♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, December 31, 2010

Stress Out

السلام عليکم
Baru pulang dari tengok wayang..

Kecohnya la nak bukti2 bagaikan ^______^



Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah kesinambungan daripada filem seram komedi ‘Zombi Kampung Pisang’. Filem ini masih lagi mengekalkan genre komedi seram seperti sebelumnya, namun begitu filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dengan rambutnya yang mengerbang. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika ingin tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung kemungkinan Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang sememangnya bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada penduduk Kampung Pisang. Sebelum kedatangannya keadaan aman damai, namun begitu sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah

Boleh laaa

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs