♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, August 31, 2012

Anugerah AidilFitri ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Merdeka55

1 comment:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

I bangga jadi anak Malaysia. Uolls bangga tak? Harusla kita bangga kan uolls. Negara aman, mudah mencari makan. Tempat tinggal yang selesa. Segala kemudahan ada. Apa lagi yang kurang kat Malaysia ni. Malaysia banyak tempat-tempat menarik tau. Explore la negara sendiri. Iolls pun belum habis explore. Kikiii

Kalau nak ikutkan hal politik, takkan sudah uolls. Marah, dendam, tak puas hati blablablaaa, takkan kemana pun. As long, kita selesa dengan apa yang kita ada, dan bahagia dengan keluarga tersayang. Bersyukur kata orang, cukup pakai makan segala. Amin

Ini adalah pendapat peribadi. Bukan nak kasi orang marah tau.

Selamat Hari Merdaka-55.

Monolog: I MISS my HAFIS, Al-Fatihah

Thursday, August 30, 2012

Marble di pagi hari

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Pagi-pagi I dah keletang keletung kat dapur. Sangat bersemangat menyediakan permintaan Mama. Ye baik, segalanya untukmu. Sila balas dengan kasih sayangmu yang extravaganza eh Mama. Jangan lupa makanan yang sedap-sedap, supaya tumbesaran I lagi hebat. Ngeee.

Bila Mama minta buatkan kek marble untuk kenduri arwah adik I malam ni, I tak membantah. Memang I berniat nak buat untuk hari raya, tapi tak berkesempatan. Permintaan Mama ini, terus I tunaikan tanpa banyak bunyi. Bukan Mama tak tahu nak buat, tapi dia mahu I yang buatkan. Sodap katanya bila I yang buat. Sedap keeee

I share resepi marble yang I buat. Tak pasti, samada dah share ke belum.

Kek Marble

Bahan-bahan
5biji telur
1½ cawan majerin
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu teh backing powder (diayak)
1 sudu teh esen vanilla
3 jenis pewarna (ikut suka)

Cara-cara
1) Pukul telur sehingga kembang
2) Putar majerin dan gula halus sehingga kembang. Bila mereka bersatu akan jadi warna putih susu.
3) Campurkan tepung gandum dan backing powder.
4) Campurkan adunan 1,2,3. Gaul sehingga sebati. Masukkan esen vanilla.
5) Asingkan bancuhan ke dalam 3bekas. Campurkan pewarna ke dalam bancuhan yang diasingkan. Satu bekas, satu warna.
6) Sediakan loyang dengan kertas pembakar. Letakkan satu sudu bancuhan berwarna di dalam loyang yang tersedia. Kemudian, letakkan bancuhan warna yang lain ke atas warna yang terdahulu. Dan seterusnya. Kalau ada lima layer, lima tindahan la.

Senangkaaan? Kacangbaituuuuu. Selamat mencuba.


Hasilnya bila dipotong-potong. I guna 5warna. Biru, pink, coklat, hijau dan kuning. Warna kuning tu warna asal bancuhan.


Bekalan ke tempat kerja. Oh harumnya bau. Kikiii

Bye!

Monolog: Al-Fatihah

Wednesday, August 29, 2012

Dewa (Shiro) date Dr. Balkis

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita minggu lepas, baru berkesempatan nak menulis.

Dengan suka hatinya, I change his name to Dewa. Nama manja selain Shiro. Miumiuuu

Kesibukan sebelum puasa, semasa puasa, dan seterusnya selepas raya. Pun begitu, keadaan Dewa (Shiro) yang semakin merunsingkan dari hari ke hari, tidak boleh di tangguh lagi. Terima kasih, kepada kawan I yang sudi membawa Dewa ke veterinary. 

Mari la cuci mata uolls dengan karenah Dewa sepanjang berdating dengan Dr. Balkis.


Perhatikan gelagat Dewa di dalam cage. Kelam kabut memerhati kawasan yang baru dia jejak. 

"No pets on the counter" tapi, tak faham kenapa yang bawa Dewa ni tak letakkan Dewa kat bawah. Mungkin sengaja berperangai seperti tak faham bahasa. Apa la ayat yang terkeluar dalam hati orang yang sedang men-register. Ayat I agak kasar, jangan la super sentap bila membaca ye kawan. Well, sign ni baru sahaja letak kot. Sebab, sebelum ni I bawa kucing2 yang lain, takde pun sign ni. 


Consultation room, kesejukan tak kala duduk kat atas meja. Masih berwajah tak puas hati dan minta belas ehsan. Eh tak payah nak buat muka kesian sangat ye. Awak sakitkan.


Apa pandang2. Tengok mata tu, dah comot!!!


Mula rasa selesa. Main2 atas penimbang. Yes, 3kilo sudah. Makan tak seberapa. Tapi berattttt.


Taraaaa checking time. Tengok telinga, mata, dan mulut. Yes!! Dr. Balkis kata, semuanya okey. Fuhhh puji pujian buat I. Bermakna cara I jaga menjaganya bersih. Tapi dah 3bulan tak mandi. Muahahaaaa


Start dose ubat dalam bentuk cecair. Malangnya, Si Dewa ini memuntahkannya semula. Makanya, tak boleh la bagi ubat cecair kepada Dewa ini. 

Hasil temujanji, tak ada apa yang merunsingkan. Semua okey. Cuba, bawa balik bekalan yang perlu dihabiskan dalam seminggu. Okey baik. Dewa makan sendiri okey. T_T


Time yang tepat, waktu lawatan pun tamat. Mungkin sebab musim raya, klinik hanya beroperasi sampai pukul 2petang sahaja. Pufff


Waktu untuk pulang. Masih muka tak puas hati. Huh.

Itu sahaja. Bekalan yang diberikan tak sempat pulak nak snap. Kelam kabut kata kawan I ni.

Uolls tertanya2kan apa sakit si Dewa ni sampai nak kena bawa dating dengan Dr. Balkis?? I pendekkan sahaja sinopsisnya. Dewa mengalami sakit mata hampir 3minggu. Even thou, I ada stock ubat mata yang memang I amik extra dari veterinary 3bulan lepas, masih lagi tiada perubahan. Makanya, kena la bawa dating dengan Dr. Balkis. Secara tak langsung buat la sekali harung pemeriksaan kesihatan yang lain.

Sudah sihat, boleh bawa semula dating dengan Dr. Balkis untuk vaccination. Akan complete 3set vaccine yang dicadangkan oleh Dr. Balkis.

And I think, I also have to get a vaccination, to protect myself too. 20 ekor kucing kottttt dalam jagaan. Sendiri mau ingat la kaaaaaan.

Okey!

Sekian berita kucing.

Monolog: Sudah bersedia untuk mengurangkan kucing yang banyak.

Wordless Wednesday #57

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, August 28, 2012

Detik Perkenalan Shiro

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Suspend tak tajuk tu? Tak la sangatkan. Dah tak tahu nak letak tajuk apa, tajuk itu aje la yang ada. Ngeee


I pernah ada angan2 untuk memiliki kucing yang hanya mempunyai satu warna. Uolls fahamkan satu warna tu macam mana? Ala, yang takde tompok2 la. Contoh, macam kuning ke, hijau ke, janji satu warna. Eh ada ke warna kitten sebegitu meriah? Hehehe. Bila one of my friend show me those picture, I swear, I fall in love with him. His eye. Yes, his eye make me melt. Merujuk kepada kitten tersebut.

Dari menjaganya hanya untuk seketika, dengan baik budi kawan I ni berikan kucing ni kepada I. Alhamdulillah, amanah Allah, makanya kucing yang diberi nama Shiro ini masih selamat dalam jagaan I.

Ngeee.

Monolog: Mengantuk

1st part DONE

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Salawat dan Salam keatas Junjungan kami 
Saiyidina Muhammad dan keatas keluarganya dan para sahabatnya semua.
Ya Allah kami memohon mendapat kereredhaan Mu dan Syurga. Dan kami berlindung dengan 
Mu dari kemurkaan Mu dan api neraka.  Ya Allah ampunkanlah kami dari dosa-dosa dan 
kesalahan kami semuanya.


First part of the part is done. Alhamdulillah, dipermudahkan dengan izin-Nya. Merangkak sedikit demi sedikit untuk kepuasan dan keselesaan diri. Amin amin ya rabbalalamin. Terima kasih dengan izin-Mu ya Allah.

Entry tanpa gambar. Memang sengaja.

Next...

Monolog: Amin

Sunday, August 26, 2012

Cara jiran baru menyapa :))

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Zaman dah moden. Tapi cara menegur tak moden.
Well, sebagai jiran baru di kawasan yang baru, dah tentunya I belum kenal peel dan karenah manusia baru. Wah semuanya baru. Mungkin juga environment baru. Yea, serba serbi baru (but bukan seratus peratus baru). Eh banyaknya baru. Pun begitu, I tetap I yang dulu. Percayalah diikuti dengan lagu Dato' Siti Nurhaliza.
Okey I merepek.
Entry ni bukan nak lepas geram, but somehow I rasa I geram. Eh bukan geram, tapi marah. Eh tak marah, tapi frust. Eh bukan frust, tapi sakit hati. Eh mana satu ni. Macam ini la, mungkin combinasi ketiga-tiga perkara diatas. Kesimpulannya? Terpulang pada uolls.
Semua kenal kan gambar di atas. Awesome! Kalau uolls memang bijak. Tak tahu kalu, pi google okey.
Apa gunanya?
Gunanya untuk menebuk lubang di dinding.
Nak dicarikan cerita, I ni menebuk la lubang. Bukan saja-saja nak tebuk. Tempat baru ni, takde rill untung langir. Makanya, I menebuk la dinding. Dinding batu, makanya I gunakan drill untuk memudahkan kerja. Kalau dah namanya drill, sure la agak bising. Mana ada drill yang takde bunyi. Kalau ada, show it please.
Sedang kusyuk I men-drill, datangla seorang jiran yang datangnya dari tingkat atas (mungkin).
"Buat apa tu?"
"Tebuk lubang la bang"
"Malam tadi menukang, siang men-drill. Bising"
"Eh, mana ada saya menukang malam tadi"
"Takde ke?"
"Rumah sewa ke rumah sendiri"
"Rumah sendiri. Kenapa bang ada masalah"
"Telinga saya ni binggit, kepala pun goyang-goyang" siap dengan mimik muka berkata-kata
"(Muka hairan++++)"
"Jangan over sangat"
"Apa pulak over bang, tebuk lubang dinding saya kot, saya buat waktu siang kot"
Jiran tersebut berlalu dengan jelingan. Wah! Begini caranya ke menegur? Panas hati I ni tak terkata. I tak pedulik, tetap teruskan men-drill. Disebabkan combinasi ke tension tadi datang sekali, terus tak menjadi tebukan tersebut. Argh! Damn u neighbour (nangis dalam hati).
I buat time siang kot. Pukul 3petang. Kalau 3pagi I kena sound gitu okey la. Terus mood out.
Sekian.
Monolog: Terbantut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











Happy Birthday My Sexy!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Dear My Sexy,
A million thanks to you. Thanks for all the rides. Love you more each and every single day. Be nice to me okey.
Love, Me

Monolog: Focus

Friday, August 24, 2012

Tertutup

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tiada rumah terbuka. Dah dua tahun berturut2 tak buat rumah terbuka.

Kenapa??

Kerana Syawal tahun ni jatuh pada bulan August.



Oke bye!

Monolog: Kesian

Dari KL ke Sandakan

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, August 23, 2012

Teringin nak tembak dan ditembak

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Uolls, pernah main benda ni? Paintball. Ya paintball.

I sangat teringin nak main benda ni. Aktiviti lasak. Sangat nak buat okey.

BUT, I tidak dibenarkan melakukan aktiviti lasak. Sedih tau. Walau nak buat simple hiking pun, kena marah. Apatah lagi berlari, memang tak la kan. Bukan mengada2, tapi kehilangan tulang kecil dikaki membuatkan segalanya terbantut. Kalau pun nak sangat buat aktiviti lasak, kena tunggu lagi 3-4 tahun. 3-4 tahun tu dah kawin dah kot T_T.

Hmmm kita berangan kena tembak dulu. Kikiii

Monolog: Bosan 

Wednesday, August 22, 2012

DND

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Itu la dia Diva kat rumah I ni. Tak pernah I tengok, dia nak melepak, dalam bilik I. Hari ni balik kerja, dia lepak kat bilik I. Tengok la aksi dia bila I suruh kuar. Tak dilayan oke!

Huh! Nasib aku sayang ko. Kalau tak, dah lama kena lempang!

Diva Mimeco jom sleeep. Zzzzz

Bye!

Monolog: Makin jatuh cinta dengan memiawww grgrgrrrr


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takbir Raya

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tiap2 tahun pun, rumah I didatangi jemaah dari masjid untuk bertakbir. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, ianya menjadi tradisi di kawasan perkampungan kediaman I. Eceh ayat bunga2 seyh. Maklum la mabuk ketupat rendang masih terasa. Mabuk ke? Huh.



Mood masih beraya, tapi badan dah sampai tempat kerja. Dari semalam lagi dah start kerja. Ini la hasilnya kalau amik mc 6bulan lamanya. Kerna la berkorban extravaganza.

Jumpa lagi dengan cerita lain. Masih bab raya ke? Tengok keadaan la hehe

Monolog: Sakit hidung T_T

Wordless Wednesday #56

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera

Tuesday, August 21, 2012

Pilihan Warna Raya 2012

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Untuk Syawal pertama, sepakat sedondon sekeluarga berwarna kuning diraja. Syawal kedua pula, sesuka hati la nak pakai warna apa.

Monolog: Tak sedap badan rasanya :/

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MK's Family

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tahun ini warna kuning menjadi pilihan. Yes, I bukan keturunan di raja, but nak berangan dengan warna diraja. Boleh tak uolls. Boleh la kaaan.

Selamat Hari Raya!!!

Monolog: Sudah kerja laaaa T_T
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 19, 2012

Leguh kaki kite!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lenguh! Pukul 1130pagi gerak, sekarang dah pukul 2petang masih di Kuala Selangor. Baru suku perjalanan ni. Bila nak sampai.

Kiri dan orang belakang dah selamat berdengkur :(

Monolog: Nak tidur jugaaaak


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Disini tempatnya :(

No comments:
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera.

On the way to hometown. Singgah sebentar di jambatan yang menjadi penghubung baru diantara Kesas Highway ke Taman Sri Sentosa dan juga Taman Medan.

Kenapa singgah disini?

12tahun yang lalu, adik I meninggal disebabkan mati lemas. Disini la beliau dijumpai tersangkut di atas sebatang kayu. Dahulunya, jambatan ini belum siap, maka kami sekeluarga tak berkesempatan nak tahu dimana asal sebenarnya arwah dijumpai. Sehingga la hari ini, Ayah mahu tunjukkan kepada kami sekeluarga. Suasa hiba seketika.

Okey la uolls, nak teruskan perjalanan ke kampung halaman. Sure jem teruk! Saboooo.


Monolog: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ziarah

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tiap² tahun mesti pergi.

Monolog: Sedih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Oo'ooo balik kampoooong

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Monolog: Harap tak jem

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yeah Raya!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

630pagi iolls da bangun. Uolls bangun pukul berapa eh..

Pepagi I dah sibuk mengosok baju. Itu rutin tahunan. Sangat la tak best nak mengosok baju, dan paling I malas uolls. Terpaksa jadi rajin hokey. Biasanya, tiap² tahun I gosok baju sehari sebelum raya, tapi semalam, kepala dah migraine, tertangguh la kepada esok harinya. Dah siap gosok baju, sediakan bekalan untuk dibawa ke rumah Ninda. Selepas solat raya.

Nanti sambung eh uolls. Banyak benda nak buat ni. Singsing lengan tetinggi.

Entry tanpa gambar.

Monolog : Rajinnya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takziah Nency

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Berita ni, amat² mengejutkan. One of my schoolmate sister, meninggal. Ajal maut ditangan tuhan, Al-Fatihah.

-Utusan Malaysia Online-

Tajuk:
Isteri maut, suami cedera motosikal dirempuh kereta selepas beli persiapan raya

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kegembiraan sepasang suami isteri untuk melakukan persiapan raya untuk dua anak perempuan berakhir apabila salah seorang daripada mereka meninggal selepas terlibat dalam satu kemalangan maut di Jalan Bangsar, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Lenny Rulita Khairul, 30, difahamkan membonceng motosikal bersama suaminya, Yunaldi Bahar, 34, selepas membeli-belah keperluan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Medan, motosikal itu dirempuh dari belakang oleh sebuah MyVi yang dipandu oleh seorang wanita berusia 30an.

Akibat rempuhan itu, Lenny Rulita dikatakan melambung ke tengah jalan, manakala Yunaldi pula terseret, tetapi tidak mengalami kecederaan parah seperti isterinya.

Menurut adik Lenny Rulita, Dedy Rulita Khairul, 28, suspek wanita yang telah melanggar kakak dan abang iparnya itu dikatakan cuba melarikan diri dengan memecut laju.

"Tetapi topi keledar yang dipakai kakak melekat pada satu tayar keretanya menyebabkan suspek dikerumuni orang ramai dan dia sempat ditahan," katanya.

Beliau menjelaskan demikiandengan nada sedih ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini hari ini.

Sometimes, kita drive berhati², orang lain tidak. Apalah salahnya, sama berhati². Tak pasal² anak² arwah hilang ibu. Tak berhati perut pulak tu nak lari. Common, lady ladi. Herm.

Al-Fatihah.

Monolog: Ingat la orang yang tersayang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1Syawal1433

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

......人
....( ◎ )_________人
..║ ∩║____.-:'''"''"";-.
..║ ∩║___(*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_. ║∩∩∩∩║
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓. ┆Ramadan meninggalkan kita
▓ Syawal pula menjelang tiba
┆Rendang ketupat sudah tersedia
▓ Selamat Hari Raya!!!
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓.
✽ MAAF ZAHIR & BATIN ¯\(ツ)/¯
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶⌣̊✽̶
♥ MK's Family
Sibuk ke uolls? Iolls pun sibuk. Sibuk² pun masih sempat nak check in kat belog ni. Well, menulis adalah satu terapi yang baik untuk diri sendiri. Selain dari dok bbm/watsapp, menulis juga boleh meredakan segala kemarahan dihati. Tak caya, cuba buat.
Kalau dulu, cara I meluahkan isi hati dengan menulis di atas kertas kajang, dan kertas itu kemudiannya dibakar. La ni dah advance sikit, menulis dalam belog. Tapi tidak la dibakar uolls. Nangis la I satu entry nak bakor! Berapa kali pulak nak beli laptop baru. Itu baru laptop. Bersiaran langsung dengan blackey blom kira lagi. Mak bankrup nokssss. Muahaa
Dalam gumbira, hati rasa sayu. Sunyi pun ia. Kenapa?
Asal bulan August je, mesti begini la uolls. Lagi² seminggu lagi Malaysia menyambut Merdeka yang ke 55. Ini bermakna, 12tahun arwah adik pergi meninggalkan I (kalau tak salah hitung).
Dikatakan, setiap yang telah pergi ke rahmatullah, akan pulang ke rumah bila tibanya Ramadan. Betul kan uolls?

Sepanjang Ramadhan, I terasa akan kehadiran arwah adik dirumah I. Dapat I rasakan, sepanjang I menyiapkan order customers, arwah menemani dan melihat setiap geri I dari balik² pokok pisang dibelakang rumah. Setiap seminit, pasti I menoleh disitu, dengan harapan, dapat melihat wajahnya. Malangnya, beliau tidak mahu tunjukkan wajahnya, hanya sekadar perasaan dari naluri beliau yang ingin dikatakan, "Saya pulang". Hati merasa sangat rindu. Andai arwah ada lagi, pasti keadaan dirumah ini riuh. Al-Fatihah.
Hmm okey la uolls. I nak sambung buat kerja. Sementara nak menunggu kedatangan orang masjid datang ber-takbir raya ni, jadi la anak dara yang baik. Ye dok hehe.
Monolog: Semoga kau berbahagia di Syurga-Nya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Friday, August 17, 2012

Pegedil Daging!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tetiba nak buat pegedil daging! Jom husha resepi. Buat malam ni, leh makan untuk sahur.

Pegedil Daging

Bahan-bahan:
4 biji kentang sederhana besar
200 gram daging lembu kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup - hiris halus
1/2 sudu teh jintan manis - tumbuk
1/2 sudu teh jintan putih - tumbuk
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ayam
1 biji telur - pukul hingga kembang
1 cawan serbuk roti
minyak
sos cili 

Cara-caranya:
1. Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk / lenyek kentang goreng sehingga halus.
3. Masukkan kentang lenyek dalam sebuah mangkuk besar. Masukkan daging lembu kisar, bawang goreng, daun sup, lada putih, jintan putih, jintan manis dan serbuk pati ayam. Gaul sebati.
4. Bulat-bulatkan adunan dan kemudian leperkan sedikit mengikut saiz  pegedil yang disukai. 
5. Celup pegedil ke dalam  telur dan kemudian golek-golekkan ke atas serbuk roti.
6. Goreng di dalam minyak menggunakan api sederhana panas.
7. Apabila pegedil masak, angkat dan toskan.
8. Hidangkan bersama sos pilihan.

Bye!

Monolog: MENGANTUK!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sarang Si Semut

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sarang si semut in the house yo!

Kalau da namanya kuih peberet, harus la berusaha untuk mengentel. Nah ini la hasilnya mengentel dari jam 11malam-3pagi. Siap boleh stop sekejap, dan keluar runner beli cups yang kekurangan. Tak budget pun dapat berbiji2.

Bila di uli², disagat² dapat la 6bekas kecil. Bersamaan 200biji.

Untuk resepi, rujuk PR12#1.

Bye!

Monolog: Super mengantuk
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Raya Oh Yeah ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Thursday, August 16, 2012

Wish Raya sudah!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bila on Facebook dan Twitter, nah notification penuh. Bila klik, nah, kad raya online. Zaman canggih ni, takde lagi guna khidmat posmen/pos laju nak hantar kad raya. Kalau ada pun, diorang hantar parcel. Kuih raya pun pakai posmen uolls! Super malas nak hantar by hand. Huh.


Kan da cakap takde kad raya. Parcel raya ada la. Apa isi kat dalam ni. Tak payah nak sibuk sangat boleh. Kepoh la uolls ni. Dok dendiam kat ujung sana hokey. Muahahahaaa.

Bila kali terakhir uolls dapat kad raya? Me? MmmmMmmMmm paling last, last year la. Tu pun belum terbalas. Haiyak! Macam kena balas je tahun ni. Beli kad raya, beli kad raya. Hah kena beli. Wei apasal membebel ni T_T.

I dah setart membebel dari malam tadi tau uolls. Entah angin mana yang datang, I rasa sooo rimas and lemas, mula la I mengemas. Bila mengemas, mulut pun turut terkumat kamit macam tangan I yang dok capai campur campak barang2. La ni pun, I sedang mengemas klinik, masih lagi boleh setop tangok belog, dah tengok dok menaip semata2 nak membebel. Cayalah uolls yang menerjah ni menjadi pendengar bebelan terbaik I. Muacks!!


.:: Hasil pencarian Google ::.

Diam tak diam, dah nak habis Ramadan kaaaan. Sedih tak uolls nak tinggalkan Ramadan yang penuh nikmat ni?? Sedih kaann. Ya, me juga terasa akan kesedihannya. Alhamdulillah, Ramadan kali ini I dapat mengerjakan solat terawih walaupun hanya dua hari. Tetap I bersyukur dapat menjalaninya. Insyaallah, tahun depan dengan izin-Nya, I tunaikan lebih dari yang ada. Insyaallah. I'm so touched  :(

.:: Hasil pencarian Google ::.

Awal sangat tak nak ucap ni? Tak kesah la, I wish juga. Selamat Hari Raya!!

Monolog: NAK DUIT RAYA PLEASE 

Hamper Raya for Ninda

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.




Peluang bercuti raya selama dua hari (jadi laaaa dari tak dapat cuti raya) dimanfaatkan dengan sebaik2nya. Tahun ni, nak buat lain dari yang lain. Tahun ni, balik kampung nak bawa buah tangan, bukan hanya duit raya. Hope, both Ninda suka dengan apa yang I buat. Balik pun setahun sekali HAHAHA. Tak larat nak balik tetiap bulan. Pedih telinga :p.

Monolog: MOOD OUT

Wednesday, August 15, 2012

Duit Raya, Duit Baru

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Dah dapatkan stock duit raya baru ke uolls? Belum? Aiseh ada stock lagi ke nak tukar last2 minute ni. Untung nasib la kalau uolls masih boleh dapat. I sudah, kirim sahaja dengan kawan I. Tu pun last minute. Mekasih ye ingatkan I tentang duit raya campur baru ni. I hampir terlupa.

Tahun ni, pilihan warna apa uolls nak kasi eh. Setiap tahun pun warna yang sama. Tahun ni nak kasi sama ke lain eh. Hehehe. Sedekah pada dihari raya. Moga2 berkat amin.

Eh I nak minta duit raya boleh?

Monolog: Sleepy

Wordless Wednesday #55

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, August 14, 2012

PR12#2

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Another old skool cookies. Muahahaa

Dah order kuih tunjuk dua jenis, tambah lagi 2 jenis kuih nak buatan sendiri. Nak buat, tapi belum buat. Fahamkan ayat itu hokey. Insyaallah



Biskut Semperit

Bahan-bahan
300gm mentega
160gm gula aising
100gm tepung jagung
160gm tepung kastard
240gm tepung gandum
2 biji kuning telur

Cara-cara
  • Pukul mentega dengan gula aising sehingga kembang
  • Masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan semua tepung, gaul & uli sebati
  • Terap adunan dan bakar pada suhu 150c untuk 20minit
Selamat mencuba kepada me.... Auuwww

Monolog: Suka suki

Sales CLOSED. Terima Kasih =')

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Yeah! Tutup sudah. Now can focus with Raya preparation. Sesungguhnya, memang dah lewat nak prepare itu dan ini. Well, like my brother said "Ala kadar je tahun ni". Jadi, tak perlu nak beria sangat. Apa yang ado, itu la yang diguno kikiii.

Nak tulis ucapan sikit.

Dikesempatan ini, I nak mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga, buat pelanggan2 yang sudi menyaport business kecil kecilan keluarga I ini. Tahun depan insyaallah, kita jumpa lagi. Eh bukan takat tahun depan, bila2 masa nak pun Insyaallah boleh diusahakan. Yang pasti, penyediaannya datang dari pondok kecil kami. Kami yang bancuh, kami yang mengoreng, kami yang membungkus. Kami tak beli dari luar. Dan kami adalah dari MK HOME COOK.




Terima kasih. I jual ye =')

Monolog: Shopping!!!

Monday, August 13, 2012

Shopping?? Belum lagi ='/

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


U olls, dah habis shopping???? Me?? Tak buat apa2 pun lagi. Dari langsir terus ke baju tak buat apa2 lagi. Tahun ni mengambil guna istilah "pick and pay". Takde istilah memilih untuk tahun ni. Super busy dengan business weyh. First business, jadi terkial2 nak mengejar order. But I did the effort untuk selesaikan as much as I can. Yes, I CAN DO!!

Terima kasih kawan2 yang banyak membantu. Terima kasih kepada customer2 yang tak putus2 order. Saya jual eh. Ngeeee.

Syukur dengan rezeki yang Allah beri.

Alhamdulillah.

Monolg: ....


Friday, August 10, 2012

Hati kering bukan Asam keping

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tetiba nak keluar pulak bab hati kering ni. Apasal? Takde pasal..


Salah satu karektor yang ada dalam diri I. Y? 

Kenapa jadi hati kering? 

Kenapa mesti jadi hati batu?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Nak blame siapa? Keadaan? Situasi?

Monolog: Apa aje laaaaah

Ku Akui ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

IKLAN BERNAS = TERSENTUH JIWA

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Auto-Publish entry.


Nangis diam-diam..

Monolog: T_T

Stock Audit

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Auto-Publish entry.

Pagi-pagi dah ada appointment...



Later I cerita banyak2. 

Monolog: Semak!

Thursday, August 9, 2012

Mini Pavlova

1 comment:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sihat takkk???? Jerit sama2, Alhamdulillah sihat. Dah habis shopping raya? Jerit ramai2, belumm. Haish, sama la dengan I ni U olls, tak tercari baju raya lagi. Tak tahu la bila nak cari. Yang I fikir nak menyiapkan order customer2 yang ado. Sampai nak bercuti ke selatan pun terpaksa dicancel last minit. Sorry guys, don't merajuk with me hokey. Nanti kita adjust time, I belanja Hageen Dasz ber-banana. Oh sedap pulak time puasa2 ni kan. Gila rindu dengan korang tau!!!

Semalam masih lagi berperang kat dapur. Bila dah berperang kat dapur tu faham2 aje la kan. Masih lagi menyiapkan segala order yang belum tersiap. Sesambil tu, masih ingat tak U olls dengan entry I ini Nak cuba!!! Mesti cuba!!!??? Kalau tak terbaca, klik aje la link yang dah I sediakan itu. Maka dengan penuh kasih sayangnya, I pun buat. Dah lama meroyan mengidam, buat sendiri aje la.


Mini Pavlova

Bahan-bahan
4 biji putih telor ayam
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila
250ml wipping cream
Buah buahan (ikut suka)

Cara-cara
  • Panaskan oven 120-100 darjah celsius.
  • Asingkan dulu putih telur dengan kuning telur. Kita hanya perlu putih telur.
  • Putar putih telur sehingga kembang, dengan kelajuan maximum.
  • Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dengan kelajuan yang paling laju.
  • Masukkan tepung jagung, dengan putaran yang sama.
  • Masukkan cuka dan esen vanila, gaul sehingga rata.
  • Letakkan dalam loyang dan bakar dalam tempoh 1jam 15minit.
Topping
  • Putar wipping cream sehingga kental.
  • Buah-buahan di potong ikut suka.
Bila dah siap dibakar, jangan gelojoh nak buka oven tu secepatnya. Tutup suis, dan biarkan di dalam oven dengan keadaan pintu oven terbuka sedikit. Biarkan dalam tempoh 15minit. Hati2 bila keluarkan pavlova U olls, sebab keras diluar lembut didalam. Tak pasal2 berderai pavlova U olls.

Agak2 dah oke, hias la ikut kreativiti. Macam yang I buat ni satu layer je. Ada yang buat dua layer. Ikut suka k.

Bila masuk dalam mulut, 15minit dah habis hahaha.

Bye!

Monolog: Hobi baru =')

Nuffnang berwajah baru!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Berwajah baru?? Sejak bila u olls. I tak tahu akan keadaan ini. Sengaja mengcheckin kan diri, teruja I dengan berwajah baru ini. Vahvahvah, sanggih dah.

Siapa pandai berceloteh, suka travel, suka masak, suka sharing2???? Amboi ramahnya kan... Meh la cerita dan join blogging ni. Tak luak mana pun. Tak keluarkan modal pun. Cuma perlukan idea untuk bercerita. Me dah dekat 3tahun kot. Cerita I takde la hot macam lelain. So and so aje. Nak kata santik sangat belog I ni, memang tak la kaaaan. More lebih suka2.

Macam mana nak join?

Caranya mudah sahaja, daftar kan la diri dengan mengelik 'Join Nuffnang' tu. Seperti dalam gambar rajah dibawah, disebelah kiri anda. Mana yang otai2 tu, login kan la diri dekat login tu. Senang aje.


Dah daftarkan diri, linkkan la dengan blog U olls. Semakin kerap blog U olls ada penterjah, maka dengan itu, traffic U olls naik. Bila traffic naik, disitu la terjadinya RM. Betulkan I kalau menjelasan I ni silap. :p



Tunggu apa lagi? Join laaaa I sudah, RM pun semakin meningkat. Heheheee

Monolog: Motivasi

Wednesday, August 8, 2012

Keputusan Nadira Dejavu Di Kinabalu

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Lambat nak gebang! Me super duper busy!!! Argh


Akhirnya keputusan semes yang U olls berikan, berpihak kepada Bazli. Akhirnya Bazli dan Nadira bersatu. Nadira menjalani baypass surgery untuk kedua kalinya, setelah sah menjadi isteri Bazli. Jantung yang dipakai setelah transplan sebelum ini tidak dapat berfungsi dengan baik, maka terjadinya baypass kali yang kedua. Mula la kehidupan baru Nadira tanpa Ammar, dan mereka sekali lagi bertembung di KLIA selepas 3tahun, seperti pertemuan pertama mereka. Jantung Nadira, sekali lagi berdegup. Adakah pilihan Nadira salah?


Ini pula cerita seandainya Ammar menjadi pilihan Nadira. Cinta mereka bersatu, dan seperti janji mereka, mereka akan merasmikan Honeymoon Suite yang menjadi sakti luah hati perasaan mereka. Malangnya, Nadira meninggal dunia.

Bab Ammar ni  U olls boleh tengok kat tonton.com. Register dulu, baru boleh login tau. Muahahaha

Dan bemulalah, zaman Nazim Othman! Kegilaan gadis2, perempuan2, dan wanita diluar sana. Salah seorangnya adalah ME!!! Nazimmmm I lambai U ni... Lambai me back please. Muahahaaa. 

Monolog: Berangan

♥ Aurora Follow3rs