♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, December 31, 2009

SelAmAt TinGGaL 2009

No comments:
2009 akan pergi...
Banyak tol KENANGAN yang TERJADI pada tahun ni...
JANUARY...
> Simpan duit pasal nak g HOLIDAY... 
FEBRUARY... 
> Aku pergi CAMERON HIGHLAND dengan SIBLINGS ku... 
MARCH...
> Kumpul balik duit pasal da banyak habis...
APRIL... 
> Cari IDEA... 
MAY... 
> PURPLE PARTY...
> Naik GENTING HIGHLAND dengan SIBLINGS ku lagi... 
JUNE... 
> DUSUN DURIAN makan sampai lebam...
> 1ST time CABUT GIGI sigh... 
JULY... 
> Aku SELALU balik kampung... 
AUGUST... 
> RAMADHAN datang lagi DIET2... 
> MY BABY BORN setelah sekian lama menanti... 
SEPTEMBER... 
> SYAWAL in BLUE... 
OCTOBER...
> 7 vs 1 SEDIHnye... 
> WHITE n RED PARTY... 
NOVEMBER... 
> PENANG trip with my SAUDARA... 
DECEMBER... 
> CAMERON HIGHLAND dengan SAUDARA ku

YANG INDAH JADIKAN KENANGAN, YANG PAHIT JADIKAN PENGALAMAN

P/S Azam tahun baru anda...?

Wednesday, December 30, 2009

CiaN AKu

2 comments:
MULAI hari ini...
MASA aku BANYAK aku HABISKAN kat KLINIK...
Kenapa...
JC DAH KENA TERMINATED...
Sapa dia...
BUDAK YANG TAK FAHAM BAHASA...
KERAS KEPALA...
TAKDE PERASAAN...
PERASAN BAGUS...
So...
Aku yang sedia ada WAKTU yang BOLEH balik AWAL...
TAKDE lagi balik awal...
MASUK jam 9 PAGI...
*Walau KADANG2 lewat hehehe...
BALIK pukul 9 MALAM...
12JAM sehari...
Lalalala...
Aku MAMPU...
Anda MAMPU lakukan...?

P/S Alahai....

Monday, December 28, 2009

AllaH PanJangKAn UsiA AYAHANDA Ku

2 comments:
, Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan AYAHANDA ku...
Allah selamatkan kamu...
HARI NI GENAP 53tahun umur AYAH...
Eh betul ker...
Betul laaa...
Hehhehehee...
Apa menu SPECIAL hari ni eh...
Aku request MAMA buat LAKSA...
Ubat untuk demam aku...
Hehehe mengambil kesempatan je aku ni kan...
Takde apa2 yang grand untuk AYAH...
Tapi aku open SATAY...
Lalala SATAY AYAM SATAY DAGING...
Aku doakan AYAH PANJANG UMUR...
DIMURAHKAN REZEKI...
AMIN...


P/S Sayang Ayah... (",)

SakiT PunYa HaL

1 comment:
Hari ni badan aku masih kebas2...
Walau semalam aku dah kena INJECTION...
Dan hari ni...
Aku masih makan UBAT...
Lagi best bila aku kena minum air ...
BERLITER2...
Belum campur AIR BALI lagi...
Ceh...
Biasanya kalau kena INJECTION...
Aku akan KEBAH dan BAIK SEPENUHNYA...
Tapi kali ni...
TIDAK SAMA SEKALI...
Sambil BERBELOG...
Aku minum 100+...
Hmmmm...

P/S DOAKAN AKU SIHAT SEPENUHNYA...

Saturday, December 26, 2009

HaLa TuJu Yang Tak TerDuga

No comments:
Petang CHRISTMAS tak tahu nak kemana...
SAUDARAKU semua ada hal masing2...
BABY balik klang...
JAI...Erm kurang pasti mana hala tuju dia (",)...
YART ada open house umah bos...
Aku roger SUE apa plan dia...
Dia pun takde plan...
Jadi aku CULIK dia...
Bawa dia merayap dengan IBAL...
Anak angkat aku...
Mulanya aku nak pergi DOLPHIN SHOW...
Tapi malangnyer...
HARGA tiket yang mahal...
Membantutkan NIAT...
Jadinya...
Bergambar dengan POSTER je la...
Cian IBAL...
RIAK mukanya ternyata KECEWA...

 Dek kerana nak HILANGKAN rasa KECEWA...

Pusing2 IKEA pulak...
Dari takde plan..
TERGRAP barang yang dirasakan perlu...
Lepas IKEA...
Masing2 da MATI AKAL...
Macam2 IDEA kuar...
Sudahnyer...
Call ARY...Call NORT...Call CDA...
tipu2 aku tak call pun Cda...
Tapi seakan yakin dia ada bersama si dia (",)...
Jumpa diorang kat DISELAT...
Makan SEAFOOD...
Makan dan makan...

BERSURAI...(",)

P/S Terisi juga masa untuk hari ini...

HoHoHo Merry Christmas

1 comment:

CHRISTMAS datang lagi...
Agak2 ada tak hadiah dari SANTA CLAUS untuk aku?
Heheh... Ada kowt...
Walau bukan dari SANTA CLAUS...
Pasal sampai KLINIK...
Ada HAMPER dari PATIENT aku...
COKLAT  dan SEJAMBAK BUNGA
PINK LILIES TAU...
Macam tau2 je aku suka LILIES...
Harum semerbak KLINIK aku ni...
MERRY CHISTMAS PADA SEMUA YNG MENYAMBUTNYER...

P/S Apa nak buat malam ni eh...?

Thursday, December 24, 2009

S.E.N.T.A.P

1 comment:
Hari ni mungkin hari SENTAP aku
Aku takleh nak kata apa2 bila orang SENTAP dengan aku
Tapi pernah tak terfikir aku juga pernah SENTAP dengan dia
Aku malas nak fikir macam budak2
Kerana setiap orang ada hak sendiri untuk jalani kehidupan sempurna
Aku lagi SENTAP
Aku tak kisah langsung dengan setiap pergerakan dia
Walaupun orang menyampai cerita kat aku
Aku masih boleh tersenyum kerana aku cukup faham dia
Terlintas di fikiran aku
Benar2 dia faham akan aku?
Pernah dia terfikir pasal aku?
Pernah dia cuba selami aku?
TERSENTAP dia bila di tinggalkn
Pernah terfikir tak yang aku lagi SENTAP bila di belakangkan
Jawapan bukan hanya jawapan kosong
Dan jawapan yang aku beri adalah untuk diri aku sendiri
Aku jadi lagi layu
Kerana hidup aku cukup2 SEPI
SEPI giler babi
Ada sapa tau?
Kerana perasaan ini
 JATUH JUGA AIR MATA NI MENAHAN KESEDIHAN YANG BERTIMBUN

P/S KETAHUILAH OLEH KAMU AKU TAK PERNAH LUPA TENTANG KAMU

Monday, December 21, 2009

Apa Rasa Aku Hari Ini...

No comments:
Aku rasa nak MARAH
Aku rasa KECIK ATI
Aku rasa nak JERIT
Aku rasa SEBAK

Aku rasa nak LARI
Aku rasa nak NANGES
Macam2 aku rasa sekarang ni

Sungguh AKU DALAM TEKANAN
Sungguh AKU MULA BOSAN
BOSAN DENGAN KEADAAN...!

P/S Ketahuilah oleh KAMU emosiku tak menentu..

Lirik LaGu MinGGu Ini - Rapuh

No comments:

Agnes Monica – Rapuh

Belum sempat ku membagi kebahagiaanku
Belum sempat ku membuat dia tersenyum
Haruskah ku kehilangan ’tuk kesekian kali
Tuhan kumohon jangan lakukan itu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Reff :
Sebab ku sayang dia
Sebab ku kasihi dia
Sebab ku tak rela
Tak s’lalu bersama
Ku rapuh tanpa dia
Seperti kehilangan harap
Jikalau memang harus ku alami duka
Kuatkan hati ini menerimanya
Back to Reff 2x

P/S Dari pagi aku dok nyanyi lagu ni...

MelamPau SunggUh

No comments:
Hari ini BOSS aku tak masuk...
Ada hal keluarga...
Jadi agak FREE giler...
Kesempatan ini...
Aku dok menyinggah BLOG2 orang lain...
Baca2 CERITA orang2 lain...
Dalam pada FREE2 ni...
Adalak yang keluar MENGULAR...
Katanya "Jc kuar PERGI BANK SEKEJAP Kak Ryn, Mama tunggu luar"...
Aku terus TENGOK jam...
BELUM pun pukul 11 pagi...
Takpe RELAX lagi...
PUKUL 5.00ptg...
TAK MUNCUL2 EH...
Aku dapat SMS...
"Sorry Kak Ryn PUNCH untuk Jc, stuck kat KL JAMMED"
S**T...
Aku BERMAKI HAMUN kat sini...
Huh... MENGALAHKAN senior lak...
TAK SALAH TERUS TERANGKAN...

P/S Lagak macam orang lama lak...

Saturday, December 19, 2009

CameroN HiGhlanD - Part TwO ~ White PArtY ~

No comments:
Chak... Sambung balik. Maafyer kalau korang borink nak baca. Tapi cerita kali ni agak bersambung2.

 10.00 malam, White Party bermula. Semuanya diWAJIBKAN untuk pakai baju putih. Cantikkan. Putih itu suci. Gunakan tanpa was2 ok. Before start game, snap dulu... Yea... (",)

GAME ITU ADALAH... (",)

CARI TALI PINGGANG DAN PAKAIKAN PADA PARTNER MASING2... (",) 

PAKAIKAN STOKIN UNTUK PARTNER... (",)

BUAT BELON DENGAN MENGGUNAKAN CHEWGUM... (",)


MAMAMIA WIF TISSUE ROLL...(",)
PIJAK CARD DENGAN PARTNER... (",)
PAPER DANCE...(",)
7UP UP UP...(",) 
 
CAP KALI CAP...(",) 
Di awal permainan, memang menyenorokkan. Namun ada insiden yang tak aku ingini berlaku. Time game PAPER DANCE, aku jatuh dan kepala lutut aku terhentak. Bagaikan nak tercabut kepala lutut aku nih menahan sakit dan kejang dengan tiba2. Mungkin keadaan sejuk, membuatkan aku jadi begitu. Makin lama, aku seakan ingat2 lupa apa yang berlaku. Bagaikan kepala hotak aku pulak yang terhatuk. SERIUS, apa berlaku malam itu, aku kurang pasti.

Tak lama itu, sebiji kek keluar meraikan befday Ema. Hahaha cuak muka dia kejap.

P/S Maaf pada semua kalau aku spoil kan majlis nih....

CamEroN HigHlanD - PaRt One

No comments:
Seperti yang dirancang, hari ni aku nak pergi CAMERON HIGHLAND. Pukul 6.00 pagi aku da bangun. Uncle dok kejut aku bangun dari pukul 5.45 pagi tapi aku liat giler nak bangun. Namun da janji  ku gagahkan juga... (",)


KAMI DAH READY UNTUK JUMPA MERAKA YANG MENYERTAI KONVOI INI... (",)

8.45 pagi da sampai kat tempat yang dijanjikan. Tempat perjanjian SYED BISTRO, KELANA JAYA. Makan2 dulu sebelum teruskan perjalanan. Alhamdulillah ada rezeki untuk dijamah pagi yang indah ini. Da selesai semua, teruskan ke destinasi yang mahu dituju, CAMERON HIGHLAND... (",)

READY TO GO... Kereta masing2 diikat dengan reben BIRU sebagai tanda. Takut ada yang tercicir nanti. 4 buah kereta itu dalah KBX****, WRT****, WSW**** dan ups satu lagi kereka aku lupa... Kereta Bob Mali. Jangan marah eh... Hahahaha... (",)

HIGHWAY AGAK SESAK DENGAN KERETA. AKU LEBIH KEPADA MELELAPKAN MATA... (",)

Jam 3petang, Alhamdulillah sampai juga. Yehahhaaaa. Sementara menunggu kunci sampai, tersadai la kami kat kawasan Tanah Rata ni. Masing2 da lapar kowt *aku andaikan sahaja tau. Tapi kan sempat lagi bergambar... (",)

Dapat kunci yea..... Terus ke apartment yang dimaksudkan. Alamak aku lupa pulak nama apartment itu. Maklum sahaja la bukan aku organizernyer. Hehehe. Sampai apartment mana yang nak mandi, mandi, mana yang di tugaskan untuk menyiapkan makan malam kami, jalankan tugas yang sepatutnya. Aku? Aku dok rehat sahaja pasal tugas aku telah aku sempurnakan dengan lebih awal lagi. Hehehe bukan mengelak, takut bahan2 yang diperlukan takde pulak kat sini kan... (",)

 KAMI DAH READY UNTUK REDAH PASAR MALAM TANAH RATA... (",)

 Sampai je kat Pasar Tanah Rata hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik pakai baju hujan. Mana yang nak berpayung, payung la kan. Tapi aku lebih senang pilih baju hujan. Takde la kelam kabut dok berjalan langgar payung kat dalam pasar tu nanti. Ikutkan hati aku memang malas nak berjalan time hujan ni. Memandangkan dah jalan jauh2 aku main redah je. Hujan airkan. Bertambah malang rasanyer tengah dok pusing2 dok belek2 barang, takde elektric pulak. Aku yang sedia rabun ni pun, takat grap apa yang patut. Nak belanja sakan memang la takde. KERANA KEADAAN YANG BASAH DAN VIEW YANG KURANG SELESA UNTUK AKU MEMBELEK DAN TERUS MEMBELEK.

 COMEL TAK KAMI 5 BERSAUDARA BERBAJU HUJAN... (",) 

Hari makin gelap. Terus pulang ke apartment kerana ada aktiviti yang menanti malam ini.... (",)

P/S Apa akan berlaku pada malam ini ye... Tunggu... (",)

CaMeroN HigHlanD - ParT 3 ~OrAngE~

No comments:
Jangan marah ada cerita lagi ok... Nak balik da.... Kali ni, dikenakan memakai baju ORANGE. Seperti biasa, snap dulu...
 KENANGAN INI TAKKAN PERNAH AKU LUPAKAN... (",)


KAMI BERSAUDARA :- YART, AKU, EJ, BABY, JAI... (",)

Ada kisah disebalik kisah, aku malas nak cerita, tapi pengalaman bercuti kali ini, amat mengerunkan. Alhamdulillah aku selamat sampai ke KL dengan selamatnya, walau berbagai dugaan yang datang.

P/S Aku tak memusuhi sesiapa, tapi kecewa seakan apa yang berlaku dibuat senda gurauan...




Friday, December 18, 2009

Inai O' Inai

2 comments:
Yeaaaaa akhirnya dapat gak aku pakai inai. Tu pun malam tadi aku teman Uncle pergi downtown untuk cari barang. Sudahnya aku terjumpa la kedai Inai. Ramai pulak yang beratur. Dek kerana meroyan nak pakai, aku sanggup menunggu, walaupun da pukul 2.30pagi. Hehehehe...Dan hasilnya...



Hehehee... Aku pilih BUTTERFLY.

P/S Hilang da meroyan aku.

Thursday, December 17, 2009

BeNarkAh...?

2 comments:
KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA
BULAN OCTOBER 

(",)

:- Suka sembang 
:- Suka orang yang sayang padanya 
:- Suka ambil jalan tengah 
:- Sangat menawan & sopan santun 
:- Kecantikan luar & dalam 
:- Tidak pandai berbohong & berpura-pura 
:- Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan 
:- Sentiasa berkawan 
:- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak la...ma 
:- Cepat marah 
:- Macam pentingkan diri sendiri 
:- Tidak menolong orang kecuali diminta 
:- Suka melihat dari perspektifnya sendiri 
:- Tidak suka terima pandangan orang lain 
:- Emosi yang mudah terusik 
:- Suka berangan & pandai bercakap 
:- Emosi yang kelam kabut 
:- Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) 
:- Suka melancong, bidang sastera & seni 
:- Pengasih, penyayang & lemah lembut 
:- Romantik dalam percintaan 
:- Mudah terusik hati & cemburu 
:- Ambil berat tentang orang lain 
:- Suka kegiatan luar 
:- Orang yang adil 
:- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran 
:- Mudah patah semangat

P/S Entah la kan... Korang yang pandang aku, jadi nilai la sendiri...

Salam Maal Hijrah

No comments:

Tahun baru da sampai...
Apa azam tahun baru...
Aku...?
Biarlah menjadi rahsia...
Tapi yang penting...
Tentang yang baik2 saja...
Doakan aku eh...
Dan untuk KALIAN semua...
Moga DOA itu termakbul...
Amin...

P/S  Semoga segalanya sempurna...

Wednesday, December 16, 2009

kHas UntUk PrinCess JersiDD

No comments:
TERIMA KASIH BANYAK2 BUAT PRINCESS JERSIDD YANG TELAH MENGAJAR AKU UNTUK MENCANTIK KAN BLOG INI DENGAN SECANTIK MUNGKIN (CANTIK KER...) APAPUN MASIH LAGI DALAM PROSES UNTUK MEMBETULKAN MANA2 YANG PATUT. AKU TERPAKSA TUKAR BACKGROUND KERANA LEH TERSAMA PULAK DENGAN SESEORANG YANG TAK DIKENALI. UPSS... SORRY MEMANG TAK KENAL KAN...


P/S Aku tengah happy2 pasal aku mengular satu hari ni... adeh

Tuesday, December 15, 2009

Nak Luah Marah...!

No comments:
Tiba2 je jadi hal...
Tiba2 je jadi tak faham...
Tiba2 je macam tak kenal...
Perasaan bercampur2 saat nih...
Hish...
Yang penting...
Rasa nak jerit...
Rasa nak menangis...
Rasa nak lari...

Aku sedih giler sekarang nih...!


P/S Ya Allah Kuatkanlah ImanKu untuk berpikir lebih waras lagi...

Cinta bulan di mata hujan

No comments:
Harum bulan
Mewangikan hujan
Lalu wujud kecintaan
Di bawah pohon lengang

Aku berbisikan antara angin
Luah rasa ke ras-ras rindu
Wajah sunyiku bergentayangan
Malam ini tetes hujan

Jelma di kalbu mengetuk pintu
Membiarkan daun-daun luruh
Di tasik bening kolam air mata
Menimbunkan pucuk-pucuk gerimis

Tindih dingin membelit hadir
Cinta bulan di mata hujan
Kita masih berasingan
Di bawah kelambu kalbu

Menanti tiba bulan
Menerusi mata hujan
Kita saling bertanya
Tidak kelihatan pun
Kuyup sinar bermanja di rumputan.

*Dipetik dari METRO

P/S Belum tentu apa yang kita CINTAI ada depan mata kan... 

Monday, December 14, 2009

ChariTy @ Kg. DonGLai HulU LanGat

1 comment:
6.00am - Aku da bangkit tidur. Celik je biji mata, Ej da siap mandi. Risik punya risik, dia bangun pukul 5.30am setelah di kejutkan oleh Uncle. Thank You Uncle, bersusah payah call semata2 nak kejutkan kitaorang pagi2. Tanpa berlengah lagi, aku terus kejutkan budak2 aku lak. Sapa lagi kalau tak Sue dan Jessica. Alhamdulillah bangkit pun diorang bila dengar bunyi fone. Sambil aku mandi, Ej dok siapkan sarapan. Takut tak sempat lak nanti... (",)

7.15am - Aku da nampak kelibat Sue kat luar klinik. Dalam hati mana Jessica...? Aku call dekat 20kali tak berjawap. Aku da angin. Dr. B da call tanya aku kat mana. Ceh nak tak nak aku tak leh nak cover line da. Bagitahu je la dia, yang aku tengah tunggu Jessica. Dr. B suruh aku tunggu dia lagi 5 minit. Susah2 sangat, aku suruh Dr. B gerak dulu. Aku rasa aku tau tempat yang dimaksudkan... (",)

7.45am - Malas aku nak tunggu da, gerak je terus. Pandai la dia jawab dengan Dr. B esok. Tak mau campur dan tak mau tanya pun kenapa dia tak mau pergi. K****G, memang la gitu. Cakap tak serupa bikin, Walhal aku da kejut, dan dia kata "Ok Kak Ryn, jumpa kat bawah" Jumpa lu, seranah aku dalam hati... (",)

8.30am - Pusing punya pusing sampai la kat Kg. Donglai. Alhamdulillah sampai gak, walaupun salah jalan di hujung perjalanan. Peh sampai2 aku da terasa keperitan mataharinyer. Cap, tetiba leh tertinggal dalam kereta dan malas nak bersuara atau patah balik. Redha je dengan keadaan... (",)

8.45am - Mulakan tugas. Jeng jeng jeng... Lihat gambarajah dibawah.. Hehehehe... (",)

Aku ngan Sue. Dalam hati aku dok fikir, bawa ubat banyak2 ni, ada ke yang sakit teruk. Erm biasanya kalau buat charity pun, biasanya dibekalkan vitamin dan ubat cacing je kan. Tapi da Boss suruh bawa, kite bawa je la kan. Tol tak Sue. Sure Sue tengah mengangguk setuju. Nasib baik la ada orang2 PETRONITA yang nak menolong kitorang menyusun meja. Aku ngan Sue, susun ubat sahaja, harap maklum. (",)

9.00am - Acara pun bermula. Lihat gambar rajah dibawah yea... (",)

Di mulakan dengan Poco2, Senamrobik, dan Tarian. Untuk senaman pagi la kononya. Aku yang tengah menyusun ubat ni hanya dapat mengelengkan kepala kekiri dan kekanan, ikut musik je la. Niat dihati memang nak join je. Tapi tugas yang ada tak boleh nak di tinggalkan. Kalau tak sapa nak susun ubat2 yang banyak itu kan. Aku kena cover2 juga. Air muka Dr. B kena jaga... (",)

10.00am - Aku dengan Sue masih lagi menyusun ubat. Adeh... Moh pose dulu...(",)

10.15am - Orang da ramai dan aku da kepanasan. Pun begitu bila diminta senyum tetap senyum...(",)

 Ha... Yang kat sebelah kiri aku tu, anak sulung Dr. B, Navini nama dia. Baru Form 2. Mama dia soh tolong n join charity ni. Lain kali boleh ikut, n tau apa yang patut dibuat...(",)

10.30am - Sedang berlangsungnyer game. Aku tak dapat nak tengok, nasib baik ada Ej. Dia yang tolong snap pic nih... (walaupun aku serabut tengok pic ni aku nak letak juga)... (",)



11.00am - Sementara itu moh kita tengok apa jadi pulak kat tempat aku... (",)

Tu dia Puan Sri (bertopi coklat, tenagh duduk). Comel jer dia ni. Sporting giler. Hehehehe Dr. B yang sentiasa sibuk dengan hal dia. Kurang pasti apa yang dia cari tu. Ramaikan bayangkan je la, kesiibukkan yang teramat la sangat. Atleast kat dalam ni takde panas sangat berbanding aku yang kat luar tu... (",)

11.45am - Balik semula kedepan. Game masih berlangsung... (",)


12.30 pm - Time up. Klinik da tutup. Hehehe. Aku packing balik ubat yang disusun tadi ke dalam kotak(erm..macam aku baru past je keluarkan uabt tu dari kotak)...(",)

1.30pm - Makan time. Sambil makan ada lak persembahan dari mereka. Tarian Sewang (",)



2.30pm - Bersurai. Lagu "KENANGAN TERINDAH" menjadi penutup tirai. Nyanyi la ramai2... (",)

Kami yang da kepenatan. Sempat lagi pose dalam walaupun panas terik... (",)

Sekian...

P/S Uncle lain kali join eh... Cian dia tak dapat nak join... (",)
Related Posts with Thumbnails