♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, August 30, 2012

Marble di pagi hari

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Pagi-pagi I dah keletang keletung kat dapur. Sangat bersemangat menyediakan permintaan Mama. Ye baik, segalanya untukmu. Sila balas dengan kasih sayangmu yang extravaganza eh Mama. Jangan lupa makanan yang sedap-sedap, supaya tumbesaran I lagi hebat. Ngeee.

Bila Mama minta buatkan kek marble untuk kenduri arwah adik I malam ni, I tak membantah. Memang I berniat nak buat untuk hari raya, tapi tak berkesempatan. Permintaan Mama ini, terus I tunaikan tanpa banyak bunyi. Bukan Mama tak tahu nak buat, tapi dia mahu I yang buatkan. Sodap katanya bila I yang buat. Sedap keeee

I share resepi marble yang I buat. Tak pasti, samada dah share ke belum.

Kek Marble

Bahan-bahan
5biji telur
1½ cawan majerin
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu teh backing powder (diayak)
1 sudu teh esen vanilla
3 jenis pewarna (ikut suka)

Cara-cara
1) Pukul telur sehingga kembang
2) Putar majerin dan gula halus sehingga kembang. Bila mereka bersatu akan jadi warna putih susu.
3) Campurkan tepung gandum dan backing powder.
4) Campurkan adunan 1,2,3. Gaul sehingga sebati. Masukkan esen vanilla.
5) Asingkan bancuhan ke dalam 3bekas. Campurkan pewarna ke dalam bancuhan yang diasingkan. Satu bekas, satu warna.
6) Sediakan loyang dengan kertas pembakar. Letakkan satu sudu bancuhan berwarna di dalam loyang yang tersedia. Kemudian, letakkan bancuhan warna yang lain ke atas warna yang terdahulu. Dan seterusnya. Kalau ada lima layer, lima tindahan la.

Senangkaaan? Kacangbaituuuuu. Selamat mencuba.


Hasilnya bila dipotong-potong. I guna 5warna. Biru, pink, coklat, hijau dan kuning. Warna kuning tu warna asal bancuhan.


Bekalan ke tempat kerja. Oh harumnya bau. Kikiii

Bye!

Monolog: Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails