♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, April 27, 2012

Karma ¯\(ツ)/¯

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #39

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Monday, April 23, 2012

Leave Me Alone

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
.:. Hasil pencarian Google .:.

Sakit badan, sakit kepala, sakit otak, semuanya sakit la. 

Otak terasa sangat jem.

Jangan ganggu tau.

#Sakit kena cucuk dengan Siti. Berat tanganku ni deq oii :D

Bye!

Monday Blues!!

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MALAS!!!

Itu yang dirasakan hari ini. Mungkin kesan kena gigit dek my cats semalam buat badan I jadi lemah. Oh tidak. Ini tidak boleh jadi ni. Sesuatu harus I lakukan. 



Menu sarapan pagi hari ini. Cornflaks dengan HL Strawberry Milk. Oh sedap tau. Cubalah. 

Sementara menunggu giliran I untuk berjumpa doctor, mari makan. Bismillah.

Bye!

Sunday, April 22, 2012

EPL Masters Football Malaysia Cup : Stadium Melawati

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selesai memandikan kucing2 yang agak moody hari ini. Bisa2 kesan cakaran dan gigitan yang ada, masih terasa. Sedikit lemah tubuh badan I selepas kena gigit. Tapi ku tahan jebat! Gagah tak I. Hahha

Bersiap2 untuk ke Stadium Melawati. Me and SDF nak tengok bola. Cuma SDF tak cukup korum. Komitmen kerja yang tak mengizinkan beliau turut serta. Next time oke! ;)

.:. We are ready for the show. Credit untuk my Bby Masham, Gyena .:.

Siapa lawan siapa?

.:. Hasil pencarian Google. Credit untuk MSN .:.

Hehehe, otai dalam negeri dan luar negara berlawan di atas padang. Me and SDF enjoy the show. Lagi enjoy bila tengok cheerleading. Kenapa I tak ade kebolehan itu? Oh sebab debab? Sedar diri. Hahaahaa. 


Nampak tak? Tambah meriah bila Ultras Malaya dok nyanyi2. Mana yang I tahu lagu apa, I pun follow nyanyi. Mana yang I tak tahu, dok pasang telinga, dengar sebutir2 apa yang diorang nyanyikan. Enjoy dengar bunyi drum tuh. Ngee

Bila da boring, dan da puas tengok mereka berlari2 kat atas padang futsal tu, we olls pun keluar.

Next destination? Let's cook for our dinner.

Bye!

Hadiah di hujung minggu...

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat berhujung minggu U olls. Untung la boleh bangun lewat2kan time ni. I pulak tak boleh nak bangun lewat2. Macam ni kalau cuti, asyiknya terjaga awal. Mencik tapi bersyukur, masih diberi kesempatan menghirup udara yang nyaman. Amin

Apa plan U olls? Me? Baru sahaja selesai mengemas Villa My Cats. Mereka pun sudah wangi lepas bersiram. Dan I pun sedang menahan kesakitan gara2 mereka meronta lebih hari ni. Mungkin bukan mood diorang untuk mandi. Dey apa da, ada mood2 mandi pulak.


Oke, padan muka kan? Doa yang baik  U olls, sampai hati la kan. Kesian? Oh I'm so touched. Sambil menaip sambil tu la I menahan bisa2. Terus rasa drop je energy badan. Yang kena gigit, gigit. Yang kena calar, ini laaaaaaaaaaaa. Sakit tau!

Okey I nak rest sekejap. Bye!

Saturday, April 21, 2012

BC Massager

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sesuatu yang tak best didengar.

Kadang2 broadcast blackberry massager ni memang annoying. Betul tak pengguna2 blackberry? Sedari awal I memakai blackberry (bukan harta sendiri), kepada blackberry sekarang (harta sendiri), I memang tak suka bab2 broadcast ni. Maaf la pada kengkawan yang ada dalam list I, yang selalu rajin menghantar broadcast  massage tu. Selalunya I biarkan je broadcast tu, walaupun dalam massage tu meminta I meng-fowardkan kepada yang lain2. Maaf, I tak berminat nak broadcast balik.

Contoh yang I dok baca kat Oh Bulan ni. Isu Bob Kuman yang dikatakan telah meninggal dunia. Sampai adik I  pun beritahu benda yang serupa. Setahu I, beliau sakit, dan tak nazak. Bahana broadcast massage la ni. Tak pasal2, I sebut Al-Fatihah pada beliau. Sedangkan beliau masih sihat. Maaf.

Kan dah jadi berita palsu. Berita Palsu Kematian Bob Kuman Disebarkan. Picit la link yang I dapat dari Oh Bulan tu.

 
.: Hasil pencarian Google. Credit Oh Bulan :.

Semoga Bob Kuman cepat sembut. 

Bye!

Exam...

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tolong senyap! Peperiksaan sedang dijalankan.

..........

Tiga jam berikutnya.

Siaaaap!!!! Amboi tiga jam ko. Mengeja ke apa? Alah U olls, jawap exam in between patient memang la begitu. Nak jawap soalan je, teeet patient walk in. Nak menjawap dengan tenang pun, teeet datang lagi patient. Mana tak tiga jam baru siap. Hehhee

Exam apa ni?


Hah! Tertera nama sebenar disitu. Kikii

Performance evaluation form atau dalam bahasa melayu, borang penilaian prestasi. Sebelum ni takde borang2 ni semua. Sejak kedatangan LM Managgement dalam keluarga Bamz, segala isu2 yang menyerabutkan, tersusun dengan jayanya. Walaupun masih dalam proses latihan, mana yang tak pernah terjangkau dek akal, terungkai. Baru la kerja pun best aje.

Nilai diri sendiri? Nama pun practice. Macam yang I cakap, benda2 ni tak pernah ada sebelum ni, sekarang tiap2 tahun akan ada. Mula2 nilai diri sendiri la kan. Baru la nak nilai orang lain ye dok. Tapi adik2 yang ada kat Bamz ni, dapat dua form. Satu untuk diri mereka sendiri, satu lagi diorang kena nilai diri I. Harap2 jawapan yang mereka berikan, bukan jawapan selamat. Baik terus terang, at least I nampak mana yang kurang pada diri I ni. Im sure you're reading my blog girls. Jujur itu penting. Tak perlu nak bodek I sangat. Bukan I yang bayar gaji korang pon. Hehehhe

Kalau rezeki itu berpihak pada I, bersyukur. Kalau tidak, kena cari kelemahan diri dan perbaikinya.

Oke! Tu aje. Bye2

Onde2 Mama :)

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar semua? Sihat? Alhmadulillah kalau sihat. Kalau tak sihat pergi klinik eh. Nanti melarat susah tau. Macam I sekarang ni kurang sihat sangat. Tak tahu mana angin sampai, hampir sebulan dok batok2. Dah bergallen ubat batuk I makan, tetap serupa. Apa la nasib badan. Terima aje la dugaan kecil ni kaaan.

Nothing much yang nak I share. Cuma, beberapa hari lepas, I dok merengek nak makan kuih onde2kan. Sampai buat entry. Picit sini kalau nak baca. Jadinya I merengek la dekat Mama I, nak makan kuih ni. Dengan harapan beliau mengusahakannya. Atau kata mengada yang lain, sengaja nak makan kuih buatan Mama. Bukan malas nak buat, tapi tak reti. Noktah.

Naluri seorang Ibu, walau malas macam mana sekalipun, tetap akan diusahakan. Betul tak Ibu2 sekalian? I belum jadi Ibu, jadi I tak tahu. Ibu kepada anak tekak I, I tahu la. Nak makan apa, boleh diusahakan mencari makanan yang nak dimakan. Kalau mahukan dari air tangan Mama, kena kena buatkan laaaaaaaaa. Kan Mama kan.

Dan inilah Onde2 Mama. Sedikit kekeliruan berlaku. Yang I mengidam tu, lain kaaaan? Terang2 I dah tulis nak yang macam mana. Tapi, fahaman Mama, kuih ini. Mama kata, orang Selangor panggil kuih ni Onde2, yang I dok ngidam tu kuih Buah Melaka. Tapi, fahaman I, kuih Buah Melaka, atau Puteri Mandi, atau Onde2 adalah kuih yang sama. Kalau yang ini, kuih Bijan atau pun kuih Bom. Betul tak U olls? Ke I salah?


Pun begitu, tetap I bawa ke tempat kerja pagi ni. Mama dah usahakan, nanti kecik hati pulak. Terima kasih Mama.

Bab tekak I yang teringin ni, tetap I usaha jugak. Mungkin gentel sendiri boleh puas hati ye tak? 

Oke! I nak jawap soalan "exam". Jumpa lagi. Bye2

Friday, April 20, 2012

Shoulder To Cry ¯\(ツ)/¯

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, April 18, 2012

Nak yang ini! Nama dia Onde Onde

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
.: Hasil pencarian Google :.

Chak!!!

Lama tak menaip, hari ni nak menaip. Kesibukan di Bamz, sahabat2 dan keluarga buat I takde masa nak update cerita. Sampai ada yang tertanya2 mana I menghilang. Auwwww sweet sangat la kalau ingat kat I ni kan. Lalalala.

Dah la lama tak berupdate. Update2 tang makan lak kan. Ngeeeeee. Nak yang ini please. Mana nak cari pepetang hujan2 ni. Asal hujan je lapar kan2. Waaaaaaaaaa nak makan.

Oke nak google resepi. Bye!

Wordless Wednesday #38

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Friday, April 13, 2012

Tiba ¯\(ツ)/¯

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #37

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sunday, April 8, 2012

Peluh masam hujung minggu

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Satu2nya perkara baru yang I nak buat dihujung minggu. Aktiviti sendiri diwaktu pagi. Selain dari bersenam sebab nak sihat dan kurus, I akan pastikan I ada bermain2 dengan kucing8 I. Ya, I ada 8 kucing dan seekor kucing kawan I, yang menumpang dirumah I. Hebat tak hebat sangat la kan ank jaga 9ekor kucing. CUba sedaya upaya menjaga mereka dengan sempurna. Insyaallah.

Perluh mencurah2. Owh best!!. Hasil dari mencuci kandang yang dibuat oleh Ayah "Terima Kasih Ayah, ;) " I ada buat entry tentang kandang ini klik sini oke. Harus la memandikan mereka8. Supaya wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Dan ini lah habuannya bila mereka2 ni takut air T_T. Kerana sayang I tahan juga walau sesemput.



Oke I ada temujanji. Bye!

Saturday, April 7, 2012

Steroid?!

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
.: Hasil pencarian Google :.

Seminggu makan steroid. 

Apa itu steroid

Steroid adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. Steroid digunakan untuk macam-macam penyakit & masalah. Sebab itu kadang2 ubat ini dianggap ubat ajaib atau pil ajaib/magic pill. Makan sahaja steroid macam-macam masalah selesai. Antara penyakit yang boleh diubati dengan steroid adalah seperti alahan, asma/lelah, bengkak, sakit lutut, penyakit sistemik lupus eritematosus, penggantian organ dan lain2 lagi. Tetapi harus diingat steroid membawa pelbagai jenis kesan sampingan.

Suka tak suka kena makan. Walaupun ianya bakal menggemokkan badan. Pufff. Redha aje la. Nak menguruskan badan jadi mengelembu pulak. Kikiii

Kesan sampingan


Di antara kesan2 sampingan steroid:
  • meningkatkan risiko terkena jangkitan kuman
  • ulser perut dan gastrik
  • jerawat
  • melambatkan proses penyembuhan luka
  • kulit menjadi nipis & mudah lebam
  • osteoporosis atau tulang menjadi reput
  • pengumpulan lemak: kegemukan, muka menjadi bulat (moon face), sembap, bonggolan pada belakang badan
  • pertumbuhan badan terbantut di kalangan kanak-kanak
  • meningkatkan tahap gula dalam darah (risiko kencing manis)
  • meningkatkan tekanan darah (risiko darah tinggi akibat pengumpulan air & garam)
  • meningkatkan tahap kolesterol dalam darah (risiko penyakit jantung)
  • meningkatkan selera makan
  • meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak
  • gangguan emosi seperti kemurungan, tekanan dan insomnia (susah tidur)
Info dari apisfarmasi.com

Strictly NOTE

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

I kena pantang 

KUCING
HABUK
MINUMAN
MAKANAN

.: Hasil pencarian Google :.

dan segala apa yang membolehkan I semput. Puffffffff

Friday, April 6, 2012

Berkepit je lah! T_T

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seminggu dah dok pakai benda ni hari2. Apa kes!

Lagu ¯\(ツ)/¯

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Redha dan Pasrah

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Derita itu indah
Indah lagi bila mengharuginya
Derita itu menarik
Menarik lagi bila terubat akhirnya
Derita itu sakit
Sakit lagi bila tidak meredhai

Apa yang dicari?
Apa yang dinanti?
Apa yang diingini?

Lumrah hidup
Segalanya mahu
Lumrah hidup
Segalanya bersaing
Lumrah hidup
Segalanya perlu

Harus bagaimana?
Bagaimana harus lakukannya?

Diantara dua
Redha dan pasrah
Redha itu ikhlas
Pasrah itu berserah

Tuhan, padaMu ku memohon. Berikan hambamu ini petunjuk. Agar jalanku diredhai, pasrah aku dengan ketentuanMu. Amin
.: Hasil pencarian Google :.

P/s berkata2 seketika peace yo ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kotak kotak

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mahu pindah? Susah nak cari kotak? U olls boleh dapatkannya di

CYC Packaging Supplies
No 3 jln tpp 5/1,
Taman Perindustrisn Puchong,
47100 Selagor DE
Tel: 03-8063 3699

Kalau nak cari yang biasa2 je pergi la kat kedai2 runcit. Untung nasib, dapat la yang berkenan. Tak untung, jadi la macam I beli terus dari kilang. I baru je grab a few kotak untuk kegunaan BAMZ. Jenuh I nak cari kotak yang sesuai dan serupa ukurannya. Dah setahun I cari tau. Oh may God, lamanya pending bab2 mengemas ni. Today over rajin. Jadi, jom mengemas.

Semput pun tak hilang lagi. Dek kerana sesuap nasi, I redha. Hahaha!

Bye babies!

Satu Ketika :)

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari Jumaat datang lagi. Bersyukur pada yang Esa.

.: Hasil pencarian Google :.
.: Bulan Apil bulan mengenang :.

Tahun yang lepas, pada hari ini I berada di ICU. Masih belum sedar dari 13jam operation. Oleh yang demikian tidak ada kejadian yang boleh terjadi melainkan I terdampar di katil ICU HTAR. Mungkin ramai yang tahu, mungkin juga ada yang tak tahu keadaan itu. Atas permintaan diri I sendiri, I tak mahu sesiapapun tahu atau lihat keadaan I di ICU. Cukup hanya keluarga dan SDF yang mengetahuinya.

Antara kisah I di HTAR

Hari ini, I sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan mencorak warna warni hidup ini dengan sempurna. Walau ada masanya corak itu cacat, I cuba menjadikan ianya cantik dimata I. Buruk dimata orang lain? I tak peduli la.

Oke jom focus dengan kerja!

Selamat lunch U olls. Bismillah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday #36

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, April 3, 2012

3bulan dari sekarang

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

.: Hasil pencarian Google :.

Salah satu cara nak menurunkan berat badan adalah, menaikkan tahap metabolisma badan. Betulkan? Bila metabolisma badan tinggi, berat pun senang aje la nak turun. Kalau metabolisma badan rendah, maka senang la nak mengemuk badankan. Macam I, setahun I tak melakukan sebarang exercise yang membolehkan metabolisma badan I jadi tinggi. berjalan laju tak boleh berlari apatah lagi. Setakat jalan sekentut pun, kaki I mudah krem. Well, inilah kesannya operation 13jam.

Buat masa ni, dalam kepala hotak I adalah, ber-badminton 2kali seminggu, dan akan berjogging dihujung minggu selama 2jam. Kalau larat, badminton tu up ke 3kali seminggu. Jogging tu I akan buat setiap hari di kawasan rumah I la. 30minit sehari boleh la kan. Boleh mesti boleh!

Jadi target I masih lagi nak menurunkan berat badan walau dah turut sikiiiiiiiit je. I challenge badan dan kekuatan kaki I ni, selama 3bulan. Hari ni, I timbang berat badan dan I pastikan I akan timbang berat badan I 3bulan akan datang. Berhasil atau tidak. Ngeeeeeeee

Chaiyok2 to myself.

Oke la Nunite babies.

Emmmm Menyelerakan!!

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Taraaaaa masih panas dan hangat dan baru keluar dari oven dan inilah hasilnya. Amboi banyaknya dan! Kecoh la I ni kan ngeee.

Cantik tak hasil kerja tangan I ni?! Wah! Time bekerja tapi ada waktu untuk buat cup cakes. Seronoknya. Nampak sangat I tipukan. Line medic leh main baking² . Lain la kalau I kerja kedai kek, boleh la baking ye dok. Dan sememangnya I takde bakat nak bake. Tak practice maka tak perfect. Tunggu la I adakan masa untuk make it perfect. Takat masak lelauk kampung ni, Insya-Allah bertambah² la kalau U olls makan. Haha

Okey! Berbalik pada gambarajah itu. Ngee bukan dari hasil tangan I. Tetapi, hasil kerja tangan seorang penguam bela, yang meninggalkan kerjaya sebagai peguam. Semata² meminati bidang masakan. Wah! Terer tu jauh beza antara dua bidang tu kan. Cayalah.

Pendek cerita, we olls kat Bamz ni dah dilantik sebagai food tester kepada empunya bakat ni. Nah! Tiap² bulan mesti akan dapat free. Dari biskut ke kek, ke cup cakes, dan lepas ni tak tahu apa lagi dah.

Oke patients beratur panjang! Bye

Semput!!!

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

.: Hasil pencarian Google :. 

Kesan dari extra rajin mengemas bilik sabtu yang lepas, baca entry yang dah I buat ni, masuk hari ni dah hari yang ketiga I batuk2 tak lepas. Macam mana tu batuk2 tak lepas. Haaaaaaaaaaa semput la tu T_T.

Sesaknya dada tak boleh nak cerita la kan. I depends pada inhaler yang ada. Ubat pun dah I telan sebaik mungkin. Takut melarat jadi lagi teruk. Cuaca yang sejuk panas sejuk panas pun buat I rasa salah satu factor yang buat batuk I makin melarat2. Suara manja pun dah jadi garau. Waaaaaaaaaaaa

Stress kerja pun datang. Awal bulan ni macam2 document la nak kena sediakan. Lagi2 bulan income tax. Puffff sesabar mungkin melayan permintaan accountant dan secretary. Yang dua ni bukan bidang I, jadi out source kepada company lain. Level stress bidang tersebut tak boleh I nak kawal. Cukup la 3tahun I handle. Hancor kikiiii

Oke la babies, I nak sambung mengira ubat dulu. Jemu dah tengok paper. Document tak complete, jadi tak focus kelaut je.

Bye!

Sunday, April 1, 2012

Hai April..

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bestkan nama April. Siapa yang lahir bulan April, boleh la guna pakai nama April ni. Macam I lahir bulan October, takkan nak guna nick name October? Ngeee pelik lak bunyinya kan. Tapi ada juga okey, orang pakai nick name October. Unik gitu. Tapi I suka nama Aurora, bermaksud Cahaya. Hikhik.


Start je bulan April, adalah bulan untuk memulakan perkara yang memang I dah target selepas I melepasi proses pemulihan. Pemulihan??? Ye, pemulihan. Jangan la terlalu salah anggap dengan ayat pemulihan itu. Tahun yang lepaskan tahun dimana I menjalani detik2 operation yang tak pernah I terfikir memakan masa sampai 13jam. U olls kalau rajin klik la link2 yang berkaitan dengan hal operation ni.

Hari ni, hari cuti. Yes!! Jom jalan :p
Related Posts with Thumbnails