السلام عليکم
Sedang YY frust menonggeng, bila berat badan naik mendadak, dapat la pertua2 untuk hilangkan jerawat or parut jerawat dari adeq YY. Untuk pengetahuan, YY minta subuh2 tadi. Ni dah dekat senja baru dapat. Wakakaka nampak na bohong, lom masuk senja pun lagi kan. Sekarang YY sedang memilih mana satu petua yang perlu YY pilih. Teruskan bacaan untuk mengetahui lebih lanjut...
Petua dicari melalui Mr/Mrs Google
Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. (Menegangkan kulit muka)
Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.
Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.
Agak2 YY nak ikut petua yang mana...? YY belum pernah diserang kulit bermasalah seperti sekarang ni tau. Jerawat tumbuh, lepas satu persatu. Haissssh
P/s Korang kalau ada petua yang biasa korang ikut, leh share dengan YY gak k
Petua..
ReplyDeletewahhh menarikk
jangan lupa jogging 24jam taw :P
New Entry Prof-Hariz
Ingat! ! ! Untuk Hidup