♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, July 2, 2010

Aduhaiiii

السلام عليکم
Salam Jumaat semua... Weee kejap je dah hari Jumaat, YY rasa baru semalam je hari Isnin. Tup tup nak jumpa hari Isnin yang lain pulak. Setuju tak kalau YY kata, masa terlalu pantas berlalu...? Ye sangat pantas, dan setiap detik dan waktu punya ceritera sendiri. Datang pula, satu pengalaman, pengajaran, pengertian setiap detik yang telah berlalu. Macam mana...? Masih sanggup harungi dugaan hidup...? Yes pastinya boleh, jangan cuba2 mengalah okay (",)

Hari ini, YY rasa malas2 nak kerja. Bukan kerana cerita awal bulan , dimana bila dah gaji, semua jadi malas. Salah tanggapan semua yerp. YY berkerja penuh ikhlas dan berdedikasi (hahahah so bodekkan)YY rasa amat malas, kerana keadaan dalam klinik ni amat la bising. Biasanya hanya ditemani dengan...

Bunyi2 air yang amat menenangkan.
(gambar dipetik dari En. Google)

Radio... Lagu2 dari Suria Fm tentunya sebab YY demam FB Suria huhuuu
(gambar dipetik dari En. Google)

Kenapa bising..? Ni semua gara2 ada sedikit renovation yang nak di buat dalam klinik tempat YY berkerja ni.  Jadi segala macam bunyi dah keluar. Rasanya korang pun tau bunyi apa yang YY maksudkan. Dalam keadaan panas terik diluar, agak2nya la selesa tak dengan keriuhan yang ada ni...? Sudah tentunya tidak bukan. Apa nak buat, boss tak mahu kasi cuti, jadi kena la hadapinya. 

YY dah pening jumpa lagi k..

P/s Adeh laa

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs