Kelewatan bangun tok sahur bagi ni. Pukul 5.15am bersahur cuma Ayam Masak Kicap. Hehehe, dan Air Susu. Lately ni, kaki aku selalu cramp. Sejak kehabisan ubat aku. Huhuhu lom gaji lagi la. Tunggu gaji baru beli vitamin segala vitamin yang kehabisan tu.
Bangun pagi seawal mungkin kerana aku tak mahu kad aku merah. Sekarang ni kan da ada punch card, jadi kena datang on time. Kejut Ej tak bangun2 jadi aku amik kunci kereta dia, dan bawa kereta dia. Huh padan muka. Sapa soh tak bangun kan. Kerja kat Mimos amat la boring. Pasal aku tak leh curi tulang huhuhuu. Lagipun dengan patient yang amat2 cerewet. Well corporate line, kena ada standard kata Dr. B, bos aku yang sporting. Hari ni, mood Dr. B agak swing pasal kerana Nissan Xtrail kesayangan dia masih kat workshop. Lagi panas hati bila dia dapat tau, ada enjin yang rosak masa dia accident 2minggu lepas. Tapi Dr. B kata accident hari tu takde kena mengena dengan enjin. Cuma terbabas sikit je langggar roundabout kat Jalan SS222 PJ. Bumper je jahanam sikit. Sapa tak sakit hati kan, kalau benda takde kena mengena tapi kena repair gak. Huh bukan sikit2 kena bayar, 14k tu... Peh....
Balik petang, jadi buka puasa kat luar dengan Ej. Pikir punya pikir, bercadang untuk buka puasa kat Ayam Penyet kat Sunway. Tetiba teringin lak nak pergi makan kat sana. Setelah booking tempat, ye la mana tau karang datang2 da penuh pulakkan, kempunan la pulak, aku pergi bazar kat Sunway untuk cari Agar2 Cendol ku. Huhuhu tak sah kalau tak beli agar2 ni. Heheheh
Sementara menunggu pose jap...
Waktu berbuka da sampai, ramai la umat yang datang. Nasib baik la aku da booking meja, kalau tak menunggu la kan. Macam biasa la kalau pergi bazar sekalipun, kita akan nampak bangsa bukan melayu penuh macam kan diorang juga berpuasa. Sibuk nak membeli juga. Macam tu gak kisahnya, dalam restoran ni. Ada juga bangsa lain yang mungkin tak reti, atau mungkin tak faham, mungkin juga takde perasaan, masih buat dek je dan masih lagi boleh bergebang kencang. Huh manakan perginye perasaan diorang aku pun tak tahu. Apa yang aku order ye. 2 Nasi Putih (ye la makan 2 orangkan), 1 Ayam Penyet, 1 Udang Penyet, Pecal, dan Soto Ayam. Air, Cincau, Limau Suam, dan Air Kosong. Huhuhuu
Da kenyang, balik Damai sekejap ambil barang, kerana aku nak balik rumah mama. Mama bagitahu aku nenek datang. Jadi, aku rasa aku perlu balik rumah mama. Tapi bila aku sampai rumah, takde sapa yang ada kat rumah. Dalam hati aku berkata, mungkin diorang pergi sembahyang terawih. Jadi, kesempatan yang ada, aku tidur la dulu. Tak lama kemudian, mama balik, aku bertanya pada mama mana nenek, tapi sudahnya mama kata saja je nak suruh kau balik. Boleh gitu? Nak marah pun tak gunakan...
Tidur dalam pukul 2.00pagi...
DAAAAAAAAA
P/S Hanya Untukmu...
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^