♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, June 18, 2014

Love The Nature : Scouts @ Gunung Bunga Buah, Genting Highland

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

June is coming. Hello June!! Haiiii lambai-lambai dari jauh ni. Untunglah siapa yang bernama June ye kan. Disebut bertalu-talu selama 31 hari. Murah rezeki k k. Tadah tangan berdoa beramai-ramai. Aminnnnnn.

M coming blogging... M coming blogging.... Tell the word m coming blogging. Nyanyi dengan penuh suka ria dan perasaan yang bersungguh-sungguh okey. Barulah ceria kehidupan. Ehek ehek ehek.

Tak habis-habis dengan nature dan hiking kaaaaan. Suka lah! Aku punya belog aku punya suka la nak tepek apa. Kalau aku travel sini sanun pun aku tepek gak, cerita beday orang pun aku tepek gak. Apa-apa cerita pun aku tepek gak. As long aku ada ditempat kejadian, apa-apa cerita pun aku sauk masuk dalam belog ni.

Mari mari baca cerita aku kali ini. Kasi up rating sikit ngeee. Klik laaaa sana sini tu hiks.

Oh well, kali ni aku hiking dengan Sea Scouts group. Dulu-dulu waktu aku sekolah menengah, aku join Pandu Puteri. Tak berapa nak havoc macam scouts kan kan. Aktiviti waktu sekolah dulu pun aku tak berapa dibenarkan untuk join. Dan ya, aku bukan seorang yang killer active dalam sukan ataupun unit beruniform. Ah ah what a waste kan tak merasa semua tu. Ehhhh

Seperti biasa Cikgu aku la yang guide naik sampai atas tu. Pernah la aku naik dengan Cikgu sebelum ni, rujuk entry ni: Love The Nature: Bukit Tinggi Gohtong Jaya, Genting Highlands tapi yang ni separuh jalan aje. Kali ni sampai puncak pulak aku jalan. Seriously, stamina kena ada. Kau nak redah kena ada isi maaaaa.


Aku memang jenis jalan slow, makanya aku memang jalan kat belakang sambil berangan. Ya ya tidak dinafikan aku memang akan berangan sewaktu aku berjalan dalam hutan. Tetapi tidak la sampai lupa diri kan. 

Jalan punya jalan punya jalan..... Sudah sampai di hentian yang kedua. Mana hentian yang pertama??? Rujuk entry yang yang aku tulis dulu-dulu Love The Nature: Bukit Tinggi Gohtong Jaya, Genting Highlands itu barulah yang pertama. Yang sebenarnya aku takdenak tangkap gambo kat sini. Alasannya, entah tak tahu kenapa. Huahahahhaa


Hentian yang kedua. Subhanallah. Selamat sampai di Rock Garden yang boleh nampak Genting Highlands. Nampak tak??? Cuba cari. Nanti kat hujung entry aku tunjuk yang mana k.

 
Masuk hutan, tak sah kalau tak derma darah. Kaki pun dah macam apa dah ni. Hihii mula-mula kita tengok kaki kiri. 


Kemudiannya kita check dikaki kanan. Okey cukup sepasang dah ngam sangat. Mula-mula masuk hutan, agak geli sikit la dengan menatang ni. Dah lama-lama aku dah immune sampai takde perasaan. Cuma berharap tak masuk di kawasan larangan yang secara amnya bahaya untuk kesihatan. Itu sangat la bahaya. Fuh fuh minta dijauhkan.


Perkara biasa, Cikgu akan explain satu persatu gunung yang ada. Memasing dengar dengan penuh asyik. Sambil teliti gunung mana yang dimaksudkan. Fokus ke tidak semua tu hihiiii.


Selfieeeee eh macam dah ada kedut dimuka la. Oh tidaaaaaaaaaaaak. Sedar diri okey. Hehehee


Selamat sampai di puncak. Orang lain sibuk selfie dengan kubah, aku selfie dengan pokok dan bunga. Nampak kaki kubah tu pun boleh la k. Entah, kurang teruja pulak pendakian kali ni. Mungkin sebab aku semput. Oh kak semput ke. Semput la sebabnya sejukkkkk brbrbbrr.


Makan time. 30minit masa diberikan sebelum turun kebawah semula. Jangan dibiarkan henjutan nadi/jantung yang lelaju tu drop pada tahap normal. Nanti akan mengakibatkan kemalasan yang melemahkan seluruh badan. Betul tau. Tak caya cubalah. Mau esok korang baru turun tau. By the way, good job adik-adik erkkkk kawan-kawan la baru best kan. Kita minum dulu ngeeeee. 


Sehingga kita berjumpa lagi mungkin ditahun yang akan datang. Atau mungkin bila boring di bulan-bulan akan datang. Wehuu!


Akak tunjuk skill. Poyo benor rasanya. Yang sebenaornya aku tak sangka betul la aku boleh jadi lasak sebegini. Lelagi aku ni bukannya sempurna macam orang lain. Pun begitu aku rasa respect dengan diri sendiri. Bagossss kau ni bagooos. Ehek.


Yang indah itu jarang sama sekali ada didunia luar.


Celah-celah pokok pun boleh hidup. Mesti kemudiannya akan cantik pakis ni. Okey tu jari Cikgu.


Kita jumpa lagi dihari yang lain Insya Allah.

Tata!!!

Monolog: "Somewhere between the bottom of the climb and the summit is the answer to the mystery why we climb." -- Greg Child

1 comment:

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails