♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, August 13, 2009

SeTeM

Malam tadi aku pergi tengok wayang. Walaupun movie ni da ditayangkan kat pawagam dekat 3minggu, dek kerana aku ni bukan kaki movie, so aku tak berminat la nak amik tahu pasal movie2 baru. Kalau rasa nak tengok, aku cari CD je. Kebetulan pulak ada yang mengajak menonton bersama (huh skemanyer ayat aku tu), aku pun ok aje. Lagipun da lama tak jumpa dia kan..
Sampai je kat PYRAMID, terus call Baby, tanya dia kat mana. Ceh belum sampai lagi minah ni. Dia suruh aku beli tiket dulu. Ups, ingatkan dia da beli tiket. Takpe2, da menjadi kebiasaan aku yang belikan. So aku pun pergi la beli.. Ni bukti tiket kami... Dan cerita yang kami tengok... 'Setem' Sementara nak menunggu Baby dan Jai sampai, aku pergi makan jap. Lagi pun Ej ni pantang kalau tengok kentang, so makan kentang je la, untuk alas perut. Menyelerakan tak... Nyum2 sedapnyer... Sempat lagi bergamabr dengan poster kat luar... Hehehe da camera sentiasa aku bawa... Snap2 je la... Kat dalam panggung da... Ej, aku dan Baby... Ej n Me... Baby n Jai... Ok movie nak start... Cerita dia macam ni...

Ceritanya berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Tahun 2008

Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.

Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.

Ha... Macam tu la lebih kurang jalan cerita SETEM tu. Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda. Takkan aku nak cerita semua kan..

Bagi aku cerita ni best, lawak juga la. Sampai aku seorang je yang agak kuat ketawa. Hehehe aku bayar tiket kan, jadi ada aku kesah... Kalau ada yang rasa2 pecah otak, pergi la buang stress tengok cerita ni. Ok

Itu sahaja, lain aku update lagi..

Ada keje la...

DAAAAAAAA

P/S Lepas gak rindu aku sama kamu Baby, walaupun sekejap...

Sayang... I Miss U

1 comment:

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs