♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, April 23, 2010

Adakah Anda Calon TERPILIH.. (",)

3 comments:
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.


10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.


23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.


24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.


25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.


31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.


32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.


33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.


34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.


35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.


36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.


37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.


38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.


39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.


40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.


41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.


42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.


43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.


44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.


45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.


47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.


49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.


50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.


51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.


52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.


53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.


54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.


55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.


56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.


57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.


58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.


59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.


60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat


P/S Tawakkal je (",)

Saturday, April 17, 2010

RED n' BLACK REUNION

No comments:

Flaming Steamboat Buffet

No. 123 & 124, Jln PJS 11/2, Spectrum Shops, Bandar Sunway, 46150 P.Jaya, Selangor D.E. MY.

Endah Parade,Sri Petaling  

Lot 5-010 &  5-012, Tingkat 5, Endah Parade Shopping Complex, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

 Setelah hampir 12 tahun tak berjumpa, akhirnya setelah merancang, bertemu juga aku dengan budak2 sekolah aku dulu. Walaupun bukan kesemuanya muncul pada malam itu, mana yang ada ni pun cukup buat keadaan menjadi riuh rendah. Dapat aku bayangkan andai kesemuanya datang. Wahhh mau gamat keadaan atau mungkin keadaan tak terkawal . Alamak, macam konsert pulak. Memang hapening, memang sempoi, dan perangai gila2 itu, masih ada. Best memang best..

Insyaallah tahun depan (kalau ada kesempatan), akan buat REUNION yang lebih sempurna, lebih best, lebih proper. Yang ada ni pun idea tangkap muat.

"Friends are like flowers, beautiful flowers ~ friends are like flowers in the garden of life. My life.." 

P/S Will miss this moment... (",)

Wednesday, April 14, 2010

Adeh

No comments:
Minggu lepas, 
BABY ku da kena sagat,
Ku susah hati,
Ilang dah susah ati ni,
Bila family dan kawan2 dok coolkan aku,
Alhamdulillah,
TERIMA KASIH SEMUA,
Pagi ni plak,
Ku nak start enjin keta,
Kunci lock steering hilang,
Ku tak tahu kemana hilangnya,
Semalam ku hantar BABY pergi cuci,
Ku tak perasan kunci tu dah takde,
Adesh...
Lepas satu2 dugaan datang,
Pasni apa nak jadi pulak..?

P/s Menahan sabar... (",)

Monday, April 12, 2010

Semerah Cinta Stiletto ~ LEPAKING ~ POOL ~ Nyum2.. (",)

2 comments:
Cerita hujung minggu. Lepas satu destinasi, ke satu destinasi. Moh baca N3 aku. Rasa nak menulis, tapi kekeringan idea. Hahha jiwaku kacau... Yok layan pixca...

DESTINASI PERTAMA:- MENONTON WAYANG ~ CATHAY CINELEISURE (",)

With IRMA, KAMIKAZE, YART, ME n EJ
Sinopsis...
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.
(dipetik dari kotak music)
RUMUSAN : Cerita ini biasa aje... (",)
DESTINASI KEDUA :- LEPAKING ~ LITTLE PENANG THE CURVE (",)
With YART, EJ, IRMA, KAMIKAZE n ME
Sembang sembang, sambil pekena Char Kuey Teow, Ice Kacang, Prawn Mee.. Nyum2...
DESTINASI KETIGA : POOL (",)
With YART, EJ, IRMA, KAMIKAZE, CYICAK, KEYSHA n ME
Ngeh2 da lama tak main, sekali main tetap maintain ayu.. Wahahaa
DESTINASI KEEMPAT : NYUM2  (",)
With KAMIKAZE, IRMA, CYICAK, KEYSHA, EJ, YART n ME
Dah lama tak makan Nasi Goreng Ikan. Waaaa tgugat diet ku... (",)
P/s Terima kasih kerana sudi hangout dengan aku, dapat juga aku kenal korang in person next time kuar lagi k...(",)

Sunday, April 11, 2010

SDF's Nite

No comments:
Bertemu lagi, hehe. Da lama tak update. Mood malas2 masih ada. Kekurangan idea untuk menulis pun ada gak. Tapi keinginan nak menulis tu selalu ada. Biar menjadi kenangan, walau aku ni bukan pandai na nak mengarang. Ngeh2... Sabtu yang lepas, ku bertemu dengan SDF's (SUPER DUPER FRENZY). Da lama tak hangout together. Yela, masing2 busy. Dengan yang study2, dengan yang keje, dengan yang overtime la, tak abis2. Wahahaaa kumpul duit meh. Hikhikk

TEATER BANGSAWAN, LAKSAMANA DOREMI

Aku tak pernah tengok teater. Nah cerita di atas, merupakan pengalaman aku yang pertama. Sungguh best, dan ku rasakan lain dari menonton wayang. Nah perak dan jakun sekejap. Kekeliruan, dan kesalahfahaman (eh ada ke ayat ni, kalau takde ampun), membuatkan aku ke sana ke sini mencari tempat. Takpe diampunkan. Apa yang aku leh katakan, persembahan malam ni best sangat2. Aku terhibur.  Sehinggakan aku rasa, ketawaku yang paling kuat kat dalam Panggung Bandaraya Kuala Lumpur tu. Terfikir sejenak, berapa lama eh diorang dok hafal skrip. Kikikii

Selesai... Menghabiskan waktu malam di Dataran Merdeka. Ngeh2 macam mat rempit pulak. Sambil Ej tengok tv besar tu, aku dan yang lain2 melepak kat satu kawasan, dan berbincang. Borak punya borak, perut lapar. Zasss cari nasi lemak kat Kampung Baru, adeh abis dietku. Huhu. Merasakan malam masih muda, teruskan lagi pusingan. Pusing Danau Kota lak. Lalalaaa habis, ter'grap' barang yang tak patut aku grap.


P/s Adeh, sampai rumah pukul 3.30pagi. Nak tengok bola pulak, sambil ku buat cekodok. Sudahnya jam 6pagi aku tido. Huhuuu

Wednesday, April 7, 2010

Gara - gara...

5 comments:
Berjalan aku dengan manjanya,
Melihat keadaan yang sesak di kiri dan kananku,
Walau lemas dengan keadaan,
Aku tetap cool,
Dengan tidak sengaja,
Aku yang cool,
Tetiba terkinja,
Kerana dia,
Keayuan aku hilang,
Kerana dia,
Aku terjerit2,
Kerana dia,
Aku pukul dua teman yang bersama denganku,
Kerana dia
Aku senyum tak henti,
Aku syok sendiri seketika,
Kerana dia
Buat aku sengih2 macam kerang busuk,
Hahahaaaa,
Sungguh jenaka aku rasa,
Harharhar,
Ini semua gara2 kau,
Kau yang bernama,
SHAHEIZY SAM,

P/s Saat tu aku rasa sengal sangat2 ':)

Tuesday, April 6, 2010

BABY maafkan I..

2 comments:
Terluka,
Hanya itu yang mampu aku katakan,
Pedih sangat2 sakit bila jadi macam ni,
Tanpa sengaja, 
Aku lukai DIA,
Tanpa mahu,
Aku sakiti DIA,
BABY,
Maafkan I,
Tidak sengaja untuk I lukakan U,
Sungguh jauh disudut hati I mahu lukakan U,
I sendiri tak tahu macam mana boleh jadi macam ni,
Sungguh bukan silap dari I,
I sendiri tak sedar bila jadi macam ni,
BABY,
Ampun kan I,
Jangan marah I lagi,
I janji tak akan ulangi lagi,
Walau silap itu bukan datang dari I,
BABY I SAYANG U...

Kalau aku jumpa malaun yang calarkan BABY aku ni, aku balas dengan lebih dasyat )*&^%$#$%^&*

P/S Unnessersary expenses :(

Thursday, April 1, 2010

Evolusi KL Drift 2 ~ Best

1 comment:
Ahad lepas, aku dan mereka pergi tengok wayang. Cerita apa, cerita ni la..


Sinopsis Evolusi KL Drift 2
Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

 Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini? Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi? Sama-sama kita saksikan!


(dipetik dari my gosip.com)

Secara keseluruhannya, cerita ni, memang best. Layan bila tengok time drift. Berangan seketika kononya aku yang bawa. Buleh gitu. Hehehe sedap2 melayan, tangkap syahdu pulak, bila heroin mati. Uhuk2... Hilang ayu aku ni. Lalalaaa...

Apapun tahniah buat Skop Production (",)

P/s Mungkin buleh buat kelainan sikit, kerana jalan cerita terutama watak tertentu yang tak berubah dari drama ke filem siapa, cari laa
Related Posts with Thumbnails