangan tanya aku yang mana satu nama-nama penguin itu. Sebab aku sendiri tak tahu nama yang mana mewakili penguin yang mana. 


Lepas tadi dok jerit-jerit, kasi cool sikit dengan gelagat mereka-mereka ni. Enjoy!

iv) Shrek 4-D Adventure



Pengalaman aku...

Terus terang aku tak pernah nak tengok atau mengikuti kisah Shrek dam Fiona ni. Tapi aku pernah tengok karektor kedua pasangan berwajah hijau ni di iklan-iklan. Bestnya layan 4D ni, sebab boleh duduk macam tengok wayang. Di selang selikan dengan semburan air, yang seakan-seakan berada di dunia fantasi. Layan klip ni eh...


So sweet kan... Berangan tak sudah.

Yeah! Kami memang budak-budak. Dulu diwaktu kecil tidak merasa akan semua ini. Jadi alam dewasa ini membuatkan kami lagi terbuka untuk meneroka segalanya. Sedari zaman kanak-kanak ke zaman seterusnya. Yang penting happy!!! Lupakan segala duka nestapa seketika. 

Waktu untuk pulang. Semoga kita jumpa lagi Singapore.

Bye!

Monolog: Letih tapi menghiburkan. 

Sunday, May 19, 2013

Ulang tahun kelahiran yang ke...?

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Ahad-12-May-2013

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran housemate aku yang ke 32 tahun. Aku memang tak plan nak menyambut ulangtahun kelahiran dia. Cukup aku dah bawa di ke Kota Singa, tempat yang dia sendiri kepingin mahu jejak. Buku merah dah ada, bila ada offer ajak kesana, zassss aje la.

Niat pada mulanya nak makan angin ke Pantai Timur. Nasib tak menyebelahi aku, bila resort yang dipilih fully booked. Maka dengan itu, memang cancel secara tak langsungnya untuk memandu selama 8jam kesana.

Mari tiup lilin yang pertama...

Nak dijadikan cerita, Kakak aku turun ke Kuala Lumpur. Aku sendiri tak tahu yang dia nak datang kesini. Tau-tau dia dah call dan set for lunch. Tak fikir panjang, jom ajela.


Bertempat di Marche Restaurant The Curve. Lepas makan-makan datang pulak desert dengan lilin. Nah tiup laaaa :D

Selamat Hari Jadi!!!!

Isnin-13-May-2013

Bila dah dijemput turun ke tingkat bawah untuk makan malam, aku dan housemate turun tanpa banyak kata. Tapi hati aku dah berdetik-detik. Samada apa yang aku rasa itu berlaku dari idea secara berkumpulan atau persendirian. Instinct aku ni tak leh dinafikan, kebiasaannya tepat. Tapi aku biarkan sahaja, sehingga segalanya berlaku dengan sendirinya.

Bila terhidangnya, makan malam yang berlaukkan ikan siakap tiga rasa, sayur bayam masak tumis, dan juga ikan bilis berlada aku yang sememangnya dah lapar, menjamah tanpa banyak kata. Aku lihat tidak ada apa-apa yang pelik, dan aku tak dapat nak menghidu apa-apa melainkan bau makanan yang menyelerakan.

Kejutan yang kedua, kan aku dah kata...


Menyanyilah bergabung-gabung semasa kami berempat.

Happy birthday to youuuuuu
Happy birthday to youuuuuu
Happy birthday to EJ
Happy birthday to youuuuuu

Sekian terima kasih. Bye!

Monolog: Semoga panjang umur ya! Xoxo

Friday, May 17, 2013

Bukan Dia Tapi Aku ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Ibu, Mama, Umi, Mami, Bonda...

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

12-May-2013

Lewat buat entry. Itu perkara biasa.

Awal pagi aku dah call Mama aku yang masih dikampung. Siap dengan nyayian kecil buat hiburan hatinya. Pun begitu, aku sedar situasi sedih dan tegang masih terasa disana. Ya masih berkabung bersama keluarga, diatas pemergian adiknya Rabu yang lepas. Maka dengan itu, aku yang sedari awal telah merancang sesuatu untuk Mama, terpaksa membatalkan niat itu. Tidak mahu mengguris hati Mama yang masih lagi bersedih.

Pun begitu, bagi aku bukan hanya tarikh ini yang aku sambut sebagai hari Ibu, malah setiap hari pun bagi aku adalah hari Ibu.

Buat Mama,

Terima kasih kerana Mama sudi berkongsi makanan bersama aku dan memberi nutrisi yang secukupnya semasa aku didalam kandungan selama 9bulan. Terima kasih Mama, yang sanggup bertarung nyawa sewaktu melahirkan aku. Terima kasih Mama, kerana melayani karenah aku waktu pembesaran, persekolahan, dan kedewasaan sehingga kini. Terima Mama kerana tidak pernah putus meminjamkan semangat, kata-kata nasihat, dan didikan yang sempurnanya. Tanpa Mama, siapalah aku. Mama, aku nak kau tahu, kau harta yang palaing bernialai dalam hidup aku. I love you Mama.



Juga selamat hari Ibu buat semua ibu diserata dunia, yang aku kenal dan tak kenali secara langsung.

Bye!

Monolog: Bersyukur pada yang Esa.

Wordless Wednesday #94

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, May 10, 2013

I Knew You Were Trouble¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, May 8, 2013

Wordless Wednesday #93

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, May 3, 2013

THRIFT SHOP ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, May 1, 2013

Wordless Wednesday #92

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Selamat Hari Pekerja

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bulan Mei aka May

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Related Posts with Thumbnails