♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, July 30, 2010

Bueno

No comments:
السلام عليکم

Hujan yang lebat sekarang ni, buat YY lemau. YY cari...

Ummmph sedap


Layan...

P/s Hikhik

Puchong>Petaling>Bukit Jalil>LCCT>Gasing>Puchong

No comments:
السلام عليکم

YY diminta untuk menghantar kawan YY ke LCCT. YY fikirkan tak apa la, cuma 1 jam je pergi balik dari Puchong > LCCT, lagipun hari ni hari Jumaat, rehat agak lama sikit. Tapi, kerja YY mana ada time rehat. Kalau rasa lapar makan, kalau tak, curi2 time rehat je. Kerana kawan, YY tak kesah nak tolong waktu kawan YY susah, atau minta bantuan. Tak mendatangkan  masalah buat YY, YY akan bantu. Mana tahu, time YY susah pulak ada yang bantu. Ada ke..? Jangan mengharap balasan orang la YY. Hehehe

Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google

YY sebenarnya agak terasa hati dengan kawan YY ni. Meh YY share perasaan YY terhadap kawan YY yang sorang ni. YY bukan complain, tapi tanya la pada sesiapapun, YY sure2  diorang pun rasa benda yang sama. Ya, perubahan dan ragam orang kita tak leh nak jangka. YY tetap nak cakap, YY kecik hati dengan perangai kawan YY yang seorang ni, yang YY sendiri tak sangka2. Apa la yang YY kecik hati sangat dengan kawan YY tu...? (",)

Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google
YY tak suka sikap dia yang tak berterus terang. Kenapa mesti sembunyi2...? Kenapa mesti nak cakap last minit...? YY takkan sibuk hal orang, dan YY bukannya macam tu. Cuma YY minta terus terang sahaja. Mana taknya, minta 1jam masa YY, YY okay je. Tapi 1jam masa YY dibawa ke 3jam, apa cerita pulak. Sampai YY tak boleh nak kata apa, bila kawan YY bersuara, "Sebenarnya tengah tunggu bla bla bla bla bla" YY tersentak sekejap. Malas nak bertelagah atau bersuara, YY iyekan aja. Walaupun, teman YY yang sorang lagi mula nak bertanya itu ini, YY cuma boleh kata, "Jangan masuk campur hal orang la", sebab apa..? Sebab YY dah sakit hati kat situ. Kenapa tak berterus terang bila YY tanya, pada awal dia minta tolong. Tak mahal pun terus terang tu.

 Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google

Sakit hati YY terbawa2, sampai sakit kepala. Kenapa la boleh jadi macam ni???!!! YY paksa pejam mata, tapi tak boleh kerana Baby YY dipaksa pecut semata2 nak kejar flight orang lain. "Maaf terpaksa pecut kalau tak bla bla bla bla" kata teman YY yang drive Baby YY saat itu. YY memang tak boleh nak kata apa, cuma yang terkeluar, "Takpe, kalau tak lambat flight orang". 1jam YY telah pun berlalu.

 Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google

Hilang mood YY saat dan ketika itu, YY hanya mampu diam dari bercakap. Kalau YY bercakap, makin panjang pulak cerita. YY tetap fikir perasaan orang. Tak mahu susahkan hati kawan yang nak fly jauh. Terfikirkah kawan YY tu tentang perasaan YY..? Tuhan je yang tahu semua itu. Memang, kawan YY ada hulur duit untuk minyak dan tol. Alhamdulillah, terima kasih ye, syukur ada rezeki tolong kawan. Tapi, dengan cara kawan YY hulur duit  kat YY lagi buat YY sakit hati. YY tak minta la nak layan YY dengan cara baik, tapi cukup kalau ikut sopan dan santunnya. Bukankah kita penuh dengan adat dan tatasusila yang tersendiri...?

Walaupun dalam keadaan kelam kelibut, Alhamdulillah selamat sampai sebelum waktu penerbangan. Kisah tak puas hati YY belum habis lagi ni. Sampai ke petang, bawa ke malam, bawa keesokan hari dan sampai saat ni, YY tak dapat info dari kawan YY tu. Dah selamat sampai ke, flight delay ke, tak jadi fly ke langsung tak dikasi tahu. Aiseeeh.. Bahasa YY dah tunggang langgang dah ni. Susah ke nak sms, "Dah sampai bla bla bla. Mekasih ye bla bla bla bla". Haishh marah marah marah buat YY tertanya2. YY tahu dia akan baca N3 YY ni, biar dia baca, bukan niat nak kondem kawan, niat YY baik. Cuma minta dia buka hati dan fikir balik perasaan orang. Letakkan diri dia di tempat YY. Apa agak2nya dia rasa...? 

YY tak mampu nak berterus terang depan dia. YY akan terasa sebak.

P/s Tepuk dada tanya selera.

Surprised...

No comments:
السلام عليکم

Date : 29 July 2010
Time : 10.00 pm
Venue : Redbox, IOI Mall Puchong

Surprised...

Happy Birthday Cda..

Turut hadir..


Us... 


Jom balik...




Mekasih ye jemput sis.. hehehhe

P/s Lemau

Tuesday, July 27, 2010

Petua Oh Petua

1 comment:
السلام عليکم

Sedang YY frust menonggeng, bila berat badan naik mendadak, dapat la pertua2 untuk hilangkan jerawat or parut jerawat dari adeq YY. Untuk pengetahuan, YY minta subuh2 tadi. Ni dah dekat senja baru dapat. Wakakaka nampak na bohong, lom masuk senja pun lagi kan. Sekarang YY sedang memilih mana satu petua yang perlu YY pilih. Teruskan bacaan untuk mengetahui lebih lanjut...

Petua dicari melalui Mr/Mrs Google

Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. (Menegangkan kulit muka)

Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.

 Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

Agak2 YY nak ikut petua yang mana...? YY belum pernah diserang kulit bermasalah seperti sekarang ni tau. Jerawat tumbuh, lepas satu persatu. Haissssh

P/s Korang kalau ada petua yang biasa korang ikut, leh share dengan YY gak k

Nak Jerit... Tidaaaaaaaaaakkkk

3 comments:
السلام عليکم

YY  baru je lepas timbang berat badan. Nak tahu tak berapa berat YY sekarang. Perggghhhh tak percaya tapi kena percaya...


Berat YY dah naik mendadak 67kg. Fuhhhhh tarik nafas dalam2 YY  ni. Ini sudah lebihhh

P/s Jogging tengah malam bleh tak..?

Monday, July 26, 2010

Melayan

1 comment:
السلام عليکم

Saat dan ketika ini, YY sedang melayan 


Nyum2 sungguh sedap

P/s Makan sedikit untuk tenaga

Sunday, July 25, 2010

Day 3 ",)

No comments:
السلام عليکم

Destinsi terakhir, ni baru betul2 tempat kelahiranku Teluk Intan. Sedikit info yang YY cari ",)

"Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam. Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu."

Sampai Teluk Intan yang dicari adalah Menara Condong. Sedikit info ",)

"Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan."


















Panas terik trus menjadikan kesengalan melanda
Pelbagai reaksi
Great.. Sporting seyh
Terbaekkk




Disini terbongkar lah rahsia bila YY bertanya pada Mama dan Ayah, macam mana YY leh tercampak lahir kat sini. Al-kisah... (",)
Mama ; Sini la kakak lahir. Hospital dulu kat belakang tu je la (sampai menunding kesebelah kiri). Tepi pantai, selalu banjir jew. Sekarang dah alih tempat lain.
YY ; Macam mana la tu leh lahir kat sini...?
Ej ; A'a macam mana la boleh lahir kat sini, Kg kat Sabak Bernam..?
Ayah ; Dulu cadang nak bersalin kat rumah je. Pukul 4.30pg, Mama dah rasa2 sakit. Nenek jerit2 soh panggil ambulans. Panik, anak sulung tak biasa, orang soh panggil ambulans, panggil je la.
Mama ; Dulu Sabak Bernam takde hospital. Tu yang ke sini tu.
YY ; Sakit subuh2 kuarnya tengahari hahahaaa
Ej ; Patut la kalau bergambar kepala nak senget2 je, rupanya dekat ngan Menara Condong
Ramai2 ketawakan YY terbahak2. Ceh boleh pulak beramai2 tertawakan YY kan. Takpe2 sekali sekala jadi bahan okay je. Tapi betul gak, bila YY fikir2 apa yang Ej cakap, YY jarang nak bergambar centre, mesti senget2. Hehehee. Panas terik kat Teluk Intan ni, membuatkan kami nak cari ABC (Air Batu Campur). Time balik KL yeah.. Selamat tinggal Teluk Intan, lain kali teman datang lagi yek.

My Baby on the road, so tonggek ha... 

Sebenarnya, masing2 dah lapar. So pusing2 cari tempat makan serba tak kena sehingga la YY terus terfikir nak ajak Mama dan Ayah makan "Ayam Penyet", jadi YY bawa la makan ayam penyet kat Sunway.

Bakal menyaksikan family YY menangis kepedasan hakhak
Wah berselera nampak. Ayah sudah mesra camera huhuuu
Wajah2 kepedasan bermandikan peluh waktu makan.


Alhamdulillah, selamat sampai. Penat.. Penat.. Penat... Jom ZzzzZZZzzzzz

P/s Happy giler

Saturday, July 24, 2010

The Night

No comments:
السلام عليکم

Tibalah masanya, dan kerana inilah YY sekeluarga sampai ke Perak. Majlis Convocation adik YY, Lee yang di adakan pada waktu malam. Tak heran, tapi heran juga la kenapa majlis ada dua sesi, yakni pagi dan petang. Walaupun YY dan Lee macam anjing dengan kucing, YY tetap juga turun padang beri sokongan. Siapa tak bangga adik naik pentas wei. Ye la, YY tak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke mana2 pusat pengajian kerana memberi laluan untuk adik2 YY. Kalau la diorang lupa diri lepas ni, YY la orang pertama yang sedih, walau YYsentiasa gelak2. Eh cerita apa ni, salah tajuk dah tukar2. Hehhee

We are ready scroll (",)

Kami memang giler bergambar

Majlis Konvokesyen IKM Lumut 

Dalam dewan. So hot and spicy.. Panas panas panas

Itu adeq saya Lee hehhee

Sayu rasa dalam hati =(

Ye, YY sekeluarga rasa bangga =)


Hehheee

P/s Ready for tomorrow

Day 2 (",)

No comments:
السلام عليکم

Hari kedua YY kat sini, ada la sikit aktiviti yang tak seberapa gah.
Cinta hatiku... Mama n Ayah Muaaah. Perhatikan elok2, muka YY ikut Mama or Ayah hehehe.

Anak Mama. Sorang lagi ngah bersiap, so gambar dia takde.

YY anak Ayah juga, Baby pun anak Ayah juga kan Ayah..?

Selepas kenyang2 sarapan, teruskan pusingan.

Pusingan yang pertama scroll eh (",)
Lumut Waterfront

Gelagat we olls..

Kami suka bergambar 

So sweet, manis..

Pusingan yang kedua lak scroll lagi (^_^)

Teluk Batik


Gelagat anak bujang Mama dan Ayah

Gelagat bujang2 Mama dan Ayah sebelum naik Banana Boat. Takut ye Farhan.. =)


Kalau YY tau diorang nak mandi, dah lama YY bawa baju. Tak kesah la tu, yang penting adeq2 YY happy. YY jadi pemerhati jew =)


Hanya mampu memerhati waaaaa =(


YY terasa sangat happy =)

Fuhh sangat enjoy, walau penat. Time untuk balik dan rehatkan diri. Kemudian get ready for the night.

P/s Happy tahap gaban 

Friday, July 23, 2010

Ini Harinya...

No comments:
السلام عليکم
Seperti dalam shout out YY kat FB "I'm leaving tomorrow" hari yang ditunggu2 sampai juga. Hari ni YY akan bertolak ke Manjung, Perak sekaligus, bercuti bersama keluarga tercinta. Rezeki datang lambat, so lambat la nak merayap ke negeri2 orang. Itu bukan tujuan utamanya. Tujuan utama kesana, adalah untuk meraikan hari convocation adik YY, Lee.

Peta daerah Manjung, Perak

Perjalanan YY kesana berkonsepkan redah je. Memang YY ada merancang perjalanan, tapi entah mana ribut dan taufan datang membuatkan Mama dan Ayah bertolak kesana malam tadi. Kalau nak tahu Perak adalah negeri kelahiran YY, tapi YY tak pernah jejak kaki kesana. Pelikkan, kalau orang tanya apa bestnya Perak, YY tak tahu apa2. 

Dah sampai, Alhamdulillah...
Lee Garden Hotel, Manjung.

Memang memilih hotel budget je untuk peredahan kali ni. Huhuuu

My best friend pun follow, pasal tak cukup kereta. Tq babe (",)

Dinner time. Pusing punya pusing konon2nya nak makan seafood tepi laut. Tapi, Lee kata "Kat sini takde seafood" uhhh macam pelik. Cuma boleh terfikir, dia tak abes pusing kat sini. Wahahah jadi redah lagi. Sampaila terjumpa kedai ni.

Restoran Teluk Muruh, Lumut Perak

Serang.....! Sehingga lupa nak snap muka2 yang sedang asyik menjamah makanan. Sungguh lapar la katakan. Yang penting apa saja yang terhidang, habis licin dimakan. Wahhh amat berselera rasanya, makan disamping keluarga tercinta. I LOVE U ALL.

Seterusnya makan durian di tepi laut (^_^')


P/s Nak tinton  zzzzzzzzz 

Thursday, July 22, 2010

Mana nak ku TEMPAH baju

No comments:
السلام عليکم

Puasa nak dekat, YY pening kepala dok fikir mana nak YY nak hantar berhelai2  baru je YY beli tu. Salah satu kain yang ada adalah pemberian kawan YY, yang baru2 ni pergi bercuti "U mekasih yerp". Kebanyakan kedai jahit dah tak terima tempahan dah sekarang ni. YY roger2 kawan2 YY, mana la tau ada contact or lobang2 yang leh terima tempahan lagi. Huhuu sampai sekarang belum ada jawapan, so YY kena sabar dan tunggu je la..

Berkat kesabaran, YY dapat juga. Walaupun jauh, YY tak kesah asalkan Untie mahu amik lagi tempahan. Terima kasih Untie hehhee

P/s Mood Chotyyy chotyyy

Wednesday, July 21, 2010

YY Mengidam

No comments:
السلام عليکم

Saat dan ketika ini, YY terbayang2 ",)

Kenny Rogers ROASTER


Tangy Chicken Spaghetti 

YY lapar...

P/s Adeh makan je ni

Choootyyyyy Hoyeyyyyy!

No comments:
السلام عليکم

Alhamdulillah cuti YY da approved. Yeayyyy!
YY bakal bercuti dengan keluarga tersayang.
Tapi kemana...?
Masih lagi dalam Malaysia, belum ada rezeki untuk ke over the sea...
Insyaallah kalau rezeki itu ada..
Over the sea, I will come cewahhhh..

P/s Hoyeyyyyy

Tuesday, July 20, 2010

Body Massage

No comments:
السلام عليکم

"Kak Ida terima kasih banyak2" jerit YY dalam hati. Al-kisah, malam tadi YY berurut. Terasa peranakan YY jatuh ke lutut <-- meminjam kata2 teman YY. Mana taknya, sejak seminggu lalu, YY asyik dok angkat barang2 berat. Sungguh terasa sangat2 sakit. Macam mana YY nak jelaskan bertapa deritanya menanggung sakit. Walaupun sakit, YY masih boleh tersenyum. 

Rancangan pada mulanya, nak ke Banting untuk berurut. Disebabkan perkara yang tak diingini berlaku, YY terpaksa stayback kat klinik. Mana la YY tahu, orang lain pun ada plan sendiri tanpa bagitahu YY. Nak kata apa kan...? Lupakan bab tu, sebab perkara itu terlalu sakit untuk difikirkan. Nasib baik Kak Ida ni <-- contact dari Yart,  ada masa untuk meluangkan waktu massage YY. Nasib baik juga Kak Ida ni sporting. Kalau tak, YY yang pemalu ni, tak tahu nak borak apa. Peh, terjerit2 YY menahan sakit tapi sedap. 


Kebetulan, adeq buat Onde2. Jadi, takde la terasa segannya, bila tetamu tak terancang datang. Pandai adeq sis buat kuih kan.. (^_^)


P/s Segar
Related Posts with Thumbnails