♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, February 18, 2013

Kek Kukus Coklat namanya ;))

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Taaraaaaaaaaaaaa. Menarik tak uolls. Menarik dilihat, lagi sedap bila dijamah . Emmmmmh! Penuh dengan rasa coklat. Nyummmy!!! Ini adalah sebahagian dari hobi baru. Selain suka membaca novel tahap leleh, re-deco rumah sebulan sekali, I akan cuba buat kek. Yang jadi mangsa, siapa lagi kalau bukan MK's. 

I buat kek ni, hujung bulan lepas. Baru teringat tak tertulis dalam belog kusam I ni. Ada masa free-free ni tulis la apa-apa kejadian yang I ingat untuk di share. Bukannya nak kepoh hal diri, tapi nak share apa yang I boleh share. Gituuuuu.

Dalam banyak-banyak resepi yang ada internet, akhirnya I mencuba resepi dari Kak Ana ni. Klik la kat nama Kak Ana tu, terus ke belog dia. Moh la tengok bahan-bahan dan cara membuatnya. Credit tu Kak Ana.

RESEPI: KEK COKLAT MOIST
BAHAN2:
Telor 4 biji
1 tin susu cair ideal
1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 butter
2 cawan gula kastor/halus
1 cawan serbuk koko ( di ayak)
2 cawan tepung gandum ( di ayak)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak)

Cara membuatnya :
·         Masukkan butter dlm periuk. Cairkan guna api sederhana.
·         Kemudian masukkan susu cair. Kacau sebati.
·         Pastu masukkan gula kastor pulak. Kacau lagi.
·         Masukkan esen vanilla.
·         Dan masukkan coklat emulco. Kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api. Pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh
·         Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker. Pukul agak2 kembang 
·         Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau sebati
·         Pastu baru masukkan bahan2 yang di ayak tadi ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ). Masuk sikit demi sikit. Gaul sampai semua adunan sebati.
·         Pastu masukkan adunan ke dalam loyang. Masuk paras setengah dari loyang je tau sbb kek ni naik tinggi. Sebelum tu jangan lupa griss kan loyang dengan butter.
·         Tutup dengan aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.
·         Kukus kek sampai masak selama sejam dengan api perlahan. 
·         Make sure pengukus di panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi. Air dalam periuk kukusan pun jangan sikit sangat, kang kering lak sebelum kek tu sempat masak.

Bahan2 coklat ganache :
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter

·         Cairkan coklat guna kaedah double boiler. Pastu masukkan butter. Kacau sampai larut.
·         Pastu baru tuang whipping cream. Dah boleh tuang atas kek.


Sekian!

Bye!

Monolog: Saja tambah skill ;)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs