السلام عليکم
Morning blogger's... Mesti liatkan nak mulakan kerja lepas bercuti. Nganganga.. Yy masih lagi terkebil2 dok memandang ubat yang mahu disusun itu. Amik mood amik mood, terus dok depan pwince, mood lain lak yang datang. Acchhum..
Berita yang kurang enak Yy dengar kelmarin. Kelmarin hari Sabtu kan. Hah Sabtu la. Ayah angkat Yy, telah dipotong ibu jari kakinya kerana mengalami luka yang teruk. Well, pesakit diabetes lagi, sure la susah untuk sembuh bab2 luka ni walaupun kecil. Lagi la kalau mengikut kata orang2..
"Pergi klinik lintah tu, cepat baik.."
Ye, baik memang la baik. Tapi ada juga yang tak baiknya. Ikut juga tahap keselesaan dan kesihatan kita juga kan. Lintah bukan boleh sembuhkan semua penyakit. Geram juga Yy bila Ayah angkat Yy tu suka sangat ikut cakap orang.
Belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Ayah angkat Yy tu. Dikhabarkan beliau meracau, seperti tidak dapat menerima kenyataan. Yy tak mahu bercakap panjang2 lebar. Cukup la dengan sebak didada ni. Bayangkan la, kita yang dilahirkan sempurna ini, tiba2 kehilangan sesuatu anggota. Argggh punah harapan rasanya...
Entry takde gambar.. Tak sanggup nak letak... :(
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^