♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, August 16, 2011

Pengertian dan Hukum

السلام عليکم


IBADAT 
HUTANG


Erti : memberi sesuatu barang atau menfaati kepada seseorang yang boleh dikembalikan
Hukum memberi hutang asalnya sunat menjadi wajib dalam keadaan tertentu
Hukum membayar hutang adalah wajib, haram menangguhkan pembayaran hutang bagi orang yang mampu

Rukun Berhutang
1. Penerima dan pemberi hutang
2. Barang yang diberi hutang adalah milik penuh pemberi hutang
3. Sighah iaitu akad pemberi hutang

Hikmah Diharuskan Hutang
1. Membantu golongan susah
2. Mengelakkan sifat malas dan suka meminta-minta secara percuma
3. Mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin
4. Memberi peluang orang miskin membaikkan taraf ekonomi

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah
Mencuri Dan Merompak
  • mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
  • merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin


Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
  • masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
  • dipandang hina oleh orang
  • dipulau dan disisihkan masyarakat
  • timbul pergaduhan dan permusuhan
  • negara tidak aman dan tenteram
Mengumpat Dan Memfitnah
  • mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
  • memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
  • ingin lihat orang menderita dan susah
  • tidak mahu mengakui kelebihan orang
  • takut persaingan hidup
  • sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
  • dibenci dan dipandang hina
  • berlaku pergaduhan dan permusuhan
  • masyarakat Islam mundur
  • hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
  • menyemai kasih sayang sesama Islam
  • reda dengan ketentuan Allah
  • sentiasa muhasabah diri
  • meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Nifak
  • nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang melakukannya digelar munafik
Ciri-Ciri Munafik
  1. bercakap bohong
  2. khianat apabila diberi amanah
  3. mungkir janji
  4. melampaui batas apabila bertengkar
Akibat Buruk Munafik
  • menghilangkan sikap percaya-mempercayai
  • melemahkan perpaduan masyarakat
  • menghancurkan kekuatan umat Islam
  • menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam


Khurafat
  • khurafat ialah kepercayaan atau amalan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh Perbuatan Khurafat
  • mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya
  • membuang anjak bagi menghalau hantu
  • mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
  • mempercayai kubur yang dianggap keramat
Faktor Khurafat Masih Berterusan
  • iman kurang matap terhadap Allah
  • terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
  • ambil langkah mudah cepat kaya
  • wujud tempat pemujaan khurafat
Cara Mengatasi Khurafat
  • menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
  • mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
  • memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
  • mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
Kesan Buruk Khurafat
  • menyebabkan syirik dan  terbatal iman
  • membazir masa, tenaga, harta
  • masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
  • menyekat akal berfikir logik dan sistematik
Sihir
  • sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus  melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
Akibat Sihir
  • merosakkan akidah dan membatalkan iman
  • memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
  • pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
  • membazir wang, masa, tenaga

**Remind myself too. Sharing is caring ; click here

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs