♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, April 17, 2014

FOTD: G3 Kitchen & Bar, Bangsar Baru

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Ini cerita minggu-minggu-minggu-minggu-minggu yang lepas. Tapuk dalam draft aje. Takde masa nak kasi habis. Oleh yang demikian, masa rehat ini aku manfaatkan dengan menulis. In the mood la konon. Hahaha.

Vote for G3 Kitchen & Bar di Bangsar Baru. Yes! I want vegetarian burger please.

Vegetarian burger??? Sound unique ye kan. Aku pun tak terfikir yang burger tu boleh diadun/buat/masak menggunakan pelbagai jenis sayuran. Aku cuma bayangkan burger vegetarian tu hanya roti dan salad dan tomoto dan sos. Sesimple itu. Tapi siapa sangka yang sebenarnya tidak la seperti apa yang aku bayangkan. Dan rasanya lagi memang terangkat.

Kita mulakan dengan minuman...


Taraaaaa sudah terang lagi bersuluh ini pulak aku show dengan nyata, I'm not alone here. Wink wink. Biasa la kalau kita pergi mana-mana restaurant, kita akan dapat minuman dulu. Pun begitu sebelum disedut, cepat-cepat aku snap gambar. Kalau tidak tinggal separuh gelas dah. Sebab apa? Rasanya sangat sedap giler tau! Kita namakan dia healthy drink, left is Ginger and right is Apple juice. Price? Aaaaa sorry lupa pulak. Next...

Ini cerita sedih ni. Video yang aku rakam tak support handphone aku waktu ni. Maka dengan itu keseluruhan gambar yang aku ambil tidak dapat diselamatkan. Yang ku mampu gambaran yang masih ada didalam memori otak aku ni. Ternyata tidak cukup bahan penulisan ye kan. Tidak mengapa itu maknanya aku kena datang balik ke sini. Oke ayat sedapkan hati sendiri. Bagoooos.

Secara ringkasnya...

First time aku masuk ke dalam kedai ni, aku terasa teruja sedikit. Teruja bukannya apa. Dekorasi dalam kedai ni yang berlainan dari kedai- kedai makan yang biasa aku jejaki. Dengan memperkenalkan open store concept dan open door kitchen, membuatkan aku selesa dan dengan selambanya menjamu mata bagaimana persiapan untuk menghidangkan makanan terus dari dapur (yang sebenarnya husha-husha kot-kot ada chef yang handsome). Jangan tak percaya, chef yang memasak kat dapur itu jugalah merupakan owner kedai ni. Zaman sekarang ni, jarang tauke kedai duduk kat dapur. Lebih suka duduk kat kaunter dan arah-arah staff dihadapan. Heh! Pun begitu, aku salute pada tauke. Semoga terus maju didapur hiks.


Seterusnya sebelum kita teruskan dengan main menu, kita jamu mata dan perut dengan appetizer. Garlic bread. Masa order, aku just assume yang garlic bread ni lembut. Bila sampai aje roti itu, bau semerbaknya memang menambah-nambah selera nak menjamah. Tapi bila makan dan patahkan, keras pulak. Silap aku jugak, order tanpa minta sup. Memang tak order sup pun, sebab macam aku tuliskan tadi, aku assume roti itu lembut. Ada kan garlic break rotinya lembut. Nah! Lain kali datang kena order soup. Cicah dengan mushroom sup terangkat sekali lagi. Next...


Main course Vegetarian Burger. Kat sini, satu lagi frust. Sebabnya aku ambil video juga. Lepas tu take for granted yang aku dah save video tu. Susah-susah aku godek isi kat dalam roti tu untuk kasi terliur orang. Bak aaang!!! Aku tak save okey. Niat tak bagus memang tak diredhai gitu. Memang kena repeat balik la kan. Okey aku cerita pasal burger ni. Sebelum tu, sungguh-sungguh aku nak pesan, datang makan kat sini, pastikan perut tu kosong dan benar-benar lapar. Sebabnya portion kat sini besar-besar belaka. Kalau tidak, memangnya tak habis la apa yang kau orang makan. Jangan membazir.


Closed up kasi cantik. Perasan cantik blur pun ada gak kan. Lol!!! Yang kerinting-kerinting tu bukan kentang tau. Tetapi cendawan bulat yang dirombak menjadi kerinting-kerinting ala-ala kentang goreng gitu. Masuk mulut kunyah dengan nikmat, terasa nyamannya masuk ke dalam tekak. Lepas tu, tang burger tu pulak, patty yang digunakan adalah cendawan bulat. Kalau sekali imbas, memang nampak macam patty burger bakar. Warnanya dah seakan-akan sama. Dimampatkan lagi dengan slice tomato nipis diatas dan bawah. Rasanya lemak-lemak masam tu memang perghhh sodap tau. Amboi aku menulis pun dah terliur. Kau orang yang baca rasa apa? Rasa nak lari ke restaurant ni kan. Hah pergi la tak rugi noks!

Terjahla bila kau orang senang.

G3 Kitchen & Bar,
No19, Jalan Telawi 3, 
59100 Bangsar Baru,
Kuala Lumpur.
Tel: 603 2282 9019
Opening Hours: Mon-Fri, 11am-12midnight Sat&Sun, 9am-12midnight

Sekian!

TATA

Monolog: I'M BLESSED TO HAVE YOU OMEEI ;)

Tuesday, April 15, 2014

f8 Photography Studio: Bengkel Asas Fotografi DSLR

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hai there!!!!


"Bengkel Asas Fotografi DSLR .. Pada members yang masih baru dan mencari arah petunjuk dalam dunia dan bidang in, bengkel ini mungkin tepat untuk anda. Di ajar oleh tenaga pengaja yang sangat berpengalaman dan berpendidikkan dalam bidang fotografi. Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.  " Ezzy Gonzalez

Entry tanpa penaja. 

Bye!

Monolong: Hujan

FOTD: Dine with JUMBO Restaurant & Catering Sdn. Bhd

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla there. Amacam sihat semuanya? Alhamdulillah, sihat sentiasa hendaknya ye. Aku? Aku setakat ni, syukur masih berpeluang untuk menikmati keindahan alam dan menghirup udara yang nyaman walau berjerebu, masih mampu untuk meneruskan cabaran-cabaran dan duri dalam perjalanan kehidupan yang telah ditetapkn olehnya. Alhamdulillah.

Siapa rindu tulisan aku? Olo olo kau orang ni buat aku segan je tau. Maaf la, sibuk sikit kebelakangan ni. Sempat juga aku singgah ke belog kusam aku ni, tapi hanya mampu buat draft. Ada idea aku tepek, pehtu aku da kerja, aku save dan tingalkan. Terus terlupa nak sambung cerita sampai la ada yang ingatkan. Aaaahhh so sweet la silent reader, dok reminder aku tok menulis. Tulisan haprak ni yang ditunggu-tunggu. Tengkiu lah. Lap yu depdep.

Baru-baru ni, aku dijemput oleh BrandThis untuk datang ke food review and tester (aku tak tahu macam mana nak terjemahkan dalam bahasa melayu, jadi aku tulis dalam bahasa manglish [melayu+english]). Aku diberi peluang untuk menulis tentang event ini disini belog kusam aku ni, dan aku ditemani adik aku Ezzy dari f8Phography sebagai photographer untuk event ini. Terima kasih diatas kepercayaan yang tak pernah aku terfikir pun untuk buat. Aku menulis belog hanya untuk suka-suka. Tapi bila dapat peluang untuk buat review, aku pun cuba-cuba ajelah. Mohon klik link-link yang aku dah sediakan untuk mengenali lebih lanjut tentang mereka.

Lets talk about the event at JUMBO Restaurant & Catering Sdn. Bhd. Klik link jangan tak klik.

Mungkin ramai yang tak tahu, atau mungkin juga sudah tahu tentang kewujudan JUMBO Caterersyang terletak di Taman Bukit Kuchai, Jalan Puchong ini. Pada yang tidak tahu, JUMBO Caterers merupakan sebuah perkhidmatan katering yang menyediakan pelbagai jenis masakan dari India. Bagi mereka yang mahu kelainan dimajlis keramaian, JUMBO Caterers adalah pilihan yang tepat. Dimana JUMBO Caterers menggunakan pelbagai rempah asli dari India yang jarang terdapat di Malaysia yang dicurahkan kepada kurang lebih 300 menu yang sediakan.

Dengan ber-tagline kan "Great food, wonderful service, appealing presentation & service hospitality at JUMBO you matter" JUMBO Caterers telah terlibat dan selaras dengan F&B memulakan perkhidmatan catering sejak dari tahun 2005. Menyediakan makanan traditional India, JUMBO Caterers mula diterima ramai dan sudah bertapak hampir 3dekad, tidak menggira apa jua majlis keramaian. Untuk lebih memudahkan pelanggan membuat tempahan, pada setiap bulan minggu yang ketiga hari Rabu, JUMBO Caterers akan membuka peluang untuk pelanggan-pelanggan datang merasa makanan yang disediakan oleh mereka. Hanya dengan bayaran RM45.00 seorang, pelanggan yang datang mampu merasa pelbagai masakan, sekaligus membuat tempahan untuk majlis yang mahu diraikan. Secara ringkasnya, chef mereka datangnya dari Malaysia, North India, dan Bali Indonesia.


Sambil makan, sambil itu kita kerja...

Nampak pinggan aku tu? Nak tahu apa yang aku makan dan resultnya? Aku letakkan point-point sesimple mungkin tentang pendapat aku pasal menu diorang eh. Senang nak faham. Kan kan


Menu: Jeera Matha Rice (redwhite), Basmathi Briyani Rice (brownies), Chicken Rendang, Chicken Black Paper, Mutton Rendang, Fish Fillet in Lemon Sauce or Machurian, Mushroom and Capsicum Dry Fried, Ghobi Dry Fried.

Drink: Mango Juice


Komen: 
Jeera Matha Rice rasanya macam nasi minyak. Kalau orang melayu, dia akan pakai warna putih susu atau kuning sebagai pewarna, Jeera pula berwarna putih dan merah.
Basmathi Briyani Rice pulak, rasanya macam nasi herbal dan nasi ni berwarna coklat. Mungkin juga dikalangan yang masak nasi minyak ada letak herbs macam kayu manis, bunga lawang bagai kan, tapi basmathi ni, rasanya lain. Mungkin herbsnya special kot. Aku pun tak pasti herbs apa, jadi kau orang yang nak tau rasanya, boleh la try test dekat JUMBO Caterers.
Chicken/Mutton Rendang pula, memang tak jauh beza dengan rendang melayu. Cuma warnanya tidak la merah seperti cara melayu masak. 
Chicken Black Paper, yang suka hot-hot sesuai sangat. Memang super pedas.
Fish Fillet in Lemon Sause or nama lainnya Machurian yang memang menarik tekak aku bila makan. Pergh!!! Ulang alik meja tambah makan okey. Serious, mana yang biasa makan masakan India, mesti tahu rasanya macam mana. Ada masam manis, lemak semua adalah. Mesti cuba!!!
Capsicum Dry Fried, Ghobi Dry Fried pulak, dimasak dengan menggunakan tepung, bukan tepung gandum ye, special tepung katanya. Tapi aku lupa la tepung apa. Maaf ye ngeee.

Kenyang perut suka hati!!!! Disebabkan perut dah gembira kekenyangan, kita cuci mata makanan dulu oke.





Menu seterusnya... Jengjengjeng




Dessert: Ice Cream Goreng, Mix Fruits.

Dah kenyang, takkan la nak tambah kenyang lagi kan, kita cuci mulut dengan pencuci mulut yang manis-manis gitu. Bukan hanya ini sahaja, pelbagai jenis manisan ada.



Jangan risau, JUMBO Caterers memang halal dan disahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.


More info, klik aje dekat website JUMBO Caterers untuk mendapatkan update terkini.


Klik aje kat JUMBO Caterers dan nikmati lebih 300 menu yang disediakan. Rujuk menu disini okey Menu at JUMBO Caterers


Me and Chitra. Thank you so much. Food soooo yummy! No words to describe. My tummy so happy!


Terima kasih. Sila datang lagi. Hehhehe.

Bye!!!

Monolog: Feel good.

Wednesday, April 2, 2014

BIRTHDAY: Happy Birthday ARIES ^,^

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hello APRIL. Please be nice ya!!!

Bukan nak cerita pasal bulan April. Tapi nak cerita pasal surprise birthday si Aries yang baru berlangsung minggu yang lepas. Ya, I call it last minute planning. Pun begitu Alhamdulillah, aku berpeluang untuk datang dan sumbangkan sedikit keperluan untuk menjayakan majlis. Berjalan lancar semuanya walaupun aku yang paling lewat datang ke majlis.

"Happy birthday sayang. May you have a special birthday filled with everything your heart desire, and may all your birthday wishes come true. Love, peace and happiness always"

Super duper friends (SDF) bergabung setelah sekian lamanya. Ya, keluarga kecil kami sudah pun bertambah. Welcome to the families darling. Credit photo Gyena.

Itu sahaja. Tunggu cerita yang lain hehee

Bye!!!

Monolog: I am a fighter hiks

Tuesday, April 1, 2014

Kata-Kata: Pinjamkan

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bulan
Pinjam kan aku cahaya terangmu
Untuk aku harungi
Hidup gelap ku untuk menuju kesitu

Bulan
Pinjamkan cahaya indahmu
Menemaniku
Demi merasai indahnya berada disitu

Bulan
Jika mampu aku pinta
Sentiasalah disisiku pada tiap malam
Bila mana aku sunyi
Bila mana aku sepi
Bila mana aku resah
Bila mana aku dihurung gelisah
Gelisah menuju ke hari
Hari itu....

Bulan
Ini takdirku
Ini hidupku
Ini jalanku
Terangi kehidupan sementaraku
Terangilah kehidupan nyataku
Disitu yang belum tentu
Penghuni adadi selamanya

Bulan... 

Dengarkah kau bicara kecilku...

Monolog: Dengarilah...
Related Posts with Thumbnails