Aku kena kerja. Hehehee biasanya aku cuti hari ahad, tapi oleh kerana nak sambut puasa dengan keluarga, aku tukar cuti semalam. Tak pe, 1st day puasa mesti dahulukan family kan. Datang2 kerja, Bos aku, Dr. B agak suram muka dia. Ye la ayah dia sekarang dalam CCU kat IJN. Siapa yang tak risaukan kalau keluarga masuk dalam wad. Walaupun dia bukan ayah kandung, tapi yang aku perhatikan, uncle terlalu baik. Tak macam step father yang selalu kita dengar terlalu buruk tingkah laku. Well tak semua step father itu buruk bukan. Dapat yang baik itu da dikira 1 bonus. Tapi kalau bdapat yang hampeh, anggap je 1 dugaan. Sesungguhnya, ALLAH sayang kita kiranya dugaan itu sentiasa menguji kita.
Bersahur pagi tadi, ringkas seperti semalam. Lauk berbuka semalam masih ada. Sup tulang dan juga sayur peria goreng. Peria tu untuk ayah aku yang ada kencing manis. Minggu ni turn aku kat rumah mak. Tenang sungguh hidup aku bila aku duduk dengan keluarga sendiri. Ingin rasanya aku kembali duduk bersama keluarga tercinta ini. Tapi terlalu banyak perkara yuang perlu aku selesaikan sebelum aku ambiol keputusan itu. Hmmm memang sukar untuk buat satu keputusankan...
Lepas aku abis kerja, aku pergi GIANT KINRARA, beli barang dapur mak yang hampir habis. Berhabis juga la aku berbelanja. Siapa lagi nak sediakan kalau bukan aku. Dah menjadi tanggungjawab aku sebagai anak yang sulung. Aku tak pernah nak merungut. Masuk2 GIANT, lagu raya da berkumandang. Dalam hati, baru 2 day puasa, lagu raya da keluar. Gimik bahagian pemasaran tok lakukan barang dia. Kuih2 raya pun da keluar. Kuih tahun lepas agaknya, jahat tol pikiran aku ni kan.
Jalan punya jalan, 4.30 petang baru sampai rumah mak. Penat+mengantuk. Jadi sementara bak menunggu waktu berbuka, aku bantai tido dulu. Walaupun cuaca agak panas, itu bukan penghalang bagi aku tok tido. Hehehehee...
Time berbuka. Peh macam2 makanan ada. Laksam untuk mama yang belum jemu untuk menjamahnya, masuk hari ini, hari ke-2 mama berbuka dengan laksam. Ada murtabak daging, agar cendol yang menjadi kegemaran aku, ayam percik, (yang dibeli kat bazar ramadhan) kuih yang mama buat sendiri, karipap. Aku cuma makan kurma da minum air sebanyak mungkin, kerana aku rasa macam kena penyakit yang biasa aku kena bila bulan pose datang, iaitu UTI. Huhuuu....
Ready2 tok balik DAMAI...
DAAAAAAA
P/S Berat sungguh rasa dihati ini...
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^