♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, August 14, 2009

GeLaGat KaWan2

Semalam aku balik kerja petang, biasa la dalam seminggu aku ada 2 kali je balik petang ':( . Tapi aku tetap juga rasa happy atleast, aku takde la tertekan sangat tengok kerja2 aku yang banyak sangat pending dek kerana kekurangan staff suatu ketika dulu. Aku rasa N3 aku yang sebelum ni aku ada cerita pasal kekurangan staff. Cuba2 la tengok N3 sebelum ni ye kalau nak tahu apa kisahnya. Malas nak cerita balik... Hihii Memandangkan aku balik awal, takkan nak dihabiskan waktu yang ada untuk duduk dirumah je kan. Jadi aku dah ada plan sendiri. Dimana, sampai je kat rumah, aku nak ambil pakaian aku untuk pergi gim, dan abis je gim aku pergi swim, abis je swim aku nak jumpa kawan lama aku. Malangnya apa yang di rancang tidak menjadi kenyataan (biasala kalau bab2 emergency ni). Sampai aje aku kat rumah, setelah aku letak beg aku kat dalam bilik (sungguh detailkan), aku ketuk bilik JESZ. Sebab aku dapat tau dia demam. Biasanya kalau bilik itu berkunci aku takkan tunggu sampai empunya bilik itu bukakan. Tapi aku tetap tunggu dan terus ketuk pintu bilik. Mungkin diorang fikir aku ni sibuk je kan. Lantak la apa dia nak fikir, aku tetap tunggu kerana hati aku mula terdetik. Aku selalu percaya pada detik hati aku tau. Dan biasanya, apa yang aku rasa itu betul... Hmmm Bila pintu da dibuka, aku tengok JESZ yang tengah makan maggie dan juga lempeng. Mungkin teringin nak makan. Ish terus sebak dada aku tengok keadaan adik aku tu. Aku terus dekat dengannya, dan aku rasa badan dia. Panas, memang panas. Dipendekkan cerita, ada la sesi luahan hati dan perasaan yang aku tak leh nak ceritakan. Maaf ye. Aku terus bawa dia pergi klinik. Musim sekarang ni tak leh nak kata kan. Kalau tak karang lagi melarat. Biasanya aku selalu complain kalau ada yang datang ke klinik dekat2 nak tutup. Hehehee tapi kali ni aku bawa JESZ pergi klinik aku (tempat kerja aku la), yang hampir2 nak tutup. Sebab da nak pukul 9.00 malam. Marah agaknyer budak2 aku kat klinik tu. Sorry gurls.... Jesz dapat injection (request by me) untuk bagi demam dia cepat turun. Mc dapat 2 hari. Tapi rugi 1 hari pasal ari Jumaat memang off day dia. Settle je, aku ajak singgah kedai adik aku kat belakang klinik ni. Sampai kat kedai burger, memang takde customer. Kesempatan ini KROL nak belajar macam mana nak buat burger. Huh excited sungguh budak itu bila berjaya masak sebiji burger. Gelak besar aku tengok gelagat dia. Itu la kawan2 aku yang sentiasa membuat aku ceria. Kawan2 aku yang buat aku gembira. Aku sayang mereka. Aduh beremosi la pulak. Hihii. Settle je aku da janji nak jumpa SUE dan LOBO, geng aku masa sekolah dulu. Huh antara yang rapat dengan aku waktu sekolah dulu. Yea tak sabar nak jumpa... Aku rindu korang... Kalau nak tahu masa sekolah dulu, aku ada group. Ala biasa la kan, group budak nakal hehehe, semuanya ada 8 orang. Jadi yang nak aku jumpa ni salah seorang dari 8 orang tersebut. Jumpa kat kedai makan BALQIS kat belakang rumah aku. Takyah cari jauh2. Wah... Korang bayangkan kalau kawan lama tak berjumpa. Huh hangat tau... Settle je makan, satu persatu cerita yang keluar. Hahahah.. Ramai kawan2 sekolah yang da kawin dan beranak pinak. Aku? Tunggu dulu la. Banyak hal yang belum selesai. Yang best bila kami dok flash back cerita dulu. Yang sangat2 hangat, sangat2 nakal, suka cari gado. Perkara yang berlaku sepuluh tahun yang lepas. Dan aku masih begini. Serupa tidak berubah. Cuma mungkin aku je yang berisi sedikit... Rindu pulak zaman dulu2... Lalalala... Mesti nak tahu sapa mereka kan. Mereka la yang aku sebutkan... Taraaaa... Hehee
Lobo n Sue... Aku sayang persahabatan ni, jangan hancurkan... Mwah... Da settle semua, berpisah lagi. Past ni tak tahu bila lagi boleh jumpa. Yang pasti rindu aku yang selama ini terpendam terlerai juga. Sebelum tido, aku sempat terkenang hal2 yang lepas. Indah andai dapat aku betulkan perkara yang menyakitkan. DAAAAAAAAA P/S Kenang daku dalau doamu SAHABAT

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs