السلام عليکم
YY diminta untuk menghantar kawan YY ke LCCT. YY fikirkan tak apa la, cuma 1 jam je pergi balik dari Puchong > LCCT, lagipun hari ni hari Jumaat, rehat agak lama sikit. Tapi, kerja YY mana ada time rehat. Kalau rasa lapar makan, kalau tak, curi2 time rehat je. Kerana kawan, YY tak kesah nak tolong waktu kawan YY susah, atau minta bantuan. Tak mendatangkan masalah buat YY, YY akan bantu. Mana tahu, time YY susah pulak ada yang bantu. Ada ke..? Jangan mengharap balasan orang la YY. Hehehe
Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google
YY sebenarnya agak terasa hati dengan kawan YY ni. Meh YY share perasaan YY terhadap kawan YY yang sorang ni. YY bukan complain, tapi tanya la pada sesiapapun, YY sure2 diorang pun rasa benda yang sama. Ya, perubahan dan ragam orang kita tak leh nak jangka. YY tetap nak cakap, YY kecik hati dengan perangai kawan YY yang seorang ni, yang YY sendiri tak sangka2. Apa la yang YY kecik hati sangat dengan kawan YY tu...? (",)
Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google
YY tak suka sikap dia yang tak berterus terang. Kenapa mesti sembunyi2...? Kenapa mesti nak cakap last minit...? YY takkan sibuk hal orang, dan YY bukannya macam tu. Cuma YY minta terus terang sahaja. Mana taknya, minta 1jam masa YY, YY okay je. Tapi 1jam masa YY dibawa ke 3jam, apa cerita pulak. Sampai YY tak boleh nak kata apa, bila kawan YY bersuara, "Sebenarnya tengah tunggu bla bla bla bla bla" YY tersentak sekejap. Malas nak bertelagah atau bersuara, YY iyekan aja. Walaupun, teman YY yang sorang lagi mula nak bertanya itu ini, YY cuma boleh kata, "Jangan masuk campur hal orang la", sebab apa..? Sebab YY dah sakit hati kat situ. Kenapa tak berterus terang bila YY tanya, pada awal dia minta tolong. Tak mahal pun terus terang tu.
Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google
Sakit hati YY terbawa2, sampai sakit kepala. Kenapa la boleh jadi macam ni???!!! YY paksa pejam mata, tapi tak boleh kerana Baby YY dipaksa pecut semata2 nak kejar flight orang lain. "Maaf terpaksa pecut kalau tak bla bla bla bla" kata teman YY yang drive Baby YY saat itu. YY memang tak boleh nak kata apa, cuma yang terkeluar, "Takpe, kalau tak lambat flight orang". 1jam YY telah pun berlalu.
Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google
Hilang mood YY saat dan ketika itu, YY hanya mampu diam dari bercakap. Kalau YY bercakap, makin panjang pulak cerita. YY tetap fikir perasaan orang. Tak mahu susahkan hati kawan yang nak fly jauh. Terfikirkah kawan YY tu tentang perasaan YY..? Tuhan je yang tahu semua itu. Memang, kawan YY ada hulur duit untuk minyak dan tol. Alhamdulillah, terima kasih ye, syukur ada rezeki tolong kawan. Tapi, dengan cara kawan YY hulur duit kat YY lagi buat YY sakit hati. YY tak minta la nak layan YY dengan cara baik, tapi cukup kalau ikut sopan dan santunnya. Bukankah kita penuh dengan adat dan tatasusila yang tersendiri...?
Walaupun dalam keadaan kelam kelibut, Alhamdulillah selamat sampai sebelum waktu penerbangan. Kisah tak puas hati YY belum habis lagi ni. Sampai ke petang, bawa ke malam, bawa keesokan hari dan sampai saat ni, YY tak dapat info dari kawan YY tu. Dah selamat sampai ke, flight delay ke, tak jadi fly ke langsung tak dikasi tahu. Aiseeeh.. Bahasa YY dah tunggang langgang dah ni. Susah ke nak sms, "Dah sampai bla bla bla. Mekasih ye bla bla bla bla". Haishh marah marah marah buat YY tertanya2. YY tahu dia akan baca N3 YY ni, biar dia baca, bukan niat nak kondem kawan, niat YY baik. Cuma minta dia buka hati dan fikir balik perasaan orang. Letakkan diri dia di tempat YY. Apa agak2nya dia rasa...?
YY tak mampu nak berterus terang depan dia. YY akan terasa sebak.
P/s Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^