♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, April 27, 2011

Tak Terperanjat...(",)

No comments:
السلام عليکم



Bicara itu buat aku terpaku
Kata2 itu seperti merentap hela nafasku
Kau genggam jari jemariku
Satu persatu kau tuturkan padaku
Aku mendengar dengan penuh tenang
Walau hati ini bergelodak kencang
Sayu hati mendengar akan pengakuanMu
Pilu hati akan kejujuranmu

Aku menerima kata2 itu dengan penuh sabar
Dengan penuh tenang
Supaya segala kata2mu terluah
Habis terluah tanpa ada sisa
Yang mungkin akan meruntuh rasa jiwa
Walau dihati berhujan gundah
Tetap seeratnya jari jemarimu ku gengam

Setenangnya aku menerima
Khabar yang sememangnya sudah aku jangka
Raut wajahmu kutatap
Kau menangis...
Kau bersedih..

Adakah itu tanda kau menyesali..?
Apakah kau hanya menguji..?
Hati kerasku yang telah terkunci rapi...?
Untuk menangisi apa yang bakal terjadi..?

Hilangnya kau dimataku
Terus aku terduduk lesu
Rebah dengan segala yang ku tahan tadi
Berjurai air mata jatuh ke pipi
Ya Allah pa lagi dugaanmu ini
Kenapa aku perlu lalui semua ini

Aku pasrah dengan ketentuan ini
Andai bukan aku yang bertahta dihati
Pergilah wahai cinta
Pergilah wahai kasih
Andai memang dia yang terpilih

Tuesday, April 26, 2011

Jom Jiwang...!

No comments:
السلام عليکم
Sambil melakukan kerja2 klinik yang Yy bawa balik ni, sambil itu la melayan lagu2. Baru la tak stresskan. Tiba2 teringat lagu ini.



Itu pun bila lawak Jozan dalam Maharaja Lawak minggu 3.



Jozan terbaiiiiikkkkkkkkkkkk!

Pengalaman Berharga..

No comments:
السلام عليکم
Bila duduk diam2 terkenang la keadaan yang membuatkan Yy sayu pilu. Dimana Yy sendiri, tidak pernah menyangka hebat sungguh dugaan Allah s.w.t terhadap Yy. Pun begitu, yy tetap bersyukur sehingga saat ini banyak perubahan yang telah terjadi pada Yy. Alhamdulillah, semakin sihat rasanya badan ini.


Gambar Yy yang baru keluar dari ICU bertarikh 6/4/2011. Alhamdulillah, terima kasih pada Yart yang telah berjaya memegang amanah YyYy telah berpesan pada Yart "Sewaktu aku di ICU tolong ambil gambar". Malangnya tika di ICU tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Maka, setelah keluarnya Yy dari ICU begini la rupa YyYy yang tengok pun sayu hati. Berwayar2 di sekitar badan Yy ni.

Propakah semua ini...? Kau ada..? -_-'

Monday, April 25, 2011

Kata Dr. Handsome... I Loiiiiikeee ; Follow up #1

No comments:
السلام عليکم
Terkebil2 buka biji mata pagi ni. Kesan akibat tido lewat. Ngeh! Siapa yang suruhkan. Lain kali jangan tidur petang. Dengan penuh malas2, bangun juga takut terlepas appointment.


Ditemani oleh Ayah dan Mama. Apa yang boleh Yy kata, sangat bersyukur kerana dalam saat dan ketika Yy berkeadaan begini, mereka masih ada, dan masih boleh menemani Yy dan sanggup menemani Yy tanpa banyak bicara. Bukan Yy tak boleh pergi sendiri, tapi mereka sendiri yang mengofferkan diri. Kecil tapak tangan stadium bukit jalil Yy tadahkan. What can i say, I LOVE MY FAMILY.

Macam biasa la kan, asal Isnin je klinik full, asal full je hari Isnin. Hehehe. Menunggu la Yy selama 2jam walau dah ada appointment. Standard la hospital. 1st come, 1st serve. Huhuuu

Tibanya giliran bernombor 1232. So, terhencut2 la Yy jalan. Suma Staff Nurse tanya "Mana tongkat..?Yy hanya jawap "Masih leh jalan, bukan teruk mana pun." Biasa la Yy kan tak suka benda2 yang menyusahkan. Selagi boleh, usaha lebih.

Bertemankan Mama, bersama2 masuk ke bilik 77, berjumpa dengan Dr. Nurmimie. Tak lama kemudian, Dr. Handsome, yakni Dr. Nury pun masuk. Beliau check2 dan "Oke, semua cantik. Ada cuba berus gigi..?Yy jawap "Ada slow2 berus" dan kemudian beliau berkata "Masih soft diet oke, jangan makan keras2 dulu. Mungkin lagi 6bulan, baru leh letak gigi palsu kat situ. Kasi heeling betul2 baru leh buat." Mama pandang Yy dan Yy pandang mama. Bila dihitung, dikira, dalam bulan 10 macam tu baru leh letak gigi palsu. Hehhee

Selesai sesi check mengecheck, Dr. Nury berkata "Kalau semua patient macam U, senang semua kerja." Wah bangga diri dibuatnya. Ahahaha berkat dari kesabaran, doa rakan2 Yy cepat sembuh. Amin, tiap kali Yy berdoa pada Allah s.w.t, moga dipermudahkan perjalanan. Amin doa Yy termakbul. Terima kasih Allah.

Lunch time, so untuk pertama kalinya, Yy lunch bersama Mama dan Ayah diluar. Ahahha. Macam anak tunggal lak dibuatnya. Tunggal la kan, seorang je pompuan. Heheheh.

Oke, mahu lelap mata sebentar. Zzzzzzzzzzzzz

Sunday, April 24, 2011

Speechless...!

No comments:
السلام عليکم
Sedang Yy dok belek2 Pwinze, apa yang leh Yy buat time2 Mc ni kan. Main game. Suma game kat facebook tu Yy dok layan. Boring2 layan kucing2. Boring lagi layan Pwinze. Hehhe

Sedang asyik masyuk orang dok beri salam. Macam Yy kenal suara tu. Nah SDF datang serang. Standard la. Datang siap bawa barang berplastic2. Apo nak di bueknya dorang ni...!

"Jangan datang dapur"

Erk.. Tetiba rumah sendiri, takleh nak pergi dapur. Rupanya dorang nak kerjakan dapur Mama. Oke, Yy keraskan diri didepan, walau tak senang duduk biarkan dorang kat dapur.

Sudahnya kelentang kelentung kat dapur tu. Buat kerja pulak mereka ini. Hehe lantak la. Dah macam family, buat apa aje la yang korang nak buat.
 

**gambar ehsan Google, tak sempat nak snap**

Alaaaa hai.. Speechless Yy dibuatnya dorang ni. Macam ramai je adik beradik makan ramai2 ahahha. Mekasih pada Chef Yart, n Chef Gyena. Idea siapa Yy pun tak tahu.

Durian!!!

No comments:
السلام عليکم
Yeayyy yeayyy ni la dia kalau kerja gile. Tak kira sihat ke tak sihat, tetap juga balun. Ahahahha. Namapun teringin.

Malam hari ke Chow Kit road. Yehaaaa enjoy the song dulu.



Untuk apa ke Chow kit malam hari dengan kaki yang terhencut2 ni. Kerana ini laaaaa


Durian...!!!! Thanks to SDF yang berjaya menculik Yy. Hehhee

Saturday, April 23, 2011

Rasa macam nak lempang aje!

No comments:
السلام عليکم
Mama Yy pesan kalau tak tahu apa2, jangan nak banyak cakap!!!


Ingat aku suka ke potong rambut botak macam jantan ni...??? Wahai manusia, kalau tak tahu cerita jangan nak over dan berkata aku bikin gempak. Gempak ke berambut botak ni...?

Nah...! Kalau bukan aku bersabung nyawa selama 12jam dalam bilik operation tu, takdenya aku nak buat botakkan rambut. Kau setakat buat operation 3jam, tak yah la nak cakap banyak. Aku yang 12jam dan selama 2minggu dok hospital, aku tau azabnya.

Aku yang tanggung seksa bukan kau, yang asyik dok tanggung dosa cakap pasal orang! Tak payah cakap soal hospital kau yang mahal tu eh, kalau bayar mahal2, tapi penyakit datang balik buat apa..? Baik aku pergi hospital kerajaan yang dah tentu2 tiap2 minggu buat operation oleh pakar. Nak kata pakar murah...? Sekurang2nya, pakar itu buat tiap2 minggu. Pakar kau, buat tiap2 minggu ke..? Dan bill hospital aku pakai duit aku sendiri, bukan duit mak bapak aku. Kau pakai duit siapa..?

Aku pelik betul, dengan kau ni. Aku tau la kehidupan kau mewah. Wei, logicnya seorang yang kaya raya, takkan melonjak2 nak bangga diri dan nak canang seluruh dunia. Tapi kau, macam kera dapat bunga! Nak kata aku jeles ke..? Sikit pun aku tak rasa jeles. Apa aku ada aku syukur. Takde de nak bercakap banyak dan merungut. Dan apa aku dapat, aku syukur lagi. Tak kira la samaada usaha sendiri ke, orang kasi ke. Itu dah dinamakan rezeki. Kau nak kecoh apahal..?

Aku harap la, apa yang kau buat tu, seiring dengan nama dan kata2 kau. Patut la mulut kau busuk...!!!

Aku akan ingat entry2 ko sampai mati!!! Kau memang tak serik. Aku jumpa kau aku lempang!!!

Friday, April 22, 2011

Ku sedar diri!

No comments:
السلام عليکم
Menyedari akan kekurangan diri,, Yy lebih suka menyendiri. Kalau boleh Yy elak dari jumpa orang Yy akan elak. Kalau boleh Yy lari, lebih baik Yy lari.

Tidak ada niat untuk membelakangi sesiapa. Macam mana nak diterangkan apa yang tersembunyi dalam hati ni.

Tapi kata SDF "Practice makes perfect" so Yy cuba build up my confident as much as i can.

Saya sukaaa saya sukaaa

No comments:
 السلام عليکم

Sepanjang perintah berkurung di HTAR selama dua minggu, Yy banyak membaca. Dengan membaca membuatkan Yy lupa akan kesakitan yang menyerang. Bahan bacaan yang menjadi tatapan mata adalah majalah, alaaaa gosip2 artis. Ahahaha Yy agak gila sikit nak tahu bab artis. Lagi2 kalau cerita bab Alyah. Oh noooooooo giler minat dengan cara Alyah dan lagu2 dia. Icon fesyen...!

So... Enjoice video klip ini ahahhaa. lagu baru Alyah best!


Thursday, April 21, 2011

Minta dilepaskan...

No comments:
 السلام عليکم
Duduk diam2 dalam rumah sambil layan game, tv, boring lak lelama. Diam2 Yy pergi ke bilik dan ambil dslr adik. Walau tak tahu pakai, Yy godek2. Harap, godek2 Yy tu tak merosakkan dslr yang mahal itu. Kalau rosak, abis la Yy. Ahahahaa

Sudahnya, objek yang Yy cari adalah anak2 bulus Yy. Dah besar dah dorang. Yy datang dekat je dok miauuuu miaaauuu. Makanan dorang habis. Nak kena tunggu adik2 balik baru leh beli. Yy belum boleh drive lagi. Kalau ikut kepala hangin ni, memang belasah je. Tapi memandangkan Mama pesan, "Nanti2 dulu la... " terus Yy dok diam2 dan terus la pandang blog ni. Itu aje la yang termampu.

Nak membantu Mama yang sedang sibuk memasak, kena marah juga. Dapur berminyak katanya. Hurmmmm

Tuesday, April 19, 2011

Enjoice...

No comments:
السلام عليکم
Buat masa ini lagu ini menjadi penaman hati..

No Mobile

No comments:
 السلام عليکم
Bermula episod menyendiri. Entah Yy sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana. Tapi jalan ini yang Yy pilih. Walau hakikatnya, ramai yang bertanya itu ini dengan Yy,Yy lebih rela berdiam diri.

Kala ini E63 Yy tutup. Yy tahu pasti ramai yang akan mencari. Mahu bertanya khabar, dan mahu bertanyakan kesihatan Yy. Yy belum ada kekuatan untuk menjawab segala persoalan. Rasa rendah diri terlalu menebal. Entah la. Yy juga faham, ramai yang mengambil berat akan kesihatan Yy. Tapi bagaimana pula ingin Yy jelaskan akan rasa rendah diri yang terlalu menebal dalam hati. Hanya pada Allah s.w.t yang tahu akan seksanya diri ini, yang terpaksa mengakui inilah hakikatnya perubahan yang berlaku atas diri Yy.

Bila bercakap, Yy jadi sayu. Sedangkan yy ni merupakan seoranag yang becok berbicara.

Perlahan2 Yy terbitkan keyakinan diri Yy yang seakan hilang ini.

Monday, April 18, 2011

Yes..!

No comments:
السلام عليکم
Hari yang ditunggu2 datang juga. Penyeksaan selama 2minggu bakal berakhir hari ini. Seawal 9.30pagi, Yy sudah pun berada di klinik pergigian, untuk temu janji. Ditemani dengan jururawat peribadi, Doreen Tina dan juga Yart, seawal pagi datang melawat. Dugaan Allah s.w.t, Yy terpaksa menunggu selama 1jam menunggu file Yy yang tak sampai2. Sehinggakan Yart yang beia2 ingin menyaksikan detik2 pembuangan, terpaksa pulang ke opis, atas urusan kerja dengan segeranya. Sedih melihat reaksi Yart yang tidak dapat menyaksikan detik2 pengeluaran.

Selama 1jam lebih menunggu, akhirnya, jahitan, tiub dihidung, besi di gigi (kecuali besi penanda centre gigi) sudah dibuang. Alang2 bukan kepalang seronoknya hati Yy bila dah terkeluar barang2 tersebut. Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa gembiranya hati ini. Kepada-Nya Yy bersyukur kerana, tempoh dua minggu berakhir dengan jayanya, walau azab melalui hari2 yang sangat2 menyiksakan.

Pesan Dr. Nury "Soft diet ok, kalau tak, memang kena pakai balik besi dengan tiub ni lagi" dengan senyuman yang senget, yy berkata "Ok soft diet. Pantang dulu

Pulang ke katil, bermulanya permainan emosi yang tidak stabil, apabila berlakunya keadaan yang diluar dugaan. Walaupun besi dan tiub itu baru keluar, hati Yy berasa sayu dan tersangat2 hiba. Pertuturan Yy menjadi tidak lancar. Seperti seorang budak yang baru belajar bercakap. Lidah seakan pendek. Ya Allah, dugaan ini Yy tepis dengan penuh keredhaan. Yy berpura2 happy, minta2 gelak tawa itu buat Yy lupa akan kecacatan ini. Bukan cacat, mungkin juga tempoh dua minggu segala pergerakan tidak ada, maka lidah mula jadi kaku. Dan mungkin juga kesan bius masih ada. Kata Yy, sekadar menyedapkan hati. Walau sebenarnya, mahu menangis sekuat2nya.

Menunggu Mama dan Ej datang menjemput. Tak sabar rasanya mahu pulang kerumah. Sementara menunggu, Yy mengambil kesempatan mengemas2 barang2 yang melambak. Entah apa la yang banyak sangt ni. Ini la dia kalau Ej yang pack barang. Melambak2. Hehhe. Dekat 1.30petang, Mama dan Ej pun sampai.

Setelah selesai segala bill, ubat dah pun ambil, mahu aje melangkah, tiba2 Staff Nurse jerit nama Yy dan mengatakan Yy tak boleh balik lagi. Harus menunggu Doctor Medical datang, kerana sepanjang tempoh Yy di hospital, sugar Yy naik. Glup! Tertelan air liur dibuatnya. Dugaan Allah s.w.t datang lagi, takpe la Yy tunggu sahaja.

5jam berlalu, menunggu dengan penuh kesabaran dan kemarahan. Sudahnya Staff Nurse panggil dan beritahu  "Dari awak tunggu lama2, awak balik aje la, kalau tunggu lama2 pun tak tahu bila Doctor Medical datang. Kalau ada apa2 nanti kami talipon." melonjak gembira dalam hati. Ceh... Kemarahan menunggu 5jam tadi lenyap begitu aje.

Sepanjang perjalanan pulang dari HTAR ke rumah, Yy memandang jalan dengan perasaan yang bercampur2. Ingin menangis, tapi Yy tahan. Sampai sahaja tol Subang, hati melonjak sayu apabila terpandang apartment yang pudar warna catnya dari jauh. Ya, itu rumah sewa Yy. Dah lama Yy tinggalkan rumah itu. Entah macam mana gaya dan rupanya rumah itu. Berhabukkah..? Bersepahkah..? Berminyakkah..? Atau bau masamkah. Tidak Yy fikirkan dalam2. Cuba sembunyikan perasaan sedih yang terpendam dalam hati.

Sesampai di Jalan Punchong, Yy singgah di klinik, tempat Yy bekerja. Bukan sengaja untuk menonjolkan diri yang tak sihat di tempat kerja, tetapi bekalan ubat tahan sakit tidak ada. Atas nasihat Dr. B, beliau meminta Yy singgah ke klinik untuk mendapatkan ubat tersebut. Memandang wajah Sue, dan Siti, air mata Yy terjulai tanpa Yy minta. Saat itu, Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa seksanya menahan air mata. Hehehe

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, Yy selamat sampai di rumah keluarga Yy. Melihatkan wajah adik beradik Yy, makin berjurai2 air mata ini. Mama, Ayah, Ej dan Yart cuba menenangkan Yy, namun air mata yang telah lama terkumpul itu seakan berlumba2 minta dilepaskan. Yy mahu menangis sekuatnya. Tidak sanggup lagi menahan. Saat itu juga, dapat yy lihat, wajah gelisah Ayah, wajah sayu Mama, namun air mata ini, masih laju mengalir.

Dan akhirnya, setelah selesai solat Isyak, Yy merasa tenang dan zzzzzzzzzzzz

Sunday, April 17, 2011

When I dream Home....

No comments:
السلام عليکم
Hari ni,  17 April 2011. Tinggal beberapa jam lagi Yy bakal dibebaskan. Ahaaahaa so nakal the ayat. Me n my own self punya perangai no copycat from others. Dibebaskan dari kurungan yang disebut2 sebelum ini. Tempoh dua minggu yang cukup2 menguji tahap kesabaran Yy yang semangnya baran. Alhamdulillah berkat dari doa keluarga dan rakan2 sekeliling, yang jauh yang dekat, tempoh dua minggu yang telah Dr. Thomas tetapkan, terlalu pantas. Kalau ditanya pada diri Yy sendiri, waktu2 dua minggu itu sangat la lambat.

Baru sebentar tadi, Dr. Nury (yang melakukan pembedahan Yy tempoh hari) datang buat round. Kebiasaannya, setiap hari team Dr. Nury akan datang ke wad. Tapi kali ni, Dr. Nury pula turun padang. Ditakdirkan setiap kali team dental datang buat round, Yy berada di dalam keadaan yang tak sakit. Ahahhaa. So, setiap kali bila ditanya, "Are u ok?" isyarat bagusyang mampu Yy tunjukkan. Ye laaa, Yy ada suara tapi tak mampu nak keluarkan, kerana selagi ada tiub didalam hidung, dan terus ke rongga dan masuk ke perut, perit tak terkata dibuatnya. Hanya pada Allah s.w.t Yy berserah minta dipinjamkan kekuatan.

Menurut Dr. Nury, esok segalanya jahitan di leher, tiub di hidung, besi yang menahan gigi Yy selama ini akan dibuka. Saat mendengar kata2 Dr. Nury itu, perasaan Yy melonjak syukur. Tapi, lama kelamaan, perasaan itu lenyap. Lenyap bukan tidak gembira, tapi Yy lebih kepada redha dan pasrah. Tidak mahu gembira sangat. Andai esok masih tidak boleh dibuka, bukakankah kecewa itu lagi sakit...?

Menanti hari esok dengan penuh kesabaran... Adakah ianya menjadi kenyataan..

Friday, April 15, 2011

Auuuuuu Chak!!!

No comments:
السلام عليکم


MISS MY BLOG!!!! Lama giler tak berupdate

Perintah berkurung masih berlangsung. Apa nak Yy cerita eeeehh..?

Apa yang boleh Yy kata, katil Yy katil paling meriah

Penuh dengan bunga, bear, belon.

Sampai budak2 practical Sg. Buloh yang tengah buat practical kat sini begitu teruja hati melepak kat katil Yy ni.

Ahahaha apa leh Yy kata, budak2kan. Huuuu

*Menanti hari2 pembebasan dengan penuh sabar -_-

Sunday, April 3, 2011

Nasib baik..

No comments:
السلام عليکم
Jumpa lagi..

Kala boring, dan tiada siapa disisi, melayan perasaan dengan blog kesayanagn ini. Yehaaa

tonton online
Klik untuk menonton

Sambil menonton ABPH2010 online, misi yang comel lagi cantik datang terkedek2 nak amik tekanan darah. So, bacaan untuk waktu 21:40 adalah 142/83. Ayooo apa kes la ni naik turun naik turun.

Sudah la, nak tengok ABPH2010 bye2!

Mula terasa akan...

No comments:
السلام عليکم
Holla, berjumpa lagi.

Biasa la kan, dok kat hospital ni bangun tido, bangun tido, makan, bangun tido. Yang datang meneman dari tadi dah pun balik. mama Yy tinggal sorang2.

Takde kerja, kerja Yy.


Oke sekarang time untuk check blood preasure time menunjukkan pukul 15:10. So, reading untuk petang ini ada 129/77. Hehehee

Oke, jumpa nanti...

Perintah berkurung!

No comments:
السلام عليکم
Seawal 6.45pagi Yy dah bangun. Bersiap2 untuk mengurungkan diri di-HTAR, Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah). Menunggu Puan Bhamini datang amik. Gila mengada2kan. Bukan Mama Ayah tak boleh tolong hantarkan, dan bukan pula tiada kawan2 minta diteman. Tapi, Puan Bhamini memang nak hantar. Katanya senang dia nak uruskan semua. Yy pun iakan aje la. Memandangkan segala bayaran atas tanggungan dia. Jadi, adalah elok tidak membantah tak gitu ^_^


Muka bersemangat tak..? Ahaaaa

Al-kisah, dalam perjalanan nak ke HTAR, Puan Bhamini lari kerumah beliau sekejap, menghantar anak beliau yang telah kelewatan untuk training bola. Memandangkan dia banyak berkorban untuk YyYy oke aje walau hakikatnya, kelewatan sudah dari waktu yang ditetapkan.

Register; Biasa la kena tunjuk gak IC, walau ada surat masuk wad.

Terus masuk wad, tingkat4, wad 4B katil 2A. Disini, Yy kena amik tekanan darah. Prosedure katanya, ikutkan ajela kan. Nah itu dia tekanan darah 139/77. Apa kena tinggi aje ni. Stress ke..? Yy tak boleh stress kena kuat semangat ooo. Suprise... Berat Yy dah turun, dari 70kg ke 66kg. Ahahaha suka2 ;p

Jom dok kat katil, wah sukanya...


Jangan terpedaya dengan perkataan diet itu, takde diet pun dah melantak roti sekeping sebelom gerak ok. Hehee


Tunggu kehadiran Dr. Nury, selama 3jam. Ceh! Ahad biasa la kan sure datang lambat. Gambar menunjukkan Dr. Nury sedang cuba ambil darah. Ini adalah percubaan yang pertama, tangan kiri. Tawakal aje la kan, bab2 amik darah ni sememangnya akan fail. Seperti yang dijangka, memang tidak berjaya. Huhuu sudahnya beralih pada tangan kanan, itupun kena gak cucuk 2 kali. Total kena cucuk 3kali. Huhuu apa nak buat nasib...

Oke! Jumpa lagi.

Saturday, April 2, 2011

Ini harinya...

No comments:
السلام عليکم
Sekian lama Yy menunggu, tiba la hari yang dinanti2. Yehaaaa. Ye, Yy sangat menanti akan tibanya hari ini. Ahaaahaha gelak sakan Yy dibuatnya.

Kenapa...? Sebab apa..?

Layankan aje gambar2 dibawah ini ^_^


Sebelum terjadinya kejadian...


Kedai pilihan, barber sudah ahahaa...


Bukti, muka agak sedih juga la kan...


Itu dia...


Nak lawan uncle sebelah...


Peneman setia, Ej dan Yart dibelakang...


Niat dihati nak gondol macam Uncle tu, tetapi tak payah la kan...


Hampir selesai...


Bye2 rambut panjangku...


Selesai sudah. Ahahaha


New face..! Botak head yaribaaaaaaaaa ^_^
Related Posts with Thumbnails