♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, August 19, 2012

Takziah Nency

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Berita ni, amat² mengejutkan. One of my schoolmate sister, meninggal. Ajal maut ditangan tuhan, Al-Fatihah.

-Utusan Malaysia Online-

Tajuk:
Isteri maut, suami cedera motosikal dirempuh kereta selepas beli persiapan raya

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kegembiraan sepasang suami isteri untuk melakukan persiapan raya untuk dua anak perempuan berakhir apabila salah seorang daripada mereka meninggal selepas terlibat dalam satu kemalangan maut di Jalan Bangsar, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Lenny Rulita Khairul, 30, difahamkan membonceng motosikal bersama suaminya, Yunaldi Bahar, 34, selepas membeli-belah keperluan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Medan, motosikal itu dirempuh dari belakang oleh sebuah MyVi yang dipandu oleh seorang wanita berusia 30an.

Akibat rempuhan itu, Lenny Rulita dikatakan melambung ke tengah jalan, manakala Yunaldi pula terseret, tetapi tidak mengalami kecederaan parah seperti isterinya.

Menurut adik Lenny Rulita, Dedy Rulita Khairul, 28, suspek wanita yang telah melanggar kakak dan abang iparnya itu dikatakan cuba melarikan diri dengan memecut laju.

"Tetapi topi keledar yang dipakai kakak melekat pada satu tayar keretanya menyebabkan suspek dikerumuni orang ramai dan dia sempat ditahan," katanya.

Beliau menjelaskan demikiandengan nada sedih ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini hari ini.

Sometimes, kita drive berhati², orang lain tidak. Apalah salahnya, sama berhati². Tak pasal² anak² arwah hilang ibu. Tak berhati perut pulak tu nak lari. Common, lady ladi. Herm.

Al-Fatihah.

Monolog: Ingat la orang yang tersayang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails