♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, August 31, 2009

10th dAy PuAsa

No comments:
Malam tadi, aku lepak2 tengok tv. Sementara tu Ej kat dapur dok masak lauk bersahur. Bau Sambal tempe yang Ej masak ni memang menusuk jiwa tol. Member merajuk dengan aku. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Aku pun tak tahu kenapa, yang leh aku kata dia mungkin merajuk dengan aku. Maaf aku tak leh share dengan lebih detail kenapa. Jadi, bila dia settle je masak, aku terus jamah makanan yang masih panas itu. Walaupun makanan itu untuk bersahur, takpe nanti leh makan lagi kan. Plan pada mulanya nak pergi Danau Kota dengan budak2 Giordanao. Tapi tak jadi pasal Giordanao ada promotion untuk merdeka day. Jadi da kenyangkan, masuk tidur la. Pukul 6.30 pagi, Ej kejut aku dan cakap di terlajak tidur. Tak bangun sahur la kami pagi itu. Nasib baik aku da makan sebelum aku tidur. Dah ready2 berniat kalau aku liat nak bangun hehehee. Nakal bukan... Well bukan aku la kalau tak nakal kan. Nakal aku bertempat ok bukan suka2 nak nakal tau. Pagi ni, aku kerja walaupun Public Holiday. Kerja macam aku ni, susah untuk dapat cuti. Melainkan belas kasihan / mood Bos aku untuk berkerja. Macam biasa la kan, paper work aku banyak tak abis. Hmmmm dengan karenah colligue aku yang tak abis2 ni. Sabar je la kan. Da kata nasib la kan, petang ni klinik tutup. Jadi aku plan nak beli barang2 yang penting untuk Baby aku dikala emergency. Jadi aku pergi Carefour kat Subang untuk cari barang2 tersebut. Antara yang aku sambar, 2biji bantal (macam biasa la nasihat orang tua), touch light, glade, towel kecik, dashboard cover, dan beberapa barang yang aku perlukan. Sebelum aku ke Carefour, aku pergi Popular Book kat Amcorp jap. Cari barang juga. Rahsia barang apa tu ok... Settle semua, aku amik Ej untuk pergi bazar kat Shah Alam. Sampai sana, fuh panas giler. Da la aku ni bukan mengada2 tapi agak lemah + rimas kalau berpanas2 ni. Lagi la kalau berpeluh. Ish tak baik la aku ni macamkan bagus je kan kata gitu. Ok2 citer pasal bazar . Apa yang aku cari ye. Untuk Mama aku carikan Bihun Sup, untuk adik aku carikan Nasi Ayam dan Ayam Percik, Ezzy Ayam Golek, untuk aku aku cari Laksam dan Murtabak Daging, Ej Nasi Kerabu dan Daging Salai Masal Lemak Cili Api. Air untuk berbuka, Air Kelapa Laut dan Air Tebu. Aku ajak Ej berbuka dirumah aku. Memandang aku bawa Baby, jadi agak malas bagi aku untuk menyinggah kat Gasing Indah. Dok pusing2. Malas ah... Waktu berbuka. Amboi macam2 lauk ada. Meriah. Makan2 rezeki jangan ditolak kan. Aku takat makan yang aku beli tadi je. Cukup2 kenyang tak moh padat sangat2. Sedang berdiet untuk bertemu seseorang. Hehehe poyoz.... Settle makan aku balik Damai. Pasal malam ni aku dan yang lain2 mahu ke Danan Kota. Cari apa ye, Si Danny mahu cari tudung untuk mak dia. Ye la tahun ni dia beraya di Sabah, jadi bawa la buah tangan untuk orang kampung. Anna pun sama, awalnya mereke shopping raya. Aku cari apa ye. Aku cari sticker untuk letak roadtax. Hehehehe. Settle aku balik rumah Mama. Sesorang sedang menanti aku untuk bergayut lagi.... (",) P/S I may not get to see you as often as I like. I may not get to hold you in my arms all through the night but deep in my heart I truly know, you're the one that I love and I just can't let you go

Sunday, August 30, 2009

9th DaY PuaSA & hAFIs

No comments:
Sekarang da pukul 2.55 pagi. Aku masih lagi belum tido. Kenapa aku tak tidur2 lagi walau hakikatnya aku ini dikenali dengan kaki tidur. Aku masih lagi bergayut dengan orang jauh dimata dekat dihati. Cewah. Sengih2 aku ni bila menaip tau tak. Berbunga2 je hati ni sukar nak diceritakan. Kalau kawan aku si Pu3 cepatnya rasa mengantuk selalu, tapi dia masih lagi boleh kawal mengantuknya, lagi2 kalau ada plan nak merayap. Macam aku pantang letak kepala, da sampai New York rasanya. Paling marah bila dah ada plan keluar ramai2 tu, aku bantai tidur sampai budak2 takut nak kejutkkan aku. Leh tak macam tu. Bila aku fikir2 balik, kenapa la diorang takut nak kejut aku eh.... Endup marah orang lain atas kesalahan diri sendiri. Heheheh Saat ni, aku teringatkan arwah adik aku lemas, 7 tahun dulu. Arwah adik yang diberi nama Muhammad Zulhafiz. Kami sekeluarga, memanggilnya Hafiz. Kalau arwah masih ada, umur dia dah masuk 15 tahun. Satu2nya adik aku yang berbeza perangai dan rambut. Berambut kerinting seperti Ayah aku. Seorang yang mendengar kata, dan tak pernah melawan kata2 orang tua aku. Senang cerita Mama kata tersangat senang bela dia. Masih teringat kisah itu, takkala aku senang enak dibuai mimpi, saat hujan lebat turun diwaktu tengahari. Aku tidur tengahari kerana aku kerja malam tau. Masa tu aku kerja kilang Motorola. Aku dengar Mama jerit kejutkan aku dari tidur. Kata Mama " Asyik tidur je bangun la adik jatuh sungai tu" Aku yang selalunya liat untuk bangun, terus leh bangun bila aku dengar Mama kata gitu dengan nada yang agak mencemaskan. Dengan hanya memakai singlet dan bersuar pendek, aku bangun dari tidur dan keluar. Sebelum itu, aku sempat lagi tengok kat ruang tamu ada pinggan da juga separuh dari nasi yang masih berbaki, masih lagi berada dihadapan tv. Saat itu tv kat rumah Mama agak tinggi juga susunannya, dan pinggan itu berdekatan dengan tv tersebut. Bermaksud, arwah adik tengok tv dalam keadaan mendongak sambil makan. Aku terus keluar tanpa fikirkan apa2 yang buruk. Dalam hati hanya mampu berkata itu bukan adik aku. Sampai dibenteng, aku mengucap panjang bila aku tengok air sungai yang amat deras. Benteng sungai dikerumungi dengan jiran2 aku yang mungkin da tau apa yang berlaku. Aku menjerit sekuat hati memanggil nama adik Hafiz. Sudahnya aku rebah, mungkin aku terperanjat. Ayah keluar berkerja, Lye yang pergi KL, Ezzy yang entah kemana. Aku jadi buntu dan menyebut satu nama Ayid. Saat itu hubungan aku dengan dia masih baru. Diselidik, di periksa apa tujuan arwah pergi ke sungai itu yang telah menelan terlalu banyak nyawa. Rupanya, untuk mencari basikal yang hilang. Sebelum dia pergi sekolah waktu pagi, arwah tanya pada Mama, "Mana basikal ma?". Untuk pengetahuan, basikal dia baru dibeli oleh Ayah. Mama kata "Ada la kat situ, malam tadi tak kunci ke?" "Entah adik lupa, takpe la sebelum pergi m,engaji adik pergi cari kat kedai besi buruk." Masa itu kami sekelurga memanggil dia adik. Walaupun kami sudah ada Farhan saat itu, tapi mungkin jarak yang agak jauh, membuatkan nama adik itu masih terlekat pada arwah. Dan itu la dia kejadian yang menimpa, arwah pergi merata2 kedai besi buruk untuk cari basikal yang hilang tu. Tapi tak jumpa. Aku sendiri tak tahu kenapa dia pergi ke saluran air longkang ke sungai itu. Fikirku, mungkin dia selalu main kat situ. Masakan dia tau jalan ke situ kalau dia belum pernah pergi kan. Aku menung sendiri, Ayah baru balik kerja, mengamuk marah2 Mama katanya tak pandai jaga anak. Aku hanya mampu menangis da berdiam diri. Kejadian itu menjadi kesan buat adik aku Ezzy yang memang rapat dengan arwah. Dia menyalahkan diri sendiri atas kejadian itu. Kurang pasti kenapa dia perlu meyalahkan diri dia. Bagi aku kejadian itu diluar dugaan kita. Hari bersilih ganti, mencari dan terus mencari masih belum berjumpa dengan mayat arwah. Lepas 3 hari mencari, mayat yang dicari baru berjumpa. Bomba menjari di sepanjang sungai itu, masih tak jumpa. Sehinggakan kata orang kita buang apa yang di selalu pakai untuk mencarinya, saat itu kami buang tilam tempat arawah selalu tidur ke dalam sungai. Tuhan Maha Esa tilam yang dibaling tadi berpusing disatu tempat. Arwah tersangkut di situ. Tiada kesan luka, cuma sedikit calar dibahagian perut. Bawa ke hospital untuk di periksa. Mama tak mahu dibedah siasat. Sayu hati aku terkenangkan saat itu. Ok nak balik Damai da....
P/S If love was a choice who would ever choose such exquisite pain.

Saturday, August 29, 2009

8th dAy PuaSa

No comments:
Sahur Jesz masak Pedal Masak Kicap. Sedap.... Dengan Air Milo. Settle makan, terus sambung tidur. Sekali sekala bila Jesz masak memang sedap. Aku bila lagi nak masak untuk diorang. Da lama tak masak. Hehehehee keliatanku untuk bangun dikala pagi2 buta untuk masak sahur membuattkan aku jadi malas untuk masak. Biar mereka yang rajin je masak. Ahaks Aku kerja pagi ni, mana pernah aku cuti hari Sabtu kan. Melainkan kalau Public Holiday, atau ada hal2 kecemasan aku off la hari Sabtu. Sementara menunggu habis waktu kerja, aku hantar Baby kat Wheater Cool, kedai tinted yang ada kat sebelah klinik aku ni, untuk dipasang tinted. Hehehe kasi lawa cikit walau tak sesupep mana. Janji aku puas ati kalau tinted itu aku pilih sendiri. Kalau harap kan kata2 salesman, belum tentu puas hati kan. Berbalaoi la. Abis kerja pukul 1 petang, balik tidur. Sebelum masuk kerja, aku pergi bazar kat Sunway. Ye la nanti bila da kat klinik tak tahu nak makan apa pulakkan. Settle je aku beli apa yang patut untuk berbuka, aku hantar Ej kat Subang Parade. Dia takde kawan untuk berbuka katanya, jadi nak berbuka dengan diorang. Settle kerja aku amik Ej kat Subang dan terus pergi rumah mama Jesz kat cheras. Da janji dengan mama nak balik berbuka sama2 tapi tak dapat sebab Giordano buat merdeka sales. Cian mama da masak banyak2. Takpe2 kami ondaway sekarang ni ma. Harap2 lauk masih ada untuk kami tapau. (",) Sampai rumah mama, Ayam Masak Merah dan Sayur Ubi Masak Lemak, menanti kami. Peh terliur air liur aku bila tengok lauk2 itu. Jadi, kami yang datang dari jauh ni, makan dan juga tapau untuk bersahur. Da puas lepas rindu dihati, kami pun teransur pulang. Aku terus balik rumah mama. Sampai rumah mama da pukul 12.30malam. Bergayut sakan. Sambil berchatting (",) Hatiku berbunga2 riang.
p/s If u would be loved, love and be lovable

Friday, August 28, 2009

LiRik LaGu UnTuk Minggu Ini - Hanya Ingin Kau Tahu

No comments:

Republik – Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo
Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

7th DaY PuAsa & mY BaBy

2 comments:
Bersahur dengan Nasi Putih, Sayur Tumis dan Telur Goreng cukup untuk lapik perut kerana mata aku ni da mengantuk sangat2. Mana taknya pukul 3 pagi pun aku belum tidur lagi. Golek sana golek sini. Mata Tak leh nak pejam. Mungkin da set dalam kepala otak ni, mau tidur lambat. Sudahnya memang la lambat nak lelap. Habis je makan aku tak ingat apa da, yang aku tau aku nak tidur. Sampaikan orang jauh call aku pun aku tak larat nak layan. Maaf ye sayang... Mata tak larat sangat2 da.... Bangun pagi pergi kerja da kelewatan. Kerana pagi2 ujan turun dengan lebatnya. Huh makin jam tu turun ke pukul 8.15 pagi, makin mata aku ni berat giler nak buka. Sudahnya, aku gagahkan diri ni, untuk bangun juga, karang kalau lambat, lagi jenuh aku dibuatnya. Fon aku dari tadi pun dok bunyi2 kejutkan aku bangun dari tidur. Terima kasih la fon tak jemu2 kau kejut aku yang memang liat nak bangun pagi.
Hari ni, aku gak excited cikit, kerana penantian aku selama ini akan tercapai. Hehehehe dari semalam da aku dok senyum2 sendiri, memikirkan impian aku selama ni termakbul juga. Walaupun Sue colligue aku tak bertegur dengan aku dari pagi dek kerana kena sound dengan Bos aku. Must be something yang tak kena bila Dr. B mula bersuarakan. Mengenali Bos aku tu dekat 4 tahun cukup aku kenal setiap gerak gerinya itu. Susah nak kata setiap orang lain ragam kerjanya. Sekali dua kena marah bagi aku cukup serik nak buat lagi kesalahan tu. Tapi, pada batch kali ni, masing2 tak masuk dalam kepala. Hm sukar tok aku mengerti. Biarkan lah.

Pukul 4.00 petang aku dapat sms dari Ary, salesman yang bantu aku mencapai impian aku. Hehehe terima kasih banyak2 pada Dr. B yang banyak membantu aku, Ej yang memberi aku semangat, dan juga Abu yang sudi runner untuk aku. Aku akui keyakinan aku memang tak ada dengan keadaan keluarga aku yang sukar untuk aku ceritakan keadaannya. Apapun aku tetap bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk menikmatinya. Sih aku bangga jadi aku tau. Tepat pukul 4.30 petang, aku dapat kunci dari Ary. Secara rasminya, aku miliki sebuah kereta PESONA 1.6 AUTO yang menjadi penantian aku ni. Kereta baru aku yang diberi nama BABY. Yang akan aku gunakan kemana sahaja aku pergi, tanpa bergantung dengan orang lain.

Ini la Baby aku....

Pada mulanya aku fikirkan aku ingin merahsiakan perkara ini diluar pengetahuan keluarga aku. Kononnya sebagai suprise untuk mereka. Sudahnya terjadi pula insiden yang memang tak aku jangka kan terjadi. Niat untuk mengisi minyak bila aku tengok agak kering, tak kesampaian bila kereta itu mati tengah jalan. Ceh malu sungguh rasanya. Nasib baik ada Ezzy kat rumah aku roger dan minta bantuan dia. Memang dah takde suprise da bila Ezzy da tau dan aku harap dia tak bagitahu keluarga aku dulu. Aku tahu Ezzy boelh dipercayai. Jadi aku yakin dia akan merahsiakn perkara ni. Berbuka dengan Nasi Putih dan Sup Daging yang dibawa oleh Ezzy. Tak sempat nak beli makan. Minta tapau je dari rumah mama. Sampai Damai, aku parking tempat Ej. Seperti biasa kalau ada yang parking tempat mereka, pasti kena maki dengan Ej. Kerana park kat tempat dia dalam gurauan. Aku tak mahu adik2 tahu dulu akan kewujudan kereta itu dalam hidup aku sekarang. Seperti diduga, lakonan kami menjadi bila Jesz tanya sapa yang parking kat tempat kau tu Ej. Lahanat betul katanya. Aku kat sebelah da terkedu, tapi nak berlakon kan, padan la muka aku. Huhuhu

DAAAAAAAAAA P/S We always deceive ourselves twice about the people we love - first to be their advantage then to their disadvantage

TeRima KaSih Pet

No comments:
'Create Jutaan terima kasih aku ucapkan pada Mrs Jersidd yang sudi bagi aku award ni. Huhuhuu.. Esok2 aku balas la ye... DAAAAAAAAAAAAA P/S Rindu Melanda

Thursday, August 27, 2009

6th Day PuAsa + aYAm PEnYeT

No comments:
Kelewatan bangun tok sahur bagi ni. Pukul 5.15am bersahur cuma Ayam Masak Kicap. Hehehe, dan Air Susu. Lately ni, kaki aku selalu cramp. Sejak kehabisan ubat aku. Huhuhu lom gaji lagi la. Tunggu gaji baru beli vitamin segala vitamin yang kehabisan tu.
Bangun pagi seawal mungkin kerana aku tak mahu kad aku merah. Sekarang ni kan da ada punch card, jadi kena datang on time. Kejut Ej tak bangun2 jadi aku amik kunci kereta dia, dan bawa kereta dia. Huh padan muka. Sapa soh tak bangun kan. Kerja kat Mimos amat la boring. Pasal aku tak leh curi tulang huhuhuu. Lagipun dengan patient yang amat2 cerewet. Well corporate line, kena ada standard kata Dr. B, bos aku yang sporting. Hari ni, mood Dr. B agak swing pasal kerana Nissan Xtrail kesayangan dia masih kat workshop. Lagi panas hati bila dia dapat tau, ada enjin yang rosak masa dia accident 2minggu lepas. Tapi Dr. B kata accident hari tu takde kena mengena dengan enjin. Cuma terbabas sikit je langggar roundabout kat Jalan SS222 PJ. Bumper je jahanam sikit. Sapa tak sakit hati kan, kalau benda takde kena mengena tapi kena repair gak. Huh bukan sikit2 kena bayar, 14k tu... Peh.... Balik petang, jadi buka puasa kat luar dengan Ej. Pikir punya pikir, bercadang untuk buka puasa kat Ayam Penyet kat Sunway. Tetiba teringin lak nak pergi makan kat sana. Setelah booking tempat, ye la mana tau karang datang2 da penuh pulakkan, kempunan la pulak, aku pergi bazar kat Sunway untuk cari Agar2 Cendol ku. Huhuhu tak sah kalau tak beli agar2 ni. Heheheh Sementara menunggu pose jap... Waktu berbuka da sampai, ramai la umat yang datang. Nasib baik la aku da booking meja, kalau tak menunggu la kan. Macam biasa la kalau pergi bazar sekalipun, kita akan nampak bangsa bukan melayu penuh macam kan diorang juga berpuasa. Sibuk nak membeli juga. Macam tu gak kisahnya, dalam restoran ni. Ada juga bangsa lain yang mungkin tak reti, atau mungkin tak faham, mungkin juga takde perasaan, masih buat dek je dan masih lagi boleh bergebang kencang. Huh manakan perginye perasaan diorang aku pun tak tahu. Apa yang aku order ye. 2 Nasi Putih (ye la makan 2 orangkan), 1 Ayam Penyet, 1 Udang Penyet, Pecal, dan Soto Ayam. Air, Cincau, Limau Suam, dan Air Kosong. Huhuhuu Da kenyang, balik Damai sekejap ambil barang, kerana aku nak balik rumah mama. Mama bagitahu aku nenek datang. Jadi, aku rasa aku perlu balik rumah mama. Tapi bila aku sampai rumah, takde sapa yang ada kat rumah. Dalam hati aku berkata, mungkin diorang pergi sembahyang terawih. Jadi, kesempatan yang ada, aku tidur la dulu. Tak lama kemudian, mama balik, aku bertanya pada mama mana nenek, tapi sudahnya mama kata saja je nak suruh kau balik. Boleh gitu? Nak marah pun tak gunakan... Tidur dalam pukul 2.00pagi... DAAAAAAAAA P/S Hanya Untukmu...

Wednesday, August 26, 2009

5th DaY PuaSA

No comments:
Agak lewat aku bersahur pagi tadi. Mungkin aku lewat tido, kerana aku tak leh nak tido. Teringat sesuatu... Biasa la kan. Pun begitu aku tetap juga bersahur karang penyakit datang plak. Bersahur dengan menu yang agak berat + banyak giler macam berbuka. Biasa la kalau Ej yang ke dapur, semua makanan ikut tekak dia. Menunya, Lala Tumis, Ikan Bawal Masak Sambal, dan Sayur Campur. Air, Neslo panas supaya aku tak mengantuk jap lagi (yeke, kalau mengantuk tetap mengantuk apa) Seperti yang diduga, aku memang mengantuk giler. Huhuhu pasal pagi2 biasanya aku akan minum a cup of nescafe. Disebabkan bulan puasa, rutin pagi2 tak dapat nak di nikmati. Hehehe. Syukur2 aku masih dapat lagi berpuasa ari ni. Simpan dalam hati kalau boleh puasa kali ni penuh la. Insyaallah... Memandangkan hari ni aku kerja dengan JC, jadi aku minta kerjasama dia tok jaga klinik. Pasal aku berniat untuk berbuka puasa di rumah mama. Sedih hati aku bila aku kena buka puasa sorang2 kat klinik. Walaupun saat ini hujan lebat giler, aku redah juga asalkan aku tak berbuka sorang2. Berbuka ala kadar, Meehong Goreng dan Murtabak. Cukup la untuk menghilangkan rasa lapar. Airnyer cuma Air Longan untuk yang sejuk, Air Milo untuk air panas. Kena balance kan... Hampir 1 Jam aku kat umah mama aku masuk kerja balik. Syukur sanagt2 tak ramai patient sepanjang peninggalan aku tadi. Hehehehe Malam, aku dok kat rumah je, malas nak kemana2. Pasal aku mahu tidur awal... DAAAAAAAAA P/S Terkenangkanmu

Tuesday, August 25, 2009

4th DaY PuAsa

No comments:
Lauk bersahur pagi tadi agak menyelerakan, Tomyam Seafood yang di import dari rumah Ej, bersama dengan Ikan Masin Limau Ngan Cili Api. Tapi aku hanya sekadar minum milo, kerana tak berselera nak makan. Kenapa tak lalu nak makan ye. Entah la emosi terganggu sikit. Tengahari pala aku da pusing2 + gastric datang menyerang. Sapa soh tak besahurkan padan la muka... Huhuhuuu. Hari ni hari pertama aku berbuka puasa ngan Ej, pasal aku balik petang ari ni. Dan, setealh 4hari berpuasa, baru aku berkesempatan untuk pergi bazar. Bazar pertama yang aku singgah adalah bazar kat Sunway. Huh, cuaca agak panas + ramai sangat orang kat sekeliling. Agak merimaskan aku. Nak buat macam mana kan, aku ni bukan mengada2 tapi kalau kena panas tu, aku da macam cacing kepanasan. Memang tak tahan. Aku dan Ej sempat lagi sanap dalam Giordano semetara tunggu waktu berbuka. Da dapat apa yang dicari, terus pergi Subang Parade, mana lagi tempat nak singgah Giordano tempat Jesz kerja. Sudahnya buka kat situ la. Berbuka dengan Air Cincau, Kueh Cucur Udang, Agar2 Cendol. Huhuhuhu... Mata da rabak, so lik tido.... Pukul 12.00malam bangun dari tido lapar, so masak maggie. Da kenanyang sambung tidur balik. Heheheheeee DAAAAAAAA P/S Kau DihatiKu

TaG daRi PrinCessJerSidd

No comments:
Hampir 1/2 jam untuk menyiapkannya...Rahsia puasa Aku... ** 5 Perkara Yang Anda Suke Tentang Bulan Puasa:
  • - Masa untuk beramal ibadah,
  • - Menguji kesabaran didada,
  • - Satu penjimatan, kerana nak shopping sakan tok keluarga,
  • - Macam2 juadah ada kat bazar yang jarang kita dapat pada bulan biasa,
  • - Dapat bersahur,berbuka yang dikelilingi keluarga (kalau bulan lain makan sendiri2 je)
** 5 Perkara Yang Best Masa Bulan Puasa:
  • - Mama selalu masak yang best2,
  • - Berat badan turun (agaknye la),
  • - Kurang patient kat klinik aku,
  • - Kerja agak relax, kerana bos aku faham aku pose hehehe,
  • - Dapat makan makanan yang menjadi kegemaran aku yang mungkin bersepah kat bazar.
**5 Jenis Makanan/Minuman Yang Wajib Ade Masa Berbuka Puasa:
  • - Laksa,
  • - Murtabak daging / ayam,
  • - Agar2 Cendol,
  • - Kuih Muih yang pelbagai jenis dan warna,
  • - Air yang manis tentunya, tak kesah la sejuk atau panas, untuk tambah gula dalam badan.

** 5 Perkara Yang Wajib Anda Lakukan Sebelum Berpuasa:

  • - Qada' Pose la itu da mestinya,
  • - Basuh muka, gosok gigi dan segala apa yang perlu,
  • - Sebolehnya, bangun sahur karang penyakit Gastric aku datang,
  • - Banyak2 minum air suam, karang kena penyakit UTI plak,
  • - Nawaitu itu penting tau.
** 5 Cerita Best/Tak Best Puasa Anda:
  • - Tak best bila aku rasa nak tidur je,
  • - Best kalau dapat pose penuh,
  • - Tak best bila kena tinggal pose,
  • - Best sebab aku kurang makan (yeke...),
  • - Tak best bila ada orang makan depan aku yang berpuasa cis berdebah.
** 5 Orang Yang Terpaksa Bocorkan Rahsia Puasa Diaorang:
  • - Mama ku sayang,
  • - Colligue aku,
  • - Housemate aku,
  • - Kesayangan aku,
  • - Sapa2 yang baca N3 ni la.
Aku pun tak tahu nama sapa yang perlu aku tulis. Nama2 ni berada di fikiran aku sekarang. Tapi yang pasti diorang tak tahu pasal tag ini.... Huhuuhuu DAAAAAAAAAAAAA P/S Memikirkanmu...

Monday, August 24, 2009

3rd DaY puASa

No comments:
Bersahur dengan Paprik Seafood yang dimasak sendiri, Telur Goreng dan makanan yang di import dari rumah mak Ej, Ketam Masak Lemak Cili Api, dan juga Sambal Udang Petai. Air pulak, minum Pearl Cafe, supaya aku tak letih esok hari. Huhuhu... Settle je besahur, kena oksigen da ZzZzZzZz Bangun pagi jam 7.45am, dengan sendirinya, kerana terlupa untuk set alarm clock. Nasib baik mata ni da automatic untuk bangun on time. Huhu mandi dan bersiap untuk pergi kerja... Sampai kat klinik, aku dok fill ubat2 yang kosong kat farmasi, sambil itu, aku mengular. Huhuhuu perkara biasa yang aku buat untuk hilangkan boring. apa lagi on9 je la... Berbuka minta orang hantarkan kerana aku berbuka dengan Sue kat klinik. Ye la aku kena kerja full hari ni, so memang perkara biasa tok aku, kalau da masuk dalam klinik, aku takkan keluar2 dah melainkan keadaan memaksa untuk aku keluar. Huhuhuu, jadi lebih elok aku pesan pada orang yang sudi tok hantar makanan. Menu untuk berbuka, Murtabak ayam, Laksa, dan juga agar2 cendol yang belum jemu2 aku makan sejak dari hari pertama pose lagi. Hehhehe Balik kerja agak awal, coz bos aku takde mood untuk berkerja. Ye la ayah dia masih lagi dalam hospital, jadi mood untuk berkerja tu sentiasa takde. Aku faham, tapi dalam masa yang sama, dateline hampir sampai. Huh aku juga yang kelam kabut kemudian nanti.... Sampai2 rumah, adik2 aku yang lain belum lagi balik. Jadi aku mengambil kesempatan untuk kongker (eh tol ke ejaan aku ni) tv. Tak lama aku melepak kat depan, adik2 aku pun balik. Dengan Danny2 sekali datang rumah. Aku yang terbongkang kat depan tu, terus bangun dan masuk dalam bilik. Takkan la aku nak baring depan orang lelaki kan. Walaupun siapa dia, dia tetap lelaki. Sudahnya, aku terlepap. Biasa la aku ni pantang letak kepala kan... Dalam pukul 12.00 tengah malam, ada orang kejutkan aku. Aku macam kenal je suara tu. Bila aku buka mata, Sham ada kat depan mata dah. Huh menganggu tidur ku betul budak ni tau. Baru aku ingat, dia nak amik injection untuk rashes dia. Dalam keadaan separuh mamai, aku pun bangun dari katil aku. Uh berat sekali untuk aku bangun. Itupun, Sham kejutkan aku da masuk 3 kali. Aku basuh muka, dan bagi Sham injection. Cian dia teruk betul rashes dia... Oh ya birthday Krol so we wish happy birthday untuk dia, tapi belum ada perancangan lagi untuk celebrate... Tunggu ye... Masuk tido pukul 1.30pagi............ DAAAAAAA P/S Dalam keadaan susah hati...

RaMbUt BaRu Aku

No comments:
Hehehehee Khamis lepas aku buang tebiat pergi salon. Konon nak wat treatment je la, sudahnya aku terperangkap untuk mewarnakan rambut aku ini. Dan hasilnya....
Sempat lagi aku amik gambar bila aku nak makan kat BALQIS. Huhu konon2 rambut raya la tu. Padahal saja membazir duit yang ada. Boleh macam tu....? (Ada orang bagitahu aku, pix ni macam maid agency...well pergi salon je kan, perlu ke melawa2...Ini la aku, tak perlu nak hipokrit. Me,Myself n I ok...) Itu aje, takde cerita da. Selamat berpose... P/S Readykan duit raya untuk I ok...(",)

Sunday, August 23, 2009

2nd Day PuAsA

No comments:
Aku kena kerja. Hehehee biasanya aku cuti hari ahad, tapi oleh kerana nak sambut puasa dengan keluarga, aku tukar cuti semalam. Tak pe, 1st day puasa mesti dahulukan family kan. Datang2 kerja, Bos aku, Dr. B agak suram muka dia. Ye la ayah dia sekarang dalam CCU kat IJN. Siapa yang tak risaukan kalau keluarga masuk dalam wad. Walaupun dia bukan ayah kandung, tapi yang aku perhatikan, uncle terlalu baik. Tak macam step father yang selalu kita dengar terlalu buruk tingkah laku. Well tak semua step father itu buruk bukan. Dapat yang baik itu da dikira 1 bonus. Tapi kalau bdapat yang hampeh, anggap je 1 dugaan. Sesungguhnya, ALLAH sayang kita kiranya dugaan itu sentiasa menguji kita.
Bersahur pagi tadi, ringkas seperti semalam. Lauk berbuka semalam masih ada. Sup tulang dan juga sayur peria goreng. Peria tu untuk ayah aku yang ada kencing manis. Minggu ni turn aku kat rumah mak. Tenang sungguh hidup aku bila aku duduk dengan keluarga sendiri. Ingin rasanya aku kembali duduk bersama keluarga tercinta ini. Tapi terlalu banyak perkara yuang perlu aku selesaikan sebelum aku ambiol keputusan itu. Hmmm memang sukar untuk buat satu keputusankan...
Lepas aku abis kerja, aku pergi GIANT KINRARA, beli barang dapur mak yang hampir habis. Berhabis juga la aku berbelanja. Siapa lagi nak sediakan kalau bukan aku. Dah menjadi tanggungjawab aku sebagai anak yang sulung. Aku tak pernah nak merungut. Masuk2 GIANT, lagu raya da berkumandang. Dalam hati, baru 2 day puasa, lagu raya da keluar. Gimik bahagian pemasaran tok lakukan barang dia. Kuih2 raya pun da keluar. Kuih tahun lepas agaknya, jahat tol pikiran aku ni kan.
Jalan punya jalan, 4.30 petang baru sampai rumah mak. Penat+mengantuk. Jadi sementara bak menunggu waktu berbuka, aku bantai tido dulu. Walaupun cuaca agak panas, itu bukan penghalang bagi aku tok tido. Hehehehee... Time berbuka. Peh macam2 makanan ada. Laksam untuk mama yang belum jemu untuk menjamahnya, masuk hari ini, hari ke-2 mama berbuka dengan laksam. Ada murtabak daging, agar cendol yang menjadi kegemaran aku, ayam percik, (yang dibeli kat bazar ramadhan) kuih yang mama buat sendiri, karipap. Aku cuma makan kurma da minum air sebanyak mungkin, kerana aku rasa macam kena penyakit yang biasa aku kena bila bulan pose datang, iaitu UTI. Huhuuu.... Ready2 tok balik DAMAI... DAAAAAAA P/S Berat sungguh rasa dihati ini...

Saturday, August 22, 2009

1st DaY PuAsA

No comments:
Hari ni 1st day berpuasa. Pukul 8.00 pagi aku da bangun. Pagi2 rumah aku agak riuh bila Farhan, keluar di luar pengetahuan kami. Mama dok bising soh cari dia. Farhan ini, diketegorikan sebagai manusia tegar+begar. Degil sangat2. Yang penting tak serik2 walau dibelasah macam mana sekali pun. Huh kulit biawak kot, sampai takde perasaan.
Kalau tidak aku kerja hari ni, tapi aku minta tukar cuti. Ye la 1st day puasa agak sayu la juga nak buka puasa sorang2 kat klinik kan. Nasib baik la ada JESSICA yang sudi tukar offday dengan aku. Tanx JC lain kali U ada hal leh tukar cuti dengan I k...(",)
Aku bangun sahur pagi tadi dalam pukul 4.30 pagi. Biasanya aku tak bangun sahur. Tapi tengok perut juga la. Melihat muka2 adik aku yang mengatuk menjamah makanan, membuatkan aku rasa sayu. Kerana aku masih lagi ada mereka di sekeliling aku. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi kami kesempatan lagi untuk bersahur bersama2. Menu bersahur ala kadar je, Sambal Udang, Sayur, dan Ikan Goreng. Dan airnya, air Kopi (itu pasal aku bangun awal2 ni, kopi punya pasal)
Lepas habis bersahur, biasa la amik oksigen. Tengah2 hari tak leh nak dapat oksigen kan. Dan sambil bergayut dan bergayut sampai pukul 6.00 pagi... Mata da rabak... Aku tidur.
Dalam kepala aku sekarang ni, mana nak pergi ek. Untuk menghabiskan waktu yang ada ni...?
P/S Selamat Berpuasa Sayang...

Friday, August 21, 2009

RaMadHan Al-MuBaRak

No comments:
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ' 'Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja ,terang terangan atau yg tersembunyi, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

!

Thursday, August 20, 2009

WilL U AnSweR....?

No comments:
People come into your life for a reason, season or lifetime……..

What dreams are these? Really, its such a simple obvious dream....to be a loving wife to a loving husband till death do us part. Surely, I understand that life will take us through unimaginable turmoils but shouldn't that actually reinforce the bond between us.

All I want to do is to love someone who loves me...to serve someone who serves me...to walk with someone who walks with me...and to die before my husband does so that I can go as a bride and not live as a widow. One doesnt need a degree to fulfill this dream.And yet, it all just broke down in various ways (reason) when the time (season) came.

Sure, we all come alone and will go alone. But all the events and relationships that takes place between birth and death, what do we learn? When the quotation below states "People come into your life for a reason, season or lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person." Knowing what to do only comes when one has knowledge about it. How many people are actually knowledgable about life and living? When does this knowledge come? 30's...40's...50's...60's???

When a couple get married, they want their marriage to last a lifetime. And yet...and yet, what happens is contrary to that...promise of being together till death do us part. Why does that happen?

Who can tell what tomorrow will bring? I only know that today exists. So, what I do today matters most in any relationship!!!!!

P/S Pilihan ada ditangan anda....(",)

GatHering & 50%...?

No comments:
Semalam lepas balik kerja, aku fikirkan aku dapat tidur dengan lena sekali. Memandangkan aku ni selalu je tak cukup tido. Ye la kadang2 penat sangat pun, tak leh nak tidur kan. Jadi gunakan kesempatan yang ada ini untuk beradu dengan lamanya. Tapi tidak kesampaian niat aku tu tok beradu. Kerana aku menghadiri jemputan makan 50% diskaun, sebagai menyaport (eh ada ke ayat ni..hehehe) salah seorang rakan seangkatan aku yang baru buka kedai makan. Jadi, konvoi yang dihadiri oleh lebih kurang 8 biji kereta pelbagai model kereta, yang tersesat juga ini, sampai ke destinasi yang dimaksudkan. Takpe2 boleh diampunkan. Bertempat di DAMANSARA DAMAI, DAMANSARA.
Sementara menunggu makan sampai, biasa la pose2 dulu. Antara yang menghadirkan diri dimalam itu... Diorang memang sempoi. Eh mana aku...?
Walaupun agak lama menunggu makan sampai, sehinggakan ada yang settle makan, masih ada yang tak dapat lagi makanan. Boleh lagi di ampunkan. Kedai baru bukakan, segala servis agak kelam kabut. Aku faham... Hehehe..
Sebelum bersurai, sempat lagi bergambar. Diorang semua nak pergi dangdut. Hehehe Tapi aku tak join sekali kerana sok aku kerja. Jadi mungkin lain kali aku leh join. Ahaks..
Aku dan Gyena... Aku dan Baby

Aku kurang pasti apa yng diorang bincangkan

Sekian DAAAAAAAAA

P/S Aku rasa bersalah... Maaf bukan niat untung membelakangkan

Monday, August 17, 2009

LiRik LaGu UnTuk Minggu Ini - Unintended

No comments:

Unintended

Artist: Muse

You could be my unintended Choice to live my life extended You could be the one I’ll always love You could be the one who listens to my deepest inquisitions You could be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can But I’m busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged All my dreams and all my balance She could never be as good as you

You could be my unintended Choice to live my life extended You should be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can But I’m busy mending broken pieces of the life I had before

I’ll be there as soon as I can But I’m busy mending broken pieces of the life I had before

Before you

HuTan LipuR LenTAnG & KaRaOkE

No comments:
Aktiviti aku dihari minggu...
7.30 pagi
Pagi2 handphone berbunyi. Cik Amy dah kejutkan aku yang sedang tidur lena. But actually da set jam pukul 7.00 pagi, untuk bangun. Tapi biasa la kan, golek2 dulu. Masih lagi mengantuk, kerana aku tidur agak lewat malam tadi. Pasal aku habiskan kerja2 aku yang sekian lama pending. Alhamdulillah clear juga sedikit bebanan yang ada. Amin..
8.00 pagi
Baru nak bangun mandi. Walaupun nak pergi mandi air terjun, aku tetap akan mandi dulu sebelum keluar. Ish tak semegah je rupa tak mandi pagi tau. Perjalanan agak jauh la tu pasal agak awal bangunnyer (ele macam la jauh sangat) lagipun belum pernah ke sana. Last aku pergi pun masa pakcik aku kawin dulu. Jadi ingat2 lupa. 9.00 pagi
Aku dah ready untuk merayap. Huhu kerja aku asyik merayap je kan. Ahaks... Takde la merayap mana pun, hanya untuk menenangkan otak yang sedang dan asyik berserabut ni. Lagi pun plan adik beradik ni da lama. Kalau ikut kan kami 6 beradik pergi sama2. Lagi2 nak puasa ni. Tapi tu la komitmen kerja, aku kena la fahamkan. Mungkin takde rezeki untuk keluar bersama. Mungkin lain kali. Jadi yang pergi hanya kami 4 beradik, Aku, Ej, Sham, n Amy.
Hehe im ready to go... Yeah
9.30 pagi
Penantian satu penyiksaan kan. Da setengah jam aku tunggu Amy dan Sham kat dalam kereta. Tapi tak sampai2 gak lagi. Aku da naik rentung tunggu kat dalam kereta ni. Huhu.. Takde la diorang lambat pasal mencari makan. Diorang nak cari Nasi Kerabu sebagai bekalan. Malangnya aku tak berapa nak makan Nasi Kerabu, so diorang pergi runner Nasi Lemak untuk aku. Huh terharunya aku. Aku fikirkan beli kat kedai yamg sama. Rupanya2 lain company da....
Sempat lagi aku pose untuk hilangkan boring...
9.45 pagi
Ingatkan diorang lama lagi, jadi aku fikir aku nak pergi klinik nak hantar segala paper work yang aku angkut bawa balik malam tadi. Kalau ikutkan esok2 pun aku leh bawa. Tapi memandangkan lama sangat tunggu adik2 aku sampai, aku fikir ada baiknya masa yang ada tu aku isi. Ceh ayat melantun. Takde la yang sebenarnnya mana la tau bos kesayangan aku Dr. B nak gunakan. Takde la dia menggagau nak cari. Mana taknyer, semua fail ada kat aku. Huhu...
9.50 pagi
Bertolak dari Damai ke klinik aku untuk hantar barang2 yang aku sebutkan tadi.
10.00 pagi
Dari klinik ke destinasi. Dengan lafaz, Bismillahirrahmannirrahim berserta doa dihati, aku harap perjalanan dan juga suka ria aku nanti, tidak mendatangkan sebarang musibah. Insyaallah amin..
There are my sibling Ej, Me, Sham n Amy... Love them so much mwah...
11.00 pagi
Alhamdulillah, sampai juga aku kat HUTAN LIPUR LENTANG, PAHANG. Huhu sampai2 je aku dengar bunyi air terjun. Fuh tenangnyer suasa kat sini. Tak sabar aku nak terjun masuk kedalam air itu. Yeah air terjun aku sampai ni. Huhu. Namun jauh di sudut hati aku bila aku tengok adik2 aku yang ada, alangkah baiknya kalau adik2 yang lain turut ada. Hmmm Takpe la bukan rezeki diorang agaknya. Destinasi Hutan Lipur Lentang, Pahang...
11.30 pagi
Time makan... Dek kerana aku rendam kaki aku ke dalam air yang amat sejuk itu, aku mula lapar. Lagipun aku belum makan lagi, jadi isi la perut yang da mula keroncong sakan tu.
Sebelum terjun aku sempat pose... Syahdu rasa
11.45 pagi - 2.30 petang
Rendam dan terus berendam sambil berangan. Hehehee
Sebelum badan basah, sempat lagi kami berposing sakan... Huhuhuuhuu Bila badan da basah... Fuh sejuknyer.... Hehehehe salon baru dibuka... Princess Duyung terlepas... Wahahahaaa Reaksi kami bila mula lapar....
3.00 petang
Dek kerana da kecut, ambil keputusan untuk beredar. Bersiap untuk pulang ke pangkal jalan. Hehehe..
Ready to back... KL Huh... Stress 3.30 petang
Setelah berbincang 4 kepala, ambil keputusan untuk cari makan kat BUKIT TINGGI. Malangnyer, hajat tak kesampaian nak naik kat atas tu, pasal kena bayar lak nak masuk kat atas tu. Dari pada membazir, nekad untuk keluar dan cari makan kat tempat lain. Hampeh tol.
Sempat lagi berposing dalam perjalanan pulang... 4.30 petang
Akhirnya Hentian GENTING SEMPAH menjadi tempat untuk kami makan. Jadi la daripada takde tempat nak makan kan. Sori takde gambar, lapar sanagt da..
5.30 petang
Gerak ke KUALA LUMPUR semula. Dalam otak masih terbayang2 air terjun yang sungguh sejuk da mendamaikan tadi. Walaupun agak letih badan, tapi takpe aku berpuas ati juga. Sekurang2nyer, kurang sikit tekanan hidup aku ni, walaupun aku akan hadap benda yang sama. Atleast, ringan gak kepala otak aku ni.
6.00 petang
Memandang JESZ da nak balik, aku singgah Subang tok amik dia. Lagipun, aku bercadang untuk keluar ramai2, sebelum nak pose ni. Karang da bulan pose, agak susah juga nak keluar. Ye la faham2 je r kalau nak kuar bulan pose ni, macam2 aktiviti yang tak boleh dibuat bersama. Baik tak aku. Hehehe. Sempat juga aku sambar beberapa helai baju, walaupun aku tahu baju aku da terlalu banyak dalam almari yang da tak muat untuk disimpan lagi. Takpe, ada plan nak tambah satu lagi almari. Wahhhh
7.00 malam
Selamat sampai kat DAMAI yang tenang kononya tu. Amin... Berbincang 6 kepala, destinasi seterusnyer. Keputuan pergi Karaoke....
10.00 malam
Baru gerak dari DAMAI, kerana menunggu Amy ngan Sham. Ada hal kat rumah katanya. It's ok bagi aku, atlest dapat juga keluar ber6... Yes
Sementara menunggu.. Ini kerja aku.. 11.15 malam - 1.15 pagi
Sampai KTV AMPANG. Walau agak layu mata dan sengal badan ni, aku redahkan juga untuk berhappy2 dengan adik beradik aku. Layan dan terus layan layu... Aku agak sayu bila kat bilik karaoke ni... Sayu hati... Mula la tu emosi terganggu saja. Huh
Reaksi aku da mereka dalam karaoke... 1.30 pagi
Supper kat RASA SAYANG, mata aku da terlalu sakit, kerana aku terlalu lama pakai lens. Pedih tak terhingatnyer.. Makan dulu, sakit tu layan jap2 lagi. Huhuu
Sementara tunggu makan sampai. Tengok la muka kami da mengantuk... 2.30 pagi
Bersurai... Masing2 kerja full jap lagi. Mata masing2 da rabak...
3.00 pagi
Sampai Damai... Dan ZzZzZzZzZ
Itu aje... DAAAAAAAAAAAA
P/S Sentiasa di ingatan walau dimana berada dan waktu aku gembira... Mwah
Related Posts with Thumbnails