♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, February 28, 2013

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.
-Copy paste-
Monolog: Siapa punya??? -,-

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday #83

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, February 22, 2013

Girl On Fire¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday #82

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, February 19, 2013

HIS gone - RIP SHIRO

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lima hari berlalu baru beroleh kekuatan untuk bercerita pasal Shiro. Shiro, seekor kucing yang sangat manja dengan I telah pergi meninggalkan I untuk selama-lamanya. Dua tahun bersama I, Shiro adalah seekor kucing  jantan yang sentiasa mendengar segala keluh resah  I. Berbeza dengan kucing-kucing betina yang ada. Ye, I mewah dengan kucing betina berbanding dengan kucing jantan.

Walaupun nakal, Shiro amat mendengar cakap.


Tak pernah I sangka I akan kehilangan satu-satunya kucing yang sangat manja dan menggembirakan hidup I. Tanpa sebarang tanda sakit. Melainkan sebelum pemergiannya, terdapat luka dibahagian kaki yang telah dirawat.

Bila si adik menghantar whatsapp kepada I, mengatakan akan pemergian Shiro, hancurnya hati I. Niat untuk bawa Shiro tinggal bersama I tidak terlaksana. Kosong la rumah yang dah I sediakan untuknya. Nak cakap apa lagi, benda dah jadi. Terkilan dihati sebab I tak dapat menatap Shiro untuk kali terakhir kerana, telah selamat dikebumikan.

Mimi harap, Shiro dapat doakan Mimi. Mimi rindu Shiro sangat-sangat.

Bye!

Monolog: Jangan menangis Mimi..

Monday, February 18, 2013

Kek Kukus Coklat namanya ;))

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Taaraaaaaaaaaaaa. Menarik tak uolls. Menarik dilihat, lagi sedap bila dijamah . Emmmmmh! Penuh dengan rasa coklat. Nyummmy!!! Ini adalah sebahagian dari hobi baru. Selain suka membaca novel tahap leleh, re-deco rumah sebulan sekali, I akan cuba buat kek. Yang jadi mangsa, siapa lagi kalau bukan MK's. 

I buat kek ni, hujung bulan lepas. Baru teringat tak tertulis dalam belog kusam I ni. Ada masa free-free ni tulis la apa-apa kejadian yang I ingat untuk di share. Bukannya nak kepoh hal diri, tapi nak share apa yang I boleh share. Gituuuuu.

Dalam banyak-banyak resepi yang ada internet, akhirnya I mencuba resepi dari Kak Ana ni. Klik la kat nama Kak Ana tu, terus ke belog dia. Moh la tengok bahan-bahan dan cara membuatnya. Credit tu Kak Ana.

RESEPI: KEK COKLAT MOIST
BAHAN2:
Telor 4 biji
1 tin susu cair ideal
1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 butter
2 cawan gula kastor/halus
1 cawan serbuk koko ( di ayak)
2 cawan tepung gandum ( di ayak)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak)

Cara membuatnya :
·         Masukkan butter dlm periuk. Cairkan guna api sederhana.
·         Kemudian masukkan susu cair. Kacau sebati.
·         Pastu masukkan gula kastor pulak. Kacau lagi.
·         Masukkan esen vanilla.
·         Dan masukkan coklat emulco. Kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api. Pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh
·         Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker. Pukul agak2 kembang 
·         Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau sebati
·         Pastu baru masukkan bahan2 yang di ayak tadi ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ). Masuk sikit demi sikit. Gaul sampai semua adunan sebati.
·         Pastu masukkan adunan ke dalam loyang. Masuk paras setengah dari loyang je tau sbb kek ni naik tinggi. Sebelum tu jangan lupa griss kan loyang dengan butter.
·         Tutup dengan aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.
·         Kukus kek sampai masak selama sejam dengan api perlahan. 
·         Make sure pengukus di panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi. Air dalam periuk kukusan pun jangan sikit sangat, kang kering lak sebelum kek tu sempat masak.

Bahan2 coklat ganache :
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter

·         Cairkan coklat guna kaedah double boiler. Pastu masukkan butter. Kacau sampai larut.
·         Pastu baru tuang whipping cream. Dah boleh tuang atas kek.


Sekian!

Bye!

Monolog: Saja tambah skill ;)

Sunday, February 17, 2013

Belated Birthday Shena ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

16-February-2013

Happy Birthday to you, 
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Shena,
Happy Birthday to you....

Walaupun belated, kesempatan yang ada tetap disambut bersama. Walaupun sebenarnya, berlaku kejadian disebalik tabir, tapi masa yang sentiasa bertindih sesama sendiri mencemburui weolls. Tapi itu bukan alasan.


Gambar jelas menunjukkan yang weolls tak cukup korum. Salah seorang dari weolls, menghadiri krusus. Berkhidmat untuk negara katanya. Ada kesempatan akan weolls bergabung dan berkongsi cerita. Bukan mengumpat, tetapi mengikuti perkembangan semasa. Ngeeeeeee


Sweet 27th. Se-sweet kek ni gak. Boleh didapati dimana-mana kedai Secret Receipe.

Credit picture Gyena.

Bye!

Monolog: Amin

Friday, February 15, 2013

Supremacy ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, February 14, 2013

JUVANA 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Terima kasih Astro First. Akhirnya tertunai kehendak yang tertangguh. Niat dihati kecil memang nak memeriahkan panggung. Tapi apakan daya, setiap kehendak tidak akan tertunai dengan serta merta kaaaan. Kalau tidak, sudah tentunya I antara penonton yang memberikan sokongan dan juga kutipan mencecah 1.7juta. Hebat filem ini khabarnya. Ye, pencinta filem melayu katakan.

Movie marathon. Show selama 48jam yang di tonton di rumah sendiri. Dah lama rasanya tak berehat-rehat dirumah. Asyik sibuk dengan kerja, kerja, kerja rumah pun terabai. Sambil mengemas, sesambil itulah menonton.

Walaupun, sudah basi dikalangan uolls yang dah tengok, tapi tetap segar dimata dan pendengaran I. Sehinggakan bila menonton filem ini, I repeat sampaikan dah boleh hafal skrip. Manfaatkan 48jam tayangan dengan manfaatnya. Terujaaaaaaaaaaaa.

Antara skrip yang masih teringang-ngiang difikiran, walaupun tempoh 48jam sudah berakhir.

"Semua orang ada sejarah, walaupun aku dan dia sama..."

Mesej yang rasanya berkesan dan menusuk dalam hati...

"Tidak ada siapa boleh mengubahkan kau. Kau kena jadi pemaaf. Berhenti jadi pembenci. Berhenti salahkan orang lain. Berhenti salahkan diri kau. Kau lupakan semuanya. Kau kena bagi peluang kali kedua untuk diri kau. Tiada siapa boleh halang itu hak kau."

Sehingga kini, I sanggup buka youtube untuk ulang dan ulang dan ulang dan ulangi sebanyak mungkin. Bertapa berkesannya filem ini kepada diri I. Walaupun I bukanlah penghuni sekolah juvana, tapi kenakalan dan pemberontakan yang berlaku, mengingatkan I dikala I berusia belasan tahun dulu. Oh zaman remaja yang penuh dengan pemilihan. Salah pilih, kebaaaabooom. 

Bye!

Monolog: Usaha tangga kejayaan -;-

Wednesday, February 13, 2013

Singa Menari di Tahun Ular :))

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hai hai haiiiiii semuaaaa. Ye ye uolls la semua tu.

Lamanya tak menulis. Tetiba rasa rindu serindu rindunya. Nampak tak disitu, bunga-bunga bicara dah keluar. Ahaaa takde apa nak cerita pun. Sebabnya, rutin hariannya serupa macam semalam. Sama macam kelmarin. Seperti esok dan seterusnya. Bangun pagi, siap-siap pergi kerja. Balik kerja pulang rumah dan berehat. Diulangi setiap hari. Syokkan. Syok gilerrrr *sigh.

Pada yang ber-boss-kan bangsa Cina, untungla uolls dapat cuti seminggu deretkan. Ada juga sesetangah company bangsa Melayu dan India pun turut follow juga tutup seminggu. Walaupun dipaksa ambil annual leave secara bergabung dengan mereka, takkan luak 3 hari tambahan ye dak. Bercuti la sepuasnya. Bulan ni kan February ada 28hari je. Sekejap je dah abis bulan, sekejap je dah gaji. Ewah *silang panggung.

Seperti tahun-tahun yang lepas, pastinya ada singa menari di tempat I bekerja. Oh ya, Puan Boss yang berketurunan Hindu, yang mempercayai fungsui, dan mengikuti setiap perayaan tak terlepas dengan aktiviti tarian ni. Jadi, I pun terkena tempiasnya bila ada yang datang dan bercakap cina dengan I. Cop cop I melayu laaaa berapa kali nak ulang.


Orang kuat Bamz. Mereka memang pantang. Yeye, pantang nampak camera. Laju aje. Gambar I siapa nak tangkap. Sendiri mau ingat tangkap gambar sendiri la. Pun begitu, weolls tak cukup korum. Si Lynn yang masih dalam maternity leave. 


Si singa memulakan tarian. Tung tung cheng. Tung tung cheng...!!


Lailai acara memasukkan 'gold' ke dalam premis. Kepercayaan mereka, moga-moga rezeki masuk. Insyaallah



Penat menari. Sekian terima kasih.


Weolls orang kuat Bamz dengan dua kepala singa. Kualiti gambar tak memuaskan. Maklum aje la, ramai na yang nak snap gambar weolls ni. Abaikan si gemok dalam gambar itu. Memang tak leh elak. Haha

Kata-kata akhir Puan Boss sebelum bersurai, katanya  "Moga-moga dapat bonus lebih tahun ini" Ahahaha ahahahaaa syoknya dengar.

Monolong: Bersyukur. Amin

Wordless Wednesday #81

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sunday, February 10, 2013

Gong Xi Fa Cai 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, February 8, 2013

Muda ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday #80

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Friday, February 1, 2013

Kasih Tak Sampai¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Related Posts with Thumbnails