♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, December 19, 2009

CamEroN HigHlanD - PaRt One

Seperti yang dirancang, hari ni aku nak pergi CAMERON HIGHLAND. Pukul 6.00 pagi aku da bangun. Uncle dok kejut aku bangun dari pukul 5.45 pagi tapi aku liat giler nak bangun. Namun da janji  ku gagahkan juga... (",)


KAMI DAH READY UNTUK JUMPA MERAKA YANG MENYERTAI KONVOI INI... (",)

8.45 pagi da sampai kat tempat yang dijanjikan. Tempat perjanjian SYED BISTRO, KELANA JAYA. Makan2 dulu sebelum teruskan perjalanan. Alhamdulillah ada rezeki untuk dijamah pagi yang indah ini. Da selesai semua, teruskan ke destinasi yang mahu dituju, CAMERON HIGHLAND... (",)

READY TO GO... Kereta masing2 diikat dengan reben BIRU sebagai tanda. Takut ada yang tercicir nanti. 4 buah kereta itu dalah KBX****, WRT****, WSW**** dan ups satu lagi kereka aku lupa... Kereta Bob Mali. Jangan marah eh... Hahahaha... (",)

HIGHWAY AGAK SESAK DENGAN KERETA. AKU LEBIH KEPADA MELELAPKAN MATA... (",)

Jam 3petang, Alhamdulillah sampai juga. Yehahhaaaa. Sementara menunggu kunci sampai, tersadai la kami kat kawasan Tanah Rata ni. Masing2 da lapar kowt *aku andaikan sahaja tau. Tapi kan sempat lagi bergambar... (",)

Dapat kunci yea..... Terus ke apartment yang dimaksudkan. Alamak aku lupa pulak nama apartment itu. Maklum sahaja la bukan aku organizernyer. Hehehe. Sampai apartment mana yang nak mandi, mandi, mana yang di tugaskan untuk menyiapkan makan malam kami, jalankan tugas yang sepatutnya. Aku? Aku dok rehat sahaja pasal tugas aku telah aku sempurnakan dengan lebih awal lagi. Hehehe bukan mengelak, takut bahan2 yang diperlukan takde pulak kat sini kan... (",)

 KAMI DAH READY UNTUK REDAH PASAR MALAM TANAH RATA... (",)

 Sampai je kat Pasar Tanah Rata hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik pakai baju hujan. Mana yang nak berpayung, payung la kan. Tapi aku lebih senang pilih baju hujan. Takde la kelam kabut dok berjalan langgar payung kat dalam pasar tu nanti. Ikutkan hati aku memang malas nak berjalan time hujan ni. Memandangkan dah jalan jauh2 aku main redah je. Hujan airkan. Bertambah malang rasanyer tengah dok pusing2 dok belek2 barang, takde elektric pulak. Aku yang sedia rabun ni pun, takat grap apa yang patut. Nak belanja sakan memang la takde. KERANA KEADAAN YANG BASAH DAN VIEW YANG KURANG SELESA UNTUK AKU MEMBELEK DAN TERUS MEMBELEK.

 COMEL TAK KAMI 5 BERSAUDARA BERBAJU HUJAN... (",) 

Hari makin gelap. Terus pulang ke apartment kerana ada aktiviti yang menanti malam ini.... (",)

P/S Apa akan berlaku pada malam ini ye... Tunggu... (",)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs