Pukul 4.00 petang aku dapat sms dari Ary, salesman yang bantu aku mencapai impian aku. Hehehe terima kasih banyak2 pada Dr. B yang banyak membantu aku, Ej yang memberi aku semangat, dan juga Abu yang sudi runner untuk aku. Aku akui keyakinan aku memang tak ada dengan keadaan keluarga aku yang sukar untuk aku ceritakan keadaannya. Apapun aku tetap bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk menikmatinya. Sih aku bangga jadi aku tau. Tepat pukul 4.30 petang, aku dapat kunci dari Ary. Secara rasminya, aku miliki sebuah kereta PESONA 1.6 AUTO yang menjadi penantian aku ni. Kereta baru aku yang diberi nama BABY. Yang akan aku gunakan kemana sahaja aku pergi, tanpa bergantung dengan orang lain.
Ini la Baby aku....
Pada mulanya aku fikirkan aku ingin merahsiakan perkara ini diluar pengetahuan keluarga aku. Kononnya sebagai suprise untuk mereka. Sudahnya terjadi pula insiden yang memang tak aku jangka kan terjadi. Niat untuk mengisi minyak bila aku tengok agak kering, tak kesampaian bila kereta itu mati tengah jalan. Ceh malu sungguh rasanya. Nasib baik ada Ezzy kat rumah aku roger dan minta bantuan dia. Memang dah takde suprise da bila Ezzy da tau dan aku harap dia tak bagitahu keluarga aku dulu. Aku tahu Ezzy boelh dipercayai. Jadi aku yakin dia akan merahsiakn perkara ni. Berbuka dengan Nasi Putih dan Sup Daging yang dibawa oleh Ezzy. Tak sempat nak beli makan. Minta tapau je dari rumah mama. Sampai Damai, aku parking tempat Ej. Seperti biasa kalau ada yang parking tempat mereka, pasti kena maki dengan Ej. Kerana park kat tempat dia dalam gurauan. Aku tak mahu adik2 tahu dulu akan kewujudan kereta itu dalam hidup aku sekarang. Seperti diduga, lakonan kami menjadi bila Jesz tanya sapa yang parking kat tempat kau tu Ej. Lahanat betul katanya. Aku kat sebelah da terkedu, tapi nak berlakon kan, padan la muka aku. Huhuhu
DAAAAAAAAAA P/S We always deceive ourselves twice about the people we love - first to be their advantage then to their disadvantage
Congrate tcapai gak impian ko..pasni ley bawa aku g jln2 naik keta ko x??
ReplyDeleteAlhamdulillah pet. aku bangga jd aku...(",)
ReplyDelete