♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, December 31, 2010

Bye bye 2010 --> Welcome 2011

No comments:
السلام عليکم
Sob sob...
Sedih nak meninggal 2010 yang banyak mematangkan Yy..
Matang dari segi fikiran..
Matang dari degi emosi..
Matang dalam segalanya..
Yy cuba menjadi lebih sempurna dari yang sebelumnya.. Insha Allah

Bersyukur kepada Allah
Kerana Yy berkesempatan untuk menjalani 365 hari dengan penuh tabah
Dengan penuh tenang
Dengan penuh rasa kasih sayang
Dengan penuh tawakal
Dengan penuh redha
Yy akan kekalkan kekuatan ini Insha Allah 

Sangat beruntung
Ikatan kekeluargaan Yy semakin utuh
Walau ada kalanya 
Hati tersinggung
Hati terusik
Hati menangis
Hanya mereka yang Yy perlu
Untuk teruskan kehidupan ini hingga ke akhirnya
Ya Allah jangan KAU tarik mereka daripadaku
Kerna Yy belum sanggup kehilangan
Keluarga Yy sumber kekuatan

Terima kasih pada teman2 di sekeliling Yy
Yang masih teguh disisi Yy
Walau Yy merupakan manusia yang sering mempunyai masalah
Masih disisi memberi kata2 semangat
Masih disisi memberikan kekuatan
Masih disisi saat Yy memerlukan
Hanya Allah yang membalas segala kebaikan kalian

Cinta
Kekal ianya disitu
Jangan kau pergi

Ehek... Sayu pulakkan.. Bye 2010, Welcome 2011 

Stress Out

No comments:
السلام عليکم
Baru pulang dari tengok wayang..

Kecohnya la nak bukti2 bagaikan ^______^



Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah kesinambungan daripada filem seram komedi ‘Zombi Kampung Pisang’. Filem ini masih lagi mengekalkan genre komedi seram seperti sebelumnya, namun begitu filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dengan rambutnya yang mengerbang. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika ingin tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung kemungkinan Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang sememangnya bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada penduduk Kampung Pisang. Sebelum kedatangannya keadaan aman damai, namun begitu sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah

Boleh laaa

Thursday, December 30, 2010

Saya datang..!

No comments:
السلام عليکم
Hujung2 tahun ni la nak main lari2. Penat dah Yy dok cakap bab kerja kan. Tak sudah2 lari sana sini. Cukup2 bebel. Now Yy nak pergi DBKL. Renew lesen. Bos dah kasi duit kalau tak pergi kena potong gaji laks.. Weeeeeee


Esok Cuti..

No comments:
السلام عليکم
Dek kerana Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Jumaat cuti umum.Yeahhh rata2 semua orang suka la kan. Pasal long holiday lagi. Ye, December bulan orang berehat2. Horeyy

Tapi tidak la pada Yy.


Eeeeeeeee banyaknya kertas.. Adakah bermakna cuti umum esok..? Tak bermakna la jawapnya.. Nasib nasib.. 

Gelagat adik2..

No comments:
السلام عليکم
Lihat la gelagat adik2 Yy dengan laptop baru. Kalau la Yy belikan dorang PS3 ke, Xbox sure la, Ayah ngan Mama tak terlayan. Tengok je la dorang ni melepek kat mana..? Dalam bilik Yyokey.. Huhuu

Dan si kenit Ilham ini, pun nak main jugak. Ini anak orang yang Mama jaga. Hurm, lewat mak beliau amik pulang. Jadi Mama malam tadi overtime la..

Menanti2 bila dorang abes main game ni. Sudahnya Yy pun zzzzzzzzzz

Oh Mama

No comments:
السلام عليکم
Kalau pulang umah Mama ni, memang la masakannya.. Uuuuummmph


I Love My Family


Yeahhh Sempat juga...

No comments:
السلام عليکم
Tergedik2 Yy kat klinik ni tunggu masa nak balik. Maklum la, hari ni bola Malaysia lawan Indonesia yang berlangsung kat sana pulak. Eh sejak bila terjebak dengan bola ni. Ahaha kalau da tengok game yang sebelumnya, mesti nak tau follow up bukan. Adeh...

Entry yang lambat seperti biasa. Pulang umah mama ingatkan leh la update story sepat2. Udahnya, asyik dc [disconnect] je, bermakna ~ sila bayar bill anda. Geram tak sudah, bila tak bawa balik pwince n bb Yy. Adeh, memarahkan diri tak henti2. Sabar aje la kan.

Menjerit2 la Yy dalam klinik ni nak balik cebat, siap membebel bagai supaya tak ada patient. Fuhh fuhhh jangan last minit patient yerp. Hmmmm

Sempat juga tengok 12minit sebelum game habis. Ranap hati bila tengok2 Indonesia dah score gol yang ke dua. Aduyai... Ayah dan Mama pun pelik tengok Yy yang beria2 dok depan tv. Hahah Yy mana pernah nak amik port pasal bola. Ezzy pun melayan je la bila Yy bertanya itu ini. Layan deq, jangan tak layan.

Kesudahannya, walau Malaysia kalah disana, kita tetap memang agreget 4-2. Syabas Malaysia. I love Malaysia. I love my Family to. I love U.. Ewahh 
Gambar dari Metro Online


Wednesday, December 29, 2010

Order sudah..

No comments:
السلام عليکم
Apa untuk lunch..?

Order je.. 1300-13-1300 McDonald's lah.. 

Prosperity burger please..

Matahari atas meja..

No comments:
السلام عليکم
Wahhh.. 

Sapa pulak yang kasi ni..

Apa makna bunga matahari..?

Tengkiu... Suprise la

Lemak punya pasal la wei...

No comments:
السلام عليکم
Selama ni, Yy dok belek2 je katalong famous tu. Pernah juga memcuba barang2 yang ada dalam katalog tu. La ni, tertarik pulak dengan yang lain. Alalalala pompuan kan memacam nak cuba tau..

Taraaaaaaaaaa


Nah, Yy ngah cuba sabun ni. Berkesan ke..? Tunggu la result dia. Yy baru cuba 2 hari. Melampau sangat la kalau 2 hari da tau resultkan. Sabar2 aje la.

Hmm sejak g holiday dengan SDF, sudah 2 minggu aktiviti mingguan Yy terskip. Berat badan yang sebelumya, 69kg, dah turun 66kg, dan sekarang dah naik 67kg. Yaw. Hanya joging setempat dapat sebegitu. Tak puas ati betul. Well, manusia mana pernah puaskan. Ahahahha

Tuesday, December 28, 2010

Ayah sudah 54 tahun yeay...

No comments:
السلام عليکم
Gosh.. Yy leh lupa hari ni birthday Ayah. Mungkin dek kerana terluka hati dengan sesuatu teeeettttt... Tak perlu la Yy  nak story dengan lebih lanjut kenapa Yy  terluka hati kan. Masih lagi soal peribadi bueeeeeeeek.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan 2 orang adik lelaki yang meremindkan Yy yang senantiasa busy ni. Yy  yang sangat busy mencari rezeki untuk keluarga, untuk langsaikan bayaran bulanan Baby, hutang piutang, bayaran itu, bayaran ini. Kalau tak kerja ada orang nak kasi..? Hahaha mimpi la orang nak kasi. Kalau ada pun, dok ungkit2 buat apa. Tak ikhlas namanya. Tak baik buruk siku tau. Makin diungkit makin akan Yy jauhkan diri. Eh... Dah masuk cerita lain pulak. Malas nak cakap benda dah basi. Dan Yy dah pun delete memori itu. 

Jom tengok picture kami sekeluarga. Takde celebrate besar2. Simple sudahkan

Pizza yang ditaja oleh ^__________^

Nampak na kebuluran memasing2

My humble family.. 

Eh mana kek..? Memang tak beli kek pun. Kalau beli kek selalu tak makan dan berkesudahan cik tong yang makan. Adoyai.. Satu pembaziran tu.

Doa untuk Ayah..
Ya Allah, panjangkan la usia Ayahku. Berikanlah kesihatan yang berpanjangan untukknya. Kau lindungilah dia dari api nerakaMu. Sesungguhnya, aku belum bersedia akan kehilangannya... Ameen

Monday, December 27, 2010

Paramore - The Only Exception

No comments:

السلام عليکم
Tersentuh jiwaku..

3-0 yes!

No comments:
السلام عليکم
Walau ada masa Yy tersedak2 tak kala melawan jerit dengan mamat2 endon bawah umah ni, Yy rasa tetap berbaloi2. Ada masa kedengaran bunyi sampah yang sengaja di baling dari tingkah atas, sangat melemaskan. Apala salahnya turun dan buang di tempat yang sepatutnya.. 

Tak cukup dengan itu, ada juga jeritan2 yang melampau2. Ek la, adat la tengok bola cik jiran oii..

Biasa kisah jiran yang macam2 perangai tu. Nasib baik juga tak tengok kat mamak stall yang berdekatan. Entah apa pula yang berlaku kan. Ahahaha, bau macam2 bau.. Bueeeeek

Pun begitu, sangat berpuas hati dengan corak permainan malam ni. Bak kata lagu Sixth Sence

~ Maju terus... Malaysiaku.. Berkibarlah jalur gemilang ~

Malaysia 3 Indonesia 0

 Berkat lakonan dari pihak lawan, sangat memberi semangat pada skuad negara. Syabas Malaysia.

Yy sangat la tak puas hati dengan penonton yang dikatakan bermain laser pada penjaga gol pihak lawan. Ada ke? Benar ke? Atau ianya onar pihak lawan yang mahukan simpati. Ehek simpati ke..?

Apapun, kita rakyat Malaysia penuh dengan sopan dan santun. tatasusila yang sangat manis. Jadi ada baiknya, buang segala emosi yang merepek. Adat permainan mesti ada kalah dan menang.

Tentunya kasihan pada skuad negara, kalau dibalas pula perkara yang sama sewaktu kita disana kemudiannya. mahu salahkan siapa..?

Renung2kan la weeeeeee

Oke gudnite!

Mood Memasak deeee

No comments:
السلام عليکم
Sotong goreng kunyit, Ketam masak sambal, baby Kailan ikan masin, Ayam goreng, Nasi and Ayer putih in progress.. 

Keletang keletung keletang keletung...

45minit siap semuanya. Taraa

##
##
##
##
##
##
##
##

no picture ahahaa

Kebulur sangat, sampai tak sempat nak snap oke. Okey, mari makan sambil tengok bola yeah

Sunday, December 26, 2010

Amp Square.. Uiii

2 comments:
السلام عليکم
Biasanya melalak di waktu malam hari. Orang kata mood jiwang datang kala malam hari baru best. Ahaks

Tapi, mood melalak datang dikala jam 11 pagi. Ole ole ole ole...

Hah! Sure best melalak pepagi kan, oleh itu Yy memang free bab2 nyanyi2 free ni. Lagi2 la ada jemputan. Yeah.. I'm so happy the way i am. 

Promote jap
Amp Square

Yo, besau gilerkan, sangat boleh main lari2. Siap ada pool, game bagai alala2.. Macam tak mahu nak pulang jerk. Harga yang amat berpatutan dan berlainan dari segala box yang ada kat KL ni. Tak percaya cubalah.

Happy Birthday Mysta aka Abang

Berapa umur sudah..? Hehhe

Kehadiran mereka2 yang kelapangan waktu, buat keadaan best juga. Giler2 si remaja sangat2 la mencuit hati. Tak perlu mereka2 yang boleh menyusahkan hati. Amen

Sudah penat melalak, yuk makan ice cream

Hagen dass

Owh ada bola.. Jom2 balik. Sure game malam ni best

Saturday, December 25, 2010

Merry Christmas

No comments:
السلام عليکم
Hohohooo Merry Christmas...

Berkerja dihari cuti umum. Tidak mengapa Yy memang workaholic.

Agak kelakar bila patient datang.

"U tak balik Sabah..?"

"Sabah..? Tak la"

"Tak cuti time2 Christmas ni, takde lunch date ke" 

"Da kerja nak buat macam mana."

"Parents U tak marah ke tak balik Christmas ni "

"Eh, I'm Malay la, celebrate raya"

"Oh sorry I ingat U Kristian"

Nak tergelak besar dibuatnya, tapi tetap control ayu. 

Mungkin kerana muka Yy yang macam sabahan ni, buat ramai orang keliru.

Islam tetap agamaku...

Friday, December 24, 2010

Hilang sudah perasaan..

No comments:
السلام عليکم
Hari ini, Yy dapat SMS yang mengarut. Entah kenapa la Yy dapat sms tersebut. 

Sms apa..? Tak perlu la cerita kan didalam blog ini. Masih lagi soal peribadi. Masih lagi menjaga air muka si pemberi. Soal karma..? Ya mungkin la..

Tak mengapa la, Yy sudah hilang perasaan hormat pada orang. Ini doa kalian. Yy tunaikan..

Terima kasih kerana membuka mata ini agar lebih terbuka untuk menerima setiap perubahan. Terima kasih juga kerana memberi akal ini untuk terus memilih. Ya, tuhan masih berpihak pada Yy.. Ameen!

Thursday, December 23, 2010

Merah yang UNTUNG

No comments:
السلام عليکم
Ini kisah tak ada kena mengena dengan orang lain. Tetapi kerana KERJA juga.. Ahaks baca sila penuh dengan gaya okey..

Sudah hampir 3 bulan rasanya, klinik Yy tidak mempunyai doormat. Apa la tu kan.. Dalam bahasa melayunya pengesat kaki yerp.

Setelah kejadian, seekor kucing sesat yang suka melabur najisnya diatas pengesat kaki yang berwarna hitam dahulunya, Dr B mengambil keputusan untuk membuang pengesat kaki tersebut. Walhal boleh dicuci dan juga diguna semula. Mungkin juga keadaan pengesat kaki itu yang sudah hampir hancus, akhirnya, pengesat kaki yang telah berjasa selama 4 tahun tersebut, dibuang juga. Sedihnya sob sob..

Kedatangan pengesat kaki yang baru ini, mendatang untung yang besar. Ahaks, orang cina kata ada ONG ooo.. Mungkin kerana dengan warnanya yang agak terang itu, baru la orang perasaan akan kewujudan klinik ini.

Ye, terima kasih pada si merah.. 

Oke2, berduyun dah datang, nak bloging pun susah

PMR result.. Jeng jeng jeng

No comments:
السلام عليکم
Anak orang lain yang tunggu result PMR, Yy pulak yang busy body. Alah biasa la tak kepoh bukan manusia namanya bueeeeeeeek. Itu juga yang di sukai ramai. Sibuk hal orang. Uppss

Bangga rasanya bila dengar anak seorang cleaner, berjaya dengan keputusan 4A1B3C. Walaupun ada yang tak menarik dipandang, tetap juga lulus. Sejuk perut beliau mengandungkan anak tersebut.

Anak Dr B pulak, tak kurang hebatnya 4A4B. Masih juga bagus, walau target anak gadis beliau mengimpikan 8A.

Anak Yy agaknya dapat berapa yeah.

Anak...? Huhuuuu

Sumber dr Mr/ Mrs Google

Wednesday, December 22, 2010

Bila saya lihat...

No comments:
السلام عليکم
Bila saya lihat,
Yang kanan pandang ke kanan,
Bila saya lihat,
Yang kiri pandang ke kiri,
Saya dihadapan hanya mampu melihat...

Bila saya lihat,
Yang kanan penuh dengan racun,
Bila saya lihat,
Yang kiri penuh dengan emosi,
Saya dihadapan hanya mampu mendengar...

Bila saya lihat,
Yang kanan meninggi diri,
Bila saya lihat,
Yang kiri penuh rendah diri,
Saya dihadapan hanya mampu tunduk...

Hati ini menangis,
Tiap kali ini berlaku,
Hati ini menjerit,
Bila senantiasa berlaku...

Apakah kesudahan kisah ini..
Sampai bila harus begini...

[Tuhan, berikan aku petunjukmu]

Akhirnya...

No comments:
السلام عليکم
Time sakit gigi ni, makan sejuk2 kurang gak sakit kan... 


Oke nak balik lunch sudah.. Nanti langkah kiri pulak tak besh!

Hari Ini...

No comments:
السلام عليکم
Awal benar sampai kat klinik pagi ni. 8.41am dah ada kat dalam klinik. Eceli, mai awal2 nak pi bankin cheque, tetapi cheque itu telah ketinggalan di dalam klinik. Nah.. Terpaksala duduk dalam klinik diam dan mengonlinekan diri, sementara nak tunggu cik adik2 molek sampai.

Sesampainya mereka, menunggu kedatangan bos yang baru pulang da Bali. Dr B, bau angin Bali lah... Dan ini yang Yy dapat dari beliau...


Rasanya, dah banyak koleksi pemberian Dr B yang tidak terpakai. Tak tahu nak pakai time bila. Ahahahaa

Okey2 nak pergi bank.. Tatata

Tuesday, December 21, 2010

Awak dah kawen, saya tak tahu

No comments:
السلام عليکم
Di awal 20an, Yy sangat meminati beliau. Kalau ada muka2 beliau di majalah, sure Yy rembat. Eh beli la apa rembat2 ni. Dan beliau pernah jejakkan kaki ke klinik Yy. Kisah 3 tahun sudah la. Ahaks.. Seram sejuk Yy menyambut kedatangan beliau di klinik Yy. Nah.. Yy dapat hambik signature mahal beliau. Tak mahu over time orang sakit kan. Jadi, gambar beliau yang pucat lesi itu, biar jadi simpanan peribadi Yy.

Now da nak masuk 30an, Yy jarang sekali beli majalah.. Ahaks kalau nak baca apa2, singgah 7E sejam dua..

Tengah dok layan youtube, terpandang pulak klip ini..

Sweet giler..


Eceh.. Macam Yy ngorat duda Yy dulu la.. Ahahaa.. Ye yy nak ngorat duda yy itu yerp...

Apapun, selamat pengantin baaru, walau sebulan telah berlalu..

Tekak ni mengada2 tau

No comments:
السلام عليکم
Time sakit, time tu la kepingin itu dan ini...

Haishhhh

Ketam berlada please.... 

Mr/Mrs Google...

Mengugat iman betul...

Simpati...

No comments:

السلام عليکم
Lagi terkorban..
REMUK...keadaan bas yang terbabit
dalam nahas ngeri di Jalan Simpang
Pulai-Cameron Highlands, semalam.
REMUK...keadaan bas yang terbabit dalam nahas ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam.


IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.

Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.

Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.


“Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.

Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.

“Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.

Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.

“Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.

“Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.

“Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.

“Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya.

Sumber dari Metro Online

Risau gak kalau travel naik bas ni... -__-


Related Posts with Thumbnails