♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, April 30, 2013

Aku bangun 5pagi untuk INI !!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku yang terlambat, terlewat, tapi sudah dapat. Usaha tangga kejayaan. Tahniah. Kata-kata semangat dan pembuka bicara.

Aku nak bercerita, tapi aku rasa susunan ayat tak berapa nak propa untuk dibaca. Bunyinya macam sumbing dan tak berapa nak menarik. Kau tengok, aku menulis ada bunyi. Bunyi ketak ketuk ketak ketuk. Masih old fashion aku ni. Sekarang takde zaman menaip sambil mengeluarkan bunyi, tapi aku masih ada. Dari tadi aku dok taip, delete taip delete. Mencari ayat-ayat manis supaya senang masuk dalam otak orang yang baca. Bahasa pasar, ye bahasa pasar yang aku cari. Sambil ditemani dengan bunyi-bunyian indah. Oh merdunyaaaa poyo giler ayat ni. Puih.

Al-kisah, demi mengejar nombor yang teratas, sesanggupnya aku bangun pukul 5pagi. kalau tidak, sudah tentunya aku belum bangkit waktu-waktu itu. Kalau pun bangkit untuk solat subuh, 6.30pagi baru aku paksa mata untuk buka luas-luas. Itupun setelah aku matikan alarm untuk ke 10kali. Giler teruk aku ni kan. Bukan aku aje, aku rasa korang pun sama. Jangan nak tipu la.

Walaupun waktu operasi bermula pukul 8.00pagi, percaya atau tidak, seawal 6.45pagi aku termasuk mereka-mereka yang ada untuk urusan yang sama telah beratur dengan tertipnya. Masyaallah, aku belum pernah beratur sebegini awal. Walaupun aku selalu pergi appointment dekat HTAR tetap juga aku lewat. Aku memang ratu dalam kelewatan masa. Huhuuuu

Tapi percaya tak, sepanjang aku berbaris, bangsa aku boleh dikira dengan jari. Bangsa lain terutamanya bangsa cina, amboi sanggup bertekak dengan pegawai untuk ambil nombor. Walaupun nombor dah habis. Macam kes aku la, yang datang hari sebelumnya ke tempat yang sama untuk perkara yang sama, sampai aku sanggup terbang sampai ke Presint 15 untuk buat benda yang sama. Kalau nombor dah habis dan kau pun datang lambat, jangan la kau salahkan nombor yang habis tu ye dak. Keluar dengan muka sedih sudah. Datang lagi dengan senyuman yang manis walaupun kau belum mandi. Hahahaaa.

Tapi aku datang dengan wangi-wangi eh. Bukan takat sembur perfume, bau sabun mandi pun masih melekat.

Nah! Kakak aku kalau baca blog aku ni sure suruh aku mai datang jumpa dia dekat seberang sana. Nanti la kakak, ada masa aku pergi jumpa kau kat sana tu.


Bye!

Monolog: Jenin mula berangan, boleh jelajah satu dunia hahaha 

Monday, April 29, 2013

Happy Belated Birthday Jjai

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku baru ada masa nak menulis. Trololol

21 April 2013 - Bila dijemput oleh tuan rumah untuk datang makan bihun sup buatan sendiri semperna meraikan hari ulangtahun mereka (walaupun ada yang tak tahu, tapi aku tetap tahu walau nampak macam tak tahu) bersyukur tak terkata, dengan rezeki terpijak. Sebelum pergi kerja, aku singgah ke rumah mereka. Dah dijemput, tak datang tak best pulakkan. Rasa macam terkejar-kejar pulak, aku cakap pada tuan rumah, pulang aku dari kerja aku singgah sekali lagi.

Sebenarnya, kepala hotak aku ni dah berlegar-legar satu plan yang sorang pun tak tahu. Hiks aku dengan kehendak hati aku, makanya jadi la apa yang terjadi.

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Jjai...
Happy birthday to you...



Gambarajah yang aku copy dan paste. 

Kesempatan yang ada, aku datang semula ke rumah tuan rumah dengan sebiji kek sampai semua yang ada pun turut ter-surprise. Siapa yang kenal benar dengan aku ni, perkara sebegini tidak mustahil terjadi terutama sekali bab-bab ulangtahun kelahiran. Meskipun sudah sebulan berlalu, aku tetap mahu lihat si penerima tersenyum dan rasa happy. Aku akan pastikan aku akan menyambutnya walaupun hanya sebiji kek. Tradisi yang memang aku tanam dengan family, aku serap juga ke dalam SDF.

Ucapan dari aku untuk Jjai...

Semoga, kejayaan, kebahagiaan, kesenangan akan sentiasa berpihak pada kau. Kebahagiaan kau, kebahagiaan aku. Derita kau, derita aku juga. Aku doakan kau yang baik-baik, dan moga persahabatan kita kekal sampai ke mati. Amin. 

Bye!

Monolog: Tidak akan lupa

Friday, April 26, 2013

Scream & Shout ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday #91

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, April 19, 2013

Cinta Kasih ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday #90

No comments:
Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Tuesday, April 16, 2013

KLMU 5th and CiCT 18th Convocation Ceremonies

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Venue: Plenary Hall, Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Day/Date: Saturday 13 April 2013

"A hearty congratulations on your Graduation, and wishing you a very good luck for the new beginning in life. May you reach all your goals. May اَللّهُ bless u... Love u brother :)"

Disebabkan, hanya AyahMama sahaja yang boleh masuk (cuma ada 2tiket aje sebenarnya) maka aku (dah malas nak pakai I, u I u, sebab aku rasa, aku lebih selesa dengan ber-aku aku aje) dan adik bongsu (mewakili Lye yang ada kelas pagi ini) tak dapat nak join duduk bersidang dalam hall. Oleh yang demikian, aku dan adik hanya melihat dari screen yang disediakan di Dewan 8, PICC. Pun begitu, terima kasih jugalah pada pihak penganjur, menyediakan dewan kecil ini untuk aku dan keluarga-keluarga lain yang tak dapat masuk, meraikan kejayaan mereka bersama-sama.



Bila nama yang disebut oleh MC yang bertugas (aku agak beliau merupakan salah seorang lecture di KLMU), iaitu nama adik aku, aku yang duduk keseorangan (adik aku pergi beli air untuk aku) mengelabah seluk handbag aku nak cari kamera. Korang tau apa yang best??? Ye paling best aku tak bawa camera oke. Terbaikkkkkk. Makanya aku guna ajela Blacberry aku yang dari subuh tak lekang dari tangan. Di-screen kecil itu, terpampang muka adik aku. Yeah!!! That's is my brother. Oiii oiii itu adik aku korang dengar tak. Eheerr sedikit poyo ye. He is My Hero, My Angel, My Everything, dan sudah tentu-tentunya My Soul. Yes! MK's is everything nobody can challenged. Psssst to my brother terserlah kegabraan ko waktu ko walk-in tau tak. Ajar berpuluh-puluh model cat walk, ko cat walk macam rimau. Kikiiii just kidding bro. Nyatanya sedikit sebak bila aku tengok ko genggam Ijazah Diploma Multimedia Application Art & Design itu. Aku dapat rasa, AyahMama kat dalam hall PICC tu senyum-senyum kambing+kerang busuk+bangga+seronok+beronok-ronok dan seantero dengannya. Kesimpulannya, KAMI BANGGA



Seterusnya, sambung Degree, dan seterusnya Master kaaaan???? Please don't stop. I always behind and support you. Promise??? Oke mari calit jari macam dalam drama Sehangat Asmara. Calittttt. Hiks



Family portrait yang tak formal. Eceeeeh. Cuma tak complete seorang. Sama tak muka kami???? Sama kaaaan. Hiks


Tetiba aku rasa, muka aku ada iras-iras ala-ala Erra Fazira bila tembam. Sungguh cuma korang tengok sekali, dua kali, tiga kali. Lebih baik tengok berkali-kali. Betul lah tak tipu. Tak percaya sila komen diruangan yang disediakan. Wakakaa. Tak lengkap kalau aku dan adik aku ni tak bergambar berdua. Dia yang bernama Ezzy. Hiks


Hey! Untuk dia, hey untuk dia. Adik bongsu memilih bunga, aku pulak pilih coklat kegemaran aku dan juga kegemaran Ezzy. Selera lebih kurang sama, cuma badan aku lebih kurus dari dia. Ahahaha

Exhausted day! Pulang ke rumah masing-masing dan kepengsanan sampai orang call pun aku tak dengar. 

Monolog: HAPPY MOOD

Friday, April 12, 2013

Dia Yang Kau Pilih ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday #89

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, April 5, 2013

Pelat ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, April 3, 2013

Wordless Wednesday #88

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera



Monday, April 1, 2013

Hello April 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Related Posts with Thumbnails