♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, August 17, 2009

HuTan LipuR LenTAnG & KaRaOkE

Aktiviti aku dihari minggu...
7.30 pagi
Pagi2 handphone berbunyi. Cik Amy dah kejutkan aku yang sedang tidur lena. But actually da set jam pukul 7.00 pagi, untuk bangun. Tapi biasa la kan, golek2 dulu. Masih lagi mengantuk, kerana aku tidur agak lewat malam tadi. Pasal aku habiskan kerja2 aku yang sekian lama pending. Alhamdulillah clear juga sedikit bebanan yang ada. Amin..
8.00 pagi
Baru nak bangun mandi. Walaupun nak pergi mandi air terjun, aku tetap akan mandi dulu sebelum keluar. Ish tak semegah je rupa tak mandi pagi tau. Perjalanan agak jauh la tu pasal agak awal bangunnyer (ele macam la jauh sangat) lagipun belum pernah ke sana. Last aku pergi pun masa pakcik aku kawin dulu. Jadi ingat2 lupa. 9.00 pagi
Aku dah ready untuk merayap. Huhu kerja aku asyik merayap je kan. Ahaks... Takde la merayap mana pun, hanya untuk menenangkan otak yang sedang dan asyik berserabut ni. Lagi pun plan adik beradik ni da lama. Kalau ikut kan kami 6 beradik pergi sama2. Lagi2 nak puasa ni. Tapi tu la komitmen kerja, aku kena la fahamkan. Mungkin takde rezeki untuk keluar bersama. Mungkin lain kali. Jadi yang pergi hanya kami 4 beradik, Aku, Ej, Sham, n Amy.
Hehe im ready to go... Yeah
9.30 pagi
Penantian satu penyiksaan kan. Da setengah jam aku tunggu Amy dan Sham kat dalam kereta. Tapi tak sampai2 gak lagi. Aku da naik rentung tunggu kat dalam kereta ni. Huhu.. Takde la diorang lambat pasal mencari makan. Diorang nak cari Nasi Kerabu sebagai bekalan. Malangnya aku tak berapa nak makan Nasi Kerabu, so diorang pergi runner Nasi Lemak untuk aku. Huh terharunya aku. Aku fikirkan beli kat kedai yamg sama. Rupanya2 lain company da....
Sempat lagi aku pose untuk hilangkan boring...
9.45 pagi
Ingatkan diorang lama lagi, jadi aku fikir aku nak pergi klinik nak hantar segala paper work yang aku angkut bawa balik malam tadi. Kalau ikutkan esok2 pun aku leh bawa. Tapi memandangkan lama sangat tunggu adik2 aku sampai, aku fikir ada baiknya masa yang ada tu aku isi. Ceh ayat melantun. Takde la yang sebenarnnya mana la tau bos kesayangan aku Dr. B nak gunakan. Takde la dia menggagau nak cari. Mana taknyer, semua fail ada kat aku. Huhu...
9.50 pagi
Bertolak dari Damai ke klinik aku untuk hantar barang2 yang aku sebutkan tadi.
10.00 pagi
Dari klinik ke destinasi. Dengan lafaz, Bismillahirrahmannirrahim berserta doa dihati, aku harap perjalanan dan juga suka ria aku nanti, tidak mendatangkan sebarang musibah. Insyaallah amin..
There are my sibling Ej, Me, Sham n Amy... Love them so much mwah...
11.00 pagi
Alhamdulillah, sampai juga aku kat HUTAN LIPUR LENTANG, PAHANG. Huhu sampai2 je aku dengar bunyi air terjun. Fuh tenangnyer suasa kat sini. Tak sabar aku nak terjun masuk kedalam air itu. Yeah air terjun aku sampai ni. Huhu. Namun jauh di sudut hati aku bila aku tengok adik2 aku yang ada, alangkah baiknya kalau adik2 yang lain turut ada. Hmmm Takpe la bukan rezeki diorang agaknya. Destinasi Hutan Lipur Lentang, Pahang...
11.30 pagi
Time makan... Dek kerana aku rendam kaki aku ke dalam air yang amat sejuk itu, aku mula lapar. Lagipun aku belum makan lagi, jadi isi la perut yang da mula keroncong sakan tu.
Sebelum terjun aku sempat pose... Syahdu rasa
11.45 pagi - 2.30 petang
Rendam dan terus berendam sambil berangan. Hehehee
Sebelum badan basah, sempat lagi kami berposing sakan... Huhuhuuhuu Bila badan da basah... Fuh sejuknyer.... Hehehehe salon baru dibuka... Princess Duyung terlepas... Wahahahaaa Reaksi kami bila mula lapar....
3.00 petang
Dek kerana da kecut, ambil keputusan untuk beredar. Bersiap untuk pulang ke pangkal jalan. Hehehe..
Ready to back... KL Huh... Stress 3.30 petang
Setelah berbincang 4 kepala, ambil keputusan untuk cari makan kat BUKIT TINGGI. Malangnyer, hajat tak kesampaian nak naik kat atas tu, pasal kena bayar lak nak masuk kat atas tu. Dari pada membazir, nekad untuk keluar dan cari makan kat tempat lain. Hampeh tol.
Sempat lagi berposing dalam perjalanan pulang... 4.30 petang
Akhirnya Hentian GENTING SEMPAH menjadi tempat untuk kami makan. Jadi la daripada takde tempat nak makan kan. Sori takde gambar, lapar sanagt da..
5.30 petang
Gerak ke KUALA LUMPUR semula. Dalam otak masih terbayang2 air terjun yang sungguh sejuk da mendamaikan tadi. Walaupun agak letih badan, tapi takpe aku berpuas ati juga. Sekurang2nyer, kurang sikit tekanan hidup aku ni, walaupun aku akan hadap benda yang sama. Atleast, ringan gak kepala otak aku ni.
6.00 petang
Memandang JESZ da nak balik, aku singgah Subang tok amik dia. Lagipun, aku bercadang untuk keluar ramai2, sebelum nak pose ni. Karang da bulan pose, agak susah juga nak keluar. Ye la faham2 je r kalau nak kuar bulan pose ni, macam2 aktiviti yang tak boleh dibuat bersama. Baik tak aku. Hehehe. Sempat juga aku sambar beberapa helai baju, walaupun aku tahu baju aku da terlalu banyak dalam almari yang da tak muat untuk disimpan lagi. Takpe, ada plan nak tambah satu lagi almari. Wahhhh
7.00 malam
Selamat sampai kat DAMAI yang tenang kononya tu. Amin... Berbincang 6 kepala, destinasi seterusnyer. Keputuan pergi Karaoke....
10.00 malam
Baru gerak dari DAMAI, kerana menunggu Amy ngan Sham. Ada hal kat rumah katanya. It's ok bagi aku, atlest dapat juga keluar ber6... Yes
Sementara menunggu.. Ini kerja aku.. 11.15 malam - 1.15 pagi
Sampai KTV AMPANG. Walau agak layu mata dan sengal badan ni, aku redahkan juga untuk berhappy2 dengan adik beradik aku. Layan dan terus layan layu... Aku agak sayu bila kat bilik karaoke ni... Sayu hati... Mula la tu emosi terganggu saja. Huh
Reaksi aku da mereka dalam karaoke... 1.30 pagi
Supper kat RASA SAYANG, mata aku da terlalu sakit, kerana aku terlalu lama pakai lens. Pedih tak terhingatnyer.. Makan dulu, sakit tu layan jap2 lagi. Huhuu
Sementara tunggu makan sampai. Tengok la muka kami da mengantuk... 2.30 pagi
Bersurai... Masing2 kerja full jap lagi. Mata masing2 da rabak...
3.00 pagi
Sampai Damai... Dan ZzZzZzZzZ
Itu aje... DAAAAAAAAAAAA
P/S Sentiasa di ingatan walau dimana berada dan waktu aku gembira... Mwah

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs