♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, June 18, 2014

Love The Nature : Scouts @ Gunung Bunga Buah, Genting Highland

1 comment:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

June is coming. Hello June!! Haiiii lambai-lambai dari jauh ni. Untunglah siapa yang bernama June ye kan. Disebut bertalu-talu selama 31 hari. Murah rezeki k k. Tadah tangan berdoa beramai-ramai. Aminnnnnn.

M coming blogging... M coming blogging.... Tell the word m coming blogging. Nyanyi dengan penuh suka ria dan perasaan yang bersungguh-sungguh okey. Barulah ceria kehidupan. Ehek ehek ehek.

Tak habis-habis dengan nature dan hiking kaaaaan. Suka lah! Aku punya belog aku punya suka la nak tepek apa. Kalau aku travel sini sanun pun aku tepek gak, cerita beday orang pun aku tepek gak. Apa-apa cerita pun aku tepek gak. As long aku ada ditempat kejadian, apa-apa cerita pun aku sauk masuk dalam belog ni.

Mari mari baca cerita aku kali ini. Kasi up rating sikit ngeee. Klik laaaa sana sini tu hiks.

Oh well, kali ni aku hiking dengan Sea Scouts group. Dulu-dulu waktu aku sekolah menengah, aku join Pandu Puteri. Tak berapa nak havoc macam scouts kan kan. Aktiviti waktu sekolah dulu pun aku tak berapa dibenarkan untuk join. Dan ya, aku bukan seorang yang killer active dalam sukan ataupun unit beruniform. Ah ah what a waste kan tak merasa semua tu. Ehhhh

Seperti biasa Cikgu aku la yang guide naik sampai atas tu. Pernah la aku naik dengan Cikgu sebelum ni, rujuk entry ni: Love The Nature: Bukit Tinggi Gohtong Jaya, Genting Highlands tapi yang ni separuh jalan aje. Kali ni sampai puncak pulak aku jalan. Seriously, stamina kena ada. Kau nak redah kena ada isi maaaaa.


Aku memang jenis jalan slow, makanya aku memang jalan kat belakang sambil berangan. Ya ya tidak dinafikan aku memang akan berangan sewaktu aku berjalan dalam hutan. Tetapi tidak la sampai lupa diri kan. 

Jalan punya jalan punya jalan..... Sudah sampai di hentian yang kedua. Mana hentian yang pertama??? Rujuk entry yang yang aku tulis dulu-dulu Love The Nature: Bukit Tinggi Gohtong Jaya, Genting Highlands itu barulah yang pertama. Yang sebenarnya aku takdenak tangkap gambo kat sini. Alasannya, entah tak tahu kenapa. Huahahahhaa


Hentian yang kedua. Subhanallah. Selamat sampai di Rock Garden yang boleh nampak Genting Highlands. Nampak tak??? Cuba cari. Nanti kat hujung entry aku tunjuk yang mana k.

 
Masuk hutan, tak sah kalau tak derma darah. Kaki pun dah macam apa dah ni. Hihii mula-mula kita tengok kaki kiri. 


Kemudiannya kita check dikaki kanan. Okey cukup sepasang dah ngam sangat. Mula-mula masuk hutan, agak geli sikit la dengan menatang ni. Dah lama-lama aku dah immune sampai takde perasaan. Cuma berharap tak masuk di kawasan larangan yang secara amnya bahaya untuk kesihatan. Itu sangat la bahaya. Fuh fuh minta dijauhkan.


Perkara biasa, Cikgu akan explain satu persatu gunung yang ada. Memasing dengar dengan penuh asyik. Sambil teliti gunung mana yang dimaksudkan. Fokus ke tidak semua tu hihiiii.


Selfieeeee eh macam dah ada kedut dimuka la. Oh tidaaaaaaaaaaaak. Sedar diri okey. Hehehee


Selamat sampai di puncak. Orang lain sibuk selfie dengan kubah, aku selfie dengan pokok dan bunga. Nampak kaki kubah tu pun boleh la k. Entah, kurang teruja pulak pendakian kali ni. Mungkin sebab aku semput. Oh kak semput ke. Semput la sebabnya sejukkkkk brbrbbrr.


Makan time. 30minit masa diberikan sebelum turun kebawah semula. Jangan dibiarkan henjutan nadi/jantung yang lelaju tu drop pada tahap normal. Nanti akan mengakibatkan kemalasan yang melemahkan seluruh badan. Betul tau. Tak caya cubalah. Mau esok korang baru turun tau. By the way, good job adik-adik erkkkk kawan-kawan la baru best kan. Kita minum dulu ngeeeee. 


Sehingga kita berjumpa lagi mungkin ditahun yang akan datang. Atau mungkin bila boring di bulan-bulan akan datang. Wehuu!


Akak tunjuk skill. Poyo benor rasanya. Yang sebenaornya aku tak sangka betul la aku boleh jadi lasak sebegini. Lelagi aku ni bukannya sempurna macam orang lain. Pun begitu aku rasa respect dengan diri sendiri. Bagossss kau ni bagooos. Ehek.


Yang indah itu jarang sama sekali ada didunia luar.


Celah-celah pokok pun boleh hidup. Mesti kemudiannya akan cantik pakis ni. Okey tu jari Cikgu.


Kita jumpa lagi dihari yang lain Insya Allah.

Tata!!!

Monolog: "Somewhere between the bottom of the climb and the summit is the answer to the mystery why we climb." -- Greg Child

Sunday, June 15, 2014

8 months reward. I am HAPPY ;))

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wehuuu!!! I'm the happy lady. Happy I am. I am happy.

Because I'm HAPPY
Clap along if you feel like a room without a roof
Because I'm HAPPY
Clap along if you feel like happiness is the truth
Because I'm HAPPY 
Clap along if you know what happiness is to you
Because I'm HAPPY
Clap along if you feel like that's what you wanna do  


All the way from NZ. No nooo bukan NZ curry house yang nyummy tu. Tetapi dari New Zealand babe. Hahaha! Aku rasa nak pengsan pun ada bila dapat benda ni lepas habis training. Pun begitu, keterujaan aku itu tidak la melampau sampai aku boleh pengsan kedebuk jatuh pitam sesampainya selamat ditangan aku. Lebih kepada tak mampu nak react, nak cakap, nak gambarkan dan macam-macam lagi la.

Okey! Ini menunjukkan yang aku ni memang sudah serious dengan hobby baru ni. Cuma nak complete-kan personal item yang rata-ratanya memang super mahal tu kan, kena menabung beberapa bulan rrr. Percaya atau pun tidak, duit shopping untuk skincare aku dah beralih ke arah yang lain. Sekarang orang tengok muka aku memang macam nyonya jual sayur, sebab tak berjaga. Who's care kan. As long aku happy dan sihat walafiat. Guna air suam cuci muka sudah. Hahahha! Giler la kau Noryn.

Okey bye!

Monolog: BECAUSE I'M HAPPY

Monday, June 9, 2014

Love The Nature: Gunung Batu Putih, Tapah Perak.

3 comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hello there!!! Sihat?

Journey Gunung Batu Putih, Tapah Perak 31/April/2014-03/May/2014

Tak payah nak intro sesedap ayat, tengok tajuk dah tahu cerita apa aku nak mengomel kan kan. Apa lagi cerita yang aku boleh up dekat sini kalau bukan cerita aku dan hobi baru. Kali ni aku sempat menjelajah satu gunung yang dikatakan sangat mencabar. Review yang aku dapat beberapa bulan sebelum aku jelajah hutan la kan.

Sebagai pendatang yang baru aje menceburi bidang jelajah hutan ni (amboi ayat macam makan gula terlebih), aku akui aku tidak mahir dan belum pun fasih tentang beberapa perkara. Samada dari apa yang perlu aku pakai, apa yang aku bawa, apa yang perlu aku sediakan, dan tahap kecerdasan aku ketika berada dalam hutan yang sememangnya jauh sekali dari kesibukan kota. Pun begitu, apa yang aku kurang arif, kurang fasih aku cuba perbaiki dari satu bab ke satu bab. Setiap kali berpeluang untuk masuk ke dalam hutan, aku cuba jadi diri aku. Aku cuba releasekan apa sahaja yang berkecamuk dalam diri aku. Aku cuba kenal alam, mesra alam. Kalau dahulunya, aku mulai masuk hutan dengan berlengang dan membawa barang yang benar-benar untuk keperluan yang agak ringan, tapi kali ini aku mencabar diri dengan membawa barang yang jauh lebih berat dari sebelumnya. Bila lagi nak rasa kalau bukan rasa waktu sekarang ye kan?? Apapun aku memang sanggup untuk rasa apa yang tak pernah aku rasa. Cabar diri yang mungkin orang kata lemah.

Orang panggil aku gadis kasar. Cop cop cop aku bukan kasar sebaliknya, aku cuba menjadi perempuan yang mampu buat apa sahaja. Bukan untuk tandingi lelaki, tetapi lebih kepada cabar diri dan tahu sampai mana tahap kebolehan aku untuk harungi perkara yang orang selalu kata perempuan tak mampu nak buat. Aku percaya jika diberi peluang dan ruang, perempuan mampu untuk meredahi semua itu. Dan aku juga perempuannya yang suka DIY (do it yourself). Jarang sekali aku mahu minta atau cari atau suruh dan atau atau yang lain untuk buat sesuatu benda. Kalau memang tidak mampu, barulah aku cari pembantu. Itupun fikir dua tiga kali perlu atau tidak perlu.

Balik kepada jelajah hutan aku kali ini. Ada yang positive ada yang negative. Itu perkara biasa yang masih boleh diperbaiki sana dan sini. Seperti aku juga, aku bukannya perfect. Cuba selagi mampu, berserah bila hilang daya. Tagline yang aku cipta sendiri untuk memotivasikan diri. Tiada yang mampu mengubah diri melainkan diri sendiri.

Argh! Kata-kata emo pulak. Nah... Kau baca dalam keadaan yang emo, bunyinya emo. Kalau kau baca dalam keadaan yang tenang dan positive, maka tenanglah jadi.

Marilah lihat gambar yang aku tepek disini. Itinerary? Selingan gambar ajelah boleh?? Eheee


Nak duduk dalam hutan/gunung bekalan yang nak dibawa pun kenalah berpada-pada dan tidak susah untuk dimasak/dimakan/dibawa. Yang penting, bekalan cukup dan tak kebulur kat dalam tu. Kali ni, aku ambil jalan mudah. Bila mana aku bawa makanan yang hanya perlu dipanaskan dan dimasak dalam masa kurang lebih 10minit. Kalau ditanya pengalaman aku secara peribadinya, aku jarang untuk makan terlebih-lebih sewaktu hiking, walau hakikatnya memang kena makan. Dan lagi, bila dah berjam-jam berjalan, memang tak terasa lapar, yang ada adalah kepenatan yang tak terkata. Tapi dalam penat, kepuasan itu ada. Makanya, aku akan sediakan bekalan air yang mencukupi sepanjang kurang lebih 8-12jam meredahi hutan. Selang seli segala makanan/kudap-kudap yang mampu untuk membekalkan tenaga/nutrisi dalam badan. Aku memang elak makan yang berat-berat. Asalkan perut berlapik. Pada aku makanan yang berat buat aku lemah dan malas untuk berjalan. Penjuru otak dan kawalan badan tidak serasi gitu. Korang faham ke apa aku cakap ni??? Faham kan???


Bersedia untuk mengharungi perjalanan yang memang menguji kekentalan aku. Bukan main-main beb, dekat 50kg aku pikul ni. Sigh!!!


Muka dah ready aka mengenang keadaan yang bakal aku harung. Oh well confident kena ada. Politik dengan diri sendiri. Hahahah aku rasa kelakar aje aku bercakap dengan barang-barang ni sebelum aku pergi. I'm getting mad!!! Choi!

Jangan buang masa. Bergerak la kita ke tempat yang nak dituju. V-Trek is coming to you Gunung Batu Puteh. Wink!!!!

Warning: Enty kali ni, panjang sikit. Jangan boring ngeeee

HARI PERTAMA: 31/APRIL/2014


Dah sampai kurang lebih 10malam. Kenderaan yang mengangkut kami orang masuk ke kawasan. Naik lori kau!


Majority blog-blog yang aku Google mesti ada gambar ni. Aku pun nak juga lah kan. Oke memang gelap gulita kat sini. Kalau takde head lamp, memang la kau main raba-raba. Ingat, gelap ke cerah ke head lamp mesti dibawa oke. Tak kirala walaupun day pack hiking, mesti bawa. Kau tak tahu bila cuaca akan berubah, walaupun ramalan cuaca kata tak hujan. Hujan sure keadaan gelapkan, ada gak hujan panas masih terang. Tapi kena bawa jugalah, mana tau kau tersadai kat dalam tu. Apa nak buat dalam gelap-gelap tanpa head lamp atau adik beradik dengannya??? Sendiri fikir. Highlight barang yang penting. Oke? Faham??? Bagus. HIhiii


VTrek bags. Ada enam kesemuanya. Kalau ikutkan ramai, tapi entah la kenapa last minit tak dapat nak join. Barangkali ada hal yang lebih penting. Oke next!


Sebelum mula buat apa-apa, kita set tempat tidur dulu. Nasib la ada ruang untuk tidur ni. Kalau tak beratapkan langit dan berlampukan bintang dan bulan la. Oh syok juga kalau kalau dapat merasa keadaan itu kan. Menikmati keindahan waktu malam. Vaaaah syoknya. Sebelum badan bersarung dalam sleeping bag, kita alaskan lantai ini dengan paper canvas ni. Aku tak tahu diorang panggil apa, tapi aku panggil ikut pahaman dan pengertian aku saja. Supaya, tidak la badan kena gigit semut ke, dan adik beradik dengannya. Oke next!!!


Mari sediakan bekalan untuk hari esok. Nak masuk hutan, makan jangan demand. Nasi goreng sudah. Penyediakan dari kitchen yang pertama. Scroll balik kat belah atas tadi kan aku ada tepek gambar bekalan aku kan, yang itu semuanya vegetarian. Bahagian aku, tak pelu nak buat apa-apa, cuma nak makan panaskan itu aje. Mudahkan. Jadi, dikategorikan kitchen yang kedua, yakni veg only. Oh ya, aku memang ubah sikit cara makanan aku. Aku lebih kepada vegetarian food. Tapi ada masa juga aku makan non-veg food. Belajar makan makanan yang berkhasiat untuk hidup leboh sihat. Insya Allah.

Tutup cerita hari pertama ini. Mari tidur untuk mengharungi hari yang kedua. Krohkroh lawan dengkur. Man's only hahahaa.

HARI KEDUA : 01/MAY/2014

Bangun pagi gosok gigi, cuci muka tapi tak mandi. Itu perkara biasa la, mandi tak mandi. Kejap lagi masuk dalam hutan pun basah lencun dengan peluh pulak. Jadi, jimat air untuk kegunaan akan datang. Amboi


Perkampungan orang asli. Untung benar mereka ni, hari-hari hirup udara yang nyaman lagi segar. Untung untung untung betul.


Dapat pulak main air dengan percumanya hari-hari main nyanyi-nyanyi tepi sungai. Ambooooi


Mari bergambar sebelum briefing. Yup, I'm the only lady in the group. VTrek bersama dengan abang-abang guide. Sorry lupa nama sorang-sorang. Ampun ya. Chill!!!!


Map laluan yang nak diterjah. Yang dilukis sendiri oleh abang guide. Superb! Rasa nak frame aje. Tapi abang guide kata "Ooooo. Dah tak buat dah." Aisehhhh frust disitu. Aku tengok susur jalan ni, aku telan air liur tak sudah. Boleh ke tak boleh ke. Oiiiiii dah sampai sini kena boleh lah!!!!


Perjalanan bermula dengan melalui kawasan perumahan orang asli. Masuk kawasan orang beri salam ye kan. Pandai-pandai la bawa diri. Jangan over. Yang ni pesan Mama.


Setelah berjalan kurang lebih 1jam, sampai la dikawasan ini. Apa yang perlu dilakukan? Menyeberangi sungai lah. Air nan jernih jangan disangka tidak deras. Sungguh deras air ni. Pesan abang-abang guide, "Nak menyeberangi sungai, pegang tali dan pandang air, jangan belakangkan air, baru boleh jalan. Tengok depan, jangan tengok bawah, sebab kita tak tahu apa akan datang dari arah air. Fokus juga dengan apa yang kita pijak, tangan pengang tali dengan kuat" Oke baik! Dah set dalam otak ni.


Sebelum nak menyeberangi sungai, ada yang buka kasut, takut kasut basah dan berat ketika berjalan nanti. Ada yang pakai kasut dan hentam keromok je dalam air tu, sebab, nanti-nanti akan basah juga dek peluh menitik. Maka dengan ini, kita jalan dengan kasut ajelah. Abang-abang sedang bertungkus lumus untuk memudahkan laluan. Mekasih.


Lady in action. Okey teknik ni salah. Aku diminta untuk kesebelah kanan dan pandang air macam yang aku tulis kat atas tadi. Sebelum sampai tengah, memang kena pusing secepatnya. Pelajaran kali ni, apa-apa pun yang kita buat, jangan panik. Bila dah panik, memang takkan jalan apa-apa. Memang ada cakap-cakap nasihat yang menasihatkan, in the end, diri sendiri yang akan mengawal gerak geri kau. Yekan?? Ambil yang positive, tolak yang negative. Yes yes!


Muka puas hati dapat lepas sungai dengan gagahnya. Hahahah! Oiii sejuk sejuk jangan cramp oke.


Sangat kurang aku nak bergambar bila masuk dalam hutan. Tapi sesekali berhenti, aku layan pemandangan yang cantik sangat ni.


Kat sini ada cerita. Dimana aku kena merangkak untuk meneruskan perjalanan. Belum pernah lagi sepanjang aku hiking, kena merangkak. Sudah la merangkak, sana sini pokok buluh. Dah namanya pokok buluh, mesti ada duri kan. Berkali-kali juga la aku kena duri tu. Tapi aku gagahkan juga. Yeay!

Kata orang, kita yang merancang Tuhan yang menentukan. Bila mana, salah seorang dari kami mengalami kecederaan dan mengambil keputusan untuk patah balik dan berhenti disetakat itu. Dengan ini, mana yang mahu teruskan, teruskan perjalanan, walaupun sebenarnya keputusan yang diambil itu sepatutnya dilakukan dengan lebih awal. Pun begitu, moga cepat sembuh dan boleh terus hiking.


Mari makan malam. Inilah hasilnya, bekalan masakan yang tak sampai 10minit penyediaan. Yang sangat melayankan adalah cous-cous yang telah dicampur dengan butter. Rasanya macam nasi minyak. Dalam hutan dapat nasi minyak. Mana nak carikan. Hihiiii

Disebabkan kepenatan yang tahap melampau dari biasa, lepas makan terus kebaboooom. Sleep time. Krohhhhkrohhh part yang kedua. Man's only. Hihiiii

HARI KETIGA: 02/MAY/2014


Selamat pagi. Ready untuk perjalanan seterusnya. Last minit call, bila ada perbincangan kecil antara VTrek dan guide. Yakni, perjalanan tidak akan diteruskan. Maka dengan ini patah balik la selepas bermalam semalaman di tengah hutan.


"Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku. Ku lari ke pantai kemudian teriakku. Sepi... Sepi dan sendiri aku benci. Ingin hingar aku mau di pasar. Pecahkan saja gelasnya, biar ramai. Biar mengaduh sampai gaduh. Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih. Kenapa tidak kau goyangkan saja loncengnya. Biar terdera. Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai...?" - Puisi Tentang Seseorang 


Jaga cik. Nanti jatuh. Huhuuu


"Kacak luar. Kacak dalam. Kacak dengar sini. Kalau saya senyum. Awak mesti senyum sekali. Kalau kita senyum. Semua orang berjangkit. Bila semua orang senyum. Dunia tiada penyakit. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum tak perlu kata apa-apa." Lirik lagu Senyum.


I'm done. Hurey! Boleh makan nasi lemak, sambal ikan bilis, taufu sweet sour. Oh oh. Asyik.


Reward untuk trip kali ini. Sikit aje kan. Tapi pedih tau!!!


Sementara tunggu lori datang, kita selfie bersama cikgu saya. Happy us! 


Okey atas lori pun nak selfie. Abang guide memang sporting. Otai katakan. Terima kasih kerana sanggup tunggu saya yang jalan terkedek kedek ni. Jasamu dikenang. Jangan serik untuk angkut saya lagi. 


Semoga kita berjumpa lagi. 

Bye!

Monolog: I'm only human

Friday, May 23, 2014

Be Careful

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.




Monolog: :)

Wednesday, May 14, 2014

Happy Birthday Boss!!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

13/05/2014

Dear Boss,
It is rare to find a good employer and the same time a friend and sister. I am glad to be your employee. I wish you all the best. Hope you enjoyed the cake that you wish past 10 years.

For all the motivation and inspiration, for all those encouragements and good action. I thank you, Boss. I wish you nothing but the best!!!!

Sincerely,
Me


Monolog: THANK YOU

Tuesday, May 13, 2014

Happy Birthday Housemate!!!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

12/05/2014

#EJturns33
#33
#happybirthday
#housemate
#bff
#friend
#sdf


Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan sahabatku...
Allah selamatkan kamu...

Kehadapan sahabatku,

Tiada apa yang mampu menandingi keikhlasan dan kesetian kamu untuk terus menjadi sahabatku. Biarpun satu persatu teman pergi meninggalkan aku, kamu tetap bersama aku disaat jatuh dan bangunku. Terima kasih untuk ikatan persahabatan yang tetap utuh walau kita jarang berjumpa biarpun kita sebumbung. Pun begitu sahabat, ketahuilah, saat jatuh dan bangunmu aku tetap ada sentiasa disisi kamu. Moga persahabatan ini kekal sehingga Jannah. Amin...

Ikhlas,
Teman serumahmu

Monolog: TERIMA KASIH

Thursday, April 17, 2014

FOTD: G3 Kitchen & Bar, Bangsar Baru

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Ini cerita minggu-minggu-minggu-minggu-minggu yang lepas. Tapuk dalam draft aje. Takde masa nak kasi habis. Oleh yang demikian, masa rehat ini aku manfaatkan dengan menulis. In the mood la konon. Hahaha.

Vote for G3 Kitchen & Bar di Bangsar Baru. Yes! I want vegetarian burger please.

Vegetarian burger??? Sound unique ye kan. Aku pun tak terfikir yang burger tu boleh diadun/buat/masak menggunakan pelbagai jenis sayuran. Aku cuma bayangkan burger vegetarian tu hanya roti dan salad dan tomoto dan sos. Sesimple itu. Tapi siapa sangka yang sebenarnya tidak la seperti apa yang aku bayangkan. Dan rasanya lagi memang terangkat.

Kita mulakan dengan minuman...


Taraaaaa sudah terang lagi bersuluh ini pulak aku show dengan nyata, I'm not alone here. Wink wink. Biasa la kalau kita pergi mana-mana restaurant, kita akan dapat minuman dulu. Pun begitu sebelum disedut, cepat-cepat aku snap gambar. Kalau tidak tinggal separuh gelas dah. Sebab apa? Rasanya sangat sedap giler tau! Kita namakan dia healthy drink, left is Ginger and right is Apple juice. Price? Aaaaa sorry lupa pulak. Next...

Ini cerita sedih ni. Video yang aku rakam tak support handphone aku waktu ni. Maka dengan itu keseluruhan gambar yang aku ambil tidak dapat diselamatkan. Yang ku mampu gambaran yang masih ada didalam memori otak aku ni. Ternyata tidak cukup bahan penulisan ye kan. Tidak mengapa itu maknanya aku kena datang balik ke sini. Oke ayat sedapkan hati sendiri. Bagoooos.

Secara ringkasnya...

First time aku masuk ke dalam kedai ni, aku terasa teruja sedikit. Teruja bukannya apa. Dekorasi dalam kedai ni yang berlainan dari kedai- kedai makan yang biasa aku jejaki. Dengan memperkenalkan open store concept dan open door kitchen, membuatkan aku selesa dan dengan selambanya menjamu mata bagaimana persiapan untuk menghidangkan makanan terus dari dapur (yang sebenarnya husha-husha kot-kot ada chef yang handsome). Jangan tak percaya, chef yang memasak kat dapur itu jugalah merupakan owner kedai ni. Zaman sekarang ni, jarang tauke kedai duduk kat dapur. Lebih suka duduk kat kaunter dan arah-arah staff dihadapan. Heh! Pun begitu, aku salute pada tauke. Semoga terus maju didapur hiks.


Seterusnya sebelum kita teruskan dengan main menu, kita jamu mata dan perut dengan appetizer. Garlic bread. Masa order, aku just assume yang garlic bread ni lembut. Bila sampai aje roti itu, bau semerbaknya memang menambah-nambah selera nak menjamah. Tapi bila makan dan patahkan, keras pulak. Silap aku jugak, order tanpa minta sup. Memang tak order sup pun, sebab macam aku tuliskan tadi, aku assume roti itu lembut. Ada kan garlic break rotinya lembut. Nah! Lain kali datang kena order soup. Cicah dengan mushroom sup terangkat sekali lagi. Next...


Main course Vegetarian Burger. Kat sini, satu lagi frust. Sebabnya aku ambil video juga. Lepas tu take for granted yang aku dah save video tu. Susah-susah aku godek isi kat dalam roti tu untuk kasi terliur orang. Bak aaang!!! Aku tak save okey. Niat tak bagus memang tak diredhai gitu. Memang kena repeat balik la kan. Okey aku cerita pasal burger ni. Sebelum tu, sungguh-sungguh aku nak pesan, datang makan kat sini, pastikan perut tu kosong dan benar-benar lapar. Sebabnya portion kat sini besar-besar belaka. Kalau tidak, memangnya tak habis la apa yang kau orang makan. Jangan membazir.


Closed up kasi cantik. Perasan cantik blur pun ada gak kan. Lol!!! Yang kerinting-kerinting tu bukan kentang tau. Tetapi cendawan bulat yang dirombak menjadi kerinting-kerinting ala-ala kentang goreng gitu. Masuk mulut kunyah dengan nikmat, terasa nyamannya masuk ke dalam tekak. Lepas tu, tang burger tu pulak, patty yang digunakan adalah cendawan bulat. Kalau sekali imbas, memang nampak macam patty burger bakar. Warnanya dah seakan-akan sama. Dimampatkan lagi dengan slice tomato nipis diatas dan bawah. Rasanya lemak-lemak masam tu memang perghhh sodap tau. Amboi aku menulis pun dah terliur. Kau orang yang baca rasa apa? Rasa nak lari ke restaurant ni kan. Hah pergi la tak rugi noks!

Terjahla bila kau orang senang.

G3 Kitchen & Bar,
No19, Jalan Telawi 3, 
59100 Bangsar Baru,
Kuala Lumpur.
Tel: 603 2282 9019
Opening Hours: Mon-Fri, 11am-12midnight Sat&Sun, 9am-12midnight

Sekian!

TATA

Monolog: I'M BLESSED TO HAVE YOU OMEEI ;)
Related Posts with Thumbnails