♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #5

No comments:
السلام عليکم




Tuesday, August 30, 2011

Eid Ul-Fitr 1432H

No comments:
السلام عليکم
Salam Syawal semua,

Sayu...
Hati ini makin sayu...
Rindu...
Terkenang adik sayangku...

Lirik yang hujung tu, memang I saja tukar. Hari ni genap 9tahun I kehilangan adik I yang ke-3. Walaupun sijil kematiannya bertarikh 01Sept2002, tapi kami sekeluarga tidak akan lupa pada tarikh 30Aug2002.

Tika dan saat ini, I sedang melawat beliau. Beliau yang I maksudkan, arwah adik I Muhammad Zulhafis. Kena pulak, tema tahun ni warna hitam, sesuai pulak dengan keadaan yang berlaku 9tahun lepas.

''Dik, waktu kau nak mengenal dunia, Allah lebih menyayangimu. Kau tak sempat nak merasa liku2 hidup yang sangat mencabar. Kau tak sempat nak berpakaian sedondon seperti kami tiap kali raya. Kau tak sempat nak merasa gaduh2 sayang dengan adik beradik. Kau tak sempat nak merasa air tangan mak yang sedap2. Kau tak sempat nak merasa main rebut2 dengan yang lain. Kau tak sempat nak luangkan masa bersama kami. Kau tak sempat merasa susah senang kami. Segalanya tak sempat. Tapi, akak tau kau sempat merasa bahagia disana. Kau sempat menikmati dunia yang lebih indah disana. Kau sempat berpakaian indah disana. Kau sempat menikmati makanan yang enak2 disana. Kau sempat segalanya terlebih dahulu disana. Semoga kau bahagia di Taman Firdausi ciptaan Allah s.w.t. Hanya Dia yang mengetahui keadaanmu disana. Al-Fatihah''

Ok, I nak baca Yasin. Jumpa lagi...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Hari Raya

No comments:
السلام عليکم


Dah raya dah raya dah raya! Yeeeeaaaa!

Dikesempatan ini, ampun maaf dipinta pada yang mengenali diri I secara langsung atau pun tidak. Semoga Syawal ini lebih indah dari Syawal yang sebelumnya. Insya Allah.

Selamat Hari Raya!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menu Syawal

No comments:
السلام عليکم


Kini tiba masanya
Hati gembira dihari raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf maafan
Dengan keikhlasan..

Semalam, Mama dok kletang kletungkan. Nah! Ini la hasilnya kletang kletung semalam. Sambal sotong, kari kambing, sayur goreng. Tiap2 tahun pun menunya tetap serupa. Nah rasa? Mari la datang beraya ^^

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 29, 2011

Rezeki siapa ni..

No comments:
السلام عليکم


Okey, semua dah siap. Jom masukkan wang raya. Ini bahagian Mama. I punya awal2 I dah masukkan. Berapa isi didalamnya, hanya penerima yang bertuah je tau. Hehehe..

Lepas ni, ada kerja lain yang I nak buat. Cepat2 masa semakin cepat berlalu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kek Marble

No comments:
السلام عليکم


Seperti yang I janjikan, inilah kek yang I buat petang tadi...

I bangga dengan diri I. Dah lama I tinggalkan minat I dengan dunia kek ni. Bila Mama dah request, I pun buatkan la. Nanti kalau tak buatkan, kecik pulak hati Mama. Dalam masa yang sama, I buatkan juga biskut honey star untuk adik I. Semua permintaan I cuba tunaikan.

Inilah hasilnya. Hasil dari tangan I. Not only talk! Weeee

~ I dapat puji2an tauuuuu bangga seyh!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kek Raya!

No comments:
السلام عليکم
Kletang kletung srengg sroooong

Nah! Itu la bunyi2 yang ada kat dapur Mama sekarang ni. Sibuk nak menyiapkan juadah hari raya esok pagi. Persoalan yang bermain dalam kepala I ni;

'Confirm ke esok raya?'

'Dah ada pengumuman mohor2 besar ke?'

I tanya Mama, Mama kata malam ni baru pengumumannya. Lorh, kalau esok tak jadi raya, tak best la lauk2 ni. Tak fresh! Itu la I, kalau lauk semalam, memang I tak sentuh. Tak sedap tau.

Mama minta I buat kek. Oke2 I buat.

Nanti I update lagi. Bubye!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 28, 2011

Messy!

No comments:
السلام عليکم



Nak lepas geram leh? I rasa sangat semak! Damn2 semak! Wargggghhhhhhh!

I dah kemas satu tempat, satu tempat lagi bersepah! Waarrrrrgggghhhhh!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 27, 2011

Decoration Raya!

No comments:
السلام عليکم


Hello Darlings,

Counting hours! Another 4 hours more to go. Then start longggggg holiday. Hurey!

Decoration yang simple kat tempat kerja I. Hasil kerja adik2 I yang comel2 belaka. Wah! Kakak senior bodek nampak. Eh bukan bodek, tapi appreciate tau. Weeee

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 26, 2011

Iftar Marche, Curve

No comments:
السلام عليکم


Alhamdulillah, kalau dah namanya rezeki, bersyukur aje la kan. Moga bertambah2 rezeki siapa yang belanja I. Bukan senang nak tunggu orang belanja I tau. Hahhaa

Menantikan waktu berbuka memang la mencabar. Lagi la kalau berbuka kat tempat buffet ni kan. Semuanya nak disapu habis. Tapi I berbuka pun makan tak banyak. Dan bulan puasa I lebih berhati2 dalam soal makan. Let's see menu diet I ^^

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Awak nampak HIJAU!

No comments:
السلام عليکم


Jumaat; Penghulu segala hari

Yeaaayeaaaa lagi dua hari nak cuti. I suka I suka sangat suka. Kalau la bukan kerana Puan Boss pergi holiday, sure I dah amik cuti awal2 ni. Hahaha!

Mood kerja pun dah ke laut2. Ntah laut mana I pun tak tahu. Tak tercari moodnya. Makin lama, makin malaaaas, malaaaas, maaaaaalaaaaas!

Dah tukar mood hijau pun makin maaaalas. Wachaaaa!

**Anggap je jerawat di dagu itu seperti tahi lalat hidup yang baru tumbuh (",

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 25, 2011

Siapa ituuuuuuu

No comments:
السلام عليکم


Holla Sayang!

Sementara tunggu adik saya kunci pintu, mari main teka2!

Siapakah gadis dibalik cermin itu!

Hadiahnya merupakan, kasih sayang yang tak terhingga dari I untuk korang. Suka tak? Cepat2 tekaaaaaa!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sleeping Beauty!

No comments:
السلام عليکم


Holla Darlings,

Menjelang hari2 terakhir bekerja dan seterusnya bercuti panjang, tak banyak la kerja atau perkara2 penting tentang kerja yang menjadi perhatian. Dalam kepala I dok pusing2 berfikir. Fikir tentang banyak benda. Antaranya;

''Eh dah nak raya ke''

''Eh biskut raya cukup ke''

''Eh semangat raya ada ke''

Banyak la eh, eh, eh nya. Sudahnya... ZZZzzzzZzzz

**Abaikan aje la jerawat didagu tu -_-'

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 24, 2011

Biskut Raya #3!

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

Currently I'm waiting for my buddy's. Seperti yang dijanjikan, selepas I abis kerja diorang akan datang rumah Mama. Masing2 nak tunjuk skill. But, I rasa. Skill I yang terlebih tunjuk. Hahaha giler kuasa tu biasa kan!

I'm ready to show off my skill wahahaha!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wordless Wednesday #4

No comments:
السلام عليکم
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 23, 2011

Al-Fatihah - Shah Rezza

No comments:
السلام عليکم

''As u go to take ur leave, let me tell you that I am, have always been, and will always be so proud of you... You are simply the best sibling anyone can have... You never fail to spur me on, u never fail to be there for me dik... Tho it breaks my heart to see u go without saying goodbye, i know that u are at a better place, where u will be happy, and Norah Jones sings to you live... I Love You Shah Rezza, and i promise you to try my best and fulfill our promise... Till we meet again''

Sedihkan. I baca dari salah satu shout out kawan I. Adik beliau disahkan meninggal semalam setelah ditimpa kemalangan yang teruk akibat bermain long board. Adik beliau jatuh, dan mengalami pendarahan dalam otak. 3hari bertarung nyawa, dan Allah lebih menyayanginya.

Kepada keluarga mangsa, banyakkan bersabar. Allah sentiasa menguji. Al-Fatihah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Biskut Raya #2!

No comments:
السلام عليکم
M back!

Burp! Alhamdulillah, perut masih kenyang. Hari ni berbuka Nasi Ayam Hainam. Uh! Terangkat. Penat balik kerja pun masih terasa. Tapi berkat nescafe secawan, masih segar biji mata ni. Jadi masih bersemangat la I untuk teruskan aktiviti malam ni.

Taraaaa project in progress hehehe. Tahun ni memang ada mood nak buat sendiri. Biasa bertahun2 asyik tunjuk aje. Seingat I, last I buat biskut raya 10tahun yang lepas. Buat pun biskut simple2 aje.

Oke nak sambung skill :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Do NOT Disturb

No comments:
السلام عليکم

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 22, 2011

Biskut Raya #1!

No comments:
السلام عليکم
Holla!

Biskut raya yang pertama :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Geram!

No comments:
السلام عليکم

Itu je la yang mampu I kata saat ni. Geram dengan diri sendiri pun ada. Geram dengan keadaan pun ye. Semua yang I plan jadi kucar kacir. Sangat pantang kalau apa yang I plan tak menjadi. Nak mulakan awal, jadi lambat. Kalau dah nak mula pun lambat, dah tu nak abis pukul berapa. Haishh janji melayu. I kena pasrah. Perangai orang I sabarkan aje.

Bersemangat nak mulakan skill, terus tak menjadi. Mood terus hilang, nak pegang jadi malas. Jadi I biarkan je siapa2 yang nak pegang, pegang sampai abis. I takkan sentuh. Hanya mampu jeling dan pandang. Mungkin skill I, I leh tunjukkan tahun depan. Fuh!

Ya! Itu la I. So what!

Sakit kepala. Mungkin petanda nak sakit! Haiish tido la!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Oh STRESS

No comments:
السلام عليکم

Happy Monday all,

Buat pertama kalinya, I pegang kerja Puan Boss. Oh ya, Puan Boss telah selamat sampai di Maldives. Jadi I kena cover kerja2 beliau yang belum pernah I sentuh.

Ni semua I kena summit dalam seminggu ni. Mampukah?

Selamat Berkerja!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 21, 2011

Iftar SDF n gang

No comments:
السلام عليکم

M back!

Fuhh! Sunday yang padat dengan plan. Alhamdulillah. Tadi I ada cakap pasal plan Iftar kan. Nah! Port luck jadi pilihan.

Meriah tak?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday Apa Bikin?

No comments:
السلام عليکم

Hello Darlings! Happy Sunday ya!

Apa plan korang hari ni? Shopping lagi? Mak aaaiiii tak cukup2 ke pusing Jalan TAR. Semangat raya eh, pulun habis duit bonus bagai. Na na naaaaa jangan membazir ok. Nanti lepas raya makan serdak biskut pulak. Aiyoook I tak tahu.

Hari ni I banyak sangat tempat yang perlu I kunjungi. Dari soal kerja, kawan2 dan family. Sebolehnya I cuba menggunakan masa dengan sebaiknya. Weehuu

Petang ni ada Iftar bersama SDF and gang. Hehehe. Kita tengok apa menu2nya nanti k.

Chow!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 20, 2011

Maldives

No comments:
السلام عليکم
M back Darlings,

Sedang kusyuk main game, dapat sms dari Puan Boss;

''Selamat Hari Raya, simpan rendang I ok. You have to celebrate after big operation, even thou fall at wrong time. Maaf Zahir Batin''

Oh! So sweet Puan Boss ni. Beliau sedang menunggu flight ke Maldives! Pulau yang sangat cantik. Huh jeles!

Ehem Puan Boss bila nak bawa kitaorang anak beranak ni hahaha ")

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bersyukur

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

Bulan August memang bulan sayu. Pada yang kenal dan tau kisah 30 August dalam hidup I, pasti akan tahu kenapa setiap kali bulan August I macam tak bersemangat. Kadang2 semangat yang ada, I buat2 bersemangat lebih. Ketawa bagai dipaksa2 untuk ketawa. Tapi itulah, berhadapan dengan berita pemergian yang mengejutkan memang akan memberi kesan buat I dan keluarga.

Tapi, hidup mesti diteruskan. Lagi2 I yang tersangat bersyukur. Pengalaman bertarung nyawa selama 13jam di bilik operation, dan akhirnya I selamat meskipun I skip satu hari merasa nikmat kehidupan. Syukur pada yang Esa kerana masih berpeluang memberi dan menjadi yang terbaik untuk keluarga.

Meskipun I jatuh tersungkur dengan dugaan demi dugaan, namun I tetap disini menikmati kehidupan tanpa ada rasa iri hati. Malah I semakin berani, yakin dan lebih tak kuasa nak melayan keadaan. Apa yang terjadi dimasa lepas, itu pengalaman yang akan I bawa sebagai panduan dihadapan.

Apapun bersyukur itu perlu ")

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 19, 2011

Old School itu perlu!

No comments:
السلام عليکم

Impian termakbul! Oh yes! I suka. Apa la impian tu kan. Hehehe

Raya nak dekat ni. So I ada la request kat kawan2 I, I nak kad raya. Walau kawan I tak ramai, tapi kehidupan I rasa bahagia sangat. Zaman dah super canggih sekarang ni, banyak yang lupa akan kad raya. Posmen pun kurang kerja pasal tak ramai nak send kad raya. Semua pakat hantar email, sms, FB dan lain2. Tahun ni I nak request kad raya. Lagi banyak lagi bagus!

Surprise! Bila Puan Boss kasi I kad raya. 1st kad ok. Tapi.. Takkan kad raya je, wit raya..? Apapun, terima kasih Puan Boss! Next card please..

Teringat zaman kanak2 lawan gantung kad raya siapa paling banyak. Hehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 18, 2011

Marah!

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

Mama pesan, jangan nak mengamuk2 tak pasal2 waktu pagi. Tapi itulah habit yang sentiasa terjadi kat Boss I ni. Aiyak! I paling la tak suka pagi2 nak melantun tak pasal.

Bukan I tak mahu buat apa yang dah dipesan. Masalahnya I menunggu material untuk menyiapkan pesanan tersebut. Ada material tu, sure I dah siap2 buat. Takde material tun, macam mana I nak buat. Detail dah I dapat, idea pun ada. Tak guna kalau material tak ada. Bantai geleng2 pala siap jeling dengan I. Pergh menusuk jelingan tu. Well, she's the Boss, what can I do. Just smile.

Tak pasal2 adik2 I dengar bebelan I. And now, blog I jadi tempat lepas geram. Terus jadi malas+marah sekarang ni! Herm

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 17, 2011

Selamat Berbuka

No comments:
السلام عليکم

Sambil menunggu, tak tahu nak buat apa. Makanan pun da siap sedia ada depan mata. Update la apa menu I petang ni. Terima kasih buat kawan I yang menjemput I makan bersama. Siapa lagi nak berbuka dengan I, leh adjust time insyaallah. Weeee

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nuzul Al-quran

No comments:
السلام عليکم

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
 Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.     

Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,MSD Washington DC.Ramadan 1430 September 2009 
 

**Dipetik dari SINI

Wordless Wednesday #3

No comments:
السلام عليکم

Tuesday, August 16, 2011

Pengertian dan Hukum

No comments:
السلام عليکم


IBADAT 
HUTANG


Erti : memberi sesuatu barang atau menfaati kepada seseorang yang boleh dikembalikan
Hukum memberi hutang asalnya sunat menjadi wajib dalam keadaan tertentu
Hukum membayar hutang adalah wajib, haram menangguhkan pembayaran hutang bagi orang yang mampu

Rukun Berhutang
1. Penerima dan pemberi hutang
2. Barang yang diberi hutang adalah milik penuh pemberi hutang
3. Sighah iaitu akad pemberi hutang

Hikmah Diharuskan Hutang
1. Membantu golongan susah
2. Mengelakkan sifat malas dan suka meminta-minta secara percuma
3. Mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin
4. Memberi peluang orang miskin membaikkan taraf ekonomi

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah
Mencuri Dan Merompak
  • mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
  • merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin


Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
  • masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
  • dipandang hina oleh orang
  • dipulau dan disisihkan masyarakat
  • timbul pergaduhan dan permusuhan
  • negara tidak aman dan tenteram
Mengumpat Dan Memfitnah
  • mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
  • memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
  • ingin lihat orang menderita dan susah
  • tidak mahu mengakui kelebihan orang
  • takut persaingan hidup
  • sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
  • dibenci dan dipandang hina
  • berlaku pergaduhan dan permusuhan
  • masyarakat Islam mundur
  • hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
  • menyemai kasih sayang sesama Islam
  • reda dengan ketentuan Allah
  • sentiasa muhasabah diri
  • meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Nifak
  • nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang melakukannya digelar munafik
Ciri-Ciri Munafik
  1. bercakap bohong
  2. khianat apabila diberi amanah
  3. mungkir janji
  4. melampaui batas apabila bertengkar
Akibat Buruk Munafik
  • menghilangkan sikap percaya-mempercayai
  • melemahkan perpaduan masyarakat
  • menghancurkan kekuatan umat Islam
  • menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam


Khurafat
  • khurafat ialah kepercayaan atau amalan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh Perbuatan Khurafat
  • mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya
  • membuang anjak bagi menghalau hantu
  • mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
  • mempercayai kubur yang dianggap keramat
Faktor Khurafat Masih Berterusan
  • iman kurang matap terhadap Allah
  • terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
  • ambil langkah mudah cepat kaya
  • wujud tempat pemujaan khurafat
Cara Mengatasi Khurafat
  • menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
  • mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
  • memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
  • mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
Kesan Buruk Khurafat
  • menyebabkan syirik dan  terbatal iman
  • membazir masa, tenaga, harta
  • masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
  • menyekat akal berfikir logik dan sistematik
Sihir
  • sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus  melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
Akibat Sihir
  • merosakkan akidah dan membatalkan iman
  • memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
  • pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
  • membazir wang, masa, tenaga

**Remind myself too. Sharing is caring ; click here

Sisa Kisah Kita

No comments:
السلام عليکم

Parut yang gatal

No comments:
السلام عليکم

Gatal tau parut bawah dagu ni. Macam mana la nak hilangkan kesan lipan ni. Tak berkenan langsung!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hamper

No comments:
السلام عليکم

Holla Loveliest,

Diam tak diam, dah separuh bulan berpuasa. Lagu2 raya pun dah berputar2 kedengaran di radio. Tempat kerja I pun dah meriah decoratingnya. Adik2 I kat sini pun dah relax2 dok cari kerja yang boleh dibuat. I? Kerja dah settle melangguk tak tahu nak buat apa. Gaming all the time.

Received call..

'I nak hantar a few hamper untuk Dr. B. '

Blur bila dapat call tu. Dr. B dapat hamper? Siapa yang raya ni. Cakap sendiri dalam hati la.

Tak lama tu, hamper yang disebut pun sampai. Sebanyak 4 hamper design yang serupa. I dok perasan sendiri, untuk we olls ke (merujuk pada staff). Bila penghantar tu sebut

'Balance I hantar malam nanti, tak cukup tangan'

Oh baru I ingat Dr. B ada order hamper untuk hantar charity. Wahahha nasib I tak past news kat adik2 I. Mau masing2 perasan dan main pilih2. Hahaha

*Perasan tu perasaan ye dok

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 15, 2011

Al-Fatihah

No comments:
السلام عليکم

Bila masuk bulan August, I akan teringatkan seseorang yang berambut kerinting. Walau giginya agak jarang, dia tetap comel. Si kurus keding walau banyak mana makan, belum ada tanda2 gemuk seperti abang2nya. Mungkin dia ikut I, yang kurus waktu kecil. Sangat manja dan mengikut kata.

Tapi, Allah lebih menyayanginya. Dia pergi dulu. Menanti kami sekeluarga di Syurga. Tentunya dia sedang bergembira disana.

'MUHAMMAD ZULHAFIS, KAMI RINDU'

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 14, 2011

Rounding

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

Selamat berhujung minggu. Plan hari ni nak merayap cuci mata. Walau baru dua minggu puasa, perasaan nak melihat teletah manusia2 yang gemar berpusu2 kat tempat SALE membuak2. Kalau diikutkan, I seorang manusia yang tak suka nak shopping berhimpit2 apatah lagi ramai orang. Sesak nafas rasanya. Tapi bila kawan dah ajak pusing, I jomkan aje.

Currently I kat SOGO. Favorite place orang2 akan datang shopping. Satu je kalau masuk SOGO ni, I suka pusing tempat perfume. Semuanya I test, last2 dah rambang mata nak grab. Tertarik hati dengan bau Elizabeth Arden. Yaw..!

I dah mula pening!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 13, 2011

Hantaran

No comments:
السلام عليکم

M back Darlings,

Siapa nak kawin, bertunang? I juga buat hantaran. Rasa2 perlukan khidmat I, leh la try test email I. Yang pasti design up to date. Dan I akan kasi cheaper2 price too. Wink!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perfume and Cologne

No comments:
السلام عليکم
M back Darlings,

Siapa nak..? Antara favorite sekarang (orang lain I tak tahu la) Victoria Secret Cologne. Atau kalau berminat nak perfume yang lain, just name it and I'll give u cheaper2 price. Wink!

Order la.. Hahaa

**picture dari google

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kurus ke?

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

Pagi2 ni Dr. V dah buat lawak.

''Wow dah kurus you ni''

Ahahah ahahha ahahha. Gelak besar I kat dalam klinik ni. Well diakui, sejak I balik dari operation, berat I turun. Kalau dulu 70kg sekarang ni dah jadi 63kg. 7kg dah turun. Alhamdulillah target berjaya. Hehe

Lepas raya ada plan lagi. Harap2 dapat turunkan lagi menjadi 52kg. Fuhh how I wish that happen. Takut juga bila Dr. B kata;

''Dah naik 30 jaga berat badan, dah naik susah nak turun''

Weeee takut! Sudah kerja laaaa

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 12, 2011

Regret..

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

''Sometimes you have to give up on someone in order to respect yourself rather than keep accepting things and words you don't really deserve''

**Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan orang, I yang tertiarap. Now tell me, i nak percaya siapa lagi..?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday yippi!

No comments:
السلام عليکم

Holla Darlings,

Pada yang bekerja 5hari seminggu, hari ni adalah hari yang ditunggu2. Pada yang bekerja 6hari seminggu macam I ni, kena la tunggu esok. Hehe

Boring! Tu yang I leh kata. Dengan badan yang tak berapa nak best ni, buat apa pun jadi boring. Mula la nak merayap2 ngeh2

Jom main game!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 11, 2011

Diet ON!

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

Dah seminggu lebih berpuasa. Rasa macam semalam je I start puasa. Baru I perasan, Ramadhan tahun ni, belum ada entry pasal menu berbuka. Kali ni I cerita k. Hehehe

Eceli, menu ni menu kedua kalinya I makan, yang tak sampai satu minggu pun. Memandangkan perut I tak menentu conditionnya, I memilih untuk tidak makan makanan kat bazar. I jadi takut. Dari heartburn yang biasa nanti heartburn yang luar biasa pulak. Uh ngeri! And sejak I dah ada pengalaman dok hospital, kalau boleh I tak nak masuk lagi. Simpang jauh2. Amin

Enjoy the picture. Selamat berbuka Darlings! Jangan lupa doa makan k. Kekeekeee

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

New road tax done!

No comments:
السلام عليکم


Hello Darlings,

My new road tax done. Thank you to En. Abang yang tolong I renewkan road tax dan juga insurance. Kawan I tanya I kenapa I tak buat sendiri aje. Bukan tak mahu buat sendiri, tapi I tak tahu macam mana nak buat.

''Guna MyEG kan senang'' oh yeke senang? Entah la kan. I tak pernah cuba la pulak. Memandangkan ada cara lain yang lebih mudah, I akan daftar MyEG tu sekarang juga. Hehehee

Okey la Darl, chow dulu!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dugaan..

1 comment:
السلام عليکم
M back Darlings,

Sejak semalam I di attack oleh heartburn. Terasa terbakar je dada ni ha. Perkara biasa yang jadi saat2 tengah best berpuasa. I memang ada bad gastric. And doctor nasihatkan I untuk jangan berpuasa. Tapi bagi I, I tetap nak teruskan. Ala setakat 14jam berpuasa, apa la sangat. Selagi tak memudaratkan I akan tahan. Asal tak muntah cukup hehe~

Tadi I cerita pasal road tax Baby I. Baru jap tadi, Encik Abang yang menguruskan road tax I call. Now tengah tunggu dia datang. Da dapat nanti I kasi tahu eh..

Happy working Darlings ~ Mood I kelaut Sabah aje ni wakaka

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramadhan

No comments:
السلام عليکم

Hello Darlings,

Entry simple je pagi ni.

Hari ni da masuk hari ke 11 Ramadhan. Pejam celik pejam celik, dah nak raya. Radio pun dah main lagu raya. Haish, terasa plak nak bershopping2 sakan. Tapi kena hold dulu. Road tax my Baby semakin tamat tempoh. Dah settlekan hal Baby, baru la I mulakan langkah bershopping.

Well Darlings, bulan Ramadhan ni bulan beribadah. Sama2 la kita beribadah dan menjaga segalanya agar tidak cacat amalan puasa kita.

Chow Darlings muaaah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 10, 2011

Talking to the Moon

No comments:
السلام عليکم

Wordless Wednesday #2

No comments:
السلام عليکم

Oit!

No comments:
السلام عليکم
Holla Darlings ,

My Blacky (BB) link dengan email I. Setiap email yang masuk, atau apa2 link I da set kan dalam Blacky, I akan tau on the spot. Sendiri explore la kalau mau lebih mudahkan. Genius yang kelembapan itulah I hahaa.

Tengtiba sampai satu email yang boleh diterima lawaknya. Masalahnya email tu dari seseorang yang I rasa tak perlu kewujudannya dalam hidup I. Sangat tak perlu. I ulang lagi, sangat tidak perlu. Selama ni, tak pula ada apa2 email dari beliau, tiba2 muncul plak email beliau kenapa. Random forward? Banyak lagi email lain yang boleh diforward. Bukan I, I tak nak.

Sakit hati tahap babun, nah! Perasaan yang tersimpan tebal2 rasanya. Sukar nak luah bab2 ni. Sendiri fikir la kan. I kalau dah sakit hati, I tak jaga feeling orang lain.

Well, now I dah open my baby blog. Takde nak private2. Buat apa I nak privatekan. Orang tetap kepoh juga hal I, walau I tak kepoh hal orang. Ngeh! Super glamour I dengan cerita yang tak sahih. Huhuu

Okey la, nak tidur. Night darlings!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 9, 2011

Jubah!

No comments:
السلام عليکم
Memandangkan I sekarang ni sudah menjinak2kan diri bertudung, maka jubah menjadi pilihan I untuk beraya tahun ni. Herm! Tema tahun ni warna hitam. Well, hitam itu menawan. Hahahaa

Mood kelaut, so buat kerja pun tak focus abes. Geram dengan diri sendiri pun ada. Grgrgrgrrr

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Biskut raya!

No comments:
السلام عليکم
Nak raya, so mood pun kelaut. Dah lama tak buat kuih raya, teringin plak nak buat tahun ni. Yang senang2 sudah. Terus klik dalam otak Biskut Mazola.. Search2..


Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.


**Myresepi.com

Ok la kan, senang je kot. Dulu I rajin buat biskut raya. Makin lama makin malas, skill buat kek pun I da tolak tepi, walau buat kek adalah minat I masa I sekolah menengah dulu. Sekarang hampeh! Selalu aje beli biskut tunjuk. Wakakaka

Baikla, mood buat biskut dah ada. Search2 lagi. Simple2 sudah!

Bye!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts with Thumbnails